Anda di halaman 1dari 6

7 OGOS 2015

MEMORANDUM KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA


(SPRM)

Lima aduan kepada SPRM mengenai dakwaan amalan rasuah dalam


pembiayaan politik

Berikutan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memulakan sebarang


siasatan berhubung dakwaan dalam laporan yang disiarkan oleh Wall Street Journal,
KEADILAN sedang mengusahakan tindakan susulan kepada empat aduan oleh
Gabungan Bebas dan Adil (BERSIH 2.0), Pusat untuk Memerangi Rasuah dan
Kronisme (C4) dan Transparency International Malaysia (TI-M) dan juga satu aduan
oleh KEADILAN kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
tindakan segera mereka.

Aduan # 1: 1MDB didakwa memindahkan RM 2.6 bilion ke akaun peribadi


Perdana Menteri Najib Razak yang didakwa digunakan sebagai dana kempen
untuk Pilihan Raya Umum ke-13

Pada 2 Julai, 2015, laporan Wall Street Journal (WSJ) bertajuk "Penyiasat Percaya
Wang dipindahkan kepada Akaun Pemimpin Malaysia Najib Di tengah-tengah
Penyiasatan terhadap 1MDB, ditulis oleh Tom Wright dan Simon Clark mendakwa
berikut:

Menurut dokumen didapati dari siasatan kerajaan, para penyiasat percaya ianya
menunjukkan pergerakan aliran tunai di kalangan agensi kerajaan, bank-bank dan
syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia berakhir di akaun peribadi
Najib. Dokumen yang disemak semula oleh The Wall Street Journal termasuk
borang pemindahan bank dan aliran carta yang dikumpul dan disusun oleh para
penyiasat kerajaan memaklumkan gambaran siasatan mereka tentang pengaliran
tunai yang telah berlaku.

Perlu diingatkan bahawa undang-undang pilihan raya sedia ada menghadkan


perbelanjaan kempen setiap calon kepada RM200,000 (Parlimen) dan RM100,000
(negeri) di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954. Oleh itu,
perbelanjaan pilihan raya maksimum bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 ADUN
adalah RM44.4 juta dan RM50.5 juta setiap satu. Jumlah keseluruhannya iaitu RM
94,900,000, sudah pastinya di bawah jumlah RM2.6 bilion, yang didakwa digunakan
untuk membiayai PRU13 tersebut.

Jumlah dana yang telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri
adalah 26 kali ganda lebih daripada had pilihan raya yang dibenarkan - dengan jelas
melanggar undang-undang pilihan raya yang sedia ada. Lebih menggusarkan lagi,
siapa yang dapat menyatakan dengan pasti bahawa itulah sahaja satu-satunya
transaksi yang dikatakan sumber pembiayaan kempen pilihanraya UMNO dan
Barisan Nasional dalam pilihanraya umum lalu.

Kami meminta SPRM untuk menyiasat maklumat yang diberikan.

Aduan # 2: 1MDB terlebih bayar RM 1.2 bilion bagi aset yang dibeli daripada
Genting Bhd

Pada 18 Jun 2015, laporan Wall Street Journal (WSJ) bertajuk "Kontroversi Dana
Ancam Pemimpin Malaysia" yang ditulis oleh Tom Wright mendakwa berikut:

Dalam bulan Oktober 2012, 1MDB telah memperoleh sebuah unit Genting yang
memiliki 75% kepentingan dalam sebuah
loji kuasa arang batu 720 MW
berhampiran Kuala Lumpur pada harga kira-kira RM 2.3 bilion. Genting telah
melaporkan keuntungan luar biasa sebanyak RM1.9 bilion bagi urus niaga ini.

Dalam akaun kewangannya bagi 2013, 1MDB telah membuat caj penyusutan
sebanyak RM1.2 bilion. Caj penyusutan ini membuktikan bahawa 1MDB mengakui
bahawa ia telah terlebih bayar untuk memperoleh aset kuasa itu.

Kami meminta SPRM untuk menyiasat sama ada terdapat sebarang penyelewengan
yang telah dilakukan oleh 1MDB apabila ia membeli aset kuasa pada harga
berlebihan melampau sebanyak RM1.2 bilion.

Kami menggesa SPRM untuk menyiasat maklumat yang diberikan. Jika penemuan
awal SPRM menunjukkan terdapat asas untuk menjalankan siasatan lanjut, SPRM
perlu menjalankan siasatan perakaunan forensik untuk menentukan sama ada
penilaian yang betul telah dilakukan sebelum pemerolehan itu dan juga sama ada
harga yang dibayar bagi tujuan pemerolehan itu adalah amat-amat berlebihan dari
nilai buku pasaran.

Aduan # 3 dan 4:. Genting Plantations Bhd telah menyalahgunakan


pendapatan pemegang saham untuk didermakan kepada YR1M

Laporan WSJ yang sama juga mendakwa:

Beberapa bulan selepas jualbeli itu berlaku (Oktober 2012), sebuah anak syarikat
Genting Bhd yang dikenali sebagai Genting Plantations Bhd. (GPB) telah membuat
sumbangan kira-kira US $ 10 juta kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M),
sebuah badan amal yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak .

Para penganalisis saham pada masa itu menyatakan bahawa sumbangan luarbiasa
itu telah mengurangkan keuntungan bersih syarikat pada suku pertama tahun 2013,
dan mereka mengharapkan ianya tidak akan berulang lagi.

Oleh itu, kami meminta SPRM untuk menyiasat sama ada ini adalah sumbangan
yang luar biasa besar (berbanding dengan sumbangan sebelumnya oleh GPB, jika
ada), apakah dijangkakan oleh GPB untuk diperoleh bagi pemegang sahamnya
melalui sumbangan luar biasa besar ini kepada YR1M, dan sama ada terdapat
penyelewengan yang berlaku.

Kami seterusnya mahukan SPRM untuk menyiasat sama ada sumbangan yang
telah diberikan itu adalah sebagai "suapan" sepertimana yang ditakrifkan di bawah
Akta SPRM 2008 iaitu balasan timbalbalik kerana pembayaran melebihi harga
pasaran oleh 1MDB, seperti yang dinyatakan dalam aduan
#1 di atas. Kami juga
mengingatkan SPRM bahawa segala bentuk sumbangan dan pembiayaan
hendaklah disalurkan kepada akaun rasmi parti dan bukannya ke dalam akaun bank
peribadi individu.

Aduan # 5: YR1M menyalahgunakan dana yang sepatutnya disasarkan untuk


rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik

Artikel yang sama mendakwa:

Walaupun YR1M telah ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang
bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, perbelanjaannya pada masa itu dilihat
lebih kepada usaha dan perancangan untuk membantu Perdana Menteri
mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum Mei 2013.

Semasa berkempen untuk PRU13, Najib telah melawat Pulau Pinang dan
mengumumkan bahawa YR1M akan menderma dua juta ringgit (kira-kira US $
660,000 pada masa itu) kepada dua buah sekolah tempatan yang "menyediakan
perkhidmatan pendidikan kepada masyarakat Cina yang tidak tergolong di dalam

demografi miskin, tetapi yang akan memberi sokongan penting untuk memenangi
pengundi kawasan itu. "

Kami menggesa SPRM dan polis untuk menyiasat YR1M di atas kesalahan
penyelewengan dana, kerana WSJ telah mendakwa bahawa dana YR1M telah
disumbangkan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan sepertimana yang
termaktub di dalam skop objektif YR1M ini.

Untuk SPRM menegakkan prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan, ia perlu


bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih. SPRM perlu juga sentiasa memaklumkan
kepada orang ramai tentang kemajuan siasatan aduan ini.

Sejak 2008 TI-M telah melobi untuk reformasi pembiayaan politik di Malaysia. Pada
tahun 2011, satu memorandum telah diserahkan dan diterima oleh Pejabat Perdana
Menteri mengenai 22 cadangan TI-M untuk pembaharuan bagi meningkatkan
ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam pembiayaan politik, termasuk:

* mewajibkan untuk perbelanjaan pilihan raya bagi parti-parti politik dan calon-calon
diaudit secara bebas oleh juruaudit bertauliah;

* mewajibkan pendedahan semua sumber pembiayaan dan perbelanjaan oleh


parti-parti politik.

Di bawah kerangka pembaharuan itu, sebarang penyelewengan dana akan dapat


dikesan dan juga dihalang. Memandangkan 1MDB ini sudah terpalit dengan
berbagai kontroversi dan tuduhan demi tuduhan baru terus dibongkar, maka satu
siasatan yang menyeluruh dan telus amat perlu dijalankan ke atasnya.

Aduan # 2,3,4,5 telah dikemukakan oleh Gabungan Bebas dan Adil (BERSIH
2.0), Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) dan Transparency
International Malaysia (TI-M) kepada SPRM.

Jawatankuasa Pilihanraya Negeri KEADILAN telah menyusun semua aduan


tersebut, termasuk aduan daripada KEADILAN yang ditandakan sebagai Aduan #1
dalam memorandum ini; maka dengan ini, menggesa SPRM agar segera
mengambil tindakan dan menyiasat aduan di atas. Tambahan lagi, isu-isu yang
dibangkitkan di dalam aduan-aduan di atas amat jelas melanggar Seksyen 19 Akta
Kesalahan Pilihan Raya , 1954.

Disediakan oleh:
JPRN

Anda mungkin juga menyukai