Nota 2 Sivik Tingkatan 1
Nota 2 Sivik Tingkatan 1
Pengenalan
1. Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin
dicapainya.
2.
Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.
3. Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada dalam
dirinya.
Potensi Diri
1.
Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri.
2. Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan.
3.
Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri.
4.
Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri.
5.
Bagaimana potensi diri dapat dikembangkan? Lihat rajah yang berikut.
Intelek
Jasmani
Emosi
Rohani
6. Kita boleh mencontohi kejayaan tokoh-tokoh tertentu untuk mengembangkan potensi diri juga.
Intelek
Intelek ialah daya fikir yang merangkumi empat aspek iaitu:(a)
kemahiran asas:
i.
membaca;
ii. menulis;
iii. mengira.
(b)
berfikir secara kreatif dan kritis;
(c)
(d)
1. Aspek rohani dalam potensi diri berkaitan dengan sifat menyedari bahawa Tuhan itu wujud.
2. Apabila seseorang itu menyedari akan kewujudan Tuhan, dia akan mensyukuri pemberian Tuhan dan
berusaha menjadi manusia yang berakhlak mulia.
3. Kuat bersembahyang, taat kepada ajaran agama, dan berbuat baik kepada semua makhluk merupakan
satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan.
Emosi
Aspek emosi dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, pandai
mengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan dan perpaduan serta bertindak
berdasarkan pertimbangan yang wajar.
Jasmani
1. Aspek jasmani menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh badan yang
sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal
untuk berdikari, dan sebagainya.
2. Kesimpulannya, kenalilah potensi diri. Apabila kita sudah mengenali potensi diri sendiri, barulah kita
berupaya mengembangkan potensi diri.
3. Orang yang berjaya mengembangkan potensi diri akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan pada
masa hadapan.
4. Jadilah murid yang mempunyai identiti diri yang positif kerana murid yang beridentiti positif mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan senantiasa mengembangkan potensi diri ke tahap yang cemerlang.
UNIT 2
PENYELESAIAN KONFLIK
Konflik
1. Konflik ialah perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dengan dirinya sendiri atau
antara individu dengan individu lain, dan sebagainya.
2. Konflik berlaku disebabkan perbezaan idea, kepentingan, dan prinsip. Namun apa yang penting, konflik
memerlukan penyelesaian.
Penyelesaian Konflik
1. Penyelesaian konflik ialah cara atau usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu konflik atau
masalah.
2. Penyelesaian konflik perlu dilakukan dengan pertimbangan yang wajar dan positif supaya konflik
dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan membawa kebaikan kepada pihak yang
berkonflik.
3. Salah satu teknik penyelesaian konflik ialah teknik awan. Teknik awan ialah teknik berfikir tentang
sesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan dan diselesaikan dengan cara
penyelesaian win-win atau menang-menang.
4. Maksud Penyelesaian Win-win ialah satu situasi yang terdapat dua pihak yang menyelesaikan sesuatu
konflik secara koperatif.
5. Untuk menyelesaikan konflik adalah penting juga kita mengenal pasti punca berlakunya konflik.
6. Apabila punca masalah telah diketahui, maka adalah lebih mudah untuk menyelesaikan konflik tersebut.
7. Andaikan rakan kamu mempunyai konflik, bantulah rakan menyelesaikan konflik tersebut.
Pengaruh Rakan Sebaya
1. Rakan sebaya merupakan antara orang yang paling rapat dengan kita selain ahli keluarga sendiri.
2. Kebiasaannya, mereka menjadi tempat untuk kita berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah,
dan harapan.
3. Namun, kita perlu bijak memilih rakan sebaya kerana mereka dapat mempengaruhi nilai, emosi, dan
cara pergaulan kita.
4. Rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat yang positif akan mendorong kita menjadi orang yang baik,
berakhlak mulia, dan berjaya.
5. Manakala rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat negatif mampu mempengaruhi kita melakukan
aktiviti negatif.
6.
Contoh sikap yang positif:(a) bersopan santun;
(b) menghormati rakan, guru, keluarga, dan masyarakat;
(c)
tidak melepak;
(d) tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral;
(e) tidak merokok;
(f)
rajin;
(g) saling menasihati;
(h) taat ajaran agama dan sebagainya.
7.
8. Rakan sebaya yang terlibat dengan kegiatan negatif di atas perlulah dijauhi. |
9. Kamu perlu bersikap asertif jika kamu mempunyai j rakan-rakan yang cuba mempengaruhi kamu
melakukan perkara-perkara negatif.
10. Sikap asertif merupakan perlakuan menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau
negatif dengan tidak menyakiti hati orang.
11. Kesimpulannya, kenalilah diri sebenar rakan-rakan sebaya kamu kerana rakan membawa pengaruh
yang besar dalam kehidupan kamu dan kamu tidak rugi sekiranya kamu kehilangan rakan-rakan
yang tidak baik.
bersikap tegas
Tidak mudah
terpengaruh
Unit 3
Membina Keluarga Bahagia
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia: (a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;
(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;
(c) menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab;
(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;
(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;
(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;
(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahli keluarga;
(h)
(i)
(c)
memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah atau jika
mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.
6. Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah dan senang.
7. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak ternilai harganya dan tidak
boleh dibayar dengan wang ringgit.
8. Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa:-
(a)
(b)
(c)
(d)
menghormati mereka;
mentaati ibu bapa;
belajar bersungguh-sungguh;
melakukan perkara yang berfaedah dan berjaya dalam hidup;- kejayaan anak-anak adalah
kebahagiaan bagi ibu bapa.
menjaga mereka apabila mereka telah tua;
(e)
(f) menjaga mamah diri dan keluarga.
9.
Sayangi mereka dan jagalah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Orang yang
menghormati dan menyayangi ibu bapanya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Unit 4
BANGGA TERHADAP SEKOLAH
Pengenalan
1. Sekolah kita merupakan tempat kita mendapat ilmu dan mengenali rakan-rakan. Oleh itu kita perlu
berbangga dengan sekolah kita.
2. Bagaimanakah cara kita menunjukkan perasaan sayang dan bangga terhadap sekolah kita?
Antara cara-caranya:
(a)
mengetahui sejarah dan identiti sekolah;
(b)
mematuhi peraturan sekolah;
(c)
mewujudkan semangat berpasukan;
(d)
mewujudkan budaya sekolah positif.
3. Adakah menjadi tanggungjawab setiap murid mengenali identiti sekolah mereka supaya mereka akan
berasa bangga terhadap sekolah mereka.
4. Adakah penting untuk kita mengetahui misi dan visi sekolah? Sudah tentu kerana untuk menjayakan
misi dan visi sekolah, penglibatan seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.
Mematuhi Peraturan Sekolah
1. Peraturan sekolah adalah ketetapan undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap murid.
2. Mematuhi peraturan sekolah adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita menyayangi
sekolah kita.
3. Murid-murid yang berdisiplin adalah murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah
4. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan dirujuk pada pihak yang bertanggungjawab menjaga disiplin.
5. Setiap guru adalah merupakan guru disiplin, meskipun terdapat guru yang khusus menjaga disiplin murid.
6. Kepentingan mematuhi peraturan sekolah:
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
mendisiplinkan pelajar;
memelihara imej baik sekolah;
pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna dan selesa;
menjamin keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;
mewujudkan keharmonian di sekolah.
4.
Budaya Sekolah
1. Budaya sekolah ialah sesuatu perlakuan yang menjadi kelaziman di sesebuah sekolah.
2. Antara contoh budaya sekolah ialah:
(a)
(b)
(c)
(d)
3.
Sumbangan tenaga seluruh warga sekolah sama ada dari segi tenaga atau idea amatlah penting untuk
menghidupkan budaya sekolah positif yang diimpikan.
Unit 5
PENJAGAAN DAN PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH
Pengenalan
1. Menjaga dan meningkatkan imej sekolah merupakan tanggungjawab setiap pelajar.
2. Cara-cara menjaga dan meningkatkan imej sekolah termasuklah:
(a) Menampilkan sahsiah dan imej yang positif;
(b) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah;
(c) Mewujudkan keceriaan sekolah.
Menampilkan Sahsiah dan Imej yang Positif
1. Warga sekolah yang mempunyai sahsiah dan imej yang positif akan memberikan imej yang baik
kepada sekolah.
2. Ciri-ciri pelajar yang bersahsiah dan berimej positif:
(a) berdisiplin iaitu senantiasa mematuhi peraturan sekolah seperti datang awal ke sekolah, tidak
ponteng kelas atau sekolah, tidak membuli rakan, dan sebagainya;
(b) mengamalkan kesopanan dalam pergaulan seperti beradab sopan dengan guru, rakan-rakan, dan
kakitangan sekolah,
(c) menjalinkan hubungan yang baik dengan guru, rakan, dan kakitangan sekolah;
(d) menjaga kekemasan diri dan sebagainya.
3.
Kebaikan mengamalkan sahsiah dan imej yang positif:(a) dapat belajar dengan selesa dan selamat kerana tiada gangguan daripada pelajar yang tidak
berdisiplin;
(a) sekolah menjadi pusat kecemerlangan murid;
(b) dapat memupuk budaya penyayang;
(b) sekolah diyakini dan mendapat sokongan ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah.
Hari Guru:
melibatkan diri dalam acara persembahan;
membantu menghias pentas;
datang memberikan sokongan kepada pelajar yang terlibat dalam persembahan.
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
melahirkan pelajar yang sihat, cergas, minda yang sihat, dan berdaya saing;
memupuk bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar;
dapat mengasah bakat dan potensi diri;
merapatkan hubungan dengan rakan-rakan pelbagai kaum dan mewujudkan perpaduan;
menanamkan sikap bangga terhadap sekolah.
Unit 6
Cerita Rakyat Pelbagai Kaum
Pelbagai Cerita Rakyat
1.
Cerita rakyat adalah sastera rakyat dan menjadi kebanggaan sesuatu masyarakat dan negara.
2. Ciri-ciri cerita rakyat:(a) cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat;
(b) biasanya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut;
(c)
selalunya mempamerkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakat;
(d) Penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalam
cerita tersebut;
(e) pada waktu dahulu, cerita rakyat ini diceritakan pada masa terluang, contohnya pada waktu
malam sebagai hiburan setelah penat bekerja pada waktu siang;
(f)
disampaikan oleh penglipur lara. Sambil bercerita, penglipura lara ini juga akan bernyanyi dan
bermain muzik;
3.
Cerita rakyat perlu dikekalkan dan dipelihara supaya generasi muda dapat menghayatinya.
Antara cara mengekalkan cerita rakyat:
(a) diterbitkan dalam bentuk buku atau video supaya dapat dibaca dan ditonton;
(b) menggalakkan pelajar membaca cerita-cerita ini;
(c)
menceritakan cerita rakyat kepada pelajar;
(d) mengadakan pertandingan bercerita tentang cerita rakyat;
(e) mengadakan sudut cerita rakyat di dalam kelas.
7. Antara cerita rakyat yang popular: (a) Nakhoda Tanggang - Cerita kaum Melayu;
(b) Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil - Cerita kaum Cina;
(c)
Ahli Sihir yang Angkuh - Cerita kaum India;
(d) Kura-kura yang Pintar - Cerita kaum Iban;
(e) Burung layang-layang - Cerita kaum Kadazan.
10
Unit 7
Kerajaan Demokrasi
Pengenalan
1.
2.
3.
4.
Demokrasi bermaksud sistem pemerintahan negara oleh rakyat menerusi wakil-wakil yang
dipilih menerusi pilihan raya.
Kata demokrasi berasal daripada bahasa Yunani 'demo' yang bermaksud rakyat dan 'kratos'
yang bermaksud kekuasaan.
Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Prinsip-prinsip dalam pembentukan kerajaan demokrasi:(a) pemerintahan kerajaan dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya;
(b) kerajaan bertanggungjawab membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara demi
kesejahteraan rakyat dan keamanan negara;
(c)
hak asasi setiap rakyat termaktub dalam perlem-bagaan negara;
(d) persamaan dan keadilan dalam aspek politik, ekonomi, sosial, dan undang-undang;
(e) warga yang patriotik;
(f)
amalan kepelbagaian budaya;
(g) ketelusan pemerintahan.
Amalan demokrasi membenarkan rakyat bebas bersuara dan melakukan sebarang aktiviti asal
sahaja aktiviti tersebut tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain dan menyebabkan huru-hara.
Antara cara yang perlu rakyat lakukan sebagai menghargai amalan demokrasi di Malaysia
termasuklah :(a)
(a)
(b)
(b)
tidak menghina agama dan budaya kaum-kaum lain sama ada melalui perkataan mahupun
melalui tindakan;
tidak melakukan rusuhan;
tidak terlibat dalam aktiviti yang menyebabkan negara huru-hara;
berbaik-baik dengan semua kaum.
11
Unit 8
KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Pengenalan
1. Kesejahteraan rakyat merujuk kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama hidup bersama dengan
aman dan harmoni untuk memajukan negara.
2. Demi mengekalkan kesinambungan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan, kita haruslah:
(a) memiliki kesedaran sivik dan jati diri untuk menghadapi cabaran dan halangan;
(b) mempunyai daya empati terhadap golongan kurang bernasib baik dan golongan kurang
upaya;
(c)
mengamalkan dan meneruskan perpaduan kaum;
(d) menghargai dan menyayangi alam sekitar (kelestarian alam sekitar).
Kesedaran Sivik
1. Individu yang mempunyai kesedaran sivik mempunyai perlakuan yang membantu mengekalkan normanorma masyarakat dan mematuhi undang-undang.
2. Antara sikap orang yang mempunyai kesedaran sivik:
(a) menjaga dan bertanggungjawab ke atas kemudahan yang disediakan;
(b) mematuhi peraturan dan undang-undang;
(c)
memikirkan kepentingan kemudahan untuk faedah bersama.
3.
Contoh individu yang tiada kesedaran sivik:
(a) membuang sampah merata;
(b) merosakkan kemudahan awam;
(c)
meludah merata di tempat awam;
12