Anda di halaman 1dari 5

MANUAL PENGGUNAAN

Objektif Permainan
Permainan Cipher Game bertujuan untuk menguji keupayaan murid dalam mengingat fakta asas
darab di samping memberi keseronokan kepada murid untuk menyah kod untuk mencari makna di
sebalik kod fakta asas berkenaan. Selain itu, permainan ini memberi pendedahan kepada murid
dalam aplikasi kod matematik.
Arahan permainan Cipher Game
1. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dengan ahli seramai 4 orang.
2. Kad rujukan Cipher akan menjadi panduan kepada setiap pemain untuk menyah kod fakta asas
darab pada kad yang di ambil.
3. Setiap pemain akan mencabut 1 keping kad daripada dek.
4. Pemain diberi masa selama 30 saat untuk menyah kod makna di sebalik kod fakta asas darab
yang tersembunyi.
5. Pemain yang pantas menterjemah kod yang tersembunyi perlu mengangkat tangan dan
menyebut Cipher Game sebagai tanda selesai. Setelah itu, kad yang berjaya diterjemah perlu
disimpan oleh pemain untuk diiktiraf sebagai pemenang.
6. Jika seorang daripada pemain berjaya menterjemah kod, pemain lain perlu berhenti daripada
menyah kod dan meletakkan semula kad di sebelah dek.
7. Pemain yang paling banyak menterjemah kod dan memiliki kad akan dikira sebagai pemenang
dalam permainan ini.
Perlaksanaan permainan dalam bilik darjah
Permainan Cipher Game ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran topik Darab mahupun sebagai
bahan ulang kaji. Permainan ini bukan saja berbentuk kod namun fakta asas darab yang
terkandung pada setiap kad berupaya membantu murid dalam mengingat fakta asas darab
dengan mudah berbanding kaedah hafalan. Permainan ini boleh dilaksanakan secara
berkumpulan mahupun berpasangan dan permainan ini sesuai dilaksanakan semasa aktiviti
berkumpulan pada fasa perkembangan. Permainan Cipher Game ini menggabung jalinkan nilai
Matematik bersama nilai Bahasa Melayu kerana makna yang tersembunyi di sebalik kod fakta
asas darab ini lebih kepada simpulan bahasa. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid
dalam kosa kata Bahasa Melayu dari sudut simpulan Bahasa.

LAPORAN PENGHASILAN PERMAINAN

Konsep kod dan kriptografi yang digunakan


Permainan Cipher Game ini mengadaptasi daripada konsep kod Affine atau Affine Cipher. Dalam
konsep Affine Cipher ini, setiap abjad akan digantikan dan dipetakan dengan nilai nombor
mengikut abjab. Contoh sistem kod Affine Cipher ini seperti pada rajah di bawah:

Rajah 1 : Affine Cipher


Namun, Cipher Game ini lebih menitikberatkan konsep fakta asas darab. Maka, pada rujukan
Cipher saya menggantikan urutan nombor kepada urutan hasil darab sifir 2 sehingga sifir 5. Hal ini
sangat bertepatan dengan topik Darab pada pembelajaran murid Tahun 2 dan Tahun 3. Contoh
rujukan Cipher yang digunakan pada permainan ini seperti rajah di bawah:
A

45

Rajah 2 : Rujukan Cipher

Langkah permainan dihasilkan


Langkah
1. Mengenal pasti
rujukan Cipher.

Gambar

Penerangan
-Rujukan Cipher diadaptasi daripada
Affine Cipher dengan mengubah
suai mengikut fakta asas darab.

2. Membina kod

-Menggabung jalinkan nilai Bahasa

rahsia pada kad.

Melayu

pada

permainan

Cipher

Game.
-Unsur simpulan bahasa digunakan
sebagai

kod

rahsia

yang

perlu

diterjemah.
-Pemain akan menyemak simpulan
bahasa jika betul setelah Berjaya
menterjemah kod rahsia pada kad.

3. Menterjemah

-Setiap kad yang ada pada pemain

kod melalui fakta

mengandungi kod rahsia yang perlu

asas darab

diterjemah.
-Kod yang ada pada kad terdiri
daripada fakta asas darab.

4. Permainan
Cipher Game

Kelebihan permainan

1. Permainan Cipher Game ini lebih mengutamakan konsep fakta asas darab dalam
mengukuhkan pemahaman murid mengenai operasi asas matematik. Permainan ini sangat
membantu murid dalam mengingat fakta asas darab melalui kaedah bermain yang lebih
sinonim dengan kanak-kanak berbanding kaedah hafalan yang sangat membosankan.
Konsep fakta asas darab ini sangat penting untuk dikuasai oleh murid-murid kerana fakta
asas ini akan menjadi batu asas dalam memahami perkaitan operasi dan algoritma
matematik. Bahkan penguasaan murid dalam fakta asas darab juga akan membantu ketika
murid mula mempelajari topik yang lebih sukar seperti topik pecahan, perpuluhan dan lainlain lagi.
2. Permainan Cipher Game boleh diubah suai mengikut tahap kemampuan murid. Permainan
Cipher Game ini pada mulanya hanya mengadaptasi fakta asas darab dalam lingkungan
sifir 2 sehingga 5. Namun, hal ini boleh diubah suai mengikut kebolehan murid seperti
mengubah suai rujukan Cipher daripada penggunaan sifir 2 sehingga 5 kepada
penggunaan sifir 5 sehingga sifir 9. Hal ini akan lebih menyeronokkan dan mencabar
kemampuan murid dalam mengingat fakta asas darab yang lebih sukar.
3. Permainan ini menggabung jalinkan nilai Bahasa Melayu ke dalam permainan matematik.
Permainan Cipher Game ini telah digabung jalinkan dengan unsur Bahasa Melayu iaitu
unsur simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang digunakan dalam permainan ini dijadikan
sebagai perkataan rahsia yang perlu diterjemah oleh murid melalui kod fakta asas darab.
Selain mengingat fakta asas darab, murid juga akan mempelajari sesuatu yang baru iaitu
unsur simpulan bahasa. Maka, permainan ini sangat sesuai dimainkan oleh murid-murid di
sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.
4. Permainan ini tidak memerlukan peraturan yang rumit untuk dimainkan. Pemain atau murid
tidak mengalami kesukaran untuk bermain permainan ini kerana permainan Cipher Game
hanya menginginkan pemainnya untuk menyah kod fakta asas darab kepada perkataan
yang membawa makna. Perkataan-perkataan ini pula terdiri daripada rangkaian simpulan
bahasa yang mudah difahami oleh murid. Oleh sebab itu, Cipher Game ini sangat praktikal
dalam membina pengetahuan tentang konsep matematik di samping bermain.
5. Permainan ini juga boleh dikembangkan kepada fakta asas tambah, tolak mahupun bahagi.
Cipher Game ini bukan saja sesuai dimainkan bagi mengukuhkan penguasaan murid
dalam fakta asas darab namun boleh dikembangkan kepada fakta asas tambah, tolak
mahupun bahagi. Guru hanya perlu mengubah susunan rujukan Cipher dan kod rahsia
agar sesuai dengan fakta asas yang diaplikasikan. Seterusnya, murid akan bermain seperti
biasa tanpa mengubah sebarang peraturan permainan.

Anda mungkin juga menyukai