Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN LAJNAH DAKWAH DAN PENERBITAN

TUGASAN
1. Utama: Menerbitkan dan menyebarkan maklumat dakwah berbentuk penulisan
atau bahan bacaan (flyers).
2. Sampingan: Menyebarkan maklumat kepada guru pelatih mengenai sebarang
aktiviti yang akan dilakukan PPI.
KELEBIHAN
1. Penyebaran maklumat dan info dakwah melalui flyers setiap minggu telah
dilaksanakan dengan baik.
2. Segala maklumat berbentuk dakwah ringkas dan info islam dapat dikongsikan
untuk tatapan ramai melalui penerbitan flyers tersebut.
KELEMAHAN
1. Penyebaran maklumat hanya terhad kepada lembaran flyers semata-mata.
2. Bekalan flyers yang diedarkan adalah sangat terhad, di mana setiap unit kelas
hanya dibekalkan dengan dua set lembaran flyers.
3. Tiada flyers yang diletakkan di tempat-tempat umum seperti kafetaria, kantin dan
perpustakaan.
PELUANG
1. Aktiviti ini merupakan salah satu medium atau pendekatan yang baik untuk
memberi maklumat dan menyebarkan dakwah kepada warga guru pelatih di
IPGKSM.
ANCAMAN
1. Bahan bacaan berupa flyers kurang digemari oleh sesetengah guru pelatih.
2. Kesukaran mencari kesahihan sesuatu maklumat dakwah yang ingin diterbitkan.
3. Penerbitan yang banyak memerlukan kos yang tinggi.
SOLUSI
1. Penyebaran bahan dakwah berbentuk gambar animasi yang menarik.
2. Menambah dan memperbanyak bilangan flyers yang diedarkan khususnya di
tempat-tempat umum yang menjadi tumpuan guru pelatih.
3. Penggunaan media sosial seperti WhatsApp dan Twitter sebagai medium
dakwah untuk tatapan guru pelatih.

Anda mungkin juga menyukai