Anda di halaman 1dari 10

Analisa Kertas Soalan Tugasan Projek Prinsip Perakaunan

Tingkatan 5 SPM 2016


Kita akan membincangkan setiap bahagian dalam kertas soalan supaya lebih memahami
kehendak soalan serta mencungkil bahagian KBAT yang mencabar minda pelajar. Jom, kita
mulakan.
Analisa Petikan 01

Daripada petikan ini, kita perlu mengandaikan bahawa kita menjalankan perniagaan menjual
perabot. Jadi, rekalah nama kedai perabot kita itu. Amat digalakkan agar pelajar
menggunakan nama sendiri untuk mereka nama kedai, contohnya Kedai Perabot Thomas,
Thomas Furniture atau apa-apa nama saja yang sesuai.
Perniagaan perabot ini mula-mula ditubuhkan pada 1 April 2014. Ini memberikan
indikasi kepada kita bahawa status perniagaan kita adalah meneruskan perniagaan. Oleh

itu, ketika kita mengisi profil perniagaan nanti, kita akan mengisi Meneruskan perniagaan
pada ruangan stautus perniagaan.
Modal . pada 1 April 2016 menandakan bahawa kita akan memulakan catatan lejar
pada 1 April 2016 (bukannya 1 April 2014, jangan silap tahun). Rekod akan bermula dari 1
April 2016 sehingga 30 April 2016 selama sebulan.
3 orang pekerja dengan gaji bulanan RM1000 .. anda menerima gaji bulanan
sebanyak RM5000 bermaksud jumlah gaji bulanan yang sepatutnya dibayar
adalah RM8000 sebulan. Kita perlu memastikan sama ada gaji terakru ataupun gaji
terdahulu berlaku dalam perniagaan. Untuk ini, kita bolehlah merujuk m/s 6 pada kertas
soalan, sebelah kredit buku tunai, catatan pada 30 April 2016. Didapati gaji sebanyak
RM8000 telahpun dibayar, maka tiada gaji terakru dan gaji terdahulu berlaku.
Analisa Petikan 02

JJ, JB, JPJ dan JPB telah hilang, ini bermakna maklumat jualan kredit, belian kredit, pulangan
jualan dan pulangan belian tidak dibekalkan. Maklumat dalam keempat-empat jurnal khas ini
adalah sangat penting dan diperlukan untuk melengkapkan catatan lejar bagi semua urus

niaga bagi bulan April 2016. Oleh yang demikian, kita akan membina semula keempatempat jurnal khas ini berpandukan 5 keping kad stok yang dibekalkan pada m/s7 9 dalam
kertas soalan. Prosedur membina semual jurnal khas ini akan dibincangkan secara teliti pada
post yang lain.
Analisa Petikan 03

3(a) mengehendaki kita membuat penilaian stok akhir berpandukan Lampiran C.


Untuk makluman pelajar, terdapat 2 jenis harga bagi stok akhir: harga pasaran dan harga

kos. Di bawah konsep konservatisme, kita perlu memilih nilai stok akhir yang paling
rendah di antara harga pasaran dan harga kos ketika menyediakan penyata
kewangan. Prosedurnya akan dibaincangkan dengan lebih lanjut pada post lain.
3(b) menyenaraikan 4 orang penghutang P, Q, R dan S, 2 orang pemiutang A, B dan kadar
bayaran terakru. Bagi semua penghutangd an pemiutang, pelajar perlu menggantikan
nama PQRS dan AB dengan nama khas, contohnya Penghutang A diganti dengan
Syarikat Lim. Satu jadual perlu disediakan untuk mengelakkan kekeliruan ketika kita
membuat jurnal khas dan lejar.
Pada masa yang sama, baki-baki penghutang 3(b) sebenarnya merupakan baki akhir debit
dalam Akaun Kawalan Penghutangmanakala baki-baki pemiutang merupakan baki
akhir kredit dalam Akaun Kawalan Pemiutang.
Kadar bayaran terakru ini perlu diselaraskan dalam Akaun Kadar Bayaran dan perlu
dipindahkan ke Kunci Kira-kira di bawah Liabiliti Semasa.
Analisa Petikan 04

3(c) memerlukan pelajar menghitung susut nilai bagi kenderaan dan perabot. Akan tetapi,
soalan tidak meletakkan kadar susut nilai bagi setiap aset bukan semasa ini, sebaliknya
meminta pelajar meletakkan kadar sendiri. Pada post lain akan dibincangkan denagn teliti
cara untuk menentukan julat kadar susut nilai yang sesuai bagi kedua-dua ABS ini.
3(d) meminta pelajar menetapkan kadar PHR yang sesuai atas penghutang bersih. Perlu
diingatkan bahawa penghutang bersih merupakan baki penghutang selepas menolak

hutang lapuk, seperti yang digariskan dalam 3(i). Ini bererti, sebelum kita boleh menghitung
PHR, kita perlu menentukan penghutang bersih terlebih dahulu.
3(e) hingga 3(h) akan dibincangkan dengan terperinci pada post yang lain.
3(f) mengatakan bahawa penghutang Q yang mempunyai baki hutang RM300 dengan
perniagaan kita diisytiharkan muflis oleh mahkamah. Maka, kita boleh menghapuskan
hutangnya sebagai hutang lapuk.
Analisa Petikan 05

4(a) hingga 4(e) menggariskan beberapa perkara yang perlu ada dalam perancangan
belanjawan nanti.

Untuk menentukan anggaran penerimaan dan pembayaran lain yang perlu ada dalam
belanjawan, kita akan melihat buku tunai yang dibekalkan dalam soalan. Akan dibincangkan
dengan teliti dalam post yang sesuai.
Analisa Petikan 06

Untuk folio tugasan projek ini, sebanyak 15 perkara perlu dilengkapkan, seperti yang
digariskan dalam 6(a) hingga 6(o). Setiap perkara ini akan dibincangkan dengan terperinci
untuk membantu pelajar menghasilkan folio bertaraf A+.
Namun demikian, untuk memudahkan kerja kita ketika menyediakan pelbagai catatan,
terdapat beberapa perkara tambahan perlu kita sediakan, conothnya Jurnal Khas, Senarai
Penghutang dan Pemiutang, Pengiraan Nilai Stok Akhir, dan beberapa lagi. Nantikan
post yang bakal menyusul.

Pada penghujung kertas soalan, dibekalkan Jurnal Am, Buku Tunai, 5 Kad Stok dan Senarai
Harga Pasaran Stok. Setiap satunya akan dibincangkan kemudian.
Rumusan

Post ini sekadar warming-up sebelum kita betul-betul memulakan mana-mana bahagian tugasan
projek. Pendek kata, tugasan projek akaun bukanlah kerja kursus biasa kerana memerlukan
kesabaran, masa dan tenaga yang banyak untuk menyiapkannya. Jadi, cikgu berharap agar
pelajar yang merancang penggunaan masa dan lakukannya denagn sepenuh hati.
Satu perkara lagi, kaedah dan tips yang bakal cikgu kongsikan dalam post-ost akan datang
berkenaan tugasan projek kita sekadar pandangan cikgu sendiri. Sekiranya mana-mana bahagian
bimbingan cikgu nanti bercanggah dengan ajaran guru akaun di sekolah, pelajar sebaik-baiknya
mengikuti ajaran guru sekolah kerana merekalah yang memberikan skor tugasan projek untuk
anda.

Mohon juga jasa baik semua pelajar yang sedang membaca post ini agar share post ini dengan
rakan dan guru anda. Semoga sedikit usaha ikhlas cikgu ini sedikit sebanyak akan dapat
membantu pelajar.

Anda mungkin juga menyukai