Anda di halaman 1dari 4

Resepi Puri Buah-buahan Untuk Bayi 6-8 Bulan

15 June 2014 by abumansur kb in Resipi - No Comments

Pada post kali ini, kami menampilkan beberapa resepi yang boleh anda cuba untuk anak-anak
anda yang berumur 6 hingga 8 bulan. Kepelbagaian makanan amat penting agar anak anda
tidak jemu dengan satu makan sahaja. Proses penyediaan amat mudah dan mengambil masa
yang singkat. Resepi ini sesuai untuk memperkenalkan anak dengan makanan pejal selain
susu ibu.

Puri epal
Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1. Sebiji epal fuji
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Ambil sepotong buah epal. Cuci, buangkan kulit dan cincang seperti dadu.
2. Kemudian, rebus bersama sedikit air.
3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
4. Selepas itu, ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.

Puri blueberi
Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1. cawan buah blueberi
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Didihkan air. Tambah blueberi dan biarkan mendidih hingga 15 minit atau lembut.
2. Asingkan air rebusan dan blueberi. Kisar blueberi sehingga menjadi puri.
3. Jika perlu boleh tambahkan lebihan air rebusan ke dalam puri.

Puri kurma
Tempoh penyediaan: 20 minit
Bahan-bahan:
1. Kurma jenis lembut
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Buang biji Kurma dan buang kulit kurma sekali.
2. Steam kurma 15 minit supaya kurma menjadi lebih lembut.
3. Blend kurma sampai halus.

Puri pir
Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1. 1 biji pir masak
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Kupas kulit buah pir dan potong kecil.
2. Kukus potongan pir selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Kisar potongan pir selama sehingga tiada lagi ketulan.
Anda digalakkan mencuba dahulu makanan yang disediakan sebelum memberikan kepada
bayi anda. Sila pastikan suhu puri tersebut sesuai untuk bayi anda. Jika anda membuat puri
yang banyak untuk stok sehari, pastikan tiada perubahan pada rasa dan warna puri tersebut.
Hal ini penting untuk keselamatan anak anda.
Selain itu, puri yang disediakan boleh diperbaiki dari sudut rasa dan kelikatan yang anda
rasakan sesuai. Sebagai contoh, jika anda mahukan puri yang pekat, anda boleh tambah bijirin
bayi dan jika anda mahu mencairkannya, anda boleh mencampurkannya dengan susu.
Selamat mencuba!

Anda mungkin juga menyukai