Elm 3033

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan

2.

Peranan dan Tanggung Jawab Guru Pendidikan Moral dalam Pendidikan Negara

2.1

Merealisasikan Rukun Negara

Sebagai seorang guru yang mengajarkan pendidikan moral seseorang itu haruslah
bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih mengutamakan kebajikan
dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil
terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan
dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara berpakaian, pertuturan
dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.
Selain itu, harus menunjukkan tanggung jawab terhadap ibu bapa dengan berusaha
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada
ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
juga penting.
Guru Pendidikan Moral harus juga memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat serta bertanggung
jawab dalam memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang baik.
Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa pendidikan
adalah suatu usaha yang berterusan. Maka, Guru Pendidikan Moral telah memainkan
peranan penting dalam mengembangkan pendidikan secara berterusan. Pendidikan
ialah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Namun,
guru haruslah mulai mendidik kanak-kanak dengan memberikan pendidikan awal
kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah yang berada dalam lingkungan umur
antara satu hingga enam tahun.

Selain itu, mereka berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan dan banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan
melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan
ilmu pengetahuan. Malah, mereka boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan
menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk
menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk
dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk
budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk
fikiran yang luas dan terbuka.
2.2

Merealisasikan Wawasan 2020

2.3

Merealisasikan Kod Etika Perguruan Malaysia

3.

Kod Etika Perguruan Malaysia

Kod Etika Perguruan ini dipaparkan di halaman depan buku persediaan mengajar dan
kod etika ini disediakan dalam bentukikrar agar semua guru akan mematuhi dan
menjaga imej profesion keguruan seperti berikut:
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pen- didikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang
percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami


kebudayaan mereka, memperolah pengetahuan yang telah terkumpul sejak zamanberzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya.:
I.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar


1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang
bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
II.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka
dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.
III.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara


1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegarayang taatsetia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa
serta institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan ke- hidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

IV.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionKeguruan.

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang


boleh mencemarkan nama baik seseorangguru di hadapan pelajar atau ibu
bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang
baru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Rumusan
Guru Pendidikan Moral harus menghayati dan mengamalkan Kod Etika Perguruan
Malaysia dan sentiasa menjadikan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan
Falsafah Pendidikan Guru sebagai penyuluh dan panduan. Selain berusaha sebagai
penggalak dan pemimpin untuk menjamin pelajarnya dibimbing kea rah pencapaian
aspirasi Negara menurut Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah
Pendidikan Guru dan Wawasan 2020 demi kebaikan negara dan warga negara
Malaysia. Walau pun semua guru bertanggung jawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan
sejawat dan masyarakat, tetapi Guru Pendidikan Moral lebih-lebih lagi dianggap
sebagai teladan dalam usaha menyanjung kesemua aspirasi dan ideologi negara.
Refleksi

Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan ini,
saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami dan mendalami
Falsafah Pendidikan Negara. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak mengambil berat
mengenai hal ini kerana merasakan tidak mempunyai kaitan dengan diri saya. Tetapi
kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana sayalah yang akan
mendokong falsafah ini pada masa hadapan.
Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik
dan sempurna disamping melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang bukan
sahaja jasmani tetapi emosi serta intelek.saya berpendapat falsafah yang digubal ini
sesuai dan bertepatan kerana ianya merangkumi semua aspek kehidupan, bukan
sahaja dari segi luaran tetapi juga dalaman, serta seiring dan sesuai dengan
peredaran zaman.
Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang falsafah ini, saya
tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang
diberikan pada saya ini dapat member manfaat yang banyak kepada diri saya. Bagi
saya, tugasan ini amat sesuai untuk kami lakukan kerana iainya merupakan tunjang
dalam profesion perguruan dimana profesion inilah yang akan kami laksanakan pada
masa hadapan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kami perlu mengenal
dan menghayati falsafah ini sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya
dengan cemerlang pada masa hadapan.
Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira
kerana Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk
memuaskan hati semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Rujukan
Institut Integriti Negara (2004), Pelan Integriti Negara, Kuala Lumpur:
Kementerian Jabatan Perdana Menteri.

Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (2006). Kementerian
Pelajaran Malaysia, Putrajaya: Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Kepemimpinan dan Pengurusan
Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laman Sesawang:

http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovRukunegara/Pages/GovRukuneg
ara.aspx; www.moe.gov.my/mbkm/uploads/haluan_kerja_pendidikan.pdf;
http://www.scribd.com/doc/13947808/Rukun-Negara ;
http://kelabraja.blogspot.com/2010/03/topik-memahami-prinsip-dan-rukun-negara.html
Dato'
Sri
Hishammuddin
Tun
Hussein,
(2005).
Pesanan
Menteri
Pelajaran.http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm. Akses pada 10
Ogos 2014
Wan Muhammad Wan Ibrahim, (2007). Kenyataan Media JIM - Guru Tonggak
Pembinaan Masyarakat Madani http://www.jim.org.my/modules.php?module=akhbar
Akses pada 10 Ogos 2014

PENTAKSIRAN DAN
PENGURUSAN
MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
DI SEKOLAH

ELM3103

Anda mungkin juga menyukai