Anda di halaman 1dari 5

BUBUR RATAPAN ASYURA

FAISAL TEHRANI

CERITERA empunya hikayat, andai tuan-tuan terlupa atau ada yang baru ini
mengikuti kisah Tun Lepat moleklah kiranya hakir turunkan semula perihal Baginda Sultan
Alauddin Riayat Syah yang amat mencurigai isteri baginda. Maka telah dititahkan kepada
Tun Lepat untuk mencipta santapan masakan dari tumbuhan yang gatal dari perkarangan
istana. Andaikan ada isteri baginda yang ketagih akan dia pada santapan dari tumbuhan
yang gatal itu, maka terserlahlah ada niatnya yang tidak lurus terhadap baginda sultan.
Tidaklah hakir faham apa hubungannya santapan dari tumbuhan yang gatal dengan niat
jahat mana-mana isteri baginda. Benarlah akan daulat baginda itu tak usah dipertikaikan.
Namun hakir mengesyaki tentu ada pengaruh Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim dalam
menentukan isteri mana paling mengingini puteranya naik takhta. Tuan Guru itu seperti
tuan-tuan maklumi tidak lain tidak bukan melainkan guru tasawuf baginda sultan jua.Eloklah
hakir serahkan kepada sahibul hikayat Tun Lepat jua untuk berkisah seperti biasa.Adapun
benarlah sangkaan itu. Memang kerja Tuan Guru Nuh Ha Mim mencadangkan baginda
mencari gerangan si hati busuk dalam kalangan empat isterinya. Akan tetapi Hang Seleri,
hari ini bukan kisah talam keladi atau jahat permaisuri Tun Senaja yang ingin kita lipurkan.
Hal itu akan kita perikan semula di hujung-hujung, moga tuan sabar juga mendengar. Hari ini
ada darihal lain yang harus diberi keutamaan untuk diceriterakan.Suatu hari yang tidak
begitu terik panasnya tidak pula terlalu mendung redupnya, berangkatlah Sultan Alauddin
menemui gurunya di Tangga Batu. Akan tetapi tidaklah dapat baginda bertemu dengan
gurunya itu kerana orang alim tersebut sudah turun rumah dipanggil orang memadam api
kebakaran di kota Baghdad. Hari kedua tatkala panas matahari tidak begitu menyengat,
Sultan Alauddin bergegas ke Tangga batu menunggang kuda padi baginda. Sekali lagi Sultan
Alauddin hampa kerana dimaklumkan orang perempuan Tuan Guru Nuh Ha Mim, Abang
haji tak ada rumah. Dia sudah berangkat ke kota Mashad, ada majlis Muharam.Pada malam
itu ketika baginda Sultan Alauddin sedang lena tidur di peraduan. Baginda didatangi dua
mimpi aneh. Pada awal malam, kira-kira tidak lama sesudah Isya baginda terlena lalu
datanglah Tuan Guru Nuh Ha Mim dengan wajah letah lesu dan riak muka metu sedih.
Anakanda tuanku, ini kita datang membacakan hadis yang ada dalam Kitab al Mustadrak
ala l Sahihaian pada jilid tiga di muka seratus empat puluh lapan akan hadis Rasulullah yang
menurut al Hakim adalah sahih berdasarkan syarat Imam Muslim berbunyi ia begini: Maka
seandainya seseorang berdiri lalu dia solat dan berpuasa kemudian dia mati berjumpa
dengan Allah sedangkan dia benci kepada ahlul bait Muhammad, nescaya dia itu masuk
neraka.' Kita risau umat Melayu itu setelah Islamnya tidak mengenal jahat orang ke atas
ahlul bait, sebaliknya mendokong kezaliman pemerintah terhadap keluarga Nabi
Muhammad itu.Sultan Alauddin terjaga dari tidur, puas diamat-amati mimpinya itu tidak
tahu apa ertinya. Baginda melihat dian di sisi peraduan bergoyang-goyang menari. Oleh

memikir dengan hati rusuh entah kala bila baginda terlena lagi. Dalam lelap itu bermimpilah
lagi Sultan Alauddin. Kali ini baginda didatangi oleh Nabi Muhammad sendiri. Wajah baginda
rasul mendung duka, penuh kesedihan dan kesakitan batini teramat sangat. Baginda
Rasulullah bersabda seraya merenung dia akan Sultan Alauddin kemudian Nabi Muhammad
menyeru nama asal Sultan Alauddin iaitu Raja Husin dan mengeluarkan sabda baginda yang
boleh tuan-tuan temui dalam Kitab Sahih Bukhari, pada jilid kedua di muka dua ratus enam.
Fatimah adalah belahan nyawaku, siapa yang menyebabkannya murka maka dia telah
menyebabkan aku murka.Tidak lama kemudian muncul Tun Lepat dalam mimpi Sultan
Alauddin, berdirilah Tun Lepat di sisi Rasulullah; menangis ia sehingga matanya menyala
seperti biji saga baru gugur.Sebentar masuklah sepertiga malam baginda Sultan Alauddin
terjagalah dari tidurnya. Oleh mimpi bertemu Rasulullah itu baginda bersyukur kerana setan
itu tak mungkin menyerupai Rasulullah. Baginda Sultan Alauddin bingkas dan terus
berwuduk. Setelah solat dua rakaat, baginda ke kamar mengaji tempat tersimpannya segala
kitab dan telaah ilmu-ilmu Islam.Sultan Alauddin bersuara perlahan kepada diri sendiri,
Mengapa Rasulullah memanggil aku dengan nama asalku iaitu Husin? Apa pula
gerangannya ada Tun Lepat di sisi Rasul? Apa amalannya Tun Lepat ini?Baginda sultan
secara rambang menyelak kitab Imam Baihaqi yakni Dalail al Nubuwwah, pada juzuk enam,
terbabar muka empat ratus enam puluh lapan. Sultan Alauddin kemudian membuka lagi
secara tidak dirancang kitabnya Ibnu Katsir, yakni al Bidayah wa al Nihayah, terdedah di situ
juzuk enam, pada muka dua ratus tiga puluh. Makin bingung baginda tuanku lantas diambil
dan dibuka pula kitab karangan Ibnu Asakir yakni Tarikh Dimasyq, kemudiannya kitab Ibn
Hajar yakni al-Shawaiq al Muhriqah, kemudian kitab karangan Qunduzi pada awal juzuk dua
Yanabi al Mawaddah, termasuk jugalah kitab al-Mustadrak, pada juzuk tiga di muka seratus
tujuh puluh enam. Semuanya baginda buka secara tidak sengaja dan pada situ semuanya
ada hadis dan tuntutan untuk menangisi kesyahidan Saidina Husin.Sampaikan akhir sekali
kitab tulisnya Al-Khawarizmi yakni Maqtal al-Husain menjadi teranglah akan baginda Sultan
Alauddin yang Rasulullah saw mahu baginda menatap sebuah hadis dengan sanad dari Asma
binti Abu Umais sebuah khabar yang panjang, di mana pada bahagian akhir khabar itu ditulis
bahawa Asma berkata: Bahawa setahun setelah kelahiran Hasan, Fatimah melahirkan Husin.
Nabi datang kepadanya dan berkata, Wahai Asma, berikanlah kepadaku puteraku.
Kemudian dia menyerahkannya dengan diselimuti kain putih. Nabi mengazankannya pada
telinga yang kanan dan mengiqamatkan pada telinga yang kiri, kemudian meletakkan dalam
pangkuannya dan menangis. Asma kehairanan dan bertanya kepada Nabi. Demi ayah dan
ibuku apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasul? Nabi menjawab, Kerana puteraku
ini. Asma berkata, Dia baru sahaja lahir. Nabi menjawab, Wahai Asma, dia akan dibunuh
oleh kelompok yang zalim, yang tidak akan mendapat syafaatku. Kemudian Nabi berkata,
Wahai Asma, janganlah engkau memberitahu Fatimah akan hal ini kerana dia baru sahaja
melahirkannya.Buat seketika melongo mulut Sultan Alauddin, perlahan-lahan datang sedih
dan duka di hatinya. Fahamlah baginda mengapa begitu duka sekali Rasulullah maka
merataplah berbiji-biji Sultan Alauddin sampai menitis-nitis air mata membasahi janggut.

Baginda Sultan Alauddin yang alim itu juga melihat kitab karangan Hamwaini,
berjudul ia Faraid al-Simthin, pada juzuk dua, di muka seratus tiga. Juga Baginda bertemu
dengan kitab yang dipinjamkan oleh Tuan Guru Nuh Ha Mim yakni Tarikh Dimasyq
ciptakarya Ibnu Asakir pada hadis tigabelas dan empat belas bab riwayat Saidina Husin juga
ada hadis panjang yang serupa.Kala tiba siang baginda Sultan Alauddin memerintahkan kita
menghadap. Duhai Tun Lepat, bukankah baginda ini seorang sultan?Ampun tuanku,
sembah patik harap diampun.Hendaklah tuan bercakap benar. Titah Sultan Alauddin
penuh seru.Kenapa tuan ini dapat muncul dalam mimpi beta?Berderau darah Tun Lepat,
sangkanya tentu sahaja baginda akan murka dan habislah nyawanya.Tun Lepat dengan ragu
mengangkat sembah lagi dan bersuara, Ampunkan pacal yang hina dina ini tuanku, tidaklah
pacal memahami erti kata-kata tuanku.Sultan Alauddin menghela nafas, menatap wajah
Tun Lepat sang gerau istana yang telah berkhidmat untuk setiap raja dan sultan sejak zaman
pendiri Melaka lagi iaitu Raja Parameswara.Apa amalan kamu sesudah subuh duhai Tun
Lepat, hendaklah kamu bercakap benar. Sultan Alauddin mengeraskan suaranya, baginda
mahu mengorek rahsia Tun Lepat.Tun Lepat menggigil menjawab, berlutut di hadapan
Sultan Alauddin. Dinding emas perak lidah patik, kalau sesudah subuh selalunya patik
membaca solawat penuh.Apa itu solawat penuh?Solawat itu tidak sahaja memuji dan
memuja baginda Rasul tetapi juga keluarganya. Allahumma shalli ala Muhammad wa ali
Muhammad.Lagi? Jangan bersorok-sorok dengan beta Tun Lepat.Tun Lepat menelan liur.
Patik juga membaca ayat al-Quran setiap sesudah subuh, ayat dua puluh dua surah alMujadilah: Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya,
sekalipun orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga
mereka. Patik baca ayat itu kerana itu menjadi ingatan buat patik setiap hari yang tidak
masuk akal kalau patik cintakan ahlul bait, dalam masa yang sama patik cintakan pula
musuhnya."Sultan Alauddin senyum, berdiri baginda segera seraya menitahkan Tun Lepat
ikut sama bingkas. Kita ke Tangga Batu berdua. Tuan Guru Nuh Ha Mim dan tuan muncul
dalam mimpi beta kerana sesuatu. Tidak beta tahu apa ia. Dua kali beta ke Tangga Batu,
Tuan Guru mengelak sahajanah ada yang ingin diajarnya kita. Ayuh ikut beta.
Maka berangkatlah Sultan Alauddin dan Tun Lepat ke desa Tangga Batu, digelar ia
begitu kerana setiap rumah di situ batu-bata tangganya bukan kayu.Alhamdulillah, baginda
Sultan Alauddin dan kita diterima Tuan Guru Nuh Ha Mim. Kita duduk sebelah menyebelah
dengan baginda sultan menghadap orang alim itu. Untuk kita tentulah satu pengalaman
aneh, rasa pelik baginda tuanku menggugur dikara mulia dan mencemar duli begitu. Tuan
Guru Nuh Ha Mim pun bersuara, Hidup kita di buana ini Husin dan Lepat tidak boleh
menyangka-nyangka sahaja. seperti firman Allah 'Maka apakah kamu menyangka bahawa
kami menciptakanmu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak dikembalikan
kepada kami? Itu ada dalam surah Al-Mukminun ayat seratus lima belas. Husin dan Lepat
manusia ini dihantar ke dunia bukan untuk makan minum berak, kahwin beranak dan
kemudian menunggu mati sahaja. Manusia dicipta untuk mencari ilmu yang benar dan

beribadah. Maka, penuhilah tuntutan mencari itu dahulu. Hidup kita memang diminta
mencari kebenaran iaitu jalan yang lurus.Kita tunduk sahaja, tidak berani menentang mata
Tuan Guru Nuh Ha Mim.Husin dan Lepat, adalah kita ini memanggil tuan berdua ini supaya
dapat dijanjikan kita satu perkara.Kening baginda Sultan Alauddin terangkat sedikit. Tuan
Guru, kita bersiap siaga untuk memenuhi segala kemahuan.Tuan Guru Nuh Ha Mim
membelai jambang putihnya. Kita memikir bagaimana kiranya untuk membuat orang
Melayu Islam itu mengingat akan ahlul bait atau keluarga Nabi Muhammad saw. Mengingat
ia akan asyura.Sultan Alauddin bersuara jelas. Apa yang ingin diingat pada asyura itu Tuan
Guru?Tuan Guru memandang kepada kita. Tun Lepat, ciptakan satu makanan, nasi
menangis katakan. Hendaklah pada makanan itu ada tujuh peringatan tentang asyura.Kita
pun pulang ke istana bersama baginda sultan. Serasa-rasa inilah kerja dan ciptaan makanan
paling mencabar sepanjang sejarah kita menjadi gerau. Setelah memikir-mikir lama, maka
kita menetapkan harus ada pada bubur itu bawang putih kerana dengan putih itu akan kita
semua ingat hitamnya Yazid penguasa yang merancang pembunuhan Imam Husin, cucunda
Rasulullah yang disembelih pada sepuluh Muharam. Hitamnya Yazid itu juga kerana Yazid
dan pewarisnya setiap kali khutbah Jumaat maka diperintahkan khatib untuk mencerca dan
memaki hamun ahlul bait. Kita tahu benar sejarah mencatatkan kerja menghamun keluarga
Nabi Muhammad ini hanya berhenti untuk tempoh tak sampai dua tahun ketika
pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang wara' itu. Dalam bubur yang kita cipta itu
harus ada bawang merah kerana dosa Yazid yang banyak menumpah darah. Di sebalik beras
kita masukkan dua cangkir biji gandum. Itu kerana kita hendak menunjukkan betapa
banyaknya penyimpangan sunnah dan pembuatan bidah yang dilakukan Yazid bin
Muawiyah. Gandum dalam beras; tidakkah namanya bidah besar dan pelanggaran sunnah
bila dia itu mengambil takhta pemerintahan daripada Muawiyah bapanya. Dialah penerus
pemerintahan beraja yang tidak pernah dikenal Islam. Dialah penerus tatacara hidup Rom
dan Parsi dalam bidang siasah.Kita masukkan pula halia dan lada hitam supaya orang yang
mengecap bubur ratapan asyura itu mengenang betapa Yazid tidak bertaubat. Kerana Yazid
itulah punca tujuh putera Saidina Ali dibunuh dalam satu hari iaitu, antara lain Saidina
Husin, Saidina Abbas dan Saidina Jaafar. Semuanya disembelih. Di Karbala itu jugalah dua
cicit Rasulullah yakni anak Saidina Husin yang masih anak-anak dicincang. Juga terkorban
anakanda Saidina Hasan iaitu Abdullah, Abu Bakar dan Qasim. Moga-moga bubur asyura itu
membawa orang mengenang riwayat Abu Burdah seperti dinukil Ibnu Katsir dalam al
Bidayah wan Nihayah. Harus pemakan bubur itu mengingat betapa Yazid bin Muawiyah itu
menjolok-jolok dengan tongkatnya ke mulut dan gigi Imam Husin yang kepalanya sudah
terpenggal.Kita masukkan juga kacang yang tuan-tuan namakan kacang kidney untuk
penjamah bubur mengingat betapa Yazid itu dosanya bukan di Karbala sahaja tetapi
dosanya juga kala mengutus Muslim bin Uqbah serta Husain Numair al Sakuniy untuk
membantai Abdullah bin Zubair dan pengikutnya yang berkubu di Mekah. Abdullah bin
Zubair itu seingat kita anak Asma' Binti Abu Bakar dan Zubair bin Awwam. Ketika ingin
menawan Abdullah bin Zubair itu kota Mekah telah dikepung, Kaabah yang mulia ditembak
dengan manjanik hingga rosak dan terbakar kelambunya. Kacang kidney itu peringatan akan

kezaliman Yazid. Kemudian kita berikan jua ramuan kacang tanah lantaran dosa Yazid
menyerang kota Madinah pada tahun enam puluh tiga hijrah. Tanah itu melambangkan
Madinah sebagai tanah haram yang dicabul tentera Yazid. Adapun kota itu diserang di
bawah arahan Muslim bin Uqbah. Kejadian serangan ini dinamai dalam sejarah sebagai
Waqi'ah al Harrah. Tentera Yazid di bawah pimpinan Muslim bin Uqbah telah
bermaharajalela dan bukan sahaja membunuh delapanpuluh sahabat pengikut perang
Badar dan tabien di situ, malah telah membiarkan askarnya merogol gadis dan wanita di
Madinah sehingga diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Madaini yang dipetik dalam Tazkirah,
lebih seribu orang wanita telah hamil. Tujuh ribu tokoh muslimin dibunuh, sepuluh ribu
rakyat Madinah termasuk seribu orang Ansar dan lapan ratus kaum Quraisy dibantai.Mogamoga Melayu-Islam yang makan bubur asyura itu teringat betapa Rasul pernah bersabda
seperti diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ibn al-Jauzi, dan Imam Hanbali yang: 'Barang
siapa menakut-nakuti penduduk Madinah dengan kezalimannya, Allah akan membuatnya
takut, dan baginya laknat Allah, para malaikat, dan manusia semuanya. Di hari akhirat kelak
Allah tidak akan menerima amal perbuatannya'. Tidaklah kita tahu kalau membunuh dan
merogol orang di Madinah itu terlepaskah dari hadis ini melainkan mendapat laknat Tuhan
jua. Pada bubur ratapan itu juga kita masukkan kacang kuda, kerana terkenanglah kita yang
al-Damiri dalam Hayatul al Hayawan, dan al Mas'udi dalam Muruj al-Dzahab, mengatakan
Yazid itu amat haiwan khususnya menyayangi monyet peliharaannya, termasuk anjinganjing yang diberi minum dengan tangan sendiri sedang keluarga Nabi Muhammad ketika
dibantai tanpa belas kasihan di Karbala terbiar kehausan sampai syahid.Harapan kita setelah
orang makan bubur ratapan asyura itu orang Melayu akan tegas menolak Yazid kerana Yazid
adalah pemerintah zalim, dan raja zalim harus disanggah. Kata-kata itu Tuan Guru Nuh Ha
Mim yang empunya. Islam tidak membenarkan kezaliman malah Rasulullah datang
membawa keadilan. Imam Husin telah mengorbankan diri dan keluarganya untuk
membolehkan kita melihat kezaliman Yazid ini. Harapan kita oleh makan bubur asyura itu
akan ingatlah orang setiap hari adalah asyura, setiap tempat adalah Karbala, dan setiap
muslim harus ingin menjadi Husin, kalau tidak syahid harus ia menjadi Zainab adiknya yang
meneruskan perlawanan.GLOSARISahibul Hikayat Yang mula-mula merawikan
cerita.Gerau Chef diraja.Tabien Golongan pengikut sahabat Rasulullah saw yang
adil.Buana Dunia yang sementara.Ahlul Bait Keluarga Rasulullah saw yang merangkumi
baginda sendiri, Saidina Ali, Saidatina Fatimah, dan Saidina Hasan dan Husin.

Anda mungkin juga menyukai