Anda di halaman 1dari 8

DENDAM

(SHARIZA A RAHMAN)
Sinopsis

Cerpen Dendam ini mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan
ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan
buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku
latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat
berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya.
Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada
ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.
Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah
dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang
dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu
perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan
sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along
berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.
Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai
pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi
Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah
yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang
memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali
pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.
Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul
sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam
larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung
Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali
pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah
mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along
memeluk Angah kerana rasa terharu dan menyedari kasih sayang antara adik beradik.
Tema
1

Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah,


ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu
kerana sering menyebelahi Angah.

Persoalan

1. Persoalan hubungan kekeluargaan.


Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama
ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan kebencian kepada adik.
Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan
buku latihannya sehingga dimarahi gurunya.
3.

Persoalan kasih sayang antara adik dan kakak.


Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih
sayang antara kedua beradik tersebut.

Plot

Permulaan
Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli
semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku
kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung arnab untuk membeli buku
teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana
perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.

Perkembangan
2

Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan
Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah.
Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela
diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukan. Along juga merungut kerana setiap
kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil
padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along juga
melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan cakap
orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak
kemarahan , Along menghalau adiknya dari ruang tamu.
Klimaks
Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu
menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk
membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak
mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah disebat
dengan tali pinggang oleh ayah.
Peleraian
Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung
dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along
memohon kemaafan daripada

Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya, Along sedar

adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatiannya.

Teknik Penceritaan
1. Dialog
Contoh: Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along.
Angah Cuma tengok saja

2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya
pada cuti yang lalu.

3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?
3

Watak dan Perwatakan


Along
Cepat meradang terutama kepada adiknya.
Sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan.
Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan.
Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya
yang mengoyakkan wang ayahnya.

Angah
Gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along.
Berwajah comel.
Suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah.
Wajahnya pucat apabila dimarahi.
Buah hati ibu.

Abah
Seorang yang tegas.
Memukul adik dengan tali pinggang.

Emak
Suka menyebelahi adik.
Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah.
Bersikap garang kepada Along.

Latar
4

Masa
1. Malam
Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah
akan sesuatu.
2. Tengah hari.
Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa
nakal Angah.

Tempat
1. Ruang tamu
Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.

2. Di rumah
Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.

3. Di meja makan
Contoh: Ayah merungut-rungut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.

4. Di katil
Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.

Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar
Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama . Juga buku latihan
sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.

2. Masyarakat Guru
Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana
buku latihannya dikoyakkan oleh adik.
3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang
Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil
dalam menjatuhkkan hukuman kepadanya.
5

Gaya Bahasa
1. Sinkope
Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. (Singkatan kata ku ) Dan tanpa
kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.

2. Kata Ganda
Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut
marah akan sesuatu.

3. Peribahasa
Contoh: Berat sebelah,tebal muka, menagih kasih.

4. Metafora
Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.

5. Personifikasi
Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.

6. Antomomisia (memperlihatkan sifat sesaorang)


Contoh: Hantu kecil

7. Totologi (Perulangan untuk penegasan)


Contoh: Benci. Aku benci.

Nilai

1. Nilai kasih sayang


Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang
dan perhatianku.
2. Nilai berdikari
Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh
Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi
Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang
baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat menghormati
Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh
kakaknya.
5. Nilai kesyukuran
Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci
adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.

Pengajaran

1. Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita


Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku
dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil
comelnya.
2. Kita janganlah mempercayai tilikan.
Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran
Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih
percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.
3. Kita janganlah memperbesarkan perkara-perkara yang kecil
Contoh: Perkara macam itu pun engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik
engkau.

4. Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga.


Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama kali
ini aku aku memeluk dan mengucupinya.
5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita.
Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.

Latihan

1. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas?


Angah maafkan Along.

2. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas?


Angah boleh simpan rahsia. Angah tak bohong. Angah tak susahkan Along. Along
sayang Angah tak?

Jawapan
1. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita.
2. Nilai kasih sayang, kebersihan fizikal dan mental, dan hemah tinggi.

Anda mungkin juga menyukai