Anda di halaman 1dari 8

Popia Sambal Manis Sedap

Bahan-bahan:

Sambal
Segenggam cili kering
1 sudu udang kering
1 labu bawang putih
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Popia
Kulit popia
Karot
Sengkuang

Cara Membuat

Langkah 1
Rebus cili kering hingga lembut dan kisar bersama bawang putih dan udang kering.
Tambahkan sedikit air sahaja.

Langkah 2
Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan masak hingga mendidih.

Langkah 3
Kemudian masukkan gula dan garam.

Langkah 4
Cara-cara popia

Langkah 5
Sagat karot dan sengkuang hendahlah dipotong mancis.

Langkah 6
Toskan sayur atas tisu supaya sayur kering.
Langkah 7
Gulungkan sayur menggunakan kulit popia dan pastikan lekat menggunakan air supaya popia
tidak terbuka ketika menggoreng.

Langkah 8
Goreng popia dengan api yg sederhana kuat dan minyak hendaklah betul2 panas.

Langkah 9
Golekkan popia yg telah digoreng bersama sambal manis. Taburkan bijan dan sedia dihidang

Popia Cheese Powder

Bahan-bahannya:-

1 Paket kulit popia ( tak kisah jenama apa pun asalkan halal)
1 paket cheese powder (200g)
Sebiji telur( di ambil putihnya untuk melekatkan kulit popia yang di gulung)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

Kulit popia di potong kepada 2 bahagian. Kemudian gulungkan sebesar penyedut minuman.
Lekatkan hujungnya dengan putih telur. Gunting serong. Kemudian gorengkan sehingga
kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Akhir sekali, gaulkan dengan cheese
powder. Ulang proses tersebut sehingga semua kulit popia habis di goreng. Sedia untuk di
hidangkan.
Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal

Bahan :
1 bungkus besar kulit popia
1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum pun boleh

Bahan untuk sambal :


4 sudu besar cili kisar
1 biji sederhana bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
5 sudu besar gula

Bahan sampingan :
ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
kacang tanah - goreng tanpa minyak
bijan - goreng sikit tanpa minyak

Cara membuatnya :
Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung
gandum.
Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga
warna keperang - perangan.
Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua
popia terus buat sambal.
Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau,
masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang
popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur
bijan jika suka.
Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.
Crunchy Popia Nestum

Bahan-bahan :
kulit popiah
nestum
gula

Cara-cara :
-gunting/gulung kulit popiah dan goreng(api sederhana kerana kulit popia cepat
hangus).toskan minyak dan ketepikan.
-blender nestum dan gula hingga halus.dan taburkan diatas kulit popia umyg telah digoreng.
-goncang sebati.
**sukatan ikut kegemaran masing-masing.kalau suka manis blh letak gula lebih.
**nak tambah horlick atau milo pun boleh.
Popia Nestum Horlick

Bahan-bahan :
1 paket besar kulit popia
*1 bungkus kecil horlick original (200g)
*1/2 cawan gula biasa atau gula kaster
*1 cawan nestum original atau honey
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara :
Leraikan kulit popia satu persatu
Gulungkan dan lekatkan hujungnya dengan paste tepung
Setelah semua selesai digulung, gunting dalam 1 inci
Goreng sehingga menjadi kekuningan, angkat dan toskan
Kisar bersama bahan-bahan * menggunakan pengisar bahan kering
Gaulkan kesemua bahan kisar semasa masih suam
Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang. Done !
Popia Seaweed

Bahan2nya

- seaweed pilihan 1 paket


- kulit popiah 1 paket
- 1 biji telur (tuk melekatkan kulit popiah)
- gula icing optional
- minyak yg banyak tuk menggoreng

cara2nya

1. Ambil satu kulit popiah....patahkan dua seaweed dan letak sebahagian nya ditengah2 kulit
popiah dan gulung kemas.

2. Part nak gulung sekali seaweed ni nanti ia akan pecah2 sikit (sbb tu pakai separuh
seaweed kalau satu keping cam tu nanti lagi susah nak gulung)...takpe teruskan menggulung
dan hujungnya disapu dengan sedikit telur biar melekat hujungnya.

3. Gunting serung selebar 1 inci atau seperti yg kita inginkan. Panaskan minyak yg banyak
dan goreng popiah hingga kekuningan.

4. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk sedikit baru tabur sedikit gula icing dan gaul
rata. Tak letak gula pun takpe ikot selera kita ek...ni ikot selera suka hati mak laa mak letak
gula hehehe.
Popia Crabstick Cheese

bahan2 : -

1. Kulit popia
2. Jejari ketam / isi ketam / filament crab stick
3. Keju cheddar
4. Air (sbgai pelekat)

cara2 : -

1. Sediakan bahan2 : -
buang plastik setiap jejari ketam, keluarkan kulit popia & letak towel basah di atas nya utk
elakkan kulit menjadi kering.
Potong ketulan cheese menjadi keping2. Kt potong ikut size jejari ketam. Kelebaran nye
terpulang nk besar mana. Ikut suka hati anda.
Air untuk di jadikan sbgai gam kulit popia.

2. Boleh start buat popia.


Ambil sekeping kulit dan letak kan secara bentuk diamond
letak jejari ketam & cheese di hujung bucu berdepan anda dan mula gulung 2-3 kali.
Kemaskan tepi isian dan lipat ke kanan satu kali ke kiri satu kali dan terus gulung lagi smpai
tinggal bucu segitiga.
Sapu air di permukaan bucu dan gulung habis smpai melekat.
Ulang buat balutan popia sampai habis.

3. Panas kan minyak sederhana panas sahaja, jangan terlampau panas nanti kulit cepat
garing.
Goreng popia dengan api perlahan sahaja. Ingat api perlahan / kecil sahaja.
Balik balik kan sampai garing
*jangan panik kalau masa goreng ni cheese meleleh keluar, kalih2 kan je bagi masak sekata
semua bahagian)
angkat, toskan & hidangkan dengan makan begitu sahaja

Resepi Popia Mini Udang Kering Rangup

Bahan-Bahan:

300 gram udang kering


bawah merah (ikut suka) ditumbuk
serbuk cili kering (ikut suka)
air asam jawa (ikut suka)
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula (lebihkan) & serbuk perasa (secukup rasa)
Kulit popia

Cara Membuat:

1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.

2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.

3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.

4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak
berketul-ketul.

5. Cara membungkus popia; Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas
potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua
hujungnya dan simpul sekali.

6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Kalau bungkus cara
popia biasa, masa menggoreng, gunakan api yang perlahan.

Tip: Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.

Anda mungkin juga menyukai