Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 1: DIMENSI DIRI

Pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar.


Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.
Tugasan
Tema
Isu

:
:
:

Kata kunci
Isi

:
:

Cara-cara saya menghargai jasa guru


guru
pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang
pelajar
cara-cara
1.
berbudi bahasa serta beradab sopan
2.
berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah
3.
prihatin dan sayang kepada guru
4.
memziarahi guru
5.
mendoakan kesejahteraan guru

Panduan:
1.

Pastikan perenggan pendahuluan LEBIH PENDEK daripada mana-mana


perenggan isi.

2.

Pastikan perenggan isi ditulis secara seimbang dan mengandungi ayat topik,
ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas.

3.

Pastikan calon menulis sekurang-kurang 5 perenggan isi (lebih daripada 100


patah perkataan dalam setiap isi) sebagai prasyarat untuk mendapat
cemerlang.

4.

Tatkala menulis ayat topik, pastikan calon merujuk kepada kata kunci soalan
dalam memaparkan isi. Contohnya,
Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru
(Kata kunci soalan ialah cara anda. Tukarkan kepada cara saya)
Isi 1

berbudi bahasa serta beradab sopan

Ayat topik:
Cara saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan
adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka.

PENDAHULUAN
Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa
mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang
membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar.
Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai
kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat
berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu,
sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru.
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk saya menghargai jasa guru?

ISI PERTAMA
Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah
saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila
berinteraksi dengan mereka. Hal ini bermaksud, saya akan menjaga
tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru. Saya juga akan
sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau
memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa
mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali
membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya.
Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa
pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan
berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan
sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak
meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra.
Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi
bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagi
menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.

Senarai
Semak
Tema
Isu
Justifikasi
Tugasan

Senarai
Semak
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Penegas

ISI KEDUA
Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya
menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui
disiplin yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah
dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa
menjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga
membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya
kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan
kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan
sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu
konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, saya
akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak
terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah.
Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan
perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan
sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan
penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka.

ISI KETIGA
Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya
akan sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru.
Saya berpendapat
demikian kerana amalan mengingati dan
menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para
guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka
tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai
tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan meraikan
sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga,
saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya
sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang
dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada
wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati
yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan
selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya
optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang
terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai
jasa guru.

Senarai
Semak
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Penegas

Senarai
Semak
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Penegas

ISI KEEMPAT
Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga
cara saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai
manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam
kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana,
menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu
menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai
tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri
terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa
buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika
mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu
mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh
mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian
dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan
daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawa frasa guru, jasamu
dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong
kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita
sebagai pelajar.

ISI KELIMA
Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan
mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik
saya. Hal ini dikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan
guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke
rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka.
Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa
sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana
jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas
mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal
dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan
agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah
tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang
masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan
mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang
perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan
saya atas jasa dan pengorbanan guru.

Senarai
Semak
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Penegas

Senarai
Semak
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Penegas

KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa
menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang
kita timba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita
kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru,
marilah kita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat
dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah ini..
Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

Senarai
Semak
Saranan
Harapan
Seruan

KARANGAN LENGKAP:
Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa ,
tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan
didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin
pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat
berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita
menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara
untuk saya menghargai jasa guru?
Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah saya akan
mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Hal
ini bermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan
guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera
atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira
keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga
mengganggu guru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan
perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang
bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan sesi
perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan
memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal
lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang
terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.

Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya
menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin yang tinggi
serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat memastikan para guru tiada
masalah dan kekangan semasa menjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang
tinggi juga membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada
pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar.
Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru
malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas.
Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak
terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah
satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru
adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana
hal ini mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka.
Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan
sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya berpendapat
demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang
mulia. Tambahan pula para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai
walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai
tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru
pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada
guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh
yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang
ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika
tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat
para guru. Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang
terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru.
Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara saya
menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia tentunya para guru
menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa
kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya
perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda
melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika
menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya
bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam,
saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha
untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah
bahawa frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan
kosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai
pelajar.

Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan


kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan
demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau
sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa
mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat
sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah
tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi
mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka
diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta
pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan
kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan
tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan
penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru.
Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa
menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita timba
daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang
mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama
menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah
ini..
Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

CSL2013

Anda mungkin juga menyukai