Anda di halaman 1dari 16

Maktab Rendah Sains Mara Merbok

PENDIDIKAN
JASMANI
DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN

HOKI

NAMA : Nur Azhana Bt Mohamed Alang.


NO. MAKTAB : 10624.
KELAS : 4 iK

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan
folio Hoki ini tepat pada masanya.Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak
yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada kedua-dua
guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan saya iaitu Encik Badrul dan Puan
Sapijah.Akhir sekali,terima kasih saya ucapkan buat semua pihak yang banyak
membantu saya.
Sekian…

ISI KANDUNGAN
 Pendahuluan……………………………………………………………………………………….

 Sejarah Hoki………………………………………………………………………………………

 D………………………………………………………………………………………………………………

 D………………………………………………………………………………………………………………

 D……………………………………………………………………………………………………………….

 D……………………………………………………………………………………………………………….

 D………………………………………………………………………………………………………………

 D………………………………………………………………………………………………………………

 D………………………………………………………………………………………………………………

 D……………………………………………………………………………………………………………..
Sejarah Hoki
Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu
permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan
demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang
ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama
kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang
lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia,
Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua
orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini
adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain
polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo.
Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang
wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs
(seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang
menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang
mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak
dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki
yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan
bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami
kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty,
tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis
iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu
hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu
dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan.
Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di
England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima
oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada
tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales
pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa
kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun
peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di
antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab
dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain
mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh
B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan
Ireland telah diadakan.

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU: Merebut

1. Kepentingannya
Selalunya, kemahiran merebut tidak diajar dan pemain-pemain Malaysia adalah
sangat lemah dalam kemahiran ini. Merebut adalah penting untuk memperoleh bola.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang penahan tidak berjaya memperoleh bola, tetapi
dia boleh memaksa penyerang mengurangkan kelajuannya atau kehilangan kawalan
bola dan membuat kesilapan atau memaksa bola terkeluar daripada kawasan bermain.
Ini adalah penting kerana ia memberi masa untuk pemain pertahanan menyusun
semula barisan pertahanan dan bersedia menghadapi serangan.

2. Perkara-perkara untuk diingati


Perkara-perkara berikut perlu diingati apabila seseorang pemain pertahanan hendak
merebut bola daripada pihak lawan:-
 Melihat bola dan jangan mengalihkan perhatian disebabkan oleh pergerakan
kayu hoki atau tubuh badan yang dilakukan dengan tujuan membuat gerakan
yang mengelirukan.
 Kekalkan kepala kayu hoki di tanah supaya mengurangkan jaraknya daripada
bola. Ini membolehkan penahan bergerak dengan cepat sebaik sahaja dia
mendapat peluang.
 Letakkan kayu hoki di tempat yang membolehkan pemain pertahanan bergerak
dengan selesa untuk merebut bola daripada penyerang atau di dalam keadaan
yang akan memaksa penyerang bergerak dengan cara tertentu dan ke arah
tertentu. Sebagai contoh, anda mungkin meletakkan kayu hoki dalam keadaan
yang akan memaksa penyerang menolak bola ke kiri dan menggunakan reverse
stick atau memaksanya bergerak ke tempat tertentu yang boleh
menyebabkannya berada dalam keadaan kurang selesa atau tersepit.
 Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya
penyerang melakukan kesilapan-kesilapan.
 Jangan berdiri dengan tapak kaki secara rata. Pemain pertahanan biasanya
berdiri seperti ahli tinju dengan sebelah kakinya berada di hadapan, supaya
dia boleh bergerak ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan dengan
mudah. Gerakan kaki adalah penting untuk merebut bola dengan baik.
 Cuba berada di sebelah penyerang anda. Jika pemain pertahanan terpaksa
menggunakan reverse sticknya untuk merebut, ia berada dalam keadaan yang
merugikan.
 Pemain pertahanan tidak seharusnya merebut bola apabila penyerang
mengawal bola dengan sepenuhnya. Ia sepatutnya mendesak penyerang dan
memaksanya melakukan kesilapan-kesilapan sebelum anda merebut bola
tersebut.
 Pergerakan pemain-pemain pertahanan tidak seharusnya dapat diteka oleh
penyerang. Mereka mesti mengatur masa takel dengan baik dan bergerak
dengan cepat dan pantas. Takel itu mesti dilakukan dengan baik supaya
penyerang tidak boleh menolak pemain pertahanan atau kayunya ke tepi dan
meneruskan serangannya.
 Di atas padang tiruan, semasa merebut di sebelah kanan (merebut dengan
tangan kanan) atau di sebelah kiri (merebut dengan reverse stick) kayu hoki
boleh digunakan dengan mendatar di atas padang. Untuk membolehkannya
berbuat demikian pemain pertahanan mesti membongkokkan badannya lebih
rendah ke tanah.

Perkara-perkara di atas adalah penting kepada semua jenis takel.

3. Jenis-jenis takel Jenis-jenis takel yang biasa digunakan adalah:-


 Takel Jab

Untuk takel ini, kayu hoki dipegang dengan kuat dalam tangan kiri dengan sisi kayu
yang rata (flat side) menghadap ke atas. Kayu hoki dipegang secara ringan di depan
badan dengan tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki. Tapak tangan
kanan menghadap ke atas.

Untuk melakukan takel, pemain pertahanan menerpa ke depan dengan tangan kiri
memegang kayu hoki. Kayu hoki mencucuk (jab) bola dan memaksa bola bergerak ke
belakang kayu hoki penyerang. Pada masa ini, pemain pertahanan mengambil satu
langkah lagi ke depan, tangan kanan kembali ke kayu hoki dan dapat mengawal bola.

Ini bukan satu takel yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan
dan pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untuk melakukan takel ini.
 Takel 'Forehand'

Ia adalah takel yang umum. Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan
(forehand side) badannya, kadang-kadang dekat kakinya dan kadang-kadang sejauh
5-6 kaki di sebelah kanannya. Pemain pertahanan melakukan takel ini (semasa
berhenti atau semasa berlari bersama-sama dengan penyerang).

Kayu hoki dipegang dengan pegangan biasa iaitu dengan tangan kiri di hujung kayu
hoki dan tangan kanan di bahagian tengah kayu hoki. Posisi bersedia diambil dengan
kaki kiri ke depan sedikit, kerana ini akan membolehkan pemain pertahanan menukar
posisinya dengan cepat. Biasanya satu gerakan mengelirukan dilakukan dengan badan
atau kayu hoki dihalakan ke kiri supaya penyerang terpaksa bergerak ke kanan
pemain pertahanan. Pemain pertahanan kemudian mengatur masa takelnya. Kadang-
kadang takel ini dibuat bersama-sama dengan takel jab sebagai satu kombinasi.
Pemain pertahanan melakukan satu takel jab di sebelah kiri dan diikuti dengan takel
forehand semasa penyerang bergerak ke sebelah kanan.

Kebiasaannya, pemain pertahanan akan melakukan takel ini semasa bergerak atau
semasa berlari bersama-sama dengan seorang penyerang. Pemain pertahanan harus
belajar memandang bola, mengekalkan jarak yang betul, bergerak masuk dengan
cepat dan mengatur masa takelnya dengan baik. Ini kerana agak sukar untuk
melakukan takel sambil berlari dengan pantas. Oleh itu, ia memerlukan banyak
latihan.
 Takel 'Reverse Stick'

Takel ini agak sukar untuk dilakukan kerana ia dilakukan di sebelah kiri pemain
pertahanan dengan kayu di tangan kiri. Ini biasanya merupakan sisi yang lemah bagi
pemain. Peraturan permainan juga tidak membenarkan pemain melakukan sentuhan
badan atau sentuhan kayu dengan kayu.

Untuk membuat takel yang kemas, pemain pertahanan mesti memastikan bahawa
penyerang tidak bergerak mendahuluinya. Takel harus dibuat sebelum penyerang
melepasi garisan badan pemain pertahanan.
Kemahiran melakukan
takel dengan baik adalah mengatur masa takel dan menyerkap bola menggunakan
reverse stick, akan memaksa penyerang berlari melepasi bola. Gunakan kesempatan
ini untuk merendahkan kayu hoki dan mendatar ke tanah, seterusnya melakukan
takel.

4. Latihan-latihan untuk merebut

Takel Jab

(a) Berdua
Seorang pemain sebagai penyerang, sedang berhenti dengan bola pada kayu hokinya.
Pemain yang lain sebagai pemain pertahanan, mengambil kedudukan dan pegangan
yang betul dan berdiri lebih kurang 6 kaki di depan penyerang. Pemain pertahanan
berlatih menerpa satu langkah ke hadapan dan mencucuk bola tersebut dengan kayu
hoki, menaikkan bola melintasi kayu hoki dan ke belakangnya.

(b) Berdua
Seperti di atas tetapi selepas mencucuk bola, mengambil satu langkah lagi ke
hadapan dan terus mengutip bola.
(c) Berdua
Seperti di atas tetapi penyerang bermula dengan jarak 5 ela lebih jauh di belakang
dan golek-menggelecek bola ke arah pemain pertahanan. Pemain pertahanan akan
merebut bola tersebut apabila penyerang telah sampai di jarak merebut.
(Penyerang pada mulanya akan berjalan, kemudian apabila pemain pertahanan
mendapat keyakinan dia akan menambah kelajuan).

(d) Berdua
Penyerang berada di satu tempat, menggerakkan bola ke hadapan dari kiri ke kanan
menggunakan kemahiran menggelecek Indian. Pemain pertahanan mengatur masa
untuk merebut kemudian bergerak ke hadapan untuk mengambil bola.

(e) Berdua
Penyerang menggelecek bola ke arah pemain pertahanan menggunakan berbagai-
bagai jenis kelajuan. Pemain pertahanan cuba merebut bola dan memperolehnya.

Kemahiran-kemahiran Asas Hoki

Terdapat beberapa kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain hoki
iaitu:

1. Kemahiran Asas Memukul


2. Kemahiran Asas Menolak
3. Kemahiran Asas Menahan
4. Kemahiran Asas Mengelecek
5. Kemahiran Asas Flik

1. Kemahiran Asas Memukul


Pemain boleh memukul bola dengan kayu hoki dalam keadaan statik atau dinamik. Kita
boleh
menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan semasa memukul bola.

2. Kemahiran Asas Menolak


Kemahiran ini boleh dilakukan dalam 2 cara, iaitu secara tolakan biasa dan tolakan
kias

3. Kemahiran Asas Menahan


Menahan atau menyerkap bola hoki dilakukan dengan pelbagai cara bergantung pada
pergerakan bola.
4. Kemahiran Asas Mengelecek
Mengelecek bolah dilakukan dalam 2 cara iaitu kelecek rapat (secara golekan) dan
kelecek
longgar.

5. Kemahiran Asas Flik


Flik dilakukan dengan cara memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri
dengan pantas.

Kemahiran

Bagi mengenali hoki, kita perlu tahu bahagian yang tedapat pada kayu hoki. Ada tiga
bahagian yang terdapat pada kayu hoki iaitu:
1. Bagi semua kemahiran, tangan kiri memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.
2. Untuk memukul, tangan kiri dan tangan kanan memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.
3. Untuk kemahiran seperti menolak, mengelecek dan menguis bola, tangan kanan
memegang
BAHAGIAN 2 kayu hoki.
4. Untuk melakukan pukulan secara pantas, kedua-dua belah tangan memegang
BAHAGIAN 2
kayu hoki.
5. Untuk menahan bola, tangan kanan memegang bahagian di antara 2 dan 3 kayu
hoki.
PADANG HOKI: Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini
mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang
mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil
daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti
mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci.
Pintu gol mesti dicat warna putih.

Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan
jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang
gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran
setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki
daripada gol dan 4 ela panjangnya.

PADANG HOKI: Tiang-Tiang Bendera


Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya
4 kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.

Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela
di luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-
garisan 25 ela.

PADANG HOKI: Bulatan Jaringan

Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu
gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke
luar kawasan garisan 4 ela.

Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai
radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi
bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.

Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk
sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.
PADANG HOKI: Pic Segiempat Bujur

RECTANGULAR PITCH

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah
ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur
dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai
garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan
tersebut.

Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian
oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25
ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.
Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-
tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-
tanda ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan
gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap
garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam
garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-
sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang
ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi
tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut
mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

Anda mungkin juga menyukai