Anda di halaman 1dari 3

SALINAN

PERJANJIAN PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB


MENJAGA & MEMBIAYAI BAYARAN ANSURAN
ATAU SEPENUHNYA BAGI
Lot D10-1-3, Taman Sejati Ujana Apartment, Batu 7 ,
Jalan Airport, Sandakan
------------------------------------------------------------------------PERJANJIAN ini dibuat pada 28/09/2015 di ., antara ( Nama
Penuh ) ., kad pengenalan ( selepas ini disebut sebagai "Penama Asal" ) sebagai
satu pihak.
i.

merupakan penama asal rumah iaitu Lot D10-1-3, Taman Sejati


Ujana Apartment, Batu 7 , Jalan Airport, Sandakan.
( Rujuk butiran terperinci pada perjanjian Penama Asal dengan Asterasia Sdn.Bhd dan HSBC Sandakan, Sabah )

dan
( Nama Penuh ) .., kad pengenalan .. ( selepas ini disebut sebagai "Si Pemegang
Amanah" ) sebagai pihak satu lagi.
ii.

merupakan si Pemegang Amanah rumah iaitu Lot D10-1-3, Taman Sejati Ujana
Apartment, Batu 7 , Jalan Airport, Sandakan.

Catatan Tambahan :
i.

Lot D10-1-3, Taman Sejati Ujana Apartment, Batu 7 , Jalan Airport, Sandakan. ( selepas ini disebut sebagai rumah
tersebut )

ii.

Perjanjian Penyerahan Tanggungjawab Menjaga & Membiayai Bayaran Ansuran Bulanan atau Sepenuhnya bagi Lot
D10-1-3, Taman Sejati Ujana Apartment, Batu 7 , Jalan Airport, Sandakan. ( selepas ini disebut sebagai perjanjian
tersebut )

BAHAWASANYA
i.

Penama Asal akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Si Pemegang Amanah untuk menjaga dan
membiayai rumah tersebut tanpa ada sebarang BAIK PULIH dan GANTIAN peralatan, perkakasan pada rumah
tersebut.

ii.

Penyerahan salinan dokumen dan rumah tersebut akan dilakukan pada hari Jumaat bersamaan 25hb, September
2015 kepada Si Pemegang Amanah. Perkara ii mengesahkan bahawa penyerahan rumah tersebut telah dipersetujui
setelah tandatangan diturunkan oleh Penama Asal dan Si Pemegang Amanah.
Si Pemegang Amanah perlu menyerahkan wang/duit sebanyak RM18,000.00 secara berperingkat kepada Penama
Asal pada bulan November 2015 ( RM8,000.00 ) dan pada bulan Mei 2016 ( RM10,000.00 ). Tujuan penyerahan
wang/duit tersebut sebagai ganti kepada Penama Asal selama menampung kos dan bayaran yang melibatkan
rumah tersebut selama 4 5 tahun. ( Rujuk butiran terperinci pada perjanjian Penama Asal dengan Asterasia
Sdn.Bhd dan HSBC Sandakan, Sabah )

iii.

Perjanjian tersebut dibuat oleh Penama Asal bagi memastikan semua kos dan bayaran kepada HSBC Sandakan,
Sabah, Syarikat Pemaju Wah Mie, Jabatan Air, M.P.S Sandakan dan lain-lain jabatan kerajaan dan agensi swasta
dapat dijelaskan dan tidak ada sebarang tunggakan. Ini kerana Penama Asal tidak mempunyai kekuatan kewangan
untuk menjaga dan membiayai rumah tersebut dalam jangka masa yang panjang.
Setelah penyerahan rumah tersebut oleh Penama Asal, pembayaran ansuran bulanan rumah tersebut akan
ditanggung/dibiayai sepenuhnya oleh Si Pemegang Amanah bermula pada 24hb, Oktober 2015. Bayaran ansuran
rumah tersebut sebanyak RM65X.XX sebulan ( Pinjaman perumahan berstatus konvensional ) dan perlu dibayar
dalam tempoh 30 31 tahun kepada HSBC, Sandakan, Sabah. Si Pemegang juga perlu menanggung/membiayai
pembayaran cukai pintu, kos penyelenggaran daripada syarikat pemaju Wah Mie, bekalan letrik, air dan lain-lain kos
yang melibatkan rumah tersebut sepanjang tempoh 30 31 tahun. ( Rujuk butiran terperinci pada perjanjian
Penama Asal dengan Asterasia Sdn.Bhd dan HSBC Sandakan, Sabah )

iv.

Penama Asal akan mengambil alih rumah tersebut dan membiayainya sekiranya Si Pemegang Amanah gagal
membayar ansuran bayaran rumah tersebut hampir 4 bulan yang menyebabkan berlakunya tunggakan bayaran
atau tindakan penarikan rumah tersebut dilakukan oleh pihak HSBC, Sandakan, Sabah. Tujuan pengambil alihan
rumah tersebut bagi memastikan nama Penama Asal tidak diisytiharkan muflis atau disenarai hitam oleh HSBC,
Sandakan Sabah.

v.

Sekiranya Si Pemegang Amanah ingin mengambil alih semula rumah tersebut, Si Pemegang Amanah perlu
menjelaskan/mengganti semula duit/wang Penama Asal yang telah digunakan semasa berlaku perkara vi.

vi.

Selepas penyerahan rumah tersebut berlaku dalam perkara ii, Si Pemegang Amanah berhak ke atas tuntutan
insuran rumah tersebut sekiranya berlaku kemalangan ke atas Penama Asal rumah tersebut.
( Jika insuran rumah tersebut masih aktif atau dilanjutkan oleh si Penama Asal rumah tersebut )

vii.

Selepas tempoh pembayaran ansuran rumah tersebut selesai, maka Penama Asal akan membuat pertukaran nama
PEMILIK SEBENAR rumah tersebut kepada nama Si Pemegang Amanah.

viii.

Setelah selesai pertukaran nama dilakukan, maka perjanjian tersebut TERBATAL serta merta dan tidak boleh
digunapakai lagi jika ada sebarang tuntutan yang melibatkan rumah tersebut.

ix.

Si Pemegang Amanah boleh mempercepatkan proses pertukaran/pemindahan nama bagi hak milik rumah tersebut
melalui pembiayaan semula atau bayaran sepenuhmya. Sekiranya terdapat kos yang melibatkan proses
pembiayaan semula atau bayaran sepenuhnya, maka si Penama Asal tidak akan menanggung/membiayainya dan
hanya bertindak membantu memudahkan proses pertukaran/pemindahan nama bagi hak milik rumah tersebut.

x.

Sekiranya Si Pemegang Amanah ingin menyerahkan tanggungjawab menjaga dan membiayai rumah tersebut
kepada pihak ketiga, maka Si Pemegang Amanah perlu memaklumkan dan berbincang dengan Penama Asal.

xi.

Perkara xii hanya digunapakai apabila Si Pemegang Amanah masih menggunakan nama Penama Asal selepas
perkara ii telah berlaku.

xii.

Si Pemegang Amanah bersetuju bahawa perjanjian yang baru bagi rumah tersebut akan dibuat antara Penama Asal
dengan pihak ketiga. Ini bagi mengelakkan pertindihan perjanjian rumah tersebut. Perkara xiv hanya digunapakai
apabila perkara xii telah berlaku dan Si Pemegang Amanah tidak lagi terlibat sepenuhnya termasuk sebarang
tuntutan apabila perjanjian yang baru bagi telah dibuat bagi rumah tersebut.

xiii.

Anak, cucu, cicit atau generasi keluarga si Penama Asal tidak boleh menuntut/merampas/mengambil semula rumah
tersebut kerana rumah tersebut bukan milik si Penama Asal apabila perkara ii dan iii telah berlaku kecuali perkara
vi.

xiv.

Perjanjian tersebut antara Penama Asal dan Si Pemegang Amanah tidak melibatkan pihak HSBC Sandakan, Sabah.

xv.

Sekiranya terdapat salah satu pihak yang mungkir/gagal dalam mematuhi perkara-perkara dalam isi kandungan
perjanjian tersebut, Penama Asal atau Si Pemegang Amanah boleh menggunakan budi bicara masing-masing.
Sebagai contoh, sekiranya Penama Asal mungkir/gagal mematuhi, maka Si Pemegang Amanah mempunyai hak
100% dalam memutuskan dan menyelesaikan permasalahan yang timbul. Penama Asal dan Si Pembeli juga boleh

menyelesaikannya di jabatan kerajaan atau agensi swasta yang terlibat sebelum perjanjian tersebut terbatal dalam
perkara x.
xvi.

Perjanjian Penyerahan Tanggungjawab Menjaga dan Membiayai Bayaran Ansuran atau Sepenuhnya Bagi Lot D10-13, Taman Sejati Ujana Apartment, Batu 7 , Jalan Airport, Sandakan mengandungi 4 muka surat yang akan
ditandatangani oleh si Penama Asal dan si Pemegang Amanah bagi setiap helaian.

Saya . bersetuju untuk menyerahkan


tanggungjawab menjaga & membiayai sepenuhnya rumah tersebut kepada
..

.....
TANDATANGAN PENAMA ASAL I
Nama Penuh :
Jari Kanan

No. Kad Pengenalan :

.....
TANDATANGAN PENAMA ASAL II
Nama Penuh :
Jari Kanan

No. Kad Pengenalan :

Tarikh : 25/09/2015
Saya .. telah meneliti, memahami dan bersetuju dalam
SAKSI
perjanjian tersebut yang dikemukakan oleh Penama Asal.
Saya mengesahkan perjanjian tersebut yang melibatkan rumah iaitu Lot D10-13, Taman Sejati Ujana Apartment, Batu 7 , Jalan Airport, Sandakan diantara
....
Penama Asal dan Si Pemegang Amanah telah berlaku dan dipersetujui tanpa
TANDATANGAN
SI PEMEGANG AMANAH Pengesahan
sebarang pertikaian/permasalahan.

tersebut

dibuat

selepas

Penama
Asal :dan Si Pemegang Amanah telah menurunkan tandatangan & cop
Nama
Penuh
jari masing-masing.
Jari Kanan
No.
Kad Pengenalan :
Tarikh : 25/09/2015

...
(
)

Tarikh :

Jawatan :
Cop :
3

Anda mungkin juga menyukai