Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI AKHLAK MULIA

Di antara ciri-ciri akhlaq yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan


supaya ia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlaq-akhlaq berikut:
1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang
dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara
halal dan haramnya (syubhat
2. Memelihara penglihatan.
Seseorang muslim itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat
perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap
sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa
ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul
Karim mengingatkat orang orang mumin supaya memelihara diri dari
penglihatan yang tidak memberi faedah
3. Memelihara Lidah
Seseorang muslim itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata
yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor,
percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba.
Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. ketahuilah, seorang mukallaf itu
sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan
yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama
sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri
kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram
atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan
4. Bersifat Pemalu.
Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun
demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan
kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur
urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan
suara ketika bercakap, berasa cukup seta memadai sekadar yang ada dan
sifat-sifat seumpamanya
5. Bersifat Lembut dan Sabar
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri
seseorang Muslim ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja
untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak
menyenangkan, malah jalan dawah sememangnya penuh dengan
kepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang
memalukan. Halanganhalangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal
Islami sehingga himmah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh
malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dawah.

6. Bersifat Benar dan Jujur


Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar
sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut
kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina
malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seorang yang
memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan
dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaranlontarannya. Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan
jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh
menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang
akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya
sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan.
Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu
penyakit dari penyakit-penyakit yang dilaknat.
7. Bersifat rendah diri
Seseorang Muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya
terhadap saudara-maranya yang muslim dengan cara tidak membezakan
(dalam memberi layanan) sama ada yang miskin maupun yang kaya.
8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu
seorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya
sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah
salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka
tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah maha penerima taubat lagi penyayang. (Al-Hujurat, 49 : 12)
9. Bersifat pemurah
Seorang muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa
dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap
kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan
wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang
berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus
terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran Al-Karim sendiri terdapat berpuluhpuluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat
pemurah.
10. Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)
Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan
dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah
menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal
makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam
perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri
teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw.

Anda mungkin juga menyukai