Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Perkembangan teori kurikulum tidak dapat dipisahkan daripada


sejarah

perkembangannya.

Perkembangan

kurikulum

telah

bermula

sekitar 1890 dengan tulisan Charles dan McMurry, tetapi definisinya


dimulakan oleh Franklin Bobbit pada tahun 1918. John Franklin Bobbit
dianggap sebagai ahli kurikulum pertama dan perintis perkembangan
kurikulum. Bobbit juga turut menggunakan pendekatan ilmiah dalam
mengenal pasti hubungan antara kecekapan pekerjaan dan kehidupan
manusia sebagai dasar pengembangan kurikulum. Menurut Bobbit, inti
pati teori kurikulum itu amat sederhana iaitu berkisar tentang kehidupan
manusia. Kehidupan manusia meskipun berbeza-beza pada dasarnya
tetapi mempunyai persamaan dari segi pekerjaan. Pendidikan yang
sempurna berupaya menyediakan manusia kepada kebolehan yang lebih
sempurna. Kebolehan-kebolehan ini harus dikuasai agar dapat memenuhi
keperluan semasa yang sentiasa menuntut penguasaan pengetahuan,
keterampilan,sikap,

kebiasaan

dan

apresiasi

tertentu.

Hal-hal

ini

merupakan tujuan utama dalam kurikulum. Semua tujuan berserta


pengalaman-pengalaman inilah menjadi bahan kajian teori kurikulum.
Kurikulum merupakan alat untuk mencapai pendidikan melalui
proses pengajaran. Salah satu peranan kurikulum adalah menjalankan
aktiviti dan kegiatan yang kreatif dan konstruktif iaitu mencipta dan
menyusun sesuatu yang baru yang dapat diguna pakai sejajar dengan
keperluan

pada

masa

ini

dan

akan

datang.

Oleh

itu,

tidaklah

menghairankan jika kurikulum sentiasa dirombak dan disusun semula


demi

perkembangan

ilmu

pengetahuan.

Kegiatan

pengembangan

kurikulum merangkumi penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di


sekolah-sekolah

serta

penilaian

. Memahami

sejarah

perkembangan

kurikulum pada hakikatnya akan menyedarkan kita bahawa perubahan


kurikulum khususnya dalam suatu sistem pendidikan yang sudah mapan
dan baik merupakan suatu hal yang dianggap biasa dan selalu terjadi.
Perubahan tetap berlaku, baik dalam waktu tertentu dan teratur mahupun
apabila sahaja perubahan tersebut dianggap perlu. Perubahan biasanya
1

berlaku apabila kurikulum dianggap tidak seiring dengan keperluan


kehidupan dan

masyarakat,

perkembangan

ilmu

pengetahuan

dan

teknologi, serta perkembangan-perkembangan lainnya yang mungkin


terjadi setiap saat.

Latar Belakang Tokoh


John Franklin Bobbit dilahirkan di Inggeris, Indiana pada 16 Februari
1876. Beliau merupakan anak kepada pasangan James dan Martha Bobbit.
Merupakan seorang yang amat percaya bahawa kerja keras, sentiasa
berpegang teguh kepada disiplin diri, meningkatkan dan menimba
sebanyak mungkin ilmu, berpengetahuan dan kepatuhan agama yang
tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan ini. Sebagai seorang
pemikir ulung, beliau mengkhusus kepada bidang kurikulum. Selain
bertugas sebagai seorang profesor pentadbiran pendidikan di Universiti
Chicago, Franklin Bobbit juga merupakan seorang penulis. Beliau juga
memainkan peranan penting dalam tempoh tiga dekad pertama abad ke20 dalam membangunkan kurikulum sebagai satu bidang pengkhususan
dalam disiplin pendidikan. Bobbit melanjutkan
Ijazah

Sarjana

Muda

di

Universiti

pengajian di peringkat

Indiana

sebelum

menimba

berpengalaman mengajar di Philippine Normal School di Manila dari tahun


1903 hingga 1907. Selepas menerima doktor falsafah di Universiti Clark
pada

tahun

1909,

beliau

menyertai

fakulti

University

of

Chicago

sehinggalah beliau bersara pada tahun 1941.


Bobbit dilihat sebagai bapa kurikulum kerana beliau merupakan
profesor

kurikulum

Winfield,2004).

pertama

Kedua-dua

di

Amerika

datuknya

dan

Syarikat

bapanya

(Smiley,1902;

bekerja

sebagai

seorang guru dan menteri dan dicta agama mereka mempengaruhi hasil
kerja Bobbit. Oleh itu, beliau amat menekankan kepentingan disiplin,
kepercayaan
(Smiley,1992).

agama
Bobbit

dan

keperluan

melihat

sosial

kurikulum
2

dari

sebagai

sudut
satu

kurikulum
cara

untuk

persediaan pelajar mengetahui peranan mereka dalam masyarakat


perindustrian yang sedang berkembang ketika itu. Beliau juga percaya,
melalui kurikulum, mata pelajaran konvensional perlu diganti dengan
mengajar mata pelajaran yang lebih sesuai dengan keperluan sosial. Hasil
kerja Bobbit mempunyai pengaruh yang besar dalam pembangunan
kurikulum

di mana beliau memberi penekanan yang khusus kepada

keperluan sosial semasa berbanding pengajaran semata-mata.


Menurut Bobbit, kurikulum boleh dihuraikan sebagai alat untuk
menyediakan

pelajar

ke

alam

dewasa

bagi

membolehkan

pelajar

memainkan peranan penting dalam masyarakat perindustrian. Bobbit juga


percaya pengisian kurikulum perlu mengandungi matlamat tingkah laku
yang

dapat

membantu

untuk

menjadi

pelajar

bagaimana

untuk

mendapatkan kehidupan yang baik. Selain itu, Bobbit juga percaya bahar
prosedur untuk perancangan kurikulum harus dilihat sebagai analisis kerja
yang boleh memberi manfaat untuk menentukan aktiviti tertentu yang
berguna untuk peranan sosial mereka seperti ahli keluarga, pekerja dan
kewarganegaraan.
Pada tahun 1918, Bobbit menghasilkan sebuah buku bertajuk The
Curriculum. Buku tulisan Bobbit ini merupakan sebuah buku pertama
yang memberi tumpuan khusus kepada teori pembentukan kurikulum.
Buku ini diiktiraf oleh ramai sarjana sebagai sebuah buku yang
mempunyai kurikulum berstruktur. Walaupun begitu, Bobbit sedar bahawa
buku ini tidak mencukupi untuk membangunkan sebuah kurikulum yang
baru. Beliau melihat bahawa terdapat keperluan untuk mengetahui lebih
lanjut lagi bagaimana sesuatu kurikulum yang baik perlu dibangunkan.
Pembinaan kurikulum ini hanya terhasil melalui pengalaman yang luas
dalam bidang ini. Kaji selidik beliau yang paling terkenal ialah kajian
berkaitan penilaian pada tahun 1914 di San Antonio Public Schools dan
kajian mengenai kurikulum di Los Angeles City Schools.
Melalui

bukunya,

Bobbit

menyatakan

bahawa,

melalui

pengalamannya, beliau melihat kurikulum dari sudut keperluan sosial dan


bukannya

kajian

akademik

semata-mata.
3

Ketika

awal

pendudukan

Amerika, beliau telah dihantar ke Filipina sebagai ahli jawatankuasa


merangka

kurikulum

sekolah

rendah

untuk

kepulauan

Filipina.

Jawatankuasa ini diberi kebebasan untuk memberi pandangan dan syor


bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Jawatankuasa ini juga
diberi kuasa untuk mengekalkan kurikulum asal dengan membuat pindaan
serta

membangunkan

semula

kurikulum

sedia

ada

bagi

tujuan

penambahbaikan. Apabila melihat idea mereka tidak relevan dengan


realiti masyarakat setempat, Bobbit dan jawatankuasanya beralih kepada
kerangka lain iaitu untuk membantu meningkatkan mutu kesihatan dan
mata pencarian. Bobbit percaya bahawa terdapat penyelesaian yang lebih
baik

untuk

membentuk

kurikulum

berbanding

hanya

berbekalkan

kepercayaan tradisional.
Pada peringkat awal, Bobbit dan ahli-ahli jawatan kuasanya hanya
bertemu dan mengumpulkan buku-buku teks Amerika untuk dibaca.
Antaranya

buku-buku

seperti

aritmetik,

geografi,

sejarah

Amerika

Syarikat, dan mata pelajaran lain yang biasa diajar di Amerika. Tanpa
disedari, perjumpaan tersebut telah bertukar menjadi kursus asas
pengajian gred lapan.

Bobbit merumuskan lima langkah dalam pembinaan kurikulum iaitu:


a.
b.
c.
d.
e.

Analisis pengalaman manusia


Analisis kerja
Mendapatkan objektif
Memilih objektif
Perancangan secara terperinci

Langkah pertama ialah mengasingkan pelbagai jenis pengalaman


manusia kepada beberapa bidang utama. Kemudian, diikuti langkah kedua
iaitu menganalis kepada bidang yang lebih khusus. Seterusnya, langkah
ketiga iaitu membentuk objektif pelajaran berdasarkan kebolehan untuk
melaksanakan aktiviti. Langkah keempat ialah memilih objektif

untuk

merancang aktiviti pengajaran. Langkah terakhir ialah menyusun atur


4

aktiviti, pengalaman dan peluang untuk mencapai objektif yang telah


dirancang. Melalui bukunya Curriculum of Modern Education, selepas tiga
dekad dalam bidang kurikulum, Bobbit akhirnya berjaya mengubah
pandangan tentang kurikulum sekitar 1940-an.
Bobbit menyedari bahawa di dalam silibus yang diajar, terlalu
banyak mata pelajaran seperti kewarganegaraan, kesihatan, bahasa dan
sebagainya yang tidak mempunyai matlamat jelas. Ini merupakan sebab
mengapa kurikulum dengan beberapa mata pelajaran tertentu yang
dipelajari tidak mencukupi sebagai hasil sosialisasi biasa, maka mata
pelajaran tersebut dianggap lemah.
Pandangan Terhadap Kurikulum
Secara etimologi, kurikulum berasal dari perkataan Bahasa Latin
"curir" yang membawa maksud pelari, dan "curere" yang membawa
maksud "tempat berlari". Dengan kata lain, ia membawa pengertian suatu
jarak yang harus ditempuh oleh seseorang pelari bermula daripada
garisan permulaan hinggalah ke garisan penamat. Istilah kurikulum pada
awalnya berasal dari dunia olahraga pada zaman Rumawi Kuno di Yunani,
dan kemudian diterima pakai ke dalam dunia pendidikan. Pengertian
tersebut kemudian digunakan dalam dunia pendidikan, dengan membawa
maksud cakupan dan aturan tentang sejumlah mata pelajaran yang harus
dipelajari oleh seseorang pelajar dalam menempuh alam pendidikan
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan.

John Franklin Bobbit menerusi bukunya The Curriculum, yang diterbitkan


pada tahun 1918, menyatakan bahawa
curriculum, as an idea, has its roots in the Latin word for
race-course, explaining the curriculum as the course of
deeds and experiences through which children become the
adults they should be, for success in adult society.
Furthermore, the curriculum encompasses the entire scope
5

of formative deed and experience occurring in and out of


school, and not experiences occurring in school; experiences
that

are

unplanned

and

undirected,

and

experiences

intentionally directed for the purposeful formation of adult


members of society. (www.wikipedia.com).
Kurikulum merupakan keseluruhan kegiatan dan pengalaman yang
diperoleh di dalam dan di luar sekolah. Ia merupakan pengalaman yang
disusun secara sistematik untuk mencapai tujuan ke arah pembentukan
perubahan tingkah laku

dan persediaan ke alam dewasa. Secara

terminologinya, istilah kurikulum yang digunakan dalam dunia pendidikan


mengandungi pengertian sebagai sejumlah pengetahuan atau mata
pelajaran yang harus ditempuh untuk mencapai satu tujuan pendidikan
atau kompetensi yang telah ditetapkan. Franklin Bobbit (1918) , Bapa
Kurikulum melihat kurikulum dari dua perspektif iaitu:
i.

Pengalaman yang terarah atau tidak yang mana memberi fokus

ii.

kepada perkembangan individu secara menyeluruh.


Pengalaman yang disediakan oleh pihak sekolah secara sedar
terhadap murid.

Teori Kurikulum- Franklin Bobbit


Melalui teori kurikulum, Franklin Bobbit mendesak rakan-rakannya
agar sentiasa menggunakan teknologi baru sebagai panduan untuk fungsi
pendidikan. Prinsip pengurusan dan aplikasi teori dapat membantu
pendidik agar lebih cekap dalam pengurusan bidang masing-masing.
Bobbit dan Charters sering mengaitkan idea analisis aktiviti dalam
membentuk kurikulum. Idea-idea yang dihasilkan menghubungkan objektif
mata pelajaran dengan aktiviti di mana ia penting untuk menyediakan
pelajar ke alam pekerjaan.

Sebagai

seorang

ahli

teori

yang

penting

dalam

pembinaan

kurikulum sekolah di Amerika Syarikat, Bobbit banyak menekankan


betapa pentingnya menjaga dan memelihara identiti budaya sesuatu
6

kaum dan agama. Beliau mengambil ideologi eugenik dan disiplin mental
adalah asas teori yang utama. Karya terawal beliau berdasarkan
pandangan esentialist. Bagaimanapun, Bobbit mendakwa kurikulum harus
berpaksikan kenyataan khusus. Beliau juga dengan tegas mencadangkan
agar anak-anak harus meneruskan pendidikan mereka sehingga mereka
berusia 18 hingga 20 tahun. Bobbit juga menyokong pengurusan
kurikulum saintifik dan berasaskan kecekapan. Oleh itu, teori fungsionalis
adalah asas kepada kajian yang dilakukan. Dalam kajian yang dijalankan,
Bobbit menekankan kepada perkembangan pembentukan tingkah laku
kanak-kanak.
Selain itu, Bobbit juga memberi tumpuan kepada keperluan
pendidikan am dan pembangunan intelek. Dalam karya-karyanya yang
kemudian, Bobbit menganjurkan satu siri ujian yang didorong oleh
kurikulum dan pengajaran yang berasaskan kompetensi. Null (1999)
menyatakan empat komponen asas yang dianjurkan oleh Bobbit iaitu :
i.
ii.

Penekanan terhadap kepentingan pendidikan umum


Ketidakupayaan untuk kehidupan masa depan

iii.
iv.

peranan pelajar
Keperluan untuk membangunkan intelek pelajar
Penghormatan kepada kebanyakan pengarang yang menghasilkan

menentukan

karya-karya agung
Karya-karya dan hasil kerja Bobbit banyak membawa pembangunan
dan perubahan dalam bidang kurikulum dalam abad ke-20. Beliau
merupakan salah seorang ahli teori yang pertama membuat kurikulum
dengan memberi penekanan kepada mengenal pasti objektif. Beliau juga
menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti dan persediaan merupakan elemen
yang

amat

penting

dalam

pembentukan

kurikulum.

Aktiviti-aktiviti

dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keupayaan seseorang


pelajar. Bobbit juga melihat amat penting dalam menentukan prinsip
pengurusan saintifik. Bobbit
kurikulum

diterima

berusaha keras bagi memastikan bidang

dalam

pembangunan

dan

pembentukan

kurikulum. Bersama-sama dengan penyelidik lain seperti W. W. Charters,


Ross L. Finney, Charles C. Peters dan David Snedden, pada sekitar awal
7

abad ke-20, teori kecekapan Bobbit memberi perubahan dan sinar dalam
pendidikan.

Sekolah-sekolah

telah

menjadi

institusi

utama

dalam

kehidupan di Amerika. Objektif pendidikan memainkan peranan yang


sangat penting untuk menyediakan pelajar ke alam dewasa dan pekerjaan
kelak. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi memenuhi tujuan sosial ini.
Pembelajaran adalah suatu proses yang dirancang dan dibimbing.
Kita perlu menyatakan terlebih dahulu apa yang kita cari untuk mencapai
sesuatu objektif pembelajaran dan pengajaran dan bagaimana cara untuk
kita mencapainya. Pembelajaran merujuk kepada bagaimana teori dan
amalan kurikulum dilaksanakan di sekolah dan berhubung dengan ideaidea persekolahan lain seperti subjek diajar dan pengajaran. Bobbit
menyatakan terdapat empat cara mendekati teori dan amalan kurikulum
iaitu melalui:
1. Kurikulum

sebagai

sebuah

badan

pengetahuan

untuk

memindahkan maklumat
2. Kurikulum sebagai satu usaha untuk mencapai tujuan tertentu
3. Kurikulum sebagai satu proses
4. Kurikulum sebagai satu praktis
Sumbangan dalam perkembangan teori kurikulum
John Franklin Bobbit merupakan seorang sarjana yang sangat
dikenali menerusi dua buah buku tulisannya iaitu The Curriculum yang
diterbitkan pada tahun 1918 dan How To Make Curriculum yang
diterbitkan

pada

tahun

1924.

Melalui

tulisannya,

Bobbit

telah

mengembangkan suatu teori pembangunan kurikulum yang diilhamkan


daripada prinsip-prinsip pengurusan saintifik .
Di dalam bukunya The Curriculum, Bobbit menyatakan bahawa
teori

kurikulum

adalah

sesuatu

yang

mudah.

Kehidupan

manusia

walaupun sentiasa berubah-ubah, tetap melaksanakan aktiviti-aktiviti


yang tertentu. Pendidikan merupakan keperluan seumur hidup di mana
manusia perlu mengetahui dan mencari maklumat lengkap mengenainya.
Maklumat ini merangkumi kebolehan, sikap, tabiat dan pengetahuan yang
perlu ada bagi menjadi objektif dalam pembentukan dan pembinaan
8

kurikulum. John Franklin Bobbit menyatakan bahawa kurikulum adalah


kejuruteraan arena sosial yang beranggapan bahawa dalam budaya dan
definisi sosial, penggubalan kurikulum mempunyai dua ciri ketara ialah:
ii.

Pakar-pakar ilmiah yang terbaik akan memenuhi syarat untuk


layak

dan

wajar

dalam

merancang

bentuk

kurikulum

berdasarkan pengetahuan akan menghasilkan kualiti dalam


iii.

kurikulum yang dibina


kurikulum ditakrifkan sebagai perbuatan dan pengalaman pelajar
yang sepatutnya ada untuk menjadi dewasa

Bobbit dan Ralph W. Tyler berkongsi pandangan tentang hubungan teori


kurikulum berdasarkan empat soalan asas iaitu :
a. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh pihak
sekolah?
b. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan oleh
pihak sekolah untuk mencapai tujuan pendidikan?
c. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh dilaksanakan?
d. Bagaimanakah cara untuk mengetahui tujuan pendidikan ini
tercapai?
Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan pemikiran yang
produktif seperti yang dinyatakan di bawah ini iaitu:
Langkah 1

: Diagnosis of need

Langkah 2

: Formulation of objectives

Langkah 3

: Selection of content

Langkah 4

: Organization of content

Langkah 5

: Selection of learning experiences

Langkah 6

: Organization of learning experiences

Langkah 7

: Determination of what to evaluate and of the ways

and means

of doing it

Sesuatu yang menarik tentang teori kurikulum dan praktis ini adalah
ia lebih sistematik ke arah pembentukan objektif tingkah laku serta
memberikan tanggapan yang jelas tentang dapatan bagi membolehkan
9

kandungan dan metod yang diperoleh diguna tadbir sebaik mungkin serta
keputusannya dapat dinilai. Legasi Bobbit dapat dibahagikan kepada
empat bidang. Bidang pertama ialah beliau merupakan salah seorang
pendidik warga Amerika yang pertama mengenal pasti objektif sebagai
titik permulaan untuk pembentukan kurikulum. Bersama-sama pengarang
The National Education Associations Cardinal Principles of Secondary
Education,

Bobbit

turut

memberi

pandangan

tentang

kandungan

kurikulum yang tidak jelas dalam kurikulum tradisional tetapi diperoleh


daripada

objektif

menyediakan

yang

seseorang

mempunyai
ke

alam

peranan

dewasa

dan

dan

fungsi

dalam

kewarganegaraan.

Pendidikan bukan semata-mata untuk diri sendiri tetapi ia lebih kepada


penyediaan ke alam kehidupan alam dewasa. Bidang kedua ialah
pendekatan saintifik untuk membentuk kurikulum sebagai suatu cara atau
kaedah bagi para pendidik dalam membentuk dan membangunkan
kurikulum.
Bidang ketiga ialah Bobbit bersama-sama pembentuk kurikulum
yang berorientasikan kecekapan berpendapat bahawa kurikulum patut
dibezakan dalam daripada pelbagai program yang lain di mana para
pelajar diberi pendidikan sama ada vokasional atau teknikal sejajar
dengan kebolehan dan minat mereka. Seterusnya, hasil kerja mereka ini
dapat digunakan selaras dengan kehendak kurikulum vokasional. Bidang
keempat ialah Bobbit merupakan salah seorang warga pendidik Amerika
yang memberi takrifan kurikulum sebagai alat kawalan sosial atau
peraturan yang dibentuk untuk menangani masalah-masalah masyarakat
moden. Beliau melihat tugas-tugas di sekolah adalah seperti memupuk
kemahiran dalam kalangan belia, memberi pengetahuan dan kepercayaan
bahawa

khidmat

dan

fungsi

mereka

dalam

masyarakat

serta

pembangunan industri sangat diperlukan.


Idea dan pandangan dalam kurikulum dan pengajaran
Sebagai seorang yang dikenali sebagai Bapa Kurikulum, tidak
dapat dinafikan peranan Bobbit dalam pembentukan kurikulum sangat
penting.

Bobbit

menyatakan,

dalam
10

prosedur

bagi

perancangan

kurikulum, segala aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa dalam


memenuhi pelbagai pekerjaan, kewarganegaraan dan kekeluargaan serta
peranan sosial yang dimainkan menjadi objektif kurikulum. Bobbit juga
menyatakan bahawa kurikulum itu sendiri terdiri daripada pengalaman
yang dibina oleh pendidik itu sendiri dan bersifat umum serta mewakili
pengetahuan bahawa kanak-kanak perlu bersedia untuk menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara sebagaimana orang dewasa
yang lain. Dengan kata lain, kanak-kanak diajar dan dididik bahawa
dengan pengetahuan dan pendidikan, kanak-kanak mempunyai peranan
tertentu yang lebih khusus dalam menyumbang kemahiran dalam
masyarakat.
Bobbit juga percaya bahawa sekolah-sekolah perlu menyediakan
kandungan kurikulum yang sesuai berdasarkan kebolehan intelektual
kanak-kanak agar apa yang dihajatkan atau diimpikan menjadi kenyataan.
Dengan

kata

menyediakan

lain,

sekolah

kanak-kanak

atau

institusi

untuk

masa

pendidikan
hadapan.

berperanan
Bobbit

turut

mentakrifkan kurikulum sebagai sesuatu yang ideal yang merupakan


perbuatan dan pengalaman yang dapat membentuk seseorang untuk
menjadi apa yang mereka inginkan. Walau bagaimanapun, pandangan
Bobbit tentang ciri-ciri kurikulum ini ditolak oleh pandangan kontemporari.
Bobbit tetap dengan pendiriannya yang menyatakan bahawa penyertaan
individu

dalam

kumpulan

dapat

membentuk

individu

untuk

masa

hadapan.

Karya-karya John Franklin Bobbit


Sebagai seorang Bapa Kurikulum, tulisan-tulisan dan karya Bobbit
sering diangkat dan diiktiraf dalam dunia pendidikan. Antara karya Bobbit
yang terkenal ialah:
1.

The Curriculum .1918. Houghton Miffin Company, Boston, New


York.

11

2.

How to make a curriculum. 1924. Houghton Miffin Company,

3.

Boston, New York.


Curriculum making in Los Angeles. 1922. University of Chicago

4.

Press, Chicago.
The San Antonio Public School System: A survey conducted by

5.

J.F.Bobbitjanuary,1915.
The curriculum of modern education. 1941. Mcgraw Hill Book

6.
7.
8.

Company.inc,New York.
The Growth of Philippine Children (1909)
Curriculum Principles (1922)
Sir John Franklin's journals and correspondence: the first Arctic
land

expedition,

1819-1822,

Volume

1:Publications

of

the

Champlain Society.1995. University of Michigan.


Kesimpulan
Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan
mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang
diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah
proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman
pembelajaran. Perkembangan kurikulum sebagai satu proses merupakan
putaran asas yang mengandungi beberapa peringkat iaitu menganalisis,
mereka bentuk, melaksanakan dan menilai.

Proses ini digunakan di

semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua


usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum ialah
segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh
sebuah

sekolah

untuk

mencapai

matlamat

pendidikan.

Di

bawah

kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum


integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan
untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukan dan perubahan dalam
kurikulum

dipengaruhi

oleh

polisi-polisi

kerajaan,

matlamat

dan

keutamaan program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan


individu serta keperluan menyeluruh.
Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kurikulum yang
dirancang dapat dilaksanakan sejajar dengan keperluan dan kehendak
semasa. Memetik kata-kata tentang John Franklin Bobbit dalam wikipedia,
12

... he said in regards to students, They should only learn


those skills which were necessary to fulfill their personal tasks
and he believed girls had a very different future than boys, so
they did not need the same sort of education. He said,
Educate the individual according to his capabilities. This
requires that the material of the curriculum be sufficient
various to meet the needs of every class of individuals in the
community and that the course of training and study be
sufficiently flexible that the individual can be given just the
things

that

he

needs.

individualized/differentiated

think

of

instruction

this
in

as

NOT

the

being

way

we

mayhthink of it but, as it says in his quote, teach just what


someone needsno more. To me that means do not further
the capacity of their minds, bringing about a Prussian ideal of
teaching just what that person will need to know- not what
they want to know- to ensure they are not intelligent enough
to cause a ruckus or be too educated. (www.wikipedia.com).

13

Rujukan
1.
http://education.stateuniversity.com/pages/1794/Bobbitt-Franklin-18761956.html#ixzz1t6F1e8KF
2.

www.5003summer2011.wikispaces.com/John+Franklin+Bobbitt

3.

www.3rseduc.blogspot.com/2011/03/eugenics-etc-html

4.

www.blogspot.ubc.ca/ewayne/files/2009/02/schwab_001.pdf

5.

http://www.clarku.edu/micro/freudcennial/history/1909childwelfare.cfm

6.

www.authorstream.com

7.

www.en.wikipedia.org/wiki/John_Franklin_Bobbitt

8.

www.blog.elearning.unesa.ac.id/.../definisi-perkembangan

9.
www.sayasayangbm.blogspot.com/2011/05/pelaksanaan-danpembentukan-kurikulum.html
10. www.philpapers.org/rec/BOBTCO
11. www.uthedza.blogspot.com/
12. www.id.shvoong.com
13. www.fiboarseta.blogspot.com/
14. www.iliskhoeriyah.wordpress.com/
15. www.wikipedia.com.

14

Anda mungkin juga menyukai