Anda di halaman 1dari 3

PERKAMPUNGAN PENULISAN MUDA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0

PENGANJURAN
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) dan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).
Program ini dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

2.0

PENDAHULUAN
Pencapaian visi dan harapan negara (dalam konteks membina negara
bangsa) terhadap pembinaan insan amat sulit dan memerlukan usaha yang
berani, bersungguh-sungguh dan secara holistik. Dalam konteks pembinaan
modal insan khususnya murid, pendekatan wahananya perlu menyeluruh
yang merangkumi pembinaan kecemerlangan dari aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Dalam erti kata lain ketiga-tiga aspek pembinaan
pembangunan manusia iaitu KOGNITIF, AFEKTIF dan PSIKOMOTOR perlu
digembleng dan mesti dicapai.
Keseluruhan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia khususnya Bahagian Sekolah mengambil kira kesemua aspek yang
dinyatakan tadi dan di samping itu memberikan fokus yang lebih terhadap
sesuatu bidang.
Melalui program Perkampungan Nilai-nilai Murni Penulis Muda ini, hasrat
pengisian ilmu dan kemahiran berkaitan bahasa dan kesusasteraan Melayu
dalam mengangkat dan memperkasa Bahasa Kebangsaan sangat
diutamakan selain memasukkan unsur-unsur pembinaan insan iaitu adab
budi bahasa, nilai-nilai murni kehidupan, nilai kerohanian serta integrasi dan
perpaduan kaum dalam kalangan peserta. Fokus pengisian program ini
tertumpu kepada nilai-nilai murni dalam penulisan dan interaksi peserta
sepanjang berada di perkampungan tersebut mahupun selepas program
berakhir.

171

PERKAMPUNGAN PENULISAN MUDA SEKOLAH MENENGAH


KERTAS KONSEP

3.0

RASIONAL
Program ini telah dimulakan pada tahun 2001. Bermula di Terengganu,
kemudian pada tahun berikutnya di Johor, Perak, Sarawak, Sabah, Negeri
Sembilan, Kedah dan Johor. Program yang melibatkan murid yang berbakat
dalam penulisan kreatif dari sekolah menengah seluruh negara ini
didedahkan dengan beberapa aktiviti ke arah penampilan diri dan bakat
dalam
pelbagai bidang hard-skill dan soft-skill komunikasi, bahasa,
kesusasteraan serta sahsiah dan nilai-nilai murni. Bakat dan pengetahuan
asas peserta dalam penciptaan karya kreatif yang berpaksikan nilai-nilai
murni dapat digarap dan digilap untuk lebih berketerampilan dan maju lagi
pada masa akan datang. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia
berpandangan dan berharap agar program ini bukan sahaja perlu
diperluaskan kepada peringkat negeri, daerah dan sekolah malah perlu
mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai kementerian dan agensi
lain.

4.0

5.0

OBJEKTIF
4.1

Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam penulisan kreatif


pelbagai genre.

4.2

Memupuk semangat jati diri, kecintaan terhadap bangsa dan negara,


berdisiplin serta berbudi bahasa dan bernilai moral tinggi melalui
aktiviti pembelajaran dan hasil penulisan.

4.3

Menimba pengalaman dan kemahiran berkarya daripada tokoh-tokoh


penulis negara terutama Sasterawan Negara dan penulis-penulis
ternama.

4.4

Menghasilkan karya kreatif yang bermutu lagi bernilai murni secara


lebih produktif pada masa akan datang.

4.5

Memartabatkan genre sastera dalam kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN
5.1

Murid tahun 4, 5 dan 6 seluruh negara yang pernah menghasilkan


karya kreatif pada peringkat asas. Pencalonan di kemukakan oleh
semua Jabatan Pendidikan Negeri. ( Seramai 200 murid dan 100 guru
dan urus setia program )

5.2

Setiap Jabatan Pendidikan Negeri menghantar 10 murid ( 5 lelaki dan


5 perempuan) yang berlatarbelakangkan pelbagai lokasi dan pelbagai
kaum.
171

PERKAMPUNGAN PENULISAN MUDA SEKOLAH MENENGAH


KERTAS KONSEP

5.3
6.0

Setiap negeri juga melibatkan dua orang guru sebagai guru pengiring
dan pembimbing serta seorang lagi sebagai ketua kontinjen.

CADANGAN AKTIVITI SEMASA PERKAMPUNGAN


Program boleh dirancang dengan persetujuan pihak penganjur yang seperti
cadangan berikut:
6.1
6.2
6.3
6.4
6.5
6.6
6.7
6.8
6.9
6.10
6.11
6.12
6.13
6.14

7.0

Pengisian ilmu pelbagai genre.


Motivasi dan ilmu bantu.
Dialog antara peserta.
Dialog Sasterawan Negara/SN dan penulis-penulis terkenal.
Bedah karya oleh pembimbing.
Apresiasi puisi.
Mendekati cerpen.
Mendekati drama dan novel.
Persembahan peserta.
Lawatan sambil belajar / Darmawisata.
Diskusi karya peserta yang terpilih.
Bengkel penulisan.
Forum penerbitan dengan editor/penerbit.
dan sebagainya.

SYARAT TAMBAHAN PESERTA


7.1

Peserta negeri yang dipilih untuk mengikuti program ini pada peringkat
kebangsaan mestilah telah menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah
cerpen dan tiga buah sajak.

7.2

Cerpen dan sajak-sajak tersebut hendaklah dihantar satu set dalam


bentuk bercetak dan satu set dalam bentuk softcopy kepada pihak
penganjur.

7.3

Peserta program diminta menambah nilai karya mereka sebelum


berakhirnya program dan menyerahkannya kepada pihak penganjur.

7.4

Sesudah program dijalankan, setiap peserta dikehendaki


menghasilkan pelbagai karya sastera dan menghantarnya ke pihak
pencetak untuk diterbitkan.

8.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
171

Anda mungkin juga menyukai