Anda di halaman 1dari 5

By :resepidaria

Popia Simpul Kasih

Popia simpul kasih nie saya buat pada hari semalam. Inti
serunding kawan sepejabat nie saya bawak balik kerumah
dan tolong buatkan popia simpul kasih nie. Sedap aje
namanyakan. Makan sedap tapi nak buat diaaaaa
huhhhhh....mengantuk.
Popia Simpul Kasih
Bahan-Bahannya:-

1 paket kulit popia


Serunding ikan/daging/ayam/ikan bilis secukupnya
Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-

1. Ambil sedikit kulit popia dan potong 4 menjadi 4 segi


kecil seperti dibawah

2. Ambil kulit popia yang telah dipotong menjadi 4 segi


kecil tadi dan potong menyerong untuk dijadikan 3 segi

3. Ambil sehelai kulit popia dan letakkan inti serunding


dibahagian hujung 3 segi tadi, rujuk gambar seperti
dibawah

4. Gulung dan kemudian simpul seperti dibawah

5. Buat sehingga habis

6. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Goreng


popia tadi sehingga kekuningan

7. Angkat dan kemudian toskan diatas tisu masakan.

Yang ini adalah cara menyimpul popia mengunakan kulit


popia yang dipotong tiga segi. Resepi inti serunding tidak
dimasukkan disini sebab serunding ini adalah serunding
beli dan kebetulan serunding nie tidak sedap untuk
dimakan begitu sahaja.....jika dibuat popia mini begini
sekejap sahaja habisnya.

Anda mungkin juga menyukai