Anda di halaman 1dari 5

5 resepi puree buah-buahan untuk bayi 6-12 bulan

Tika mana bayi anda mula berusia 6 bulan dan ke atas, anda pasti ingin
cuba memperkenalkan makanan baru kepada bayi anda. Anda tak perlu
risau untuk bermula dari mana, kerana Ibu Zarith ada menyediakan 5
resepi puree yang menarik untuk anda cuba:
1.

Puree Batik

2.

Puree Epal & Mangga

3.

Puree Brokoli

4.

Asparagus & Puree Epal

5.

Puree Pisang, Peach & Strawberry

13 resepi untuk bayi 6-12 bulan


Sekiranya anda ingin mencuba resepi yang lebih menarik dan pelbagai,
artikel daripada Mama Mujahidah ini mesti anda baca. Daripada sekadar
memasak puree, apa kata anda masak pula makanan berasaskan oat,
ikan, kentang dan sebagainya.
Resepi pasta untuk bayi pun ada! Bunyi macam menarik, bukan? Pasti si
comel anda tidak lagi bosan menjamah makanan yang sama sahaja.
Variasikan rasa makanan untuk merangsang deria rasa lidahnya. Ini
senarai resepi yang ada:
1.

Resipi masakan kentang

2.

Bubur oat, ikan dan saderi

3.

Resipi kentang, lobak dan pis bersusu

4.

Bubur tauhu, brokoli, lobak merah dan ayam

5.

Bubur nasi, ikan merah dan lobak

6.

Sup kobis bunga dan kentang

7.

Bubur nasi dan kurma

8.

Bubur kurma prune

9.

Bubur ayam istimewa

10. Resepi pengenalan daging kepada bayi 8 bulan ke atas (dengan


nasihat doktor)
11. Pasta versi bayi
12. Bubur ikan istimewa
13. Bubur oat dan ikan

3 resepi enak untuk bayi 9-12 bulan


Semakin bayi anda membesar, semakin banyak jenis makanan pejal yang
boleh anda cuba perkenalkan. Antara 3 yang menarik ada dikongsikan
oleh Umm Amna Maryam dalam artikelnya. Mungkin resepi baru ini boleh
membantu anda apabila bayi anda tidak mahu maka dan berkurang berat
badannya.
Penulis pun ada juga kongsikan tips berguna tentang apa yang boleh anda
lakukan apabila bayi anda menolak untuk makan. 3 resepi ini mungkin
belum pernah anda cuba:
1.

Roti bakar bersalut keju dan sayuran

2.

Telur dadar bersama kacang hijau dan keju

3.

Ayam dinosaur dan epal

Resipi Bubur, Puri, Stok Ayam Dan Sayuran Untuk


Bayi 6 Bulan

Sebelum Aya kongsikan resipi asas membuat Bubur Nasi, Puri BuahBuahan dan Sayuran serta cara-cara penyediaan stok ayam, ikan bilis
serta stok sayuran untuk dijadikan makanan pelengkap kepada bayi
berusia 6 hingga 8 bulan, Aya mahu kongsikan beberapa tips penting buat
ibu dalam proses penyediaan ni.
Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi
1.

Bayi tidak mampu menjilat sudu dengan lidah, jadi gunakan sudu
plastik yang kecil dan nipis supaya dia boleh mengambil makanan
dengan bibir.
2.
Sayur-sayuran yang berserat atau berbiji perlu dilenyek dan ditapis
untuk mendapat tekstur yang lembut. Hampas sayuran tidak dapat
dihadam pada umur ini.
3.
Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan
baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu
mengekalkan kualiti makanan.
4.
Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan
makanan daripada -18C ke 0C.
5.
Bubur Nasi ( 2 hidangan)
Bubur Nasi. Ibu juga boleh menggunakan beras perang buat si manja.
Bahan-Bahan:
14 cawan beras, dikisar halus
1 34 cawan air
Cara memasak:
1.
Didihkan air. Masukkan beras yang dikisar halus, kacau dari semasa
ke semasa.
2.
Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
3.
Hidangkan semasa panas.
Tips Penyediaan:
1.
Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan
beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
2.
Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.
Puri Lobak (2 hidangan)
Puri Sayuran. Selain daripada lobak, ibu boleh membuat puri sawi, bayam,
brokoli dan labu.
Bahan-Bahan:
12 cawan lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:

1.

Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air


mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
2.
Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan
kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah
sehingga menjadi puri.
Cadangan:
1.
Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
2.
Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun
sawi.
3.
Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.
Puri Buah-buahan (2 hidangan)
Ibu boleh menggantikan epal kepada tembikai susu atau buah pir.
Bahan-bahan:
1 biji epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong
kepada
saiz
sederhana.
1 cawan air
Cara memasak:
1.
Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
2.
Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama
10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
3.
Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
Cadangan:
1.
Hidang bersama susu ibu.
2.
Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti
tembikai susu ataupun buah pir.
Stok Ayam Dan Ikan Bilis
Stok ayam dan ikan bilis ini boleh menambah perisa kepada makanan
bayi.
Bahan-bahan:
800 g tulang ayam bahagian dada
1 12 cawan ikan bilis
4 cawan air
Cara memasak:

1.

Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku
daripada
tulang
ayam.
Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
2.
Didihkan 1 liter atau 4 cawa air dan masukkan tulang ayam dan ikan
bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau
sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.
3.
Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk
semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian
atas.
4.
Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau
boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.
Cadangan:
1.

Hidang bersama bubur bayi untuk menambah perisa.

Stok Sayuran
Stok sayur-sayuran sebagai perisa semulajadi makanan bayi
Bahan-bahan:
12 cawan lobak merah, kupas kulitnya
2 biji ubi kentang bersaiz sederhana dan dipotong dadu
1 cawan daun sawi, dipotong kasar
1 14 cawan air
Cara memasak:
1.
Basuh sayur-sayuran dengan air yang bersih. Didihkan air dan
rebuskan ubi kentang dan lobak sehingga lembut. Kemudian
masukkan daun sawi dan masak selama 3 minit.
2.
Tapis air rebusan sayur-sayuran. (Tekan sayur-sayuran dengan
menggunakan sudu untuk mengeluarkan lebihan air).
3.
Hidangkan pati sayuran tadi ke dalam cawan bayi atau tambahkan
ke dalam bubur nasi.

Anda mungkin juga menyukai