Anda di halaman 1dari 3

MEMBENTUK PEGAWAI BAWAHAN YANG CEMERLANG

Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan pegawai bawahan


yang cemerlang:
6.1 Latihan
Antara syarat untuk melahirkan pekerja yang cemerlang, efiisien dan efektif,
penyelia hendaklah berusaha bersungguh untuk menyokong dan menggalak
pegawai bawahannya menjalani latihan
a. Menghantar pegawai berkursus di AKMAL, INTAN, NPC dan lain-lain
b. Melaksanakan latihan ditempat kerja, kursus in-house, KSA
c. Menggalakkan pegawai membuat PJJ dan juga menlanjutkan pelajaran di IPT
d. Latihan on the job traning
e. Melaksanakan konsep mentor & mentee
6.2 Motivasi
a. Penghargaan/Pengiktirafan
i. Anugerah Khidmat Cemerlang
i.i. Anugerah Darjah Kebesaran Negeri/ Persekutuan
iii. Tiru Macam Saya
b. KMK, Inovasi, Rekacipta ICT, Kuiz, Pidato
c. Libatkan Dalam Aktiviti Jabatan,
i. Lawatan Penandarasan
ii. Ahli Jawatankuasa Peringkat Jabatan
6.3 Peluang
a. Penyesuaian diri
Kemahiran berkomunikasi serta menjaga protocol dalam majlis perlu diberi
secara jelas oleh penyelia kepada pegawai bawahan. Ini kerana di tempat kerja
berbeza mengikut organisasi. Penyelia perlu memberi teguran secara ikhlas
supaya pegawai bawahan sedar pada peraturan dan adat resam di tempat kerja.
b. Memahami persekitaran tempat bekerja
Membawa pekerja baru melawat tempat kerja disamping memperkenalkan
mereka kepada senior yang sedang bekerja adalah cara yang baik. Ia bukan
sahaja mempercepatkan proses bertegur sapa tetapi juga menjadi kaedah
memantau sambil bermesra dengan pekerja.

c. Memahami cara melaksanakan kerja dalam atau pun luar organisasi


Wujudkan networking ataupun jalinan hubungan antara pekerja dengan
organisasi luar, pertubuhan, persatuan, NGO.
d. Perkembangan moral
Libatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan contohnya membantu pekerja
menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja.
Penglibatan penyelia secara tidak langsung mencerminkan sikap jujur dan ikhlas
dalam memberi contoh perkembangan moral yang sihat. Dengan ini pekerja
dapat meneruskan kerja-kerja mulia kepada masyarakat.
e. Memahami situasi dan pandangan orang lain
Setiap indivdu adalah unik daripada segi keperluan, kesulitan, tahap motivasi dan
kemampuan mereka berfikir. Tugas penyelia adalah memberi peluang kepada
pekerja bagi mencuba serta memahami kesulitan yang dihadapi.

SOALAN
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan pegawai bawahan
yang cemerlang ?

JAWAPAN
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Melaksanakan latihan ditempat kerja, kursus in-house, KSA.


Motivasi.
Lawatan Penandarasan.
Melibatkan pekerja dalam aktiviti jabatan.
Kemahiran berkomunikasi serta menjaga protokol dalam majlis.
Memahami persekitaran tempat bekerja.
Memahami cara melaksanakan kerja dalam atau pun luar organisasi.
Memahami situasi dan pandangan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai