Anda di halaman 1dari 17

Azfa Hanani

(Halis Azhan Mohd Hanafiah)


Sinopsis

Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ). Azfa
Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hanani
diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz.Hal ini
demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin
Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada
komanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di
jemput Illahi.
Azfa Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil
buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji
pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh.
Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk menerima
tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku
Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini.
Azfa Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang
tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak
dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa
Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakanrakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turut
mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan
Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedih
dilalui.
Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang
terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku
Murni,Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan
bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku
Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran Azfa
Hanani terbongkar.Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
Azfa Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan
Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani
agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam
belas tahun yang lalu.Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya
semasa memandu dalam keadaan mabuk.Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah
terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati
dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.

Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk
agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani bersetuju untuk
kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa
Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya
miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.

Sinopsis Bab Demi Bab


Takut
Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani
diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil oleh pengetua kerana mencuri buku dari
perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam"
untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan. Dia takut
dibuang sekolah kerana perbuatan mencuri yang dilakukannya. Semua hal ini terjadi
disebabkan kemiskinan keluarga Pak Long Madi yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan
bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetua
mahu menemuinya.
Siapa Mereka?
Di dalam bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran,
Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahunya dia seiras Tengku Murni, seorang
remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan
Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan
ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa
Hanani ditawarkan menjadi anak angkat keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni
kerana wajah mereka seiras.
Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal
dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka
bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hati
Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan
pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia memerlukan keizinan oleh pak long dan mak longnya.
Kerana Terdesak
Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di
rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi
orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang
menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah
tersedar daripada koma, yang ditanyanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan
mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun. Dia tidak mampu
berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta
keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai
balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan

anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya
dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku
di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan
persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit
Zuraini mampu sembuh, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.
Seawal Kehadiran
Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan
dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilik
Tengku Murni . Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku
Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat
di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini,
bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya melibatkan beberapa orang pelajar
lelaki. Apabila Datin Maziah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemunya. Dia
mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz.
Sebagai Murid Baharu
Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan
dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan
rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaitu
Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil,Kumpulan Budak Glamor. Tengku Ellina
menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan dompet
Tengku Murni belum ditemukan lagi.
Imbalan Budi
Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan
bersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dan
garpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada Kak
Finaz. Kak Finaz menyatakan bahawa mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hanani
bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang dikebumikan itu
memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan diari Tengku Murni .Dia
membaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni.
Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar RM500
sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa
Hanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa
menerima wang itu demi membantu pak long di kampung.
Kerenah Laili
Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi
membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan
sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul wang
sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan
dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam

Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang
terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat
melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan
seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.

Tertanya-tanya
Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya
menjadi kelu ketika berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya akan hal Ekran menjual
burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan
kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani
sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahu
bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia berangganggap bahawa
dia tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedari niat mereka
tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah.
Ekran
Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia
pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya itu cuma ralasan untuk
keluar dari rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat
tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani
menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang
menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan.
Meluah Rasa
Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan
Tengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia
bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar
sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia juga
menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia ingin
membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untuk
menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.
Bukan Dirancang
Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke
rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi
perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan agar Azfa Hanani ke rumah
rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah.
Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya

memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar


Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina,
rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan
tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikan
mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan Forum
Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, mereka
memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.
Melulu
Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung
sebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa
Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar menyebabkan dia bergegas ke bilik
persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia
bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara
Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata hina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan
Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.
Hadiah Bererti
Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya
menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang
memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya,
Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa
Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana
diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat lalu menyerahkan hadiah melalui
pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di
kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang
bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya
kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.
Misteri Yang Tersimpan
Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk
menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan
rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa
Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga
akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yang
diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milik
arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dan
sehelai kertas catatan.
Kunjungan Mengejut

Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long
dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa
Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada
mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long dan
Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbualbual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah
mengenali keluarga mereka sebelum ini.
Hari Sumbangsih
Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari
Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar
tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin
yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak
berpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik
persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan
diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui
mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa
diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu,
dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.
Terusir
Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.
Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni dengan
Ekran terputus. Dengan menggunakan teori fizik, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yang
terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan Tengku
Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang
yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar
memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana
ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani
berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati
kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnya berlakulah
pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah
apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani
ditampar, kemudian dihalau keluar dari banglo itu.
Hakikat
Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar menumpangkan Azfa
Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak
longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui
bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini,
Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa

Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di
kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di
kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa
dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga
mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila
melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama
16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil
setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya
daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.
Segala-galanya Berakhir
Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia
mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pula
semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul
dana sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fuziana bersikap baik terhadap Azfa Hanani.
Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar
telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan
kini di wad ICU.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani
telah dinobatkankan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki
teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu
Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang
sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran
bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah Universiti
Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di
Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di
sebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.
Persoalan
i.
ii.

iii.

iv.

Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al
Quran kepada arwah ibu bapanya .
Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau.
Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah
menghadapi liku liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya.
Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru
berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni
untuk membantu sepupunya.
Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani,
walaupun berasal daripada keluarga miskin dia gigih belajar dengan tujuan untuk
membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.

v.

Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan
anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit.
Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakan-rakan Azfa Hanani juga
memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.

vi.

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu
menyayangi Tengku Murni / Azfa Hanani.

Plot

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
i.

Permulaan

Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang
berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di
perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik
pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz.
Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya yang
terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta
peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju
menerima tawaran Tengku Mazran.
ii.

Perkembangan

Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur,
makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya
memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah
Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku
Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa
Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.
iii.

Konflik

Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah
daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani
mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni.

Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak
disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.
iv.
Klimaks
Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu
Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsia
penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipu
selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut.
v.
Peleraian
Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang
menyebabkan teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16
tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk
Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum Remaja.
Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan
Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah
mengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang
hubungan mereka berdua.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Azfa Hanani

Gadis cantik dan berwajah lembut serta penyayang.


Remaja berusia 17 belas tahun yang kematian kedua-dua orang tuanya.
Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.
Lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
Baik hati dan sanggup berkorban.
Tabah mengharungi dugaan hidup.
Mengenang budi.
Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah
tekanan perasaan.

Watak Sampingan
Datin Maziah

Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.


Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku
Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.
Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis
muda.

Tengku Murni

Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.
Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.
Anak yang taat kepada orang tuanya.
Dia begitu manja dengan ibunya.
Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku
Muzaffar.

Tengku Muzaffar

Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah


Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang undang
Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya
Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani

Datuk Tengku Makmur

Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan


Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda
Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani
Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah
mengetahui identiti sebenarnya

Latar

Latar Tempat

Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya
mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan
dihukum atas kesalahannya itu.

Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku
Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.

Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku
Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi.

Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya menetap di
banglo ini.

Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima
bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.

Latar Masa

Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan
kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas
berpindah ke rumah Datin Maziah.

Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan
mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi
penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir
Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.

Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta


kelangsungan masa depannya. Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran
Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan.

Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk
Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan
miskin.

Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah
Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima
Kenanga.

Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya
upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit
lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menelamatkan seseorang daripada


menghadapi tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku
Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat
kematian anak perempuan tunggalnya.

Teknik Penulisan

1. Pemerian
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin
Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mulamula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar,berganda ganda kalau mahu dibandingkan
dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.
2. Dialog
Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, Saya nak Tanya satu pekara lagi.
Abang Mus datang ke mari ni ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu
ke ? Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu,
cukuplah, jawab Ekran .

3. Imbas Kembali
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di
kampung.Contohnya Masakan mama memang sedap, Aku menokok bersahaja kerana
wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long
menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah
ayam goreng selepas itu.
4. Suspens
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah
sudah sedar dan dia
mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa
menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah
apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

Gaya Bahasa

i.

Peribahasa. Contohnya, cempedak menjadi nangka, hidung tinggi, beraja di mata, bersultan
di hati, melukut di tepi gantang, rusa masuk kampong, kais pagi makan pagi kais petang
makan petang, serkap jarang, panjang tangan dan ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi .

ii. Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh, problem, special boyfriend, We go straight to the
point.
iii. Simile. Contohnya, Mereka bagaikan kembar, dia seperti juara semasa perlumbaan
motosikal 500 cc dunia, tapak kakiku seperti melekat di lantai simen dan aku umpama
peragawati apabila diminta bergaya seperti Murni
iv. Sinkope. Contohnya, ku, ni, tu, tak, nak.
v. Metafora. Contohnya pintu ilmu, batas kemelut
vi. Penggunaan bahasa Arab . Contohnya Insya Allah , Alhamdulillah

Nilai

i.

Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima


tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga
kebahagiaan semua pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk
Tengku Makmur.

ii.

Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani
berasal daripada keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai
alasan untuk tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar
demi masa depannya dan keluarga pak longnya.

iii.

Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa
Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa
Hanani menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.

iv.

Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang
dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan
segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah.

v.

Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat
berjalan semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga
angkatnya.

Pengajaran

i.

Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani
sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai
Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga
mengganggu kesihatannya.

ii.

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah
berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer
semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

iii.

Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya,
Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran
kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku
Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.

iv.

Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya,


Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh,
sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.

v.

Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa
Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah
golongan yang elit dan berada.

vi.

Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah
melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah
keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang
Mazran ataupun Datin Maziah.

Latihan

i)

Nyatakan secara kronologi perjalanan hidup Azfa Hanani bermula daripada awalnya
sehingga ke peringkat klimaks.

ii)

Nyatakan peristiwa menarik yang berlaku di rumah banglo milik Dato Tengku
Makmur.

Jawapan

Perjalanan hidup Azfa Hanani


a.

Azfa Hanani hidup sebagai anak yatim piatu semenjak kecil lagi. Dia dipelihara oleh pak
long dan mak longnya dalam keadaan kesempitan hidup. Menerima pendidikan di
Sekolah Menengah Sri Dian dalam aliran sains setalah mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan SRP.

b.

Berkonflik dalam dirinya kerana bimbang rahsia dia mencuri buku-buku rujukan di
perpustakaan diketahui oleh pihak sekolah. Dia kemudian dipanggil ke bilik pengetua
kerana wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni dan diminta oleh Tengku Mazran untuk
menyamar sebagi Tengku Murni

c.

Tengku Mazran dan Kak Finaz membawanya ke Kuala Lumpur untuk menyamar
sebagai Tengku Murni. Mendiami banglo Datin Maziah dan tinggal di bilik Tengku Murni.
Beliau turut menghadapi masalah dengan Tengku Muzaffar yang tidak menyukai
hubungannya dengan Ekran.

d.

Ketika di sekolah Taman Sari,dia terpaksa berhadapan dengan konflik tingkah laku
kumpulan budak-budak glamour. Berjaya menjadi pengerusi Forum Remaja dan meraih
kemenangan. Mendapat maklumat bahawa penghalang perhubungan Murni dengan
Ekran ialah Tengku Muzaffar .Kini
Tengku Muzaffar turut menjadi penghalang
hubungannya dengan Ekran .

e.

Pertelingkahannya dengan Tengku Muzaffar berlaku kerana hubungannya dengan


Ekran dihalang. oeh Datin Maziah terdengar perbalahan mereka lalu dia menyedari
akan kedudukan Azfa Hanani yang sebenar dalam rumah itu.

ii) Peristiwa menarik yang berlaku di banglo


a.

Kisah penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni, Azfa memeluk dan bermesra
dengan Maziah seperti kebiasaan yang dilakukan oleh Nini.

b.

Azfa menyamar menyambut hari lahir Tengku Murni dalam suasana yang meriah, Ekran
turut datang menghulurkan hadiah.

c.

Tengku Muzaffar mengajar Azfa Hanani


dijanjikannya.

d.

Pak long dan mak long datang berkunjung ke banglo tersebut menyebabkan rahsia
tentang Azfa Hanani yang merupakan orang yang dicari oleh Datuk Tengku Makmur
selama 16 tahun terbongkar.

e.

Azfa Hanani ditampar dan diusir dari banglo oleh Datin Maziah.

menggunakan komputer seperti yang

Anda mungkin juga menyukai