Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Mnemonik Dalam Pengajaran

Perkataan mnemonik ini berasal daripada bahasa Greek mnmonikos, daripada


perkataan mnmn yang bermaksud mindfulness, atau mimnskesthai bermaksud to
remember iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda (mind). Kita
sebagai manusia sering mudah lupa kepada sesuatu maklumat atau fakta yang penting.
Tidak ada sesuatu pun yang kekal lama dalam ingatan kita tanpa kita membuat
semakan atau rujukan semula. Sekiranya sesuatu itu penting bagi kita, perkara itu akan
kita rujuki daripada semasa ke semasa, dan pengulangan ini sama ada disedari atau
tidak akan memberikan peneguhan kepada ingatan kita terhadap sesuatu fakta atau
maklumat.
Kaedah mneumonik ialah satu kaedah yang boleh membantu ingatan pelajar
dengan mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal
untuk diingat dengan sesuatu yang bermakna kepada pelajar itu (Rahil, Jamiah &
Kasnani, 2000: 43). Contohnya pelajar perlu mengingat singkatan JERI yang
bermaksud perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek. Kaedah atau
pendekatan ini sebenarnya telah lama digunakan oleh para guru dan pelajar tetapi ia
tidak diinovasi dan dikreatifkan. Inovasi ialah perubahan secara kreatif. Kaedah ini amat
bertepatan dengan tugas seorang guru sebagai seorang fasilitator atau dengan kata
lain pemudah cara atau pembimbing. Rata-rata pelajar apabila ditanya, masalah yang
utama yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah minat mereka
terhadap mata pelajaran berkenaan. Sebagai contoh kebanyakan pelajar tidak berminat
atau fobia dalam pembelajaran Sejarah. Jadi, kita sebagai pendidik mesti membuat
refleksi diri. Cuba bertanya kepada diri - adakah kaedah pengajaran yang disampaikan
itu mudah, menarik minat atau sebaliknya? Perkara yang penting bagi seorang guru
ialah untuk menarik minat pelajar kepada subjek yang diajar.
Kita sering dilanda dengan pelbagai perkara dan maklumat baharu dan kita ingin
mengekalkannya dalam ingatan kita walau pun kita tidak memerlukannya dalam masa
seminggu akan datang atau sebulan akan datang malahan setahun akan datang.

Sekiranya kita ingin mengingati perkara tersebut, maka seharusnya kita selalu
membuat pengulangan. Walau bagaimanapun, berapa banyak masa yang kita ada
untuk mengulangi atau mengingatinya semula? Berapa banyakkan masa untuk kita
berbuat demikian? Dengan menggunakan pendekatan mnemonik ini, akan dapat
membantu kita mengingati semula perlakar yang ingin kita ingati. Mnemonik boleh
menangkap maklumat dalam bentuk yang mudah untuk diingat bagi membantu
seseorang itu mengingati sesuatu yang penting dan mustahak baginya. Dalam Negara
kita, para guru dan pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini dalam
pendidikan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dan maklumat dengan
mudah dan cepat. Guru-guru telah pun mencipta berbagai mnemonic sebagai suatu
pendekatan pengajaran dan mnemonic yang dicipta itu telah pun digunakan secara
turun temurun. Sesetengahnya begitu terkenal dan tersebar ke seluruh negara, namun
penciptanya tidak dapat dikenal pasti atau dijejak. Mnemonik boleh membantu pelajar
daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan
pengajian tinggi untuk lebih cepat mengingat semua maklumat yang sering digunakan
dan maklumat yang diperlukan segera at their fingertips. Selain pelajar, orang ramai
juga boleh menggunakan kaedah mnemonik ini untuk mengingat sesuatu peristiwa atau
situasi seperti senarai perkara yang perlu dibeli (shoping list). Saya akan memberikan
contoh-contoh mnemonic yang boleh digunakan oleh pelajar dalam pelbagai peringkat
dan mata pelajaran. Oleh kerana penggunaan kaedah mnemonic ini sudah pun berlaku
sejak sekian lama dahulu, maka terdapat banyak perkataan dalam bahasa Inggeris
telah digunakan. Namun begitu, dengan penekanan kepada bahasa Inggeris dalam
kurikulum sekolah rendah, menengah dan peringkat tinggi di negara kita, maka ini akan
dapat membantu semua pelajar untuk memudahkan mereka mengingati sesuatu
maklumat dan fakta, di samping mengajar bagaimana untuk membina sendiri
mnemonic yang sesuai dengan diri sendiri.
Jenis mnemonic yang digunakan adalah berbagai-bagai, bergantung kepada
jenis manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain. Lain orang mempunyai lain
cara atau kaedah untuk mengingati sesuatu maklumat. Sesetengah orang gemar
menggunakan irama (rhyme) untuk memudahkan ia mengingati sesuatu seperti

menyanyi

atau menyajakkan maklumat tersebut, sementara orang lain pula

menggunakan kaedah perkaitan sebagai strategi terbaik bagi mengingat sesuatu


maklumat. Apa yang penting ialah setiap orang perlu menggunakan kaedah mnemonik
yang bersesuaian dengan mereka dan dapat berfungsi dengan baik. Antara jenis
mnemonic yang utama ialah irama, akronim, perkaitan dan perkataan. Sesetengah
mnemonik

berbentuk

sajak

yang

ringkas

dan

kaedah

bacaannya

(atau

membunyikannya) juga adalah seperti bersajak. Sesetengah mnemonik pula berbentuk


lakaran ringkas dan mudah dilukis atau lakar semula.
Antara sebab-sebab saya menggunakan kaedah mnemonic ini bagi murid-murid
pemulihan ialah seperti berikut:
1. mengubah amalan pengajaran saya ke arah pendekatan yang membolehkan pelajar
mudah mengingat fakta Sejarah,
2. memperkenalkan kaedah mneumonik kepada pelajar, dan
3. membolehkan pelajar menggunakan kaedah mneumonik untuk membantu diri
mereka sendiri mengingat fakta Sejarah.

Anda mungkin juga menyukai