Anda di halaman 1dari 3

Kaunselor KKM

Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
telah mula beroperasi dengan rasminya pada 3 Disember 2007. Unit Psikologi Kaunseling
diwujudkan dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1, 1999 yang memaklumkan kepada
ketua jabatan mengenai kepentingan mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi masingmasing.

Visi
Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan
cekap sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat dari segi emosi
untuk mengatasi cabaran dan tekanan dalam menuju impian wawasan 2020.

Misi
Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberi perkhidmatan kaunseling dan
psikologi profesional yang terkini, mesra klien, mesra teknologi, cekap dan efektif.

Kepentingan Perkhidmantan Kaunseling


Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting.
Pengurusan kaunseling yang berkesan seharusnya mampu membantu seseorang anggota itu
menghindarkan diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga
dan hubungan interpersonal, atau menyediakan program bagi meringankan beban yang ditanggung
oleh mereka yang telah terjebak dengan masalah tersebut. Perkhidmatan kaunseling yang berkesan
juga dapat membantu anggota perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kesihatan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya meningkatkan pembangunan diri masing-masing bagi
mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta penghasilan kerja yang produktif dan
berkualiti.

Objektif

Memberi perkhidmatan sesi kaunseling kepada personel kesihatan yang memerlukan ke


arah mencapai kesedaran kendiri yang optimum. Membimbing klien untuk lebih terbuka dari
aspek pemikiran dan tindakan agar dapat digunakan untuk membangunkan potensi yang ada
ke arah kemajuan diri dan organisasi.

Merangka dan mengendalikan program / aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan


kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan
tingkahlaku dengan lebih efektif.

Siapa yang memerlukan kanselor

Bukan untuk yang bermasalah

Bukan gila, tetapi individu normal yang ingin mengenali dan memahami diri

Mahu memahami realiti diri dan kehidupan

Ingin meningkatkan potensi diri

Mengalami gangguan fikiran dan emosi

Keliru dengan masalah diri dan kehidupan

Menghadapi konflik perhubungan sosial

Memerlukan tempat untuk mengadu

Dan lain-lain

Tugas dan Peranan Pegawai


1.

Mengambil langkah dan tindakan yang sesuai untuk memaklum dan mempromosikan
perkhidmatan kaunseling yang disediakan kepada semua anggota di jabatan ini.

2.

Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi 4 aspek:


Pertumbuhan
Pencegahan
Intervensi
Pemulihan

1.

Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok, kaunseling keluarga,


perkahwinan, tele-kaunseling, khidmat perundingan dan intervensi krisis.

2.

Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkembangan kaunseling.

3.

Menyimpan semua fail/rekod/sesi kaunseling (sulit) untuk tujuan tindakan susulan dan
statistik.

4.

Membantu membina modul program pembangunan insan.

5.

Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidiakn, dan kajian pembangunan


insan.

6.

Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.

7.

Membantu menguruskan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.

8.

Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, laporan dan
penambahbaikan kualiti perkhidamatan kaunseling sedia ada.

9.

Menyelenggara, menyimpan, mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi dan


menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai.

10.

Melaksanakan aktiviti/program latihan dalam urusan pentadbiran alat ujian dan ineventori
psikologi.

11.

Membantu menjalankan ujian/inventori psikologi, analisis dan kaji selidik.

12.

Bertanggungjawab melaporkan aktiviti kaunseling sekurang-kurangnya 6 bulan sekali


kepada Bahagian Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kod Etika Kerja Kaunselor

Menjaga Kerahsiaan

Menjaga Hak Klien

Menerima Klien Tanpa Syarat

Anda mungkin juga menyukai