Anda di halaman 1dari 43

Hadas Besar Hadas kecil

Click to edit Master subtitle style Mardhiah bt Kursus @ Othman

Masturah bt Hadzali Nur Amira bt Mat Zan

3/26/12

Pengertian
Hadas ialah kekokotoran maknawi pada diri yang menegah sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci iaitu solat, tawaf dan sebagainya.

3/26/12

Orang berhadas tidak bersih di sisi Allah sekalipun di sisi manusia kelihatan bersih. Kerana itu, orang yang berhadas wajib menyucikan dirinya mengikut cara yang ditetapkan Syarak sebelum mengadap Allah melalui ibadah-ibadah yang diwajibkan.

3/26/12

Pembahagian Hadas

Hadas Besar

Hadas kecil

3/26/12

Cara menyucikan Hadas

Wudhuk = untuk menyucikan hadas kecil Mandi Wajib =untuk menyucikan hadas besar Tayammum = gantian kepada wudhuk atau mandi.

3/26/12

Dalil Kewajipan bersuci


Surah

al Maidah ayat ke -6 mafhumnya :

Wahai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib); dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam
3/26/12

Firman Allah swt maksudnya,


"Sesunguhnya

Allah menyukai orang-orang yangbertaubat dan yang suka menyucikan diri " Baqarah : 222)

(Al

3/26/12

Hadis Nabi
Tidak

diterima solat seseorang dari kamu jika ia berhadas hinggalah ia mengambil wudhuk (terlebih dahulu).

3/26/12

Hadis
Seorang

lelaki penduduk Hadramaut bertanya Abu Hurairah (yang menyampaikan hadis ini); Wahai Abu Hurairah, apa itu hadas?. Jawab beliau; Kentut (sama ada yang tidak berbunyi atau yang berbunyi) (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

3/26/12

Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda; Tidak wajib wudhuk kecuali bila terdengar bunyi (yakni bunyi kentut) atau keluar angin (kentut tanpa bunyi) (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah. Menurut Imam anNawawi, hadis ini soheh).

3/26/12

Sebab sebab hadas kecil


1)

Keluar sesuatu dari kemaluan Keluar sesuatu dari kemaluan sama ada kemaluan hadapan atau belakang, yakni zakar/faraj atau dubur sama ada yang keluar itu air kencing, tahi, kentut, air mazi atau air wadi akan membatalkan wudhuk.

3/26/12

2) Tidur membatalkan wudhuk adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.; Mata adalah pengikat punggung (dubur). Maka sesiapa tidur, hendaklah ia mengambil wudhuk (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ali r.a.).

3/26/12

Menurut mazhab Syafiie dan juga Abu Hanifah, tidur yang membatalkan wudhuk ialah tidur nyenyak yang tidak tetap kedudukannya. Jika tidur yang tetap kedudukannya, maka ia tidak membatalkan wudhuk

3/26/12

3. Hilang akal Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, termakan ubat yang memabukkan atau sebagainya. Hal ini telah disepakati oleh sekalian ulamak kerana berdalilkan kepada hadis tentang tidur di atas di mana kebimbangan akan keluarnya sesuatu dari dua jalan (zakar atau dubur) ketika seseorang itu gila, pitam atau mabuk lebih kuat dari ketika ia tidur. Maka jika tidur boleh menyebabkan batal wudhuk, maka lebih-lebih lagilah hilang akal.

3/26/12

4. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan Berlaku sentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram membatalkan wudhuk berdalilkan firman Allah di dalam surah alMaidah, ayat 6 (yang bermaksud); Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuhan dengan perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih.
3/26/12

Menurut

mazhab Syafiie, semata-mata berlakunya sentuhan dan tanpa berlapik, akan batallah wudhuk sama ada sentuhan dengan syahwat atau tidak. mazhab Imam Abu Hanifah, bersentuhan tidak membatalkan wudhuk kecuali yang membabitkan alat kemaluan (yakni zakar dan faraj) iaitulah bersetubuh. Adapun semata-mata bersentuhan tidaklah membatalkan wudhuk.

Mengikut

3/26/12

Mengikut mazhab Imam Ahmad dan Malik: bersentuhan antara lelaki dan perempuan hanya membatalkan wudhuk jika dengan merasai kelazatan atau dengan maksud merasai kelazatan. Adapun bersentuhan semata-mata tidaklah membatalkan wudhuk.

3/26/12

5. Menyentuh zakar atau faraj Menyentuh zakar atau faraj dengan tangan tanpa berlapik akan membatalkan wudhuk. Ini adalah mazhab Syafiie dan Ahmad. Mereka berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; Sesiapa menyentuh zakarnya, janganlah ia menunaikan solat hinggalah ia mengambil wudhuk.

3/26/12

(Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Busrah binti Safwan r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini sahih). Yang dimaksudkan dengan zakar ialah batangnya sahaja, tidak termasuk dua kantung telurnya. Sepakat para ulamak menyatakan; tidak batal wudhuk dengan menyentuh dua kantung telur itu sekalipun tanpa berlapik.

3/26/12

Menurut

mazhab Imam Abu Hanifah; menyentuh zakar atau faraj tidak membatalkan wudhuk secara keseluruhannya. Mereka berdalilkan hadis dari Talq ( )bin Ali r.a. yang telah bertanya Nabi s.a.w.; Seorang lelaki telah menyentuh zakarnya. Adakah wajib atasnya mengambil wudhuk?. Maka baginda menjawab; Ia adalah sebahagian dari kamu

3/26/12

Menurut pandangan Imam Malik pula; sentuhan yang membatalkan wudhuk ialah sentuhan dengan syahwat. Adapun sentuhan tanpa syahwat, tidaklah membatalkan wudhuk. Mereka memadankan antara dua hadis di atas; hadis pertama merujuk kepada sentuhan dengan syahwat dan hadis kedua pula merujuk kepada sentuhan tanpa syahwat. Pandangan ini disokong oleh Imam Ibnu Taimiyyah. (Lihat; alIkhtiyarat al-Fiqhiyyah Lil-Albani, hlm. 48).

3/26/12

Adakah menyentuh dubur penyebab hadas?


Menurut mazhab Syafiie dan Ahmad; Menyentuh dubur (iaitu bahagian lingkaran lubangnya) membatalkan wudhuk. Mereka mengkiaskan dubur kepada zakar/faraj kerana ia juga termasuk dalam erti kemaluan manusia. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; Sesiapa menyentuh farajnya, hendaklah ia mengambil wudhuk (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Ummu Habibah r.a.). Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya atTahzib, mengikut ulamak-ulamak mazhab
3/26/12

Keluar

najis dari badan

Keluar darah (sama ada darah bekam, darah hidung atau sebagainya), nanah atau air bisa (iaitu benda-benda yang dianggap najis) dari badan membatalkan wudhuk mengikut pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad sekalipun tidak melaui zakar/faraj atau dubur, dengan syarat yang keluar itu adalah banyak (mengikut Imam Ahmad) atau mengalir (mengikut Imam Abu Hanifah

3/26/12

Dalil mereka ialah sabda Nabi s.a.w.; Berwudhuk (adalah wajib) bagi setiap darah yang mengalir (Riwayat Imam Daruqutni dari Tamim ad-Dari r.a.. Menurut Imam Ibnu Hajar; hadis ini dhaif. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9680). Dalam hadis yang lain baginda bersabda; Sesiapa muntah atau berdarah hidungnya atau meloya (hingga muntah penuh mulut) atau keluar mazi (ketika ia sedang mengerjakan solat), hendaklah ia keluar dari solatnya dan mengambil wudhuk, kemudian hendaklah ia menyambung (yakni meneruskan) solatnya dan janganlah ia bercakap-cakap (Riwayat Ibnu Majah dari Aisyah r.a.. Menurut Imam Ahmad, hadis ini dhaif. Lihat; Bulughul3/26/12

Namun

mengikut pandangan mazhab Imam Syafiie dan Malik perkara tersebut tidaklah membatalkan wudhuk.

3/26/12

Mereka berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; Rasulullah s.a.w. telah berbekam, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk. Baginda hanya membasuh tempat bekamnya sahaja (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni. Menurut Imam Syaukani, hadis ini dhaif (Kitab at-Toharah, bab al-Aghsal al-Mustahabbah). Hadis ini menunjukkan bahawa keluar darah dari badan tidaklah membatalkan wudhuk.

3/26/12

Muntah

Muntah membatalkan wudhuk pada pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad jika muntah itu banyak atau hingga memenuhi mulut. Dalil mereka ialah sabda Nabi s.a.w.; Sesiapa muntah atau berdarah hidungnya atau meloya (hingga keluar muntah penuh mulut) atau keluar mazi (ketika ia sedang mengerjakan solat), hendaklah ia keluar dari solatnya dan mengambil wudhuk, kemudian hendaklah ia menyambung (yakni meneruskan) solatnya dan janganlah ia bercakap-cakap (Riwayat3/26/12 Majah dari Ibnu

Namun

menurut pandangan mazhab Imam Syafiie dan Malik, ia tidaklah membatalkan wudhuk. Mereka berdalilkan hadis riwayat Imam Daruqutni yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah muntah, namun baginda tidak mengambil wudhuk. Dalam hadis lain dari Sauban r.a. menceritakan; Aku bertanya Nabi s.a.w.; Adakah wajib mengambil wudhuk kerana muntah?. Jawab baginda; Jika wajib tentu aku akan menemuinya di dalam kitab Allah (Lihat hadis ini dalam; Nailul-Autar, Kitab at-Toharah, Abwab Nawaqidh al-Wudhu).
3/26/12

Ketawa

berdekah di dalam solat

Sepakat para ulamak menyatakan bahawa ketawa denagn berdekah (yakni hingga didengari orang orang berdekatan) ketika sedang solat akan membatalkan solat. Adakah ia juga turut membatalkan wudhuk? Menurut Imam Abu Hanifah; ketawa berdekah di dalam solat akan membatalkan wudhuk. Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; Sesiapa yang ketawa hingga berdekah, hendaklah ia ulangi solat dan juga wudhuknya (Riwayat Imam atTabrani dari Abu Musa al-Asyari. Menurut ulamak hadis; jalan-jalan periwayatan hadis ini 3/26/12

Menurut jumhur ulamak termasuklah mazhab Syafiie, Maliki dan Imam Ahmad-, ketawa berdekah itu tidaklah membatalkan wudhuk kerana perkara yang jika berlakunya di luar solat tidak membatalkan wudhuk, tentunya jika berlaku di dalam solat juga tidak akan membatalkan wudhuk. Adapun hadis di atas, ia tidak dapat dijadikan hujjah kerana mursal.

3/26/12

10.

Timbul syak atau keraguan

Menurut mazhab Imam Malik; jika seseorang itu syak atau ragu sama ada ia masih berwudhuk atau tidak, semata-mata timbulnya syak itu, maka batallah wudhuknya. Namun jumhur mazhab berpendapat; semata-mata syak atau ragu tidaklah membatalkan wudhuk sehinggalah diyakini benar-benar bahawa telah berlakunya perkara-perkara yang membatalkan wudhuk tadi, barulah wudhuk dikira batal. Pendapat jumhur ini bertepatan dengan hadis Nabi di mana Ubbad bin Tamim meriwayatkan 3/26/12

Memandikan

mayat.

Orang yang terlibat secara langsung memandikan mayat, batal wudhuknya menurut mazhab Imam Ahmad. Adapun mazhab-mazhab yang lain, ia tidak membatalkan wudhuk.

3/26/12

Sebabsebab Hadas Besar Berjunub : Berjimak dengan pasangan - Keluar mani dari kemaluan sama ada sengaja atau tidak Datang haid atau nifas

3/26/12

Berjunub
Berjimak

dengan pasagan

Kerana bersetubuh dengan pasangan (suami atau isteri) sama ada keluar mani atau tidak ketika persetubuhan itu. Semata-mata berlakunya persetubuhan iaitu masuknya zakar ke dalam faraj, maka dianggaplah seseorang itu berjunub sekalipun tidak keluar mani. Sabda Nabi s.a.w.; Apabila seseorang telah duduk di antara empat cabang perempuan (yakni dua tangan dan dua kaki/pahanya), kemudian khitan (kemaluan) telah menyentuh khitan (kemaluan), maka wajiblah mandi. Dalam satu riwayat disebutkan; sekalipun 3/26/12

Keluar

mani secara sengaja atau tidak

- Keluar mani dari kemaluan sama ada dengan sengaja (seperti mengeluarkan dengan tangan atau berkhayal) atau tidak sengaja (seperti bermimpi). Orang yang keluar mani dari kemaluannya ia dianggap berjunub dan wajib mandi berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; Air (yakni mandi) adalah dari kerana air (yakni dari kerana keluar mani) (Riwayat Imam Muslim dari Abu Said al-Khudri r.a.). Ummu Salamah r.a. telah menceritakan; Pernah Ummu Sulaim datang dan bertanya kepada Nabi s.a.w.; Adakah seorang perempuan wajib 3/26/12

Tegahan-tegahan terhadap orang berhadas kecil

Mengerjakan solat Telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa orang yang tidak berwudhuk, haram mengerjakan solat sama ada solat fardhu, solat jenazah atau solat sunat. Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu jika ia berhadas sehinggalah ia mengambil wudhu (Riwayat Imam Bukhari, at-Tirmizi dan Ahmad dari Abu Hurairah r.a.).
3/26/12

Mengerjakan tawaf Tidak harus tawaf melainkan dalam keadaan berwudhuk kerana sabda Nabi s.a.w.; Sesungguhnya tawaf mengelilingi Baitullah (Kaabah) adalah solat. Maka apabila kamu mengerjakan tawaf, hendaklah mengurangkan bercakap (Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai). Dalam hadis ini, Rasulullah menyamakan tawaf dengan solat. Oleh demikian, diwajibkan berwudhuk untuk mengerjakan tawaf sebagaimana diwajibkan untuk solat.
3/26/12

Menyentuh mushaf al-quran dan membawanya


Menurut

jumhur ulamak, wajib berwudhuk untuk menyentuh mushaf al-Quran atau membawanya kerana Nabi s.a.w. bersabda; Jangan menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu Umar r.a.. Menurut Imam alHaithami; perawi-perawi hadis ini adalah tsiqah. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9986). Sebahagian ulamak tidak mewajibkannya, yakni bagi mereka harus menyentuh mushaf al-Quran tanpa berwudhuk. Antara mereka ialah Ibnu Abbas, ulamak-ulamak mazhab Zaidiyah dan
3/26/12

Tegahan terhadap orang yang berjunub


Membaca

al-Quran

Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Tegahan ini disepakati oleh jumhur ulamak termasuk imam-imam mazhab empat iaitu Abu Hanifah, Malik, Syafiie dan Ahmad..

3/26/12

Mereka

berdalilkan hadis dari Saidina Ali r.a. yang menceritakan; Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca al-Quran. Tidak ada sesuatu yang menghalangnya dari membaca al-Quran kecuali kerana jnub (Riwayat alHakim, Ibnu Majah dan Ahmad. Hadis ini telah ditashihkan oleh al-Hakim). Mengikut riwayat at-Tirmizi, hadisnya berbunyi; Rasulullah s.a.w. membaca kepada kami alQuran pada setiap keadaan selama baginda tidak berjunub (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Saidina Ali r.a.. Berkata Imam atTirmizi; hadis ini hasan soheh) Saidina Ali
3/26/12

Berhenti/menetap/beriktikaf di dalam masjid Diharamkan ke atas orang berjunub untuk berhenti atau duduk di dalam masjid termasuklah beriktikaf

3/26/12

berdalilkan firman Allah dalam surah alNisa, ayat 43 (yang bermaksud); Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan, dan begitu juga (jangan hampiri tempat solat, iaitu masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. (an-Nisa: 43). Begitu juga, berdalilkan sabda Nabi; Sesungguhnya tidak halal (yakni tidak harus) masjid bagi wanita
3/26/12

Puasa

Tegahan tegahan ke atas wanita yang datang haid dan nifas

Bersetubuh dan berimstimta dengan suami pada batasan antara pusat hingga lutut Dijatuhkan talak keatasnya
3/26/12

Anda mungkin juga menyukai