Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN

PANDUAN MENULIS ULASAN KRITIS (CRITICAL REVIEW)


1.

Tujuan menulis ulasan kritis.

Ulasan kritis ialah suatu tugas menulis yang memerlukan anda membuat kesimpulan dan menilai
sesuatu teks. Ulasan kritis boleh dilakukan terhadap sebuah buku teks, satu bad atau suatu
artikel.
Menulis ulasan kritis memerlukan anda membaca teks yang dipilih dan juga membaca teks lain
yang berkaitan supaya anda dapat mepamerkan penilaian yang adil dan munasabah tentang teks
yang dipilih.
2.

Apakah yang dimaksudkan kritis ?

Kritis tidak bermaksud mengkritik dengan cara yang negatif. Anda perlu menyoal maklumat dan
pendapat dalam sesuatu teks serta menyampaikan penilaian atau keputusan (judgement)
tentang teks itu.
3.

Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian atau keputusan (judgement) ?

Anda menilai kekuatan dan kelemahan sesuatu teks berdasarkan kriteria yang spesifik. Penilaian
melibatkan pemahaman isi kandungan, matlamat, sasaran dan struktur teks.
4.

Format / Langkah dalam menulis ulasan kritis


4.1

Pengenalan
Panjang pengenalan biasanya satu perenggan sahaja. Pengenalan
mengandungi perkara-perkara berikut :
(i)
Nama pengarang artikel
(ii)
Tajuk artikel
(iii)
Isi-isi penting artikel
(iv)
Kenyataan ringkas penilaian anda sama ada positif atau negatif atau
kedua-duanya

4.2

Ulasan Kritis
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

4.3

Penilaian dan perbincangan kekuatan (positif) artikel


Penilaian dan perbincangan kelemahan (negatif) artikel
Ulasan kritis yang baik memetik sumber / rujukan untuk menyokong
penilaian anda.
Huraikan cara bagaimana maklumat dalam artikel boleh membantu
seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah

Kesimpulan
Nyatakan semula pendapat keseluruhan dan ringkasan penilaian anda tentang
artikel.

/CHF

Anda mungkin juga menyukai