Anda di halaman 1dari 9

KENCING

BERDIRI

HUKUM
Haram
Dalil : Hal ini berdasarkan hadis yang disampaikan
Saidatina Aisyah r.a.



Maksudnya:"Sesiapa yang memberitahu kamu
bahawa Nabi kencing berdiri, jangan
percayakannya."[Riwayat Ahmad dan Ahlu Sunan]

Umar juga pernah menceritakan mengenai


teguran Rasulullah terhadapnya ketika beliau
kencing berdiri.

Maksudnya:"Nabi melihat aku


kencing berdiri. Lalu baginda
bersabda: "Wahai Umar,
janganlah kamu kencing berdiri".
Lantas aku tidak pernah kencing
berdiri lagi sejak itu."(Riwayat
al-Tirmizi)

Harus
Dalil : diceritakan oleh Huzaifah
Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan
sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau
b
membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi
menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari
Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran
dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan
menyapu kedua-dua khufnya. (Riwayat Imam Bukhari dan
Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk


menunjukkan bahawa harus kencing sambil
berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan
kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil
berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing
secara duduk.

Makruh
Sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum
kencing berdiri adalah makruh kecuali jika tidak
ada sebarang keuzuran.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam


keadaan duduk adalah lebih baik mengikut
pandanganku, namun jika seseorang kencing
dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di
bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah
dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Antara sahabat yang memakruhkannya pula
ialah Ibnu Masud dan diikuti oleh Imam asSyabi dan Ibrahim bin Saad.

Keadaan yang membenarkan


kencing berdiri

Disebabkanma'biz(luka dari paha ke lutut yang


tidak boleh disentuh). Berdasarkan hadis Rasulullah
s.a.w. yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.


"
"





Maksudnya:"Sesungguhnya Nabi s.a.w. kencing berdiri
kerana ada luka pada ma'biz-nya".[Riwayat Baihaqi dan
al-Hakim]

Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka


mengalami sakit belakang, mereka akan kencing
berdiri.
Tiada tempat sesuai untuk kencing duduk. Maka,
dibolehkan kencing berdiri.

Syarat kencing berdiri


Terpelihara daripada percikan air kencing.
Terpelihara daripada melihat salah satu
daripada auratnya.

(Lihat:Majmuk Fatawa wa Rasail Fadhilah


Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin,
dihimpun dan disusun oleh: Fahad bin Nasir alSulaiman, Jilid 11 (Fatawa Fiqh), Cetakan
Pertama, Arab Saudi: Darul Surya lil Nasyir,
Fatwa ke 24, m/s 109)

Rumusan
Hukumnya adalah harus jika orang tersebut
mengalami kesukaran untuk kencing duduk.
Hukum makruh pula jika orang tersebut
melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia
tidak mengalami apa-apa kesukaran dan
musibah.
Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk.
Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :

Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun


kencing berdiri hukumnya adalah harus. Keduaduanya ada dalil dari Nabi SAW.

Anda mungkin juga menyukai