Anda di halaman 1dari 30

Penamatan Kontrak

KANDUNGAN

Takrif di bawah Kontrak


Faktor-Faktor Yang Perlu Diambil Kira
Bukti/Dokumentasi yang diperlukan
Tindakan yang perlu diambil oleh PP/PD sebelum
kontrak ditamatkan
Tindakan yang perlu diambil PP/PD selepas kontrak
ditamatkan
Pemanggilan semula tender untuk menyiapkan baki
kerja

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU


DIPERTIMBANGKAN SEBELUM TINDAKAN
PENAMATAN
Faktor-faktor yang perlulah diambil kira sebelum penamatan

dibuat adalah:
a) Bayaran
yang tertunggak daripada Perakuan-perakuan
Bayaran Interim yang dikeluarkan disebabkan ketiadaan
peruntukan.
b)Bayaran Perubahan Kerja, Pengukuran Semula Kuantiti, VOP,
Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara yang belum
dimuktamadkan dan yang masih belum dibayar.
c) Baki kerja yang terlibat sekiranya baki kerja adalah sedikit
dan pihak Kerajaan masih boleh menggunakan premis secara
keseluruhan dan turut memberi manfaat kepada Kerajaan
maka adalah wajar penamatan tidak dibuat oleh kerana
kontraktor telahpun menyiapkan sebahagian besar (substantial
performance) projek.
Hakcipta JKR Malaysia

Training Kit Urusetia SPK JKR

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU


DIPERTIMBANGKAN SEBELUM TINDAKAN
PENAMATAN
Jarak di antara Notis Tujuan Mansuh dengan Notis
mansuh hendaklah tidak begitu lama tempohnya.
Kaedah penyampaian Notis Tujuan Mansuh hendaklah
menurut syarat-syarat kontrak dalam hal ini hendaklah
melalui pos berdaftar.
Adalah dicadangkan faktor-faktor di atas diambil kira
sebelum penamatan diteruskan.

Hakcipta JKR Malaysia

Training Kit Urusetia SPK JKR

Penamatan Kontrak
Penamatan di bawah Syarat-syarat Kontrak PWD
Form 203/203A (Rev.1/2010)
Klausa
50 Suspension of Works

Jenis Penamatan
Penamatan Bersama akibat
penggantungan kerja melebihi 12
bulan

51 Events And
Kemungkiran oleh kontraktor
Consequences Of Default
By The Contractor
52 Termination On National
Interest

Atas Kepentingan Negara

53 Termination On
Corruption, Unlawful Or
Illegal Activities

Penamatan akibat rasuah

55 Default Of The

Kemungkiran oleh Kerajaan

Penamatan Kontrak
Secara amnya, tindakan penamatan boleh
diambil apabila kontraktor :
1.Terbukti tidak mungkin dapat menyiapkan kerja.
2.Memperlihatkan niatnya enggan menyiapkan kerja
3.Telah menyebabkan dirinya tidak berupaya

menyiapkan kerja
4.Tidak menjalankan kerjanya dengan tekun dan
teratur.
5

Penamatan Kontrak
KEMUNGKIRAN KONTRAKTOR MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB
(Cl.51)
1. Tidak memulakan kerja dalam tempoh 2 minggu

2. Kontraktor menggantung kerja (bergantung kepada nature of

works).
3. Gagal meneruskan regularly & diligently.
4. Gagal meneruskan Kerja mengikut Kontrak.
5. Cuai berulang-kali menunaikan obligasi di bawah Kontrak.
6. Enggan dan berulangkali cuai mematuhi notis bertulis daripada
PP berkaitan Kecacatan Kerja peralatan dan bahan yang tidak
memenuhi kehendak Kontrak.
7.Gagal mematuhi peruntukan klausa 47 (JKR 203)/Klausa 40
(reka & bina) di dalam kontrak.
8.Gagal mematuhi apa-apa terma dan peruntukan di dalam
kontrak.
6

Penamatan Kontrak
BUKTI DAN DOKUMENTASI

1. Buku Harian Tapak


2. Surat amaran
3. Laporan Ketidakpatuhan (Non Conformance

Report - NCR ) yang tidak ditutup


4. Gambar

Penamatan Kontrak
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM KONTRAK DITAMATKAN

Kemungkiran Kontraktor di bawah Fasal 51.1


1.

PP keluarkan Surat Amaran apabila kemajuan


kerja telah mula mengalami kelewatan
berbanding jadual

5.

Sekiranya kemungkiran berlarutan/berulang dan


kemajuan kerja terkebelakang melebihi 20%
atau 2 bulan lewat, PP hendaklah merujuk
kepada Jawatankuasa Projek Sakit (JKPS). (rujuk
SPP Bil 8/2009)

3.

Atas syor JKPS, Pegawai Yang Dinamakan dalam


Kontrak memberi Notis Untuk Tujuan Penamatan
kepada Kontraktor menyatakan kemungkiran
dengan merujuk kepada Klausa yang berkaitan. 8

Penamatan Kontrak
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM KONTRAK DITAMATKAN

5.

Kontraktor diberi tempoh 14 hari dari tarikh


penerimaan Notis untuk membaiki kemungkiran

5.

Jika kemungkiran berterusan, Pegawai Yang


Dinamakan dalam kontrak, mengeluarkan notis
penamatan pengambilan kerja kontraktor.

6.

Kaedah Penyampaian Notis


Serahan tangan atau perkhidmatan kiriman
cepat . Resit atau akuan penerimaan
hendaklah diperolehi
Meninggalkan notis di pejabat berdaftar atau
pejabat tapak kontraktor
Pos berdaftar dan dianggap telah diterima

Penamatan Kontrak
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS KONTRAK DITAMATKAN

7.

PP hendaklah memastikan Kontraktor :


1. menghentikan semua aktiviti di tapak serta
merta
2. melindungi tapak bina, bahan-bahan dan
peralatan serta membersihkan tapak
3. mengeluarkan kakitangan dan pekerja dari
tapak bina.
4. mengosongkan tapak bina dalam tempoh
yang ditetapkan oleh PP, mengeluarkan
semua bangunan sementara , loji peralatan
dan barang/bahan tak pasang yang belum
dibayar

10

Penamatan Kontrak
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS KONTRAK
DITAMATKAN

8.
1.
2.

3.
4.

Tindakan PP
Dapatkan perkhidmatan pengawal
keselamatan 24 jam (jika perlu)
Menyediakan inventori dan jemput
wakil kontraktor untuk menyaksikan
inventori yang disediakan.
Rakam gambar yang menunjukkan
keadaan kerja.
Kerja-kerja yang belum siap hendak di
lindungi (cth : slurry kepada tetulang
yang terdedah, lubang ditutupi etc)
11

Penamatan Kontrak
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS KONTRAK DITAMATKAN

5.

Hantar surat AT Berdaftar kepada


bank/syarikat kewangan/syarikat insurans
untuk menuntut perkara berikut :i. Bon Pelaksanaan dalam tempoh tidak lewat
dari 2 minggu dari tarikh penamatan.
ii. Baki bayaran wang pendahuluan yang
belum dibayar balik (jika ada)
6. Memaklumkan kepada bahagian kewangan
untuk merampas Wang Jaminan
Pelaksanaan dan dipindahkan ke Akaun
Hasil Kerajaan

12

(Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor)


KEMUNGKIRAN AM (Klausa 51.2):
1. Menghadapi tindakan kebankrapan
2. Menjadi taksolvenan / membuat penyelesaian

dengan pemiutang / membuat perkiraan dgn


mereka
3. Syarikat menghadapi perintah penggulungan
4. Mempunyai likuidator, penerima/pengurus

sementara bagi urusan / pengusahannya


/menyerahkan pemilikan supaya diambil oleh atau
bagi pihak pemiutang atau pemegang dibentuk
bercagar dengan gadaian terapung akan apa-apa
harta dalam gadaian terapung itu

PYDDK
boleh
serta-merta
keluarkan
Notis
Penamatan

5. Pelaksanaan Levi ke atas sebahagian besar aset

kontraktor.
13

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

PENGGANTUNGAN KERJA

P.P. boleh arah Kontraktor untuk


menggantungkan sebahagian atau keseluruhan
kerja.

Bagi penggantungan sebahagian kerja,


Kontraktor hendaklah meneruskan obligasinya
dibawah kontrak pada bahagian yang tidak
terlibat.

Sekiranya Kontraktor diarah menyambung kerja


dan terdapat kelewatan kerja, Kontraktor
hendaklah memberi notis kelewatan dibawah
Klausa 43.
14

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

PENGGANTUNGAN KERJA (samb.)

Sekiranya penggantungan kerja berterusan


sehingga melebihi tempoh 12 bulan, pihak
Kerajaan dan Kontraktor hendaklah
berbincang untuk menamatkan kontrak atau
melanjutkan tempoh penggantungan kerja.

Syor penamatan perlu dikemukakan kepada


Jawatankuasa Projek Sakit.

Sekiranya dipersetujui untuk ditamatkan,


penamatan adalah secara Penamatan
Bersama.
15

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

PENAMATAN UNTUK KEPENTINGAN NEGARA

Perlu dilaksanakan demi kepentingan negara,


polisi negara atau keselamatan negara.

Tafsiran kepentingan negara, polisi negara


dan keselamatan negara ditentukan oleh
pihak Kerajaan dan tidak boleh dipertikaikan.

Notis penamatan diberikan kepada Kontraktor


tidak kurang daripada 30 hari daripada tarikh
kontrak yang akan ditamatkan.

16

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

PENAMATAN UNTUK KEPENTINGAN NEGARA


(samb.)

Kesan Penamatan:
Kontraktor perlu dibayar kos kerja yang telah
dilaksanakan dan kos bahan-bahan yang telah
dihantar ke tapak bina yang mana telah
menjadi milik Kerajaan.

17

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

PENAMATAN AKIBAT RASUAH, AKTIVITIAKTIVITI YANG BERTENTANGAN DAN


MENYALAHI UNDANG-UNDANG

Sekiranya Kontraktor samada pegawai,


kakitangan dan ejen disabitkan kesalahankesalahan sedemikian.

Boleh dilaksanakan bila-bila masa dengan


memberi notis bertulis kepada Kontraktor.

18

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

PENAMATAN AKIBAT RASUAH, AKTIVITIAKTIVITI YANG BERTENTANGAN DAN


MENYALAHI UNDANG-UNDANG (samb.)

Kesan Penamatan:

Kerajaan berhak menuntut segala kos


dan perbelanjaan akibat penamatan.

Kontraktor tidak layak untuk menuntut


apa-apa bayaran apabila kontrak
ditamatkan.

19

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

PENAMATAN AKIBAT RASUAH, AKTIVITIAKTIVITI YANG BERTENTANGAN DAN


MENYALAHI UNDANG-UNDANG (samb.)

Tindakan Yang Perlu Diambil selepas


Kontrak Ditamatkan:

Rujuk tindakan penamatan akibat


kemungkiran Kontraktor menunaikan
tanggungjawab..

20

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

KEMUNGKIRAN KERAJAAN DAN HAK


KONTRAKTOR UNTUK MENAMATKAN
PENGAMBILAN KERJA

Kontraktor memberi notis kepada Kerajaan


dengan menyatakan:

Kemungkiran Kerajaan
Meminta Kerajaan membetulkan
kemungkiran dalam tempoh yang
disyorkan

Sekiranya Kerajaan gagal membetulkan


kemungkiran, Kontraktor berhak menamatkan
pengambilan kerjanya dengan notis bertulis. 21

Penamatan Kontrak
PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

KEMUNGKIRAN KERAJAAN DAN HAK


KONTRAKTOR UNTUK MENAMATKAN
PENGAMBILAN KERJA

Kesan Penamatan:

Kontraktor perlu dibayar kerja yang


telah dijalankan termasuk bahan-bahan
di tapakbina.

Kontraktor tidak boleh menuntut apaapa kerugian seperti keuntungan,


gantirugi dan tuntutan-tuntutan lain.
22

Penamatan Kontrak
PEMANGGILAN SEMULA TENDER UNTUK MENYIAPKAN BAKI KERJA
9.

Pemanggilan tender semula tender atas sebab


kemungkiran menunaikan tanggungjawab perlu dirujuk
kepada JK Projek Sakit (JKPS).
**
Surat Arahan KPKR Bil 7 2008 (7/11/2008)
SPP bil 8/2009 bertarikh 1/9/2009

10. Pemanggilan tender semula atas sebab Kemungkiran Am


boleh dibuat secara tender terbuka.

11. Penyediaan dokumen tender kontrak yang ditamatkan :


1.

Pastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian:1.

2.

Skop, spesifikasi, bahan dan kerja adalah sama seperti


kontrak asal. Sekiranya perubahan kepada kerja diperlukan
hendaklah dinyatakan dengan jelas.
Kerja yang siap dan/atau bahan dan barang yang telah
dibekalkan tidak mematuhi kontrak mestilah dikenalpasti.
23

Penamatan Kontrak
PELAWAAN SEMULA TENDER UNTUK MENYIAPKAN BAKI KERJA
12. Penyediaan dokumen tender kontrak yang ditamatkan

(samb):

Pastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian:-

3.

Satu peruntukan mesti dibuat bagi membenarkan


barang-barang tak pasang kontrak asal dikreditkan
kepada Kerajaan.
Sub kontraktor dan Pembekal Dinamakan (kontrak asal)
mungkin akan dilantik semula dengan syarat mereka
bersetuju mengekalkan harga yang asal.
Tempoh munasabah pelawaan semula tender tidak
melebihi 120 hari dari sehari selepas tarikh penamatan
sehingga tarikh milik tapak kontrak baru.
Peraturan dan prosedur bagi penyediaan dokumen
tender dan penerimaan, penilaian dan setuju terima
tender adalah mengikut peraturan sediaada.

4.

5.

6.

24

ISU-ISU PENAMATAN
Apabila

Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja


Kontraktor dikeluarkan, maka kontraktor perlulah membaiki
kemungkiran yang dinyatakan dalam notis tujuan penamatan
pengambilan kerja kontraktor. Kes Mahkamah (Rujuk Nota Kursus )
Syarat-syarat kontrak antara lain menyatakan kontraktor perlulah
membaiki kemungkirannya dalam tempoh 14 hari daripada
penerimaan notis tujuan mansuh atau dalam tempoh yang
ditetapkan.
Sekiranya pihak Kerajaan masih ingin meneruskan penamatan
pengambilan kerja kontraktor, maka tempoh di antara notis tujuan
dengan notis penamatan hendaklah tidak begitu panjang.
Menurut peruntukan undang-undang bertulis, sekiranya tempoh
yang terlibat adalah panjang, maka kontraktor boleh mendakwa
bahawa Kerajaan akur akan kemungkirannya itu.
Hakcipta JKR Malaysia

Training Kit Urusetia SPK JKR

25

ISU-ISU PENAMATAN
Tempoh di antara notis tujuan penamatan dengan

notis penamatan perlulah mempunyai satu pertalian


yang wajar (sensible connection).
Dalam hal ini sebagai panduan tempoh yang
munasabah
di antara notis tujuan dengan notis
penamatan adalah selama 40 hari. Ini adalah
sebagaimana keputusan Pengurusan Atasan JKR.
Sering terdapat kes-kes yang dibawa ke timbang tara
atau mahkamah berkaitan dengan penamatan pramatang atau penamatan yang tidak sah di sisi
undang-undang.
Penamatan pra-matang yang sering di bawa ke
timbang tara apabila tempoh kontrak masih belum lagi
berakhir tetapi penamatan telah dibuat oleh Kerajaan.
Hakcipta JKR Malaysia

Training Kit Urusetia SPK JKR

26

PENAMATAN YANG TIDAK


SAH DI SISI UNDANG
UNDANG
Ini

berlaku apabila kontraktor sudahpun menyiapkan


sebahagian besar kerja dan memberi manfaat kepada
Kerajaan, tetapi penamatan pengambilan kerja telah dibuat.
Misalnya, sekiranya sebuah projek jalan sudahpun mencapai
kemajuan kerja sebanyak 93% dan kerja yang masih belum
dilaksanakan adalah perabut jalan dan kerja-kerja mengecat
garisan jalan (road line painting). Adalah didapati terdapat
kecacatan mutu pembinaan permukaan jalan.
Namun demikian
memandangkan kemajuan kerja yang
perlahan, pihak Kerajaan telah menamatkan pengambilan kerja
kontraktor.
Dalam pada masa yang sama pihak Kerajaan juga didapati
tidak membuat bayaran ke atas empat bilangan perakuan
bayaran interim.

Hakcipta JKR Malaysia

Training Kit Urusetia SPK JKR

27

PENAMATAN YANG TIDAK SAH DI SISI


UNDANG UNDANG
Namun demikian adalah didapati jalan telah digunakan oleh orang

awam.
Maka dengan itu terbukti bahawa sebahagian besar kerja telah
disiapkan oleh kontraktor.
Apabila kes ini dibawa ke timbang tara, pihak kontraktor telah
mendakwa bahawa tindakan pihak Kerajaan menamatkan kontrak
secara tidak sah di sisi undang-undang.
Ini adalah kerana meskipun projek telah lewat disiapkan namun
pihak Kerajaan dan orang awam telahpun menggunakan jalan
tersebut dan dengan itu telah mendapat manfaatnya.
Maka
adalah wajar pihak Kerajaan berhati-hati sebelum
memutuskan untuk menamatkan projek dalam keadaan di mana
kerja telah disiapkan sebahagian besar dan pihak Kerajaan telah
menggunakannya.
Hakcipta JKR Malaysia

Training Kit Urusetia SPK JKR

28

PENAMATAN PRA MATANG


Satu lagi kes yang boleh dirujuk adalah di mana kemajuan

projek adalah terkebelakang tetapi tempoh kontrak masih


belum lagi berakhir.
Namun demikian tindakan penamatan telah dilaksanakan
oleh pihak Kerajaan dengan alasan berkemungkinan pihak
kontraktor tidak akan dapat menyiapkan projek.
Dalam hal ini kontraktor telah mendakwa bahawa penamatan
tersebut adalah pra-matang oleh kerana tempoh kontrak
masih belum lagi berakhir. Tambah lagi kontraktor ada
memohon lanjutan masa.
Mahkamah telah memutuskan sememangnya penamatan
adalah satu tindakan yang pra-matang oleh kerana tiada
bukti kukuh yang menunjukkan kontraktor tidak akan dapat
menyiapkan projek. Tambah lagi permohonan lanjutan masa
kontraktor belum lagi dipertimbangkan.
Hakcipta JKR Malaysia

Training Kit Urusetia SPK JKR

29

SEKIAN,
TERIMA KASIH
30

Anda mungkin juga menyukai