Adalah satu dari kewajiban, Inilah maka berwasiat aku, Kepadamu seperti Luqman. Kepada Mukmin juga Nasyriq, Pada Balqis dan juga Badriah, Dokumen ini baca dan telek, Walaupun nipis banyak faedah. Wasiat 1
Kepada ALLAH usah kau syirik,
Di dalam hati jangan terdetik, Kelak kau punah diazab Malik, Sesal abadi setiap detik. Wasiat 2
Kepada ALLAH perbanyak syukur,
Di atas nikmat nan tidak terukur, Kelak dilimpah sebanyak makmur, Dikurnia berkat sihat dan subur. Wasiat 3
Taat olehmu kedua orang tua,
Jangan derhaka pada keduanya, Kenang olehmu jasa mereka, Mengasuh membela hingga dewasa. Wasiat 4
Namun jika keduanya Musyrik,
Kepada ALLAH disuruh syirik, Usah kau tega usah kau belek, Jangan di endah biarkan serik. Wasiat 5
Kerana sombong angkuh serta, Usah berpaling kerana menghina, Kelak terdorong masuk neraka. Wasiat 12
Bila berjalan janganlah angkuh,
Berbangga-bangga tidak disuruh, Tunduk pandangan ibarat patuh, Rasul yang mulia jadikan contoh. Wasiat 13
Jangan berjalan terlalu laju,
Lambat pun bukan elak begitu, Kesederhanaan itu yang perlu, Buat pakaian dalam hidupmu. Wasiat 14
Lembutkan suara bila berkata,
Usah meleta usah menghina, Seburuk suara dalam dunia, Kepada himar diberi umpama. Sempurna syair ini pada 13 Januari 2013 selepas matahari jatuh pada hari Ahad di Kamar Anggerik Rimba, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.