Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja

PERTANDINGAN BERCERITA DALAM


BAHASA INGGERIS
Tahun 2014

SJK TIONG HO SARIKEI

Disediakan oleh
KELAB BAHASA
SJK Tiong Ho Sarikei

1.0 Pengenalan

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran,
pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan
bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita BahasaInggeris Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan
aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 Tema
Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
3.0 Matlamat
Pertandingan bercerita Bahasa Melayu diadakan adalah untuk mencapai matlamat berikut:-

a. Mendorong murid mempamerkan kebolehan dan bakat mereka melalui satu program yang memerlukan
ketekunan dan kekuatan minda.
b. Memberikan sokongan,panduan dan tunjuk ajar secara lebih padu,terancang dan berterusan kepada murid
yang mempunyai bakat dan kemahuan untuk berjaya di dalam bidang bercerita.
c. Merupakan salah satu program yang dirancang bagi menjayakan perlaksanaan program galakan tabiat
membaca di peringkat sekolah.

4.0 Objektif
Pertandingan bercerita Bahasa Melayu diadakan adalah untuk mencapai matlamat berikut:a. Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.
b. Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan dan karya
tradisional
c. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing.
d. Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Inggeris.

5.0 Kumpulan Sasaran


16 orang murid ( Tahun 3-6 , 2014 )
6.0 Tarikh
Tarikh yang dicadangkan untuk pelaksanaan program ialah 03 Oktober 2014.
7.0 Tempat

Pentas Gelanggang Bola Keranjang, SJK Tiong Ho, Sarikei

8.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Induk


Penasihat

Encik Kho Tai Chai Guru Besar SJK Tiong Ho Sarikei

Pengerusi

Cik Yek Yew Huong Penolong Kanan Kurikulum

Tim. Pengerusi

Puan Tiong Hei Ling Penolong Kanan HEM

Setiausaha

Encik Lau Lee Ho

Bendahari

Puan Tiong Hei Ling Penolong Kanan HEM

AJK Hadiah

Puan Mary Lau Sieng Tow


Puan Lee Lai Fong

AJK Keselamatan dan


Kebersihan

Puan Yung Kam Nguok

AJK Jurugambar

Encik Lau Lee Ho

AJK Cenderamata

Puan Wong Hie Ling

AJK Peralatan

Encik Lau Meng Sui

Hakim Pertandingan

Puan Wong Eu Ming (Ketua Hakim)


Cik Yek Yew Huong
Puan Yong Yee May

9.0

Jadual pelaksanaan program

Tarikh / Masa

Aktiviti

03.10.2014
(1245-1300)

Ketibaan Para
peserta, murid-murid
dan guru.

03.10.2014
(1300-1305)

Nyanyian Lagu
Negaraku

03.10.2014
(1305-1315)

Ucapan Pengerusi

03.10.2014
(1315-1500)
03.10.2014
(1500-1510)
03.10.2014
(1510-1520)
03.10.2014
(1520-1530)

Pertandingan
Bercerita

Guru
Bertanggungja
wab

Semua guru

Semua
Peserta
Pengerusi
Semua Hakim

UlasanKetua Hakim

Ketua Hakim

Pengumuman
keputusan

Semua hakim

PenyampaianHadiah

Catatan

Semua Guru

Semua Pemenang

10.0 Anggaran perbelanjaan


Bil
1
2
3.
4.
5.
6.

Perkara
Tropi-9 inci
Tropi-12 inci
Tropi-16 inci
Tropi-29 inci
Buku Latihan 80 muka
Pembaris 12 inci-plastik
Jumlah Besar

Perbelanjaan
RM14.50 X 2 buah= RM29.00
RM17.50 X 2 buah = RM35.00
RM24.50 X 2 buah= RM49.00
RM 28.50 X 2 buah= RM57.00
RM0.55 X 40 buah = RM22.00
RM1.00 X 8 batang = RM8.00
RM200.00

11.0

Sumber Peruntukan : Bantuan Kokurikulum Sekolah

13.0

Penutup dan Pengharapan

Pendapatan
Peruntukan PCG
Bantuan Kokurikulum
Sekolah
RM 200.00

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan. Sesungguhnya
kejayaan Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Malaysia 2014 peringkat sekolah yang dirancang ini bergantung
kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat. Konsep permuafakatan menjadi
tunjang ke arah kejayaan program ini. Dengan harapan daripada sokongan pihak sekolah, pengorbanan guruguru dan staf serta kerjasama daripada pihak ibu bapa SJK Tiong Ho Sarikei, pertandingan ini dapat mencapai
objektif dan matlamat dengan jayanya.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Kertas Kerja Disediakan Oleh,

Disemak & Dilulus Oleh,

.......................................................

.......................................................

[ LAU LEE HO ]

[ KHO TAI CHAI ]

Setiausaha

Guru Besar
SJK Tiong Ho Sarikei
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai