Anda di halaman 1dari 2

PENERANGAN PERBEZAAN SUDUT IKATAN DALAM MOLEKUL AIR , METANA ,

DAN AMMONIA

Molekul air , ammonia dan metana didapati membentuk geometri asas tetrahedron.
Namun, ketiga-tiganya mempunyai sudut ikatan yang berbeza.

Metana (CH4)

Keempat-empat ikatan C-H mempunyai sudut ikatan 109.5 dan membentuk geometri
molekul tetrahedral.
Metana adalah molekul tetrahedral yang sekata dan daya tolakan keempat-empat
ikatan kovalennya adalah sama kuat dan sama panjang.

AIR (H2O)

Dua daripada orbital sp3-nya mengandungi pasangan elektron pencil. 2 pasangan


elekton pencil menolak 2 pasangan ikatan dengan daya tolakan yang kuat
menyebabkan dua pasangan ikatan saling mendekati. Hal ini menyebabkan sudut
ikatannya berkurang kepada 104.5 dan geometri molekulnya adalah bentuk V.
AMMONIA (NH3)

Ammonia mempunyai 1 pasang electron pencil dan 3 pasang electron ikatan. Oleh itu ,
daya tolakan ke atas electron pasangan adalah lemah, menyebabkan sudut ikatannya
lebih besar berbanding Air namun Lebih kecil daripada Metana.

Anda mungkin juga menyukai