Anda di halaman 1dari 11

Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap.

Gerenti Mudah,
Sihat Dan Menyelerakan.
kitpramenulis.com/resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-gerenti-mudah-sihat-dan-menyelerakan

kitpramenulis July 25, 2020

1/11
Sesiapa yang suka makan ulam-ulaman pasti suka resepi kerabu kacang botol
sedap. Mesti ramai juga yang tak tahu akan kewujudan resepi ni. Tapi jangan terkejut
kerana memang ramai sukakan juadah ni.

Dah la rasanya memang sedap. Malah cara penyediaannya memang mudah, cepat dan
sihat. Yer la kita guna kacang botol yang semua tahu memang menyihatkan.

Kalau sesiapa yang belum cuba juadah ni. Anda memang kena cuba tau. Gerenti sekali
cuba pasti nak lagi dan lagi.

kredit gambar: stock.adobe.com

Lagi syok kalau kita masukkan sekali taugeh, ikan rebus dan ikan bilis. Aumm memang
lagi sedap la resepi kerabu kacang botol sedap. Ish ish ish baru jer bercerita pasal
makanan perut ni dah berkeroncong dah.

Tak sabarnya nak memasak resepi ni. Kalau tengok jer pun kita dah tahu cara
penyediaannya tidak susah atau renyah. Tu belum cuba masak atau buat lagi hehe.

Lepas dah buat gerenti kita semua akan tahu betapa senangnya juadah ni. Lepas ni
makin rajin la kita masak resepi ni. Dah la senang, simple dan paling penting sedap.

Hahaha yang part sedap tu yang paling penting.

2/11
Mesti semua tahu kan salah satu bahan utama untuk membuat juadah resepi kerabu
kacang botol sedap. Kita memerlukan bahan-bahan seperti udang kering, kelapa parut
yang digoreng dan sebagainya.

Ramai juga yang berpendapat menu seperti kerabu renyah cara penyediannya. Tapi kita
sebenarnya salah sangka tau. Memang senang jer nak buat juadah ni.

Sebab tu kita kena belajar tips untuk membuatnya. Biasa la kalau memasak memang
kita kena perlu try and error. Kadang-kadang tu selepas dua atau tiga kali baru jadi.

Try And Error


Bukannya sekali cuba terus jadi. Huhu memasak memang perlukan kesabaran. Jadi
jangan la putus asa kalau masak sekali tak menjadi atau tak sedap.

Kita pernah bayangkan tak. Chef yang terkenal bukannya lahir dah pandai masak.
Mereka juga belajar daripada mula juga bukannya terus pandai.

Tapi saya bukannya nak jadi chef. Macam mana pula tu? Huhu tiada masalah semua tu
tapi kita kan nak jadi chef di mata suami atau anak-anak.

Betul tak? Mesti kita gembira kalau orang sekeliling kita hargai apa yang kita masak.
Bahkan kalau orang puji lagi la kita rasa kembang kempis jer hidung ni hehe.

3/11
Kelapa Parut Untuk Apa
Mesti ada yang tertanya juga kelapa parut untuk apa? Biasa kalau masakan apa kita
perlukan kelapa parut. Biasa kalau kelapa parut kita gunakan dalam masakan.

Contohnya, resepi kerabu kacang botol sedap, onde-onde dan sebagainya. Memang
sedap dan tak lengkap masakan kita tanpa kelapa parut. Kelapa parut memang bahan
wajib ada.

Kalau tiada memang takkan syok makan juadah ni.

Cara Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

kredit gambar: siraplimau.com

4/11
Haa mesti ada dalam kalangan kita yang pernah ada masalah nak simpan kelapa parut
kan? Biasa sebelum ni kalau simpan ianya tidak tahan lama. Malah berbau masam atau
rasa basi kan?

Jangan panik atau risau dah. Saya akan bantu anda semua dengan berkongsi cara
simpan kelapa parut supaya tahan lama. Gerenti cara ni berkesan dan kelapa parut pun
lagi tahan lama tau.

Cara Pertama:

Mula-mula kita ambil kelapa parut kemudian kita bentukkan ia jadi bebola ukuran
sederhana. Bila dah siap kita jadikan ia menjadi bentuk bebola. Kita susun kelapa parut
tadi di dalam bekas kedap udara.

Pastikan kita tutup bekas tadi rapat-rapat yer. Kemudian, kita simpan bekas tadi di
dalam peti ais di bahagian sejuk beku. InshaAllah kelapa parut kita akan tahan selama
3 hingga 4 bulan.

Tak percaya? Haa kena la cuba kalau tak percaya. Lepas cuba cara ni mesti ramai akan
mengakui keberkesanannya.

Cara Kedua

Kalau tak nak guna cara pertama tadi. Kita boleh cuba cara kedua ni. Alaaa tak renyah
atau susah pun la.

Memang senang, mudah dan paling penting kelapa parut lagi tahan lama. Mula-mula
kita panaskan kukusan. Kemudian, kelapa parut kita taburkan garam dan gaul bagi ia
rata.

Lepas tu, kukusa kelapa parut tadi di dalam kukusan selama 10 minit hingga 15 minit.
Kemudian, sejukkan kelapa parut seketika sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Pastu
nak buat apa?

Kita simpan la plastik berisi kelapa parut ke dalam peti sejuk. Bila nak guna kita kukus
semula kelapa parut tadi. Wahh senang jer kan?

Nanti boleh la guna mana-mana cara yang anda semua suka. Boleh la nanti cubanya di
rumah.

Ciri Kelapa Parut Basi


Ramai juga yang masih tak tahu macam mana ciri kelapa parut basi. Betul tak? Lepas
dah masak baru la rasa kemudian tahu yang kelapa parut basi.

Ada tu yang dah semangat nak memasak. Tapi bila periksa kelapa parut alahai dah basi
dan masam pula. Perghh memang kecewa la kan kalau jadi macam tu.

5/11
Biasa kalau ciri kelapa parut basi kita boleh kenal melalui bau dan rasa. Kelapa parut
basi biasa akan berbau masam. Bila kita cuba rasa guna lidah rasanya pun akan masam
dan tidak enak.

Ish ish ish biasa kalau kita tak rasa pun. Bila kita bau sahaja kita dapat tahu kalau
kelapa parut tu basi. Pastikan kita peka dan ambil perhatian mengenai tempoh masa
kita simpan kelapa parut.

Jadi sebaiknya belajar la cara simpan kelapa parut supaya tahan lama. Terima kasih
kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi kerabu kacang botol
sedap. Semoga perkongsian pada pada kali ni dapat memberikan manfaat pada kita
semua.

Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap


Bahan hanya diperlukan:

semangkuk kacang botol


kelapa parut yang digoreng
udang kering
bawang merah
sedikit halia
serai
cili merah
tomato

6/11
Bahan-bahan.

Cara Penyediaannya:

7/11
Tumbuk bawang, udang kering dan belacan.

8/11
Masukkan kelapa parut yang digoreng dan bahan ditumbuk tadi ke dalam mangkuk
berisi kacang botol.

9/11
Tambah sedikit garam, tomato ceri dan serai jika suka.

10/11
Perah asam limau. Ini kalau nak masam kalau tak nak takpe.

Siap untuk dinikmati seisi keluarga.

Semoga perkongsian mengenai resepi ni dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan yang tersayang. Yakin pada diri kita
yang kita semua boleh memasak.

Kalau tak tahu kena belajar daripada orang yang tahu. Do not give up okay? Selamat
mencuba.

11/11

Anda mungkin juga menyukai