Anda di halaman 1dari 19

PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN

MULTIMEDIA DAN MODUL SEJARAH


TINGKATAN 4 : MEMBANTU GURU
MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN
DENGAN LEBIH CEPAT : SEJARAH
TINGKATAN 4 BAB 6 (PEMBENTUKAN
KERAJAAN ISLAM
DAN SUMBANGANNYA)

Oleh
Hayadi Bin Guliling
Dan
Junaidah Ahmat

Rangka kerja teoritikal direkabentuk oleh


Kemmis dan Mc Taggart (1982);
seperti kitaran dalam rajah berikut:

Tinjauan Awal

Membuat Refleksi

Pemantauan dan
Penilaian

Dapatkan situasi
dan konteks

Merancang Tindakan

Pelaksanaan
Tindakan

A. Tinjauan Awal
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
kekangan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dari perpektif
guru. Antaranya,
i.

Menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat.


waktu yang terbaik sebelum pertengahan bulan September (T4)
Tingkatan 5 bulan Ogos. membuat kelas tambahan. hanya ditumpukan
kepada pelajar tingkatan 5. Tingkatan 4 terus terabai

ii.

Menghasilkan pelajar yang mahu membaca buku teks sejarah dalam


kuantiti yang ramai.
Pelajar tidak mahu membaca buku teks yang dibekalkan secara
percuma beranggapan buku teks tidak berkualiti.
Lebih berminat membaca buku sejarah SPM yang dijual di pasaran
terbuka (buku rujukan SPM).
soalan dan jawapan yang digubal menjadikan buku teks semata-mata
sebagai rujukan,

A. Tinjauan Awal
Refleksi Pengajaran dan
Pembelajaran Lalu (Samb)
iii. Melahirkan pelajar yang meminati mata pelajaran sejarah.
tanggapan mata pelajaran sejarah bukannya mata
pelajaran penting seperti sains dan matematik.
bukannya syarat penting untuk alam pekerjaan atau peluang untuk
melanjutkan pelajaran.
hanyalah cerita-cerita masa lalu.
membosankan kerana terlalu banyak perkara yang hendak diingat.
iv. Menghasilkan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran ini lulus
sekurang-kurangnya dengan gred E. Perkara ini agak sukar untuk
dicapai kerana adanya faktor tolakan dalam diri pelajar seperti yang
dinyatakan dalam perkara II dan III di atas.

B. Dapatkan situasi dan konteks


Isu Keperihatinan
fokuskan kepada menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat. Kami
mahu menyelesaikan tugasan ini pada bulan Mei atau Jun.
Ini kerana kami berpendapat bahawa
i.

sebelum pelajar itu dapat memahami, menilai dan menaakul tentang


sesuatu peristiwa Sejarah dia perlu terlebih dahulu mengetahui jalan
cerita peristiwa tersebut.

ii. Pelajar gagal memperolehi markah yang baik bukan kerana mereka
tidak mengetahui atau memahami mata pelajaran Sejarah, tetapi ia
disebabkan oleh ketidakmampuan mereka mempersembahkan
jawapan
yang betul dan berkualiti seperti yang dikehendaki oleh soalan.

C. Merancang tindakan
Objektif Kajian

1. Objektif Umum
Menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah yang berkualiti.
i.

2. Objektif Khusus
Memendekkan tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi satu-satu
bab mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5.

ii. Menggunakan waktu P&P dengan maksimum.

Kumpulan Sasaran
Dua orang guru mata pelajaran Sejarah di Tingkatan 4 dan semua kelas
(berjumlah sembilan buah) Tingkatan 4.

D. Perlaksanaan Tindakan
1. Tinjauan masalah
Berdasarkan pemerhatian Buku Rekod Pengajaran Harian Guru Tahun
2010. Tumpuan diberi kepada tingkatan 4 bab 6. Dipilih kerana ia
merupakan bab yang paling panjang
1.1 Dapatan pemerhatian
Menunjukkan sejumlah 15 waktu P&P diperlukan untuk menghabiskan bab
6 ini. mengambil masa sehingga 5 minggu atau lebih sebulan untuk
menyiapkannya, dengan jumlah waktu yang diperuntukan untuk mata
pelajaran sejarah ialah 3 waktu P&P seminggu.
Lihat lampiran I.

Bil

Tarikh

Waktu
Pengajaran

Tajuk yang diajar

7/6/2010

8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGAN


8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan
sumbangannya
a. Zaman Khalifah Al-Rasyidin
i. Konsep khalifah
ii. Syarat dan cara pemilihan khalifah
iii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin *Tajuk ini
tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada
kelas akan datang.

9/6/2010

iii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

14/6/2010

b. Kerajaan Bani Umaiyah


i. Latar belakang
ii. Sumbangan *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan.
Ia disambung pada kelas akan datang.

14/6/2010

ii. Sumbangan

21/6/2010

c. Kerajaan Bani Abbasiyah


i. Latar belakang
ii. Sumbangan *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan.
Ia disambung pada kelas akan datang.

Bil

Tarikh

Waktu
Pengajaran

23/6/2010

ii. Sumbangan.

28/6/2010

d.
i.
ii.
iii.

30/6/2010

iii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

5/7/2010

e. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun


lain di dunia.
i. Cara Pertembungan
= Perniagaan = Diplomatik = Kebudayaan
= Pusat Pengajian = Peperangan

10

7/7/2010

ii.

Jumlah waktu pengajaran


dan pembelajaran

Tajuk yang diajar

Kerajaan Turki Uthmaniyah


Latar belakang
Sumbangan
Faktor penyebaran Islam ke Eropah *Tajuk ini
tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada
kelas akan datang.

Kesan (Perluasan empayar, Perkembangan


intelek, Kesenian dan kesusasteraan)

15 waktu

D. Perlaksanaan tindakan (Samb)


2. Tindakan penyelesaian masalah (kajian)
Memilih dua kaedah iaitu menggunakan Bahan Multimedia dan Modul P&P
Sejarah tingkatan 4.
Bahan Multimedia dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2008 dan
diedarkan ke sekolah-sekolah secara percuma. Antarmuka bahan ini boleh
dilihat di lampiran II. Lampiran II. Manakala, Modul P&P Sejarah Tingkatan
4, kami hasilkan sendiri, yang berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan
Mac 2011 (rujuk lampiran III).
Kaedah ini digabungkan kerana kelemahan bahan multimedia ialah ia
hanya melibatkan suara dan bahan paparan persembahan berbentuk
powerpoint tanpa rujukan bertulis/bercetak. Sementara, Modul P&P
Sejarah pula, ia hanya bahan bertulis/bercetak tanpa bahan paparan
persembahan yang melibatkan penggunaan Teknologi Komunikasi dan
Maklumat (ICT).

E. Pemantauan dan Penilaian


2.1 Analisis hasil kajian
Kajian tindakan ini dijalankan pada bulan Mei 2011,
minggu pertama.
Hasil kajian menunjukkan kami berjaya menyiapkan
proses P&P bagi bab 6 sejarah tingkatan 4 hanya
dalam tempoh 3 waktu P&P. Lihat Lampiran IV.

Bil

Tarikh

Waktu
Pengajaran

Tajuk yang diajar

5/5/2011

8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGAN


8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan
sumbangannya
a. Zaman Khalifah Al-Rasyidin
i. Konsep khalifah
ii. Syarat dan cara pemilihan khalifah
iii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin
b. Kerajaan Bani Umaiyah
c. Kerajaan Bani Abbasiyah
i. Latar belakang ii. Sumbangan

12/5/2011

d. Kerajaan Turki Uthmaniyah


i. Latar belakang ii. Sumbangan
iii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah
e. Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun
lain di dunia.
i. Cara Pertembungan ii. Kesan

Jumlah waktu pengajaran


dan pembelajaran

6 waktu

Dapatan ini, membuktikan bahawa sekirannya


kedua-dua kaedah yang dipilih ini digunakan
secara bersama-sama (gabungan), maka
tempoh masa P&P bagi menyiapkan satu-satu
bab mata pelajaran sejarah sama ada tingkatan
4 atau 5 akan dapat dipendekkan.

F. Refleksi
Kami berpendapat bahawa keberkesanan penggunaan kaedah ini
bergantung sepenuhnya kepada ketekunan guru untuk melaksanakannya.
Sekiranya guru merasakan yang kerja penyediaan bahan bantu mengajar
(BBM) itu sesuatu yang wajib dilakukan sebelum masuk ke kelas maka
kaedah ini pasti berjaya. Namun, kaedah ini akan menemui kegagalan
andainya guru beranggapan yang menghasilkan BBM itu hanya kerja
bermusim dan merupakan satu lagi kerja tambahan.
Selain itu, kami juga mendapati yang seseorang guru perlu ada set
komputer riba, projektor LCD sendiri/peribadi (bukan kepunyaan sekolah),
alat pembesar suara (speaker) kecil tetapi suaranya cukup untuk didengar
oleh pelajar yang ada dalam kelas bersaiz 30-40 orang. Peralatan ICT di
atas sangat membantu tugas guru ketika mengajar, memudahkan guru
untuk menyediakan BBM dan membantu guru dari segi kawalan kelas
ketika mengajar.

F. Refleksi (Samb)
Kaedah yang kami gunakan ini juga boleh digunakan untuk semua bab
sejarah tingkatan 4 dan 5. Keadaan ini sudah pasti akan membantu
seseorang guru sejarah tingkatan 4 dan 5 menghabiskan sukatan
pelajaran (mengajar semua bab : Tingkatan 4; 10 bab dan Tingkatan 5; 9
bab) dengan lebih cepat berbanding dengan kaedah yang lazim
digunakan. Sekiranya sukatan pelajaran dapat dihabiskan dengan lebih
awal maka guru bolehlah memberikan fokus kepada dua perkara berikut;
i. membimbing pelajar menghasilkan jawapan kertas 2 (struktur dan esei)
yang baik dan betul. Hal ini perlu dilakukan kerana kami dapati yang
pelajar bukanlah tidak memahami mata pelajaran sejarah, tetapi
mereka hanya tidak mengetahui cara yang baik dan betul bagi
menjawab soalan. Perkara ini sangat ketara bagi soalan esei kertas 2.
Lazimnya, pelajar-pelajar yang dalam kategori lemah akan
mengabaikan soalan ini, dengan perkataan lain, tidak menjawab
soalan. Sedangkan peruntukan markah untuk soalan esei agak
besar iaitu 60 daripada 100 markah.

F. Refleksi (Samb)
ii. mengulang ajar bab-bab tertentu yang diselaraskan dengan permintaan
pelajar atau keperluan guru. Andainya ini dapat dilakukan maka, minat
pelajar terhadap mata pelajaran sejarah akan bertambah, tahap
penguasaan mereka terhadap sesuatu peristiwa sejarah dapat
ditingkatkan dan dapat memotivasikan mereka untuk terus belajar.

G. Cadangan Kajian Seterusnya


Bagi tujuan meningkatkan kualiti kajian ini, kami mencadangkan agar
beberapa kajian lanjut hendaklah dilakukan dengan memberi fokus kepada
perkara berikut,
i.

apakah hubungan di antara menghabiskan sukatan pelajaran yang


lebih cepat dengan markah/gred pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran sejarah peringkat SPM?

ii. apakah kaedah yang harus digunakan untuk membimbing pelajar untuk
menghasilkan jawapan yang baik dan betul bagi mata pelajaran
peringkat SPM, kertas 1 dan 2?
iii.

bagaimana hendak memotivasikan pelajar agar mahu membaca buku


teks sejarah?

Sekian &
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai