Anda di halaman 1dari 3

Bab 4 : Zaman Jahiliyah

(1) Maksud
a) Bahasa Arab
1. Dalam bahasa Arab, Jahil bermakna tiada ilmu
pengetahuan.
b) Kebenaran
1. Masyarakat Arab digelar jahil kerana tidak menerima
kebenaran ajaran para nabi dan rasul.
c) Tidak Sembah
1. Tidak menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi
menyembah berhala dan animisme.
d) Akhlak
1. Akhlah mereka rendah kerana bersifat angkuh, zalim
dan degil.
(2) Ciri-Ciri
(i) Agama
a) Wathani
1. Agama yang menyembah patung-patung berhala.
b) Khurafat
1. Kepercayaan kepada ilmu sihir, menilik nasib, pakai
cincin tembaga untuk menjadi kuat san roh orang mati
menjadi burung.
c) Animisme
1. Menyembah alam seperti pokok, batu, matahari.
d) Samawi
1. Agama Kristian, Yahudi dan Hanif.
(ii) Sosial
a) Tidak Bermoral
1. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral spt judi, zina
dan arak.
b) Kedudukan Wanita
1. Wanita dipandang rendah tidak diwarisi harta ibu bapa,
bayi perempuan ditanam hidup-hidup (dianggap
menjatuhkan maruah keluarga).
c) Perkahwinan
1. Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita dan
sesiapa sahaja yang disukai.
(iii) Ekonomi
a) Riba
1. Perniagaan dilakukan berdasarkan amalan riba dan
penindasan.

b) Eksploitasi
1. Golongan kaya mengeksploitasi golongan miskin.
c) Keuntungan
1. Para pedagang hanya mementingkan keuntungan dan
kekayaan sahaja.
d) Merompak
1. Ada golongan yang merompak barangan daripada kafilah
di padang pasir.
(iv) Politik
a) Kabilah
1. Mereka hidup secara berpuak atau berkelompok yang
terdiri daripada suku tertentu di satu kawasan yang
dikenali sebagai kabilah.
b) Syeikh
1. Ketua kabilah yang merupakan lambang perpaduan kaum.
2. Syarat menjadi syeikh ialah mesti disukai ramai, matang,
berani, gagah dan pandai berpidato.
c) Semangat Assabiyah
1. Anggota kabilah bersikap fanatik terhadap kabilahnya.
2. Kerana di padang pasir yang kering kontang semua orang
harus hidup bersama.
3. Akibatnya muncul sikap menuntut bela mempertahankan
maruah kabilahnya.
d) Perang al-Basus
1. Akibat semangat assabiyah, perkara kecil mencetuskan
peperangan yang besar.
2. Cth : Perang al-Basus di antara Bani Taghib dengan Bani
Bakar tercetus kerana ahli Bani Bakar membunuh ahli
Bani Taghlib.
(3) Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w
1. Berasal daripada keturunan Qusai bin Kilab, Seorang
pemimpin Makkah yang terkenal.
2. Dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau 20 April
570 M di rumah datuknya Abdul Muttalib.
3. Bapa baginda, Abdullah telah meninggal dunia semasa
baginda dalam kandungan ibunya.
4. Diserahkan kepada Halimatus Sadiyah untuk disusui dan
dipelihara.
5. Semasa berumur 6 tahun, bonda baginda Aminah binti
Wahab telah meninggal dunia.
6. Baginda dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh
keluarga bapa saudara baginda, Abu Talib.
7. Baginda pernah mengembala kambing milik bapa
saudaranya, Abu Talib.
8. Semasa berumur 12 tahun, baginda ikut rombongan bapa
saudaranya berdagang ke Syam.
9. Semasa singgah di Basra, seorang pendeta Nasrani
bernama Buhaira meramalkan kerasulan baginda.

10. Abu Talib mencadangkan baginda menjalankan


perniagaan Khadijah binti Khuwailid supaya baginda ada
pekerjaan tetap.
11. Khadijah memberi modal yang besar kerana tertarik
dengan sifat amanah dan kebolehan baginda.
12. Sikap lembut dalam percakapan dan kebolehan
mengambil hati orang yang berurus niaga menyebabkan
keuntungan menjadi berlipat ganda.
13. Perasaan hormat kerana kebijaksanaan dan kebolehan
baginda berniaga membawa kepada perkahwinan di
antara baginda dengan Khadijah.
(4) Sifat-Sifat Terpuji Nabi Muhammad s.a.w
a) Siddiq
1. Berkata benar sehingga baginda sentiasa dipercayai dan
digelar al-Amin.
b) Amanah
1. Khadijah memberi modal yang besar untuk diperniagakan.
c) Tabliq
1. Menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh
walaupun menghadapi halangan.
d) Fatanah
1. Bijak menyelesaikan masalah persengketaan akibat
perletakan Hajar Aswad.
e) Lain-Lain
1. Sentiasa merendah diri walaupun kedudukan baginda
tinggi dan dihormati semua.
2. Pengasih dan bertimbang rasa seperti membantu isteri
memasak dan menjahit.
3. Memberi pedidikan agama secukupnya dan menjadikan
dirinya sebagai teladan untuk anak-anak.
4. Bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak.
5. Sifat pemaaf terserlah semasa pembukaan semula kota
Makkah pada tahun 630 M.
(5) Kerasulan Baginda
1. Untuk mengubah masyarakat sekelilingnya yang tidak
bermoral dan taasub, baginda mengasingkan diri daripada
masyarakat dengan bertahannuth kepada Allah di Gua
Hirak, Bukit Nur.
2. Selepas 6 bulan berulang alik bertahannuth di Gua Hirak,
pada 6 Ogos 610 M , Allah menurunkan wahyu pertama
melalui malaikat Jibril kepada baginda.
3. Wahyu pertama terdapat dalam Surah al-Alaq ayat 1-5,
menyuruh umat Islam supaya membaca untuk mendapat
ilmu bagi membina masyarakat dan meningkatkan
tamadun.
4. Wahyu kedua di Surah al-Mudassir ayat 1-7,
mengisytiharkan baginda sebagai Rasululah @ Pesuruh
Allah dan mewajibkan baginda menyebarkan agama Islam
kepada semua manusia.
5. Langkah pertama baginda ialah mengubah akidah(agama)
masyarakat Arab dengan menanam keimanan kepada
Allah Yang Maha Esa.
\

6. Seterusnya baginda menggesa masyarakat Arab


meninggalkan perbuatan jahil seperti membunuh, mencuri
dan menindas sesama manusia.
(6) Cara-Cara Islam Disebarkan
(i) Secara Rahsia (selama 3 tahun)
a) Ahli Keluarga
1. Isteri baginda Khadijah binti Khuwalid, sepupu baginda
Ali bin Abu Talib dan anak angkat baginda Zaid bin
Harithah.
b) Sahabat Rapat
1. Mula-mula Abu Bakar al-Siddiq dan melaluinya Uthman
bin Affan, Zubair bin Awan dan Al-Arqam bin Abu
Arqam.
c) Rumah al-Arqam
1. Menjadi pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah
dan baginda menggunakanya untuk sebarkan Islam secara
meluas.
d) Akhlak Baginda
1. Kejujuran para sahabat menyebarkan Islam mendapat
sambutan di kalangan golongan bawahan dan bangsawan.
e) Sebab Rahsia
1. Strategi dalam penyebaran Islam secara berperingkat.
2. Bilangan umat Islam masih kecil untuk menghadapi
cabaran.
(ii) Secara Terbuka (selama 10 tahun)
a) Sebab
1. Menyebarkan Islam secara terbuka kepada masyarakat
Makkah setelah menerima perintah Allah (wahyu).
b) Kaum Kerabat Baginda
1. Mengadakan ceramah di rumah Ali bin Abu Talib setelah
bermusyawarah dengan para sahabat untuk melaksanakan
perintah Allah.
2. Ada kaum kerabat menerima Islam tetapi ada yang
menentang seperti Abu Lahab, bapa saudara baginda.
c) Penduduk Makkah
1. Mengadakan ceramah secara terbuka untuk semua
penduduk di Bukit safa, Makkah setelah menerima
perintah Allah.
2. Semua pemerintah Makkah telah hadir seperti ketua Bani
Abdul Muttalib, Bani Tamim, Bani Asad dan Bani
Zuhrah.
3. Dakwah Islamiyah terganggu kerana Abu Lahab
menghina baginda.

(7) Tokoh Yang Menerima Islam


a) Golongan Hamba
1. Bilal bin Rabah yang diseksa dengan lehernya dijerut
dengan tali oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf.
2. Zunainah dibutakan oleh Abu Lahab.
3. Amir bin Fuhairah diseksa menjadi gila.
4. Yassir dan isterinya, Sumaiyah dijemur di padang pasir
sehingga mati syahid.
(i) Sebab-Sebab Menerima Islam
a) Hamba
1. Ajaran Islam memberi layanan sama kepada semua
manusia.
b) Lemah Lembut
1. Baginda menggunakan cara lemah lembut dan berhikmah.
c) Akal
1. Tidak menggunakan paksaan tetapi memujuk
menggunakan akal yang diberi oleh Allah.
d) Bandingkan
1. Membandingkan nilak akhlak orang Jahiliyah dengan nilai
akhlak dalam Islam.
e) Baca Ayat Al-Quran
1. Menjawab pertanyaan dengan membacakan ayat al-Quran
dan menjadi teladan yang baik.
f) Keimanan
1. Menanam keimanan yang kuat di kalangan pengikut tanpa
mengira harta.
(8) Penentangan Oleh Kaum Quraisy
(i) Sebab-Sebab
a) Agama
1. Orang Quraisy menyembah patung berhala secara turuntemurun manakala Islam menyuruh mereka menyembah
kepada Allah Yang Maha Esa.
b) Amalan Jahil
1. Seperti merompak dan menindas yang menjadi amalan
harian dilarang oleh Islam.
c) Persamaan
1. Konsep persamaan taraf antara semua manusia ditentang
kerana ada perbezaan darjat antara atasan dan bawahan.
d) Persaudaraan
1. Konsep persaudaraan Islam juga ditolak kerana fahaman
assabiyah.
e) Politik
1. Bimbang N.M. menjadi ketua Makkah dan yang lain tidak
berpeluang.

f) Ekonomi
1. Pengukir dan peniaga patung berhala akan tergugat
ekonomi mereka kerana dilarang sembah berhala.
(ii) Cara-Cara
a) Penyair
1. Penyair Quraisy mengejek ajaran Islam melalui puisi.
b) Fitnah
1. Baginda dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan
tuduhan palsu.
c) Pujuk
1. Menawarkan pangkat, harta dan wanita jika baginda
menghentikan penyebaran Islam.
d) Pemulauan
1. Keluarga baginda dipulaukan selama 3 tahun.
e) Pakatan Membunuh
1. Akhirnya pemimpin Quraisy mengadakan pakatan untuk
membunuh baginda.
(iii) Langkah-Langkah Menghadapinya
a) Ke Habsyah
1. Baginda menyuruh orang Islam hijrah ke Habsyah untuk
mendapatkan perlindungan.
b) Ke Taif
1. Baginda bersama dengan anak angkat, Zaid bin Harithah
pergi ke Taif tetapi kurang berkesan.
c) Ke Madinah
1. Baginda bersama dengan pengikutnya berhijrah ke
Madinah selepas menerima perintah Allah.

Anda mungkin juga menyukai