Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Pada asalnya, mengembara adalah satu aktiviti berjalan kaki,


mengembara adalah satu aktiviti yang lebih dari hanya berjalan kaki
: ia adalah satu aktiviti yang mengambil peluang untuk menyiasat
dan mencari adventure tetapi khususnya untuk dapat
pengalaman berkaitan dengan sekitar baru. Ini adalah juga satu
peluang yang baik untuk menguji pengakap-pengakap sejauh
manakah mereka mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh
pemimpinnya.
2. Objektif
2.1 Memberi kefahaman bahawa pengembaraan adalah satu aktiviti
penting.
2.2 Peserta akan mengetahui lebih jelas perkara-perkara yang
penting dalam persediaan untuk pengembaraan.
2.3 Meningkatkan prestasi sebagai seorang pengembara mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
3. Tujuan
3.1 Memberi latihan kecekapan pancaindera.
3.2 Melatih semangat tabah dan sabar menghadapi kesusahan.
3.3 Menikmati keindahan alam.
3.4 Memberi pengalaman baru.
4. Rancangan untuk mengembara
4.1 Bila?
Hujung minggu atau lebih elok dalam masa cuti.
4.2 Di mana?
Seboleh-bolehnya tempat atau kawasan baru. Tetapi elok sekiranya
seorang pemimpin atau penolong pemimpin melawat kawasankawasan yang dibincangkan untuk memudahkan seorang pemimpin
itu memberi keterangan dan latihan dengan berkesan.
4.3 Apa dia?
Mengembara bukanlah satu perjalanan bercorak askar tetapi
membimbing pengembara dengan cara yang seronoknya untuk
belajar dan bukan untuk menyelesaikan untuk perjalanan itu.
5. Tugas pemimpin
5.1 Menyiasat tempat-tempat pengembaraan.
5.2 Mendapatkan kebenaran daripada:a. pihak sekolah
b. pihak ibu bapa/penjaga
c. pihak Pesuruhjaya Pengakap Daerah
d. pihak-pihak lain yang berkenaan
5.3 Mendapatkan bantuan penolong-penolong pemimpin/kelana.
5.4 Menyediakan soalan-soalan untuk aktiviti/kajian.

6. Persediaan peralatan pengembaraan


6.1 Peta topo dan kompas jika perlu.
6.2 Alat-alat pertolongan cemas/peti ubat.
6.3 Alat-alat persendirian.
6.4 Buku catitan/buku log pengembaraan
7. Cara-cara melaksanakan pengembaraan
7.1 Penerangan.
7.2 Pemeriksaan tiap-tiap peserta.
7.3 Beri soalan dan alat-alat pengembaraan.
7.4 Waktu berlepas.
7.5 Pemimpin membuat lawatan susulan.
http://scout-info.blogspot.com/2008/01/1.html

Tips Kembara
KEMBARA
Prosedur Sebelum Menjalankan Aktiviti Berkhemah
Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun
pelbagai persiapan dan prosedur yang perlu diambil
perhatian sebelum manjalankan aktiviti berkhemah.
Walaupun aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah
pihak, namun perkhemahan yang dimaksudkan di sini bukan
hanya berkhemah di halaman rumah ataupun tempat yang
terdapat banyak kemudahan awam, tetapi ia melibatkan
aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh menyebabkan
kesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan
orang lain tetapi juga kepada alam sekitar sekiranya
beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidak diambil
perhatian oleh "campers"...!!!

Prosedur
1. Kebenaran
Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti
perkhemahan, perkara yang amat penting
sekali ialah memohon kebenaran. Kita
sebagai seorang remaja, kebenaran daripada
ibubapa ataupun penjaga adalah perlu dan
kita harus memaklumkan mengenai aktiviti
serta tujuannya kepada mereka ataupun orang
yang terdekat dengan kita. Melakukan aktiviti luar tidak
boleh dirahsiakan, malahan ia perlu diberitahu kepada orang
lain supaya pemergian kita diketahui.
2. Laporkan
Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada
balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas ditempat
yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa
anda akan melakukan aktiviti perkhemahan didalam
kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan
mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun
melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda
memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka
juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci
mengenai keadaan kawasan tersebut.
3. Kawasan Siapa?
Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itu
merupakan kawasan orang contohnya seperti tanah
persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda di
sana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan
punya tanah ataupun ketua kampung untuk bermalam
dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda memasuki
satu perkampungan yang jauh terpencil dan mempunyai
adat resam yang berlainan. Anda haruslah cuba untuk
memperolehi maklumat daripada mereka mengenai suku
kaum & kepercayaan, pantang larang, cara pergaulan dan
keselamatan kampung tersebut. Ini adalah untuk
memastikan anda selamat menetap di kampung tersebut
serta kehadiran anda dikawasan mereka tidak mengganggu.
4. Peraturan!
Pertauran yang telah ditetapkan disesuatu kawasan
mungkin terdapat kelainan. Namun begitu, anda haruslah
mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjamin
keselamatan dan kesejahteraan bersama.

http://www.sabah.net.my/huzaimi/kembara/prosedur.html

Memilih Kawasan Perkhemahan


Memilih Kawasan
1. Sumber Asas
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang
baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah
sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air
adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan
diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG
berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu
atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di
sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.
2. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan
kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit
daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air
bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga
seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak
menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh
merosakkan alas khemah anda.
Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di
bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana
dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan
menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan
bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan
belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang
serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala
jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang
tajam boleh mengoyakkan khemah.
Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan
yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat
anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan
ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan
khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya
tanah runtuh.
3. Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurangkurangnya mempunyai cara untuk
berhubung dengan orang diluar kawasan
perkhemahan tersebut seperti jalan raya,

telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan


sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan
bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini
dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan
anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya
kedudukan anda mudah dikesan dari udara.
4. Sinar Matahari
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari
disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap
dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan
peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak
kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan
kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.
5. Denai Binatang
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai
binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi
mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai
tersebut.
http://www.sabah.net.my/huzaimi/kembara/kawasan.html

Nyamuk dan Serangga lain


Gigitan serangga boleh menjadi masalah besar bagi sesetengah
kawasan tropika, paling kurang gigitan boleh menyebabkan
kesakitan pada kulit dan membengkak tapi yang paling menakutkan
ia boleh memindahkan pelbagai penyakit yang serius. Malaria
merupakan salah satu masalah utama, sekiranya pembasmian
serangga seperti nyamuk tidak dilakukan. Contohnya di Itali, dimana
kebanyakkan pengembara yang datang ke sana mengadu mengenai
masalah nyamuk, penduduk tempatan menyatakan bahawa
kawasan terbabit telah disembur dengan pembasmi nyamuk namun
ia tidak memberi kesan. Walaupun nyamuk Itali tidak membawa
Malaria, tetapi gigitannya amat menyakitkan.
Jika anda melawat ke mana-mana bahagian dunia dimana
mempunyai masalah Malaria pastikan anda membuat langkah
berjaga-jaga daripada terkena gigitan nyamuk. Penggunaan
kelambu semasa tidur adalah cara yang paling efektif digunakan
semasa tidur tetapi ia sukar untuk dibawa mengembara.
Apabila mengembara, selalu beringat supaya mengelak gigitan
seboleh yang mungkin. Gunakan "Insect Rapellent", dan apabila
sebelah petang dan malam pakailah pakaian berlengan panjang dan
seluar panjang untuk mengurangkan kawasan permukaan kulit yang

terdedah dengan nyamuk. Lingkaran nyamuk atau pencegah


nyamuk kuasa elektrik juga boleh digunakan untuk mendapatkan
persekitaran yang bebas dari sebarang gigitan serangga.

Kawasan Berisiko Tinggi


Angola
Bangladesh
Belize
Benin
Bhutan
Bolivia
Burkino Faso
Burundi
Cambodia
Cameroon
Central African
Rep'c
Chad
China
Comoros
Congo

Ivory Coast
Djibouti
Ecuador
Eq. Guinea
Eritrea
Ethiopia
French
Guiana
Gabon
Ghana
Guinea
Guinea
Bissall
Guyana
Haiti
Honduras

India
Indonesia
Kenya
Lao
Liberia
Madagascar
Malawi
Mali
Mauritania
Mayotte
Mozambique
Myanmar
Nepal
Nicaragua

Niger
Nigeria
Oman
Pakistan
Papua New
Guinea
Rwanda
Togo
Tanzania
Uganda
Vanuato
Venezuela
Viet Nam
Zaire
Zambia

Kawasan Risiko Rendah dan Sederhana


Afganistan
Algeria
Argentina
Azerbaijan
Botswana
Cape Verde
Columbia
Domenican Rep'c

Egypt
Guatemala
Hong Kong
Iran
Iraq
Libya
Malaysia
Maldives

Muaritius
Mexico
Morocco
Namibia
Panama
Paraguay
Peru
Philippines

Syria
Tajikstan
Thailand (tiada risiko
dikawasan
pelancongan)
Turkey
UAE
Yemen
Zimbabwe

Kawasan ini diramal bebas dari Malaria:

USA

Canada

Western Europe

Japan

Australasia

dan Singapore.

http://www.sabah.net.my/huzaimi/kembara/nyamuk.htm

Anda mungkin juga menyukai