Anda di halaman 1dari 8

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Skima Jawapan Kertas 1

Bahagian B
I
Dunia remaja sering terdedah kepada petbagai gejala sosial. Bincnngkan langkahJangkah yang
dapat elilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibal dalam geiala sosial.
Diharapka calon dapat nenyaltakan langkah-langkah.yang boleh dilakukan oleh remaia untuk
mengelakkan diri daripada terlihat dalam gejala sosial.
Rangka karangan dicadangkan:
1.0

Pendahuluan.

2.0

Isi:

2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6

Melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan/ mernperkukuh jati diri.


Memilih rakan sebaya yang b aik.
Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berlaedah.
Sentiasa mematuh I nasihat ibu bapa dan guru.
Sentiasa berfikiran positif dalam semua t indakan.
Mendisiplinkan diri serta rnematuhi peraturan yang ditetapkan.

3.0

Kesirnpulan
Mana-mana isi yang sesuai.

2
lbu bapa berperanan membentuk akhlak rlan merupakan penentu keiayaan akademik anak-anak.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
Diharapkan calon dapat rnenyatakun pendapat lentang peranan ibu hapa dalam membentuk akhlak dan
menentukan keictyaan akademik anak-anak.
Rangka karangan dicadangkan:
1.0

Pendahuluan.

2.0

Isi:

2.1
?.2
2.3
2.4
2.5

Memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral.


Memberikan nasihat, teguran dan tunjuk ajar.
Menjadikan diri sebagai contoh terbaik / idola terbaik kepada anak-anak.
Menyediakan keperluan pembelajaran yang sempuma kepada anak-anak.
Menghantar anak-anak e mengikti kelas-kelas tambahan d an tuisyen.

2.6

Mernberikan doronqan dan motivasi"

3.0

Kesimpulan
Mana-mana isi yang sesuai diterima.

Soalan 3 - Format Surat Rasmi:


1.

Nama dan alamat pengirim di sudut kiri surat. (Selepas itu langkau sebaris dan
lukis garisan panjang)
(Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris)

2.

Penerima dan alamat penerima di sudut kiri surat.

3.

Tarikh dengan huruf besar di kanan dan selari dengan baris terakhir alamat
penerima.

4.

Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) di kiri dan
tanda koma.

5.

Tajuk surat Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata
hubung, sendi dan kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir
ayat.

6.

Pengenalan surat nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai
wakil) + tujuan surat ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak sebarang
nombor)

7.

Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor bermula
dengan 2 dan seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan perenggan agak
ketengah 2 sm dari nombor)

i.

Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama
pihak penyebab masalah + masa masalah berlaku + siapa terlibat + dan apa-apa
juga maklumat awal tentang isu atau masalah itu yang dapat digunakan bagi
membantu pihak yang anda beritahu)

ii.

Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang anda wakili.
Kesan ini mesti diulas, sama seperti anda menulis karangan biasa (ada isi,
huraian, contoh dan kesimpulan kecil) Sebaik-baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu
perenggan)

iii.

Cadangan mengatasi masalah anda boleh memberi cadangan awal untuk


mengatasi masalah atau isu yang anda tuliskan.

8.

Penutup surat tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih.

9.

Tulis ucapan terima kasih di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak
nombor)

(Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris)


10.

Tulis pengesahan:
- Yang menjalankan tugas (jika tujuan rasmi) dan Yang benar (jika tujuan
persendirian)
- Tandatangani
-(NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan
-Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah
Setiausaha. Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan.
-Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili.

11.

Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata hikmat


seperti anda menulis karangan yang lain.

CONTOH MENULIS SURAT KIRIMAN RASMI


Soalan
:
Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca
daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat
anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah
ini dapat diselesaikan.
Contoh jawapan surat rasmi.
Lin Cheng Heng,
No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.
__________________________________________________________________________________
Ketua Balai,
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur .16 JULAI 2008
Tuan,
Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana
Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin
membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat
tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga
mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.
2.Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana
banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu

di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut.
Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3.
Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada
kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut
melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.
3..Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur.
Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian
kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6
kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan
tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami
berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah
tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku.
Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.
4..Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan
terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah
diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata
berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara
pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa
bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap
agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami
tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita
mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.
5..Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan
pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui
beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut.
Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga
amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak
kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak
tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
6..Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan
dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan
menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan
dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak
berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan
ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.

7..Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan
amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Linchengheng
...................
(LIN CHENG HENG)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

Soalan 4 Berdasarkan Peribahasa.


Karangan Peribahasa : Katak Di Bawah Tempurung
Di karang oleh Zahid Pada 21:18 kategori Contoh Karangan Cemerlang
Orang Melayu mempunyai pelbagai cabang seni bahasa yang patut dibanggakan. Antaranya ialah
kemahiran dan kebijaksanaan membina dan mencipta kata-kata bidalan, perumpamaan, pantun,
peribahasa, dan lain-lain. Tentu kita banyak mendengar dan melihat peribahasa orang zaman dahulu.
Antaranya ialah kacang lupakan kulit, bagai isi dengan kuku, air dicincang tidak akan putus, dan
lain-lain. Semuanya sudah sinonim dan terkenal dengan masyarakat masa kini.
Salah satu peribahasa yang amat terkenal ialah seperti katak di bawah tempurung. Peribahasa ini
rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat
berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang
berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak
tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan
keadaan di dalam dan di luar.
Peribahasa ini bolehlah dikaitkan dengan satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita
bernama Aminah. Dia tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun
yang lain. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak.
Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan. Dia cuma mengharapkan wang
daripada harta yang ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupannya. Wang daripada pajakan
tanah sawah seluas lima relong, tanah kebun seluas lima hektar, rumah sewa sejumlah lima buah, serta
rumah sendiri memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah seorang yang pendiam dan jarang berbual.
Dia tidak stika menonton televisyen atau membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak
rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.

Hari-hari yang dilalui oleh Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia
didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui
Arninah kerana dia hendak menjual tanah seluas empat hektar kepada Aminah. Alasannya ialah dia tidak
mahu tanah itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Aminah yang berminat untuk
rnembeli tanah tersebut telah meminta Osman menyerahkan geran tanah yang hendak dijual itu. Osman
bersetuju lain pulang ke rumahnya Aminah berasa gembira kerana dia memang berhajat untuk membeli
tanah itu untuk menambahkan hartanya. Malah, bagi Aminah dengan pembelian tanah itu dia rnampu
untuk menambah pendapatan bulanannya.
Dua hari kemudian, Osman datang lagi bersama-sama dengan geran tanah yang dipinta oleh
Arninah tempoh hari. Setelah ditunjukkan kepada Aminah, mereka berbincang tentang harga yang
dipersetujui. Osman ingin menjual tanah tersebut sebanyak RM75,000.00 tetapi Aminah meminta
dikurangkan kepada RM70,000.00 sahaja. Osman bersetuju lalu meminta bayaran sebanyak
RM50,000.00 sebagai pendahuluan. Aminah memberitahu bahawa wangnya ada di bank. Lalu, Osman
mencadangkan mereka pergi ke bank bersama-sama untuk mengambil wang tersebut. Aminah bersetuju
dengan cadangan Osman untuk memberikan RM50,000.00 kepada Osman sebagai pendahuluan.
Bakinya pula akan diberi semasa membuat pertukaran nama pada geran nanti. Osman yang amat gembira
dengan pemberian wang tersebut berjanji akan datang dengan segera untuk menyelesaikan hal pertukaran
nama pada geran tanah tersebut. Aminah pun pulang dengan rasa senang hati kerana sudah harnpir pasti
dia akan memiliki tanah itu.
Apabila hari yang dijanjikan, Aminah menunggu Osman di perkarangan Pejabat Tanah. Dia
rnenanti dengan penuh harapan agar Osman muncul untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi hampir
empat jam Aminah menunggu, namun bayang-bayang pun tidak kelihatan. ilia cuba menghubungi
nombor telefon yang diberi oleh Osman namun ternyata nombor itu adalah palsu. Dia yang berasa tidak
senang hati telah masuk ke dalam Pejabat Tanah dan meminta salah seorang daripada pegawai di situ
rnenyemak geran tanah yang dikatakan milik Osman itu. Ternyata geran tanah itu adalah palsu. Pegawai
itu menyatakan bahawa semua kakitangan sudah diberitahu tentang seorang lelaki yang menjalankan
aktiviti penipuan penjualan tanah di serata tempat. Pihak mereka juga telah mengiklankan kegiatannya di
akhbar-akllbar, televisyen, dan majalah.
Nyatalah Aminah ditipu dan dia menyesal kerana tidak mahu mengambil tabu tentang perkara
yang berlaku di sekelilingnya. Osman merupakan seorang penipu dan orang kampung sudah pun
dimaklumkan mengenai kegiatannya. Aminah hampir pengsan mengenangkan nasibnya yang ditipu oleh
Osman.
Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri
Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian
kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tabu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah
menjadi seperti katak di bawah tempurung, kelak kita juga yang akan rugi.

Soalan 5 Laporan.
Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur baru baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehandaki menulis satu laporan
lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang
diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2009 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang
guru penasihat.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui caracara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik
sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari
sekolah.
Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh
Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah
penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian
yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara
percuma.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini
kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama
atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang
merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagaibagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan
lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut
terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan
majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan

alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir
dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan
kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari
perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedahfaedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati
telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurangkurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk
menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap
berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.
Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat
berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada
masa depan.

Dilaporkan Oleh, 12 Mei 2009.


Farid Asfar

(FARID ASFAR B ABD GHANI)


Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Anda mungkin juga menyukai