Anda di halaman 1dari 9

BATUAN YANG TERDAPAT DI USM.

1. Batuan Igneus
Batuan ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu batuan igneus rejahan
dan batuan igneus terobosan. Batuan igneus rejahan terhasil akibat
daripada proses pembekuan magma manakala batuan terobosan
terbentuk hasil darpada penyejukan magma.

a) Batuan Granit.

Lokasi : Kawasan Subaidah


Saiz : 2.2 cm
Batuan ini merupakan salah satu batuan igneus rejahan. Batuan
jenis ini berwarna cerah dan teksturnya yang agak kasar.
Kandungan mineral utama dalam batuan ini adalah Feldspar,
Kuatzar dan Mika. Biasanya batuan ini ditemui di kawasan kubah,
kelupasan, tanah tinggi dan banjaran gunung.

b) Batuan Gabro

Lokasi : Kawasan Pusat Teknologi dan Pengajaran Multimedia


Saiz : 102 cm (lebar), 8.0 cm (tinggi)
Batuan ini merupakan salah satu batuan igneus rejahan. Batuan
jenis ini berwarna gelap dan teksturnya yang agak kasar.
Kandungan mineral utama dalam batuan ini adalah Feldspar,
Piroksin dan Olivin. Biasanya batuan ini ditemui di kawasan daik
dan lereng-lereng yang curam.
c) Batuan Basalt
Huraian :Batuan ini merupakan salah satu batuan igneus
terobosan. Batuan jenis ini berwarna gelap dan teksturnya yang
halus. Kandungan mineral utama dalam batuan ini adalah
Feldspar, Piroksin dan Olivin. Biasanya batuan ini ditemui di
kawasan daik dan lereng-lereng yang curam.
2. Batuan Sedimen
Batuan sedimen atau lebih dikenali sebagai batuan enapan adalah
sejenis batuan yang terbentuk hasil daripada bahan-bahan yang
dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angina melalui proses
pemadatan dan penyimenan. Proses penyimenan adalah proses
pelekatan antara mineral-mineral disebabkan adanya bahan perikat.
Proses pemadatan pula berlaku apabila bahan-bahan enapan
terkumpul secara lapisan.

3. Batuan Metamorfosis
Bantuan metamorfosis ialah batuan jelmaan yang munkin berasal
daripada batuan igneus atau sedimen. Batuan ini amat keras,
bersinar-sinar, cantik dan amat menarik. Terdapat dua jenis batuan
metamorphosis iaitu batuan berjalur dan tidak berjalur.
a) Batuan Syis
Lokasi : Bukit sekitar kawasan Desasiswa Tekun
Saiz
:
Skala
:
Huraian :Batuan ini merupakan salah satu batuan sedimen.
Batuan jenis ini berasal daripada batuan slat, basalt dan granit.
Tekstur batuan ini agak sederhana kasar. Biasanya batuan ini
ditemui di kawasan tanah tinggi dan permatang
b) Batuan Gneisi
Lokasi : Bukit sekitar kawasan Desasiswa Tekun
Saiz
:
Skala
:
Huraian :Batuan ini merupakan salah satu batuan sedimen.
Batuan jenis ini berasal daripada batuan granit. Tekstur batuan
ini agak kasar. Biasanya batuan ini ditemui di kawasan tanah
tinggi.
c) Batuan Gneisi
Lokasi : Bukit sekitar kawasan Desasiswa Tekun
Saiz
:
Skala
:
Huraian :Batuan ini merupakan salah satu batuan sedimen.
Batuan jenis ini berasal daripada batuan granit. Tekstur batuan
ini agak kasar. Biasanya batuan ini ditemui di kawasan tanah
tinggi.

KESAN LULUHAWA DI USM


1. Luluhawa biologi
Luluhawa biologi merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan,
mikroorganisma, manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang
dapat memecah dan menguraikan batuan. Tindakan ini dibahagikan
kepada tiga iaitu tindakan tumbuhan, organisma dan manusia.
a) Tindakan tumbuhan

Lokasi : Pusat Bahasa dan Literasi


Saiz : 86.2 cm
Batuan ini mengalami kesan luluhawa yang disebabkan tindakan
tumbuhan. Keadaan ini berlaku kerana akar-akar pokok khususnya
sistem akar tunjang telah menjalar ke dalam tanah dan memasuki
rekahan batuan. Apabila akar ini membesar di dalam rekahan maka
ia akan menekan dinding-dinding rekahan, melebar dan
memecahkannya. Tindakan ini seumpama tindakan bebaji akar.
Pada masa yang sama rekahan yang dimasuki oleh akar tumbuhan
turut mempercepatkan proses kemasukan air untuk luluhawa kimia
beroperasi jauh ke dalam tanah.

b) Tindakan organisma

Lokasi : Pusat Penagajian Ilmu Kemanusiaan


Saiz : 86.5 cm (lebar), 58.9 cm (tinggi)
Batuan ini mengalami kesan luluhawa oleh tindakan organisma.
Keadaan ini berlaku kerana mikroorganisma seperti lumut dan
bakteria yang hidup di permukaan batu akan mengeluarkan asid
organik semasa menyerap zat-zat galian dari dalam batu tersebut.
Tindak balas asid organic seperti chelasi dengan mineral batuan
akan mempercepatkan lagi penguraian batuan berkenaan. Tindakan
binatang yang mengali lubang, seperti tikus, arnab dan cacing pita
turut melemahkan struktur batuan yang membolehkan agen-agen
luluhawa lain memasuki ke rekahan batuan yang bertindak.

c) Tindakan manusia.

Lokasi : Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan


Saiz : 8.0 cm (lebar), 4.5 cm (tinggi)
Keadaan ini dipanggil sebagai kesan luluhawa akibat daripada
tindakan
manusia.
Aktiviti
manusia
boleh
membantu
mempercepatkan kadar luluhawa batuan. Menerusi aktiviti seperti
penyahutanan, pembinaan jalan raya, dan perlombongan, batuan
akan terdedah kepada agen-agen luluhawa khususnya air hujan dan
sinaran matahari. Oleh itu, batuan ini lebih cepat dipecah dan
diuraikan. Selain itu, aktiviti pertanian dan perindustrian juga turut
mengakibatkan batuan terpecah. Hal ini berlaku keran aktivitiaktiviti seperti ini membebaskan bahan-bahan kimia seperti baja,
racun serangga atau pelepasan bahan pencemar udara dan sisa
toksik. Bahan-bahan ini akan terasid di dalam air hujan atau air
tanih untyk bertindak balas dengan mineral batuan dan
meluluhawakan batuan tersebut. Sebagai contoh, tindak balas
antara hujan asid yang mengandungi asid nitrit, asid sulfurik dan
asid karbonik ke atas mineral batuan seperti batu kapur dan riolit.

2. Luluhawa Fizikal
Luluhawa fizikal atau lebih dikenali sebagai luluhawa mekanikal
ialah proses penyepaian atau pemecahan batuan. Akibat tindak
balas unsur-unsur iklim maka batuan akan dipecahkan kepada saiz
yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimianya. Perubhan
hanya berlaku pada saiznya sahaja. Satu mekanisme umum yang
membolehkan batuan itu mengalami pemecahan ialah kehadiran
daya tegasan yang secukupnya. Daya tegasan ditakrifkan sebagai
daya yang dikenakan ke atas satu unit kelusasan seperti dindingdinding rekahan sehingga dinding tersebut mengalami ketegangan
dan akhirnya penyepaian berlaku ke atas rekahan batuan
berkenaan.
a) Penyepaian bongkah

Lokasi : Bukit sekitar kawasan Desasiswa Tekun


Saiz : 58 cm
Kesan luluhawa ini berlaku apabila batuan yang bersendi atau
mempunyai rekahan bersegi empat. Perkembangan dan pengecutan

berlaku di sepanjang sendi atau rekahan tersebut dan penyepaian


terjadi mengikut sendi atau rekahan berkenaan sehingga menjadi
bongkah-bongkah segiempat.

b) Penyepaian berbutir (granul)

Lokasi : Sekitar kawasan Desasiswa Restu


Saiz : 15.4 cm
Batuan ini mengalami kesan luluhawa penyepaian berbutir.
Luluhawa ini berlaku pada batuan yang mempunyai banyak mineral
di dalamnya (hetergenous). Contohnya batuan granit yang
mengandungi mineral kuartza, feldspar dan mika. Setiap mineral
batuan ini mempunyai angkali dan kadar perkembangan serta
pengecutan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Mineral yang
lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir
dari jisim asalnya. Pemecahan seperti ini akan menghasilkan
serpihan batuan atau butir-butir yang halus.

Anda mungkin juga menyukai