Anda di halaman 1dari 9

LMCK 1531 KEPIMPINAN DAN

KREATIVITI
PROGRAM PANGSAPURI ANGKAT
FIESTA SINERGI INTELEK (FSI)
2014/2015
KOLEJ TUN SYED NASIR
NAMA
: NUR AMANINA BINTI
CHE DERAMAN
NO. MATRIK : A 147303
SET
TAHUN

:3
: SEM 1 2014/2015

KEPIMPINAN : EXCO PERHUBUNGAN


DAN PENGANGKUTAN

PENSYARAH : DR TUAN MAZLELAA


BINTI TUAH MAHMOOD

LAPORAN SEKRETERIAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN


PROGRAM PANGSAPURI ANGKAT
FIESTA SINERGI INTELEK (FSI) 2014/2015
KOLEJ TUN SYED NASIR

GERAK KERJA
BI
L

TARIKH

GERAK KERJA

TINDAKAN

30 OKT 14

Perbincangan bersama exco dan Penjelasan tugas perhubungan dan


ajk.
pengangkutan serta membahagikan tugas.

2 NOV 14

Mendapat senarai pempamer.

Mula mencari contact semua pempamer.

3 NOV 14

Memilih pempamer dan


menyediakan surat jemputan.

3.1 Daripada contact yang cari,


pemilihan pempamer dijalankan
dan mula menghubungi :
i. BSMN
ii. PMFFAR
iii DENSTA
IV AUDIOLOGI

4 NOV 14

Senarai barang yang


diperlukan.

Menyenaraikan barang keperluan dan


memberitahu teknikal

5 NOV 14

Perbincangan bersama exco dan Mengemaskini tugas mengenai pempamer.


ajk.
Menghubungi pentadbir pangsapuri.

6.

10 NOV 14

Mencari pengangkutan

Menghantar surat memohon kebenaran


untuk pengangkutan

7.

16 NOV 14

Mengenalpasti bilangan
pempamer yang akan hadir.

Menghantar surat jemputan kepada


pempamer yang dapat hadir.

8..

23 NOV 14

Perjumpaan bersama exco dan


ajk.

Membincangkan status pempamer dan


pengangkutan seperti membuat jadual
pengangkutan.
Pembahagian tugas pada hari kejadian.

9.

24 NOV 14

Perjumpaan bersama exco lain

Mengemaskini bilangan pempamer kepada


jamuan dan mengenal pasti barang yang
diperlukan daripada teknikal.

10.

3 DIS 14

Lawatan ke Pangsapuri

Mengenalpasti ruang untuk membuat


pameran.

11.

4 DIS 14

Taklimat bersama pempamer

11.1 Menerangkan dan memberitahu


tentang perincian program dan
pengangkutan .
11. 2 Exco 1 bersama-sama
Pengarah menghadiri mesyuarat
bersama dengan wakil bahagian
Umno Fasa 3

12.

5 DIS14

Persiapan tempat program

Menyusun meja, kerusi dan papan


kenyataan yang diperlukan untuk
pempamer.

OBJEKTIF
1. Mengasah ciri ciri kepimpinan dalam diri bagi menjayakan sesuatu program.
2. Mencari pengalaman dalam melakukan kerja berpasukan
3. Menyemai kesedaran tentang perlunya semangat kerjasama yang kuat dalam setiap
organisasi dalam menjayakan sesuatu program.
4. Mengeratkan hubungan sesama ahli organisasi dan masyarakat luar disamping melatih diri
berkomunikasi dengan orang ramai
5. Melahirkan mahasiswa yang berkeyakinan, berkepimpinan dan beretika.
6. Memberi bantuan kepada masyarakat luar yang memerlukan pertolongan dari segala aspek
seperti kesihatan dan kebersihan kawasan.
7. Memberi kesedaran kepada diri sendiri bahawa bukan semua manusia hidup sempurna.

REFLEKSI KEPIMPINAN DIRI


The function of leadership is to produce more leaders, not more followers-Ralph Nader.
Potongan kata-kata itu memberi saya semangat bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi

pemimpin jika seseorang itu ada kemahuan. Program yang dianjurkan oleh Fiesta Sinergi
Intelek (FSI) di bawah subprogram Pangsapuri Angkat ini telah dijalankan di Pangsapuri
Fasa 3, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada 6 Disember 2014 dengan jayanya oleh
semua ahli organisasi Pangsapuri Angkat yang dianggotai oleh pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Program berbentuk kemasyarakatan ini telah memberi impak yang besar kepada diri
saya sendiri dan juga organisasi -organisasi yang terlibat. Program ini juga
memperkukuhkan lagi ciri-ciri kepimpinan diri dalam setiap pelajar kerana keseluruhan
program ini dijalankan atas kerjasama semua pihak. Sebagaimana objektif program yang
digariskan seperti mengasah ciri- ciri kepimpinan dalam diri, mencari pengalaman bekerja
dalam berpasukan, mengeratkan hubungan dengan masyarakat luar disamping membantu
mereka dapat dicapai secara menyeluruh dan berkesan disamping memberi impak yang
besar bukan kepada ahli organisasi sahaja malah penduduk di bandar tersebut.
Melalui program ini saya selaku exco bahagian perhubungan dan pengangkutan
ditugaskan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan peserta yang akan terlibat dengan
aktiviti pameran dan juga urusan pengangkutan semasa program tersebut berjalan. Dua
bulan sebelum program bermula, sesi perbincangan telah dilakukan oleh exco dan ajk
perhubungan dan pengangkutan yang disertai oleh enam orang pelajar selaku ahli organisasi
Fiesta Sinergi Intelek. Dari sudut perbincangan mengenai kepimpinan, setiap pelajar telah
diberikan tugas masing-masing bagi memudahkan kerja yang akan dijalankan dan
memastikan setiap pelajar merasai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Program kemasyarakatan ini memberi kemudahan kepada penduduk bandar Baru
Sentul dengan adanya perkhidmatan kesihatan secara percuma. Jadi, saya selaku exco
perhubungan telah ditugaskan untuk mencari orang yang ingin memberi khidmat kesihatan
percuma tersebut. Kerja ini dipermudahkan dengan izinNya kerana perkhidmatan yang
berbentuk kesihatan ini akan disertai oleh pelajar UKM sendiri iaitu daripada persatuan
Fakulti Farmasi, persatuan Fakulti Pergigian, Audiologi dan Bulan Sabit Merah. Semua
senarai peserta pempamer diperoleh dan surat jemputan untuk mereka telah dihantar oleh
exco dan ajk bahagian perhubungan.
Pada hari kejadian, semua ahli organisasi Pangsapuri Angkat bersama-sama menaiki
bas bertolak ke Bandar Baru Sentul yang hanya mengambil masa 30 minit perjalanan ke
sana. Saya ditugaskan untuk memeriksa setiap kehadiran ahli organisasi dan pempamer

sebelum bas bertolak ke destinasi. Untuk memastikan setiap orang datang tepat pada
waktunya bukanlah kerja yang mudah kerana tidak semua orang boleh menepati waktu.
Tetapi saya sangat berpuas hati dan bangga dengan diri saya selaku exco perhubungan
kerana dapat melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan jayanya. Saya
percaya sifat kepimpinan dapat dipupuk melalui cara ini dan tidak mustahil jika urusan yang
lebih besar diberikan kepada saya kelak akan dipermudahkan lagi dengan izinNya.
Ketibaan kami disambut dengan meriah oleh para penduduk di sana. Saya sangat
terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk di sana. Tugas kami sebagai exco
perhubungan dan pengangkutan diteruskan lagi dengan aktiviti menguruskan barang-barang
untuk pempamer. Setiap ahli organisasi bersama-sama berganding bahu menguruskan
tempat yang dipilih berdekatan pangsapuri untuk memudahkan sebarang perkhidmatan dan
aktiviti bersama masyarakat dilakukan. Kami meneruskan aktiviti dengan pembahagian
tugas untuk gotong-royong membersihkan kawasan pangsapuri tersebut.
Bukan itu sahaja, perkhidmatan kesihatan percuma mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada penduduk pangsapuri itu sehingga pempamer tidak menang tangan
melayan kerenah penduduk di sana. Aktiviti sukaneka pula dijalankan pada sebelah petang.
Urusan saya selaku bahagian perhubungan tidak terhenti di situ sahaja, pada sebelah
malamnya saya ditugaskan untuk menghubungi pemandu lori dan bas untuk menghantar
semua ahli organisasi dan barang-barang peralatan pameran untuk dibawa pulang ke kolej.
Pepatah ada mengatakan pengalaman adalah sebuah sisir yang diberikan alam
semesta kepada kita saat kita botak tak berambut. Pepatah ini membawa maksud yang amat
dalam tentang hebatnya pengalaman ini memberi peranan dan saya percaya setiap momentum
adalah sebuah pengalaman. Saya berasa sangat bertuah kerana melalui program ini
menjadikan kami lebih matang dengan pembahagian tugas dengan sangat lancar tanpa
kekalutan. Apa yang dapat disimpulkan melalui program ini, saya mempelajari banyak
perkara termasuk cara melatih menjadi seorang pemimpin yang berguna. Seorang pemimpin
yang berjaya mempunyai sifat pengaruh yang tinggi dan saya percaya sedikit sebanyak sifat
tersebut ada pada diri saya. Akhir sekali, melalui program ini saya lebih berani untuk bersuara
dalam membuat keputusan. Peranan semua pihak dalam menjayakan program ini sangat
memberi kejayaan yang memberangsangkan dan saya berharap dapat melakukan program
kemasyarakatan sebegini pada masa hadapan.

LAMPIRAN

Sesi perbincangan exco


perhubungan dan pengangkutan

Sesi perbincangan organisasi


FSI

mempersiapkan tempat untuk


pameran dan perkhidmatan
kesihatan

Khidmat kesihatan oleh


persatuan Fakulti Farmasi

gotong-royong

Pameran dan perkhidmatan


kesihatan oleh BSMM

Pameran dan perkhidmatan


kesihatan oleh Audiologi dan
persatuan Fakulti Pergigian

Acara sukaneka

Anda mungkin juga menyukai