Anda di halaman 1dari 5

AL-QURAN PANDUAN HIDUP MUSLIM

( 07 Julai 2006 / 11 Jamadilakhir 1427 H )

Sidang Jumaat Yang Dikasihani Sekelian,


Saya menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekelian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan
melakukan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudahmudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertaqwa, kerana
takwa mempunyai lambang dan darjat yang tinggi disisi Allah s.w.t.
Kaum Muslimim Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t. diatas segala nikmat yang
dikurniakan, terutama nikmat Iman dan Islam kepada kita semua.
Islam yang dibawa dan disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w.
merupakan agama yang sempurna lagi lengkap merangkumi seluruh
aspek kehidupan manusia serta diredhai disisi s.w.t. Sebagaimana
firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 19 :
1

Yang bermaksud : " Sesungguhnya agama yang diakui di sisi Allah


ialah Islam "
Kelahiran nabi Muhammad s.a.w. bersama dengan risalah Islam yang
dibawa oleh Baginda telah merubah tamadun manusia yang dahulunya
gelap dengan kesesatan dan kejahilan kini telah bersinar dengan
cahaya iman dan ilmu berdasarkan wahyu Allah s.w.t., dimana dunia
dan manusia ketika itu dicengkam oleh pelbagai kezaliman. Dahulunya
manusia bertindak dan melakukan sesuatu berdasarkan hawa nafsu
tatapi setelah datangnya Islam, mereka dikawal oleh akal yang
berpandukan kepada wahyu Allah s.w.t. sehingga kehidupan manusia
menjadi lebih mulia. Bahkan kelahiran junjungan besar nabi
Muhammad s.a.w. adalah satu ketetapan Allah s.w.t. untuk membawa
rahmat kepada sekalian alam. Bersesuaian dengan firman Allah dalam
surah al-Anbiyaa ayat 107 :

Maksudnya : " dan tidaklah kami mengutuskan engkau (wahai


Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam ".
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,
Kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. umpama Intan Permata yang
berkerlipan dari segenap penjuru. Setiap kerlipan itu, penuh dengan
panduan dan pengajaran untuk dipelajari serta dihayati oleh umatnya.
Kehidupan umat Islam akan menjadi indah dengan diwarnai oleh sifatsifat kesopanan dan kesusilaan yang bersumberkan wahyu Ilahi,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

"

"

Maksudnya : " Sesungguhnya aku


menyempurnakan kemuliaan akhlak ".

diutuskan

adalah

untuk

Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita buat


selama-lamanya. Tatapi, kita masih bertuah kerana Baginda Rasulullah
s.a.w. telah meninggalkan dua perkara kepada umatnya sebagai

panduan hidup, iaitu kitab Allah dan Sunnahnya sebagai pedoman bagi
seluruh umatnya untuk dikaji, dihayati dan diamalkan dalam
kehidupan.
Hadirin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Kitab suci Al-Quran atau kalam Allah diturunkan kepada Baginda
Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. secara
berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Penurunannya adalah
mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu atau mengisahkan
peristiwa yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran itu
merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan
manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadah,
pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran
dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan
sebagainya. Kesemua kandungan ini tetap menjadi sumber rujukan
yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat .
Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah
s.a.w., ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia
ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah
kepada Allah s.w.t. Selain daripada itu, Al-Quran juga mempunyai
rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu digali, pintu
hikmahnya perlu diterokai supaya arah tuju perjalanan hidup kita
sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi kita wajib
mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada
kesempurnaan rukun Iman seseorang Muslim .
Hadirin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Justeru, kita sebagai umat yang mengaku beriman dengan kitab suci
Al-Quran, mestilah menjadikan Al-Quran sebagai kitab bacaan dan
rujukan utama dalam kehidupan. Menjadikan Al-Quran sebagai
benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohan dilindungi
Allah s.w.t. Oleh yang demikian, dalam kesibukan harian, kita
sewajarnya memberikan sedikit waktu dan ruang kepada diri dan
keluarga kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. melalui pembacaan
Al-Quran. Janganlah kita menjadi seperti segelintir orang yang
mendakwa berilmu tatapi mereka tidak membaca Al-Quran dalam
kehidupan seharian mereka .
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,
Akhirnya, ingin ditegaskan disini bahawa Al-Quran bukan seperti kitab
warisan yang hanya dibungkus kemas untuk dipamerkan atau untuk
melariskan jualan atau memagari rumah dan sebagainya. Tatapi
3

hakikat sebenarnya Al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu


menjadi penunjuk arah dalam kehidupan disamping berupaya
menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak
dan moral masyarakat.
Dengan rasa ikhlas saya ingin berpesan marilah kita menjadikan
amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat
dengan mengikut kaedah yang betul bagi mengelak kesalahan pada
makna sebenar dan dalam masa yang sama kita perlu merujuk kepada
golongan pakar dalam bidang tersebut bagi mengelak sebarang
kekeliruan dan salah faham. Disamping itu, kita hendaklah meletakkan
keyakinan bahawa isi kandugan Al-Quran secara umum atau
mempunyai prinsip dasar mengatur seluruh kehidupan manusia
bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan atau
bermula dari kita bangun tidur hinggalah kita tutup mata (mati).
Mudah-mudahan kita semua mencapai kejayaan dalam menjadikan AlQuran sebagai panduan dan pedoman hidup .
Hadirin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Bersempena
sambutan
TILAWAH
AL-QURAN
PERINGKAT
KEBANGSAAN pada kali ini yang akan bermula pada 11-15 Julai
2006, marilah kita sama-sama melapangkan masa menghadirkan diri
bersama keluarga menjayakan program tersebut dan dalam masa
yang sama kita cuba menghayati isi kandungan Al-Quran. Mudahmudahan hidup kita sentiasa disinari dengan nur dan hidayah dari
Allah s.w.t. diantaranya :
1. Kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan
pelengkap kepada kesempurnaan rukum Iman seseorang Muslim.
2. Kita yakin isi kandugan Al-Quran secara umum atau mempunyai
prinsip dasar mengatur seluruh kehidupan manusia bermula dari
sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan.
3. Kita jadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurangkurangnya satu ayat dengan mengikut kaedah yang betul bagi
mengelak kesalahan pada makna sebenar.
4. Kita berusaha menjadikan diri dan keluarga kita sentiasa dalam
keredhaan Allah s.w.t. dengan beramal dengan akhlak Al-Quran .
5. Kita menghayati pengajaran yang terkandung didalam Al-Quran,
disamping menjadikan Al-Quran sebagai benteng kepada godaan
dunia serta sentiasa memohan dilindungi Allah s.w.t.

Bermaksud : Alif, Lam, Mim, Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang
syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara
yang ghaib dan mendirikan Sembahyang serta membelanjakan
sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka .
) ( Surah al-Baqarah ayat : 1-3

Anda mungkin juga menyukai