Anda di halaman 1dari 2

SILAT SENI GAYONG WARISAN MERONG MAHA WANGSA?

Kaji sejarah Gayong baru tahu ia pusaka,

Kenal masakan tak cinta,

Tahu masakan tak pelihara,

Pusaka milik kita,

Rekaan hanya sementara,

Itulah kata-kata keramat Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman untuk dijadikan panduan bagi semua
anak Gayong. Cabaran yang dikeluarkan oleh Mahaguru supaya sejarah Gayong dikaji adalah sesuatu
yang amat bermakna dan benar-benar mencabar minda. Ini membayangkan Mahaguru mengetahui
sesuatu yang tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata, tidak boleh dilihat dengan mata dan tidak
boleh didengar dengan telinga. Tetapi semua itu boleh difahami dengan akal fikiran yang waras dan
hati yang tulus ikhlas. Ungkapan kata mahaguru seperti “.. cuba hangpa pikiaq betui-betui, ceghita
pon tak guna..” adalah sesuatu yang amat dalam maknanya dan membayangkan betapa Mahaguru
mengingini anak-anak Gayong berfikir dengan akal yang waras dalam usaha memahami Gayong itu
sendiri tanpa mengharapkan segalanya dari kata-kata mulut beliau.

Pelbagai persoalan sering timbul apabila seseorang itu mula mengenali Gayong terutamanya apabila
melihat kepada lambang Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM). Sebuah lambang yang
amat berlainan dengan lambang yang ada pada lain-lain persatuan silat. Apa yang dimaksudkan ialah
lambang Naga. Kenapa Naga? Kenapa ada Naga dan Harimau? Kebiasaannya persoalan memerlukan
jawapan, dan jawapan boleh diperolehi dari pelbagai sudut dan perspektif. Ianya bergantung kepada
siapa yang memberikan jawapan.

Manuskrip Melayu lama yang berjudul “Merong Maha Wangsa” mungkin adalah salah satu
jawapannya. Merong Maha Wangsa yang bermaksud dalam bahasa Siam ialah “Naga Pemimpin Puak
Harimau” boleh membuka minda kita kepada sesuatu yang tersirat dan tersurat sekian lama. Inilah
warisan Melayu yang telah dipinggirkan, dikaburkan dalam sejarah, supaya Melayu terus layu,
lantaran tidak mengenal diri sendiri, hilang lenyap jati diri. Semenjak dari zaman dahulu, sekitar 700
Masihi, Melayu yang menguasai Nusantara adalah dari jurai Merong Maha Wangsa. Keturunan dari
titisan Naga Pemimpin Puak Harimau inilah yang membentuk empayar Melayu Islam merangkumi
seluruh Nusantara.

Kerajaan yang lahir dari titisan Merong Maha Wangsa menggunakan lambang naga pada istana,
kapal, perhiasan dan lambang kerajaan. Lambang Kerajaan Siak dan Kerajaan Langkat jelas
menggunakan naga. Suatu ketika dahulu, orang laut yang tinggal dipersisiran pantai semenanjung
dikenali sebagai Kaum Naga kerana kehebatan mereka menguasai perairan Nusantara.
Lambang Kerajaan Siak Lambang Kerajaan Langkat

Lambang Gayong yang menggunakan seekor Lambang Gayong yang menggunakan dua ekor
naga naga

Penguasaan empayar Melayu Islam di Nusantara ini dikukuhkan oleh kebijaksanaan pemimpin dan
kehebatan pahlawannya. Seni beladiri warisan Merong Maha Wangsa menjadi benteng yang amat
kukuh dalam pelebaran dan pertahanan empayarnya. Namun begitu, langit tidak selalu terang,
empayar yang hebat jatuh tersungkur dihenyak penjajah dan musuh dalam selimut. Kejatuhan
empayar Melayu Islam ini adalah hasil pengkhianatan orang yang tamak dan gilakan kuasa.
Walaupun telah kehilangan segala kegemilangan empayar tersebut, seni beladiri warisan Merong
Maha Wangsa terus dihayati dan dipergunakan untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara.
Konsep “berimba, berimau dan bergayong” terus dipraktiskan tanpa terjejas oleh peredaran masa
dan zaman.

Anda mungkin juga menyukai