Anda di halaman 1dari 6

IKHTIAR HIDUP

1.1 Istilah Ikhtiar Hidup


Mengikut Kamus Oxford; ikhtiar hidup atau survival boleh didefinisi
sebagai keadaan untuk terus hidup. Ia juga boleh diertikan sebagai the
will to live, to outlive, the will to survive, state of continuing to live dan
keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Menurut buku
Teknik Ikhtiar Hidup oleh Mejar (B) Mohd Yusof Abdullah; ikhtiar hidup
boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh
seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi sesuatu
ancaman. Menurut Wikipedia; Survival Skills adalah kemahiran yang dapat
membantu seseorang mengharungi keadaan merbahaya (seperti ribut
petir atau gempa bumi); atau dalam kawasan merbahaya (seperti di
gurun, kawasan pergunungan dan di dalam hutan rimba). Kita seharusnya
bersikap selalu mengingatkan diri bahawa ikhtiar hidup itu adalah
melakukan sesuatu yang perlu dilakukan untuk meneruskan hidup dan
mati itu bukanlah satu pilihan.
1.2. Situasi
Situasi yang mungkin berlaku ketika melakukan kegiatan luar adalah
seperti kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman hidupan liar,
masalah perlindungan dan sebagainya. Cara mengatasinya adalah
dengan melakukan perancangan atau persediaan dari segi mental, fizikal,
teknikal dan material. Di dalam situasi ikhtiar hidup berfikir secara bijak
bermakna anda membuat keputusan yang tepat dan jangan berputus asa.
1.3. Kepentingan
Pengetahuan dan kemahiran dalam ikhtiar hidup merupakan satu perkara
terpenting yang harus diketahui oleh individu yang melibatkan diri dalam
kegiatan luar. Ini disebabkan mereka ini terdedah kepada pelbagai
cabaran dan risiko yang tidak menentu.

Petua-petua ( Survivor ) sesat di dalam hutan


Apa perlu dibuat?
Anda sesat di hutan,
Bila agaknya anda menyedari anda telah sesat?
Jangan panik.
Berehat sebentar dan
tenangkan fikiran,
jangan risau
mereka yang arif tentang hutan pun pernah sesat, bahkan Orang Asli
yang hidup di sekitaran hutan pun mungkin boleh sesat.
Jika anda tidak dapat mengingati atau mencari jalan keluar maka benarlah
anda telah sesat. Apa yang anda perlu buat? Sabar, yang pentingnya
anda hendaklah berikhtiar untuk mengelakkan diri dari ancaman
persekitaran yang mungkin berbahaya dengan kemudahan yang terhad.
Peluang untuk anda terus hidup banyak bergantung kepada persediaan
diri, kekuatan dan keyakinan diri serta kebijaksanaan anda bertindak.
Ikutilah petua berikut jika difikirkan sesuai dengan situasi yang anda
hadapi. Ingatlah keselamatan anda banyak bergantung kepada
kebijaksanaan anda bertindak.
Bermalam di hutan. Jika anda fikirkan anda patut bermalam di hutan
pemilihan tapak yang sesuai adalah penting. Pastikan tapak yang dipilih
tidak mempunyai kesan kehadiran binatang buas seperti kesan tapak
kaki, najis ataupun kawasan sumber makanannya. Juga pastikan kawasan
tersebut terlindung dari tiupan angin yang kuat, tanah runtuh dan pokok
mati. Seboleh-bolehnya carilah tempat yang berdekatan dengan sumber
air. Sebaiknya jangan bermalan di gigi air kerana dikhuatiri binatang
lair/buas mencari air untuk minum ataupun ular yang menyusur air akan
mendatangkan masalah. Bermalam di dalam gua adalah pilihan yang baik
tetapi pastikan ianya benar-benar selamat. Jangan bermalam di kawasan

berbatu longgar, laluan angin dan binatang buas, sarang binatang atau
serangga bebisa dan tempat yang licin.Pilihan yang lain adalah dengan
membina sendiri tempat berteduh sementara untuk berlindung sekurangkurangnya dari hujan, dahan kayu jatuh, binatang buas dan haiwan
berbisa. Jika dikhuatiri dari ancaman binatang buas anda bolehlah
mengambil refuge di atas pokok. Caranya dengan duduk di atas dahan
yang teguh dan mengikatkan diri anda kepada pokok tersebut bagi
menggelakkan anda dari terjatuh. Ikatan hendaklah dibuat pada bahagian
dada dan belakang melalui ketiak. Posisi dada hendaklah menghala ke
arah pokok seolah-olah seperti hendak memeluk pokok. Pastikan anda
duduk dalam keadaan selesa. Apapun yang paling penting adalah cubaan
untuk menghidupkan api kerana banyak perkara yang boleh dilakukan jika
api berjaya dihidupkan selain dari memasak dan memanaskan diri
semata-mata. Antaranya bagi menghalau binatang buas dari
menghampiri anda
Alternatif mendapatkan sumber air. Kebanyakan akar kayu (lianas,
lundang, mempelas), pokok mentanggor mengadungi kandungan air yang
banyak. Potong menyerong dan pisahkan terus dari akar yg lain. Air dari
akar kayu ygan boleh diminum biasanya tiada warna, cair dan tidak
berbau. Selain dari akar, sumber air boleh didapati dari rotan, buluh,
periuk kera dan lumut, bunga tepus. Dalam keadaan DARURAT, manamana air yang tidak beracun boleh diminum termasuklan peluh.
Hutan mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan/buah-buahan yg boleh
dimakan dari akar hinggalah ke pucuk. Cara yang paling mudah
memastikan sama ada ianya selamat dimakan dengan 3 langkah iaitu:
HIDU, SAPU dan KUNYAH! Hidu sebahagian dari tumbuhan tersebut jika
berbau keras atau busuk elakan dari memakannya kerana mungkin
beracun. Sekiranya ia tidak berbau keras/busuk, ambik sedikit air/getah
dari bahagian yang dihancurkan dan gosok pada lengan, tunggu 10-15
minit. Jika terasa panas/gatal-gatal jauhi dari tumbuhan ini mungkin
beracun dan bahaya dimakan! Kunyah tumbuhan tersebut selama 5-10

minit, jika terasa gatal/panas dlm mulut/berasa loyaluahkanlah kerana


dikuatiri beracun. Kebiasannya pokok yang bergetah adalah beracun dan
boleh memabukkan.
Selain dari tmbuhan, serangga juga boleh dimakan seperti anai2,
belalang, cengkerik dan ulat kayu. Elakan memakan serangga berbisa tebuan, lipan dan lebah.
Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh
dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan
telurnya. Selain dari telur burung telur reptilia yang lain boleh dimakan
tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska
yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih
dahulu dan jangan makan bahagian najisnya. Paling selamat adalah
berhampiran sungai di mana banyak terdapat tumbuhan jenis herba dan
renek yang boleh dijadikan makan sebagai ulam seperti paku pakis,
terung pipit, kacip fatimah dll.
Ingatlah empat prinsip asas bagi anda untuk meneruskan hidup di dalam
hutan adalah keazaman dan keyakinan diri, ketabahan fizikal dan mental,
toleransi dan kepimpinan serta keselamatan. Kelangsungan hidup anda di
dalam hutan banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak.
Petua yang dikemukakan di sini hanyalah asas untuk anda.
SUMBER BEKALAN AIR
Sumber bekalan air ketika berada di dalam hutan Sungai, tasik dan mata
air merupakan punca air yang utama untuk mendapatkan keperluan air
untuk minuman. Di dalam situasi di mana punca- punca air tidak ditemuai,
kaedah berikut boleh digunakan.
Akar Kayu
Kebanyakan akar kayu mempunyai kandungan air yang banyak. Air akar

yang boleh diminum mempunyai cirri-ciri air yang jernih, cair dan tidak
berbau. Akar yang dipilih hendaklah dipotong menyerong ke bawah dan
pisahkan terus dari bahagian akar yang lain. Sebaiknya pankas bahagian
perdu dahulu kemudian diikuti bahagian hujung. Air akan menitis melalui
akar yang dipotong tersebut. Antara jenis akar yang boleh diminum ialah (
Akar Mempelas, Akar Lundang, Akar Plek )
Rotan
Semua jenis rotan mempunyai kandungan air yang boleh diminum.
Walaubagaimanapun pilih rotan yang besar supaya kuantiti air yang
dihasilkan mencukupi untuk diminum. Buat keratan seperti kaedah
memotong akar.

Buluh
Buluh juga menyimpan kandungan air yang boleh diminum. Potong
bahagian pangkal buluh di mana bahagian ini banyak mengandungi air
yang terkumpul. Pastikan bahawa miang buluh tidak memasuki ke dalam
air yang hendak diminum. Teliti pada pokok buluh yang telah pecah atau
berlubang. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa buluh tersebut
mengandungi air yang terkumpul. Kebiasaannya pokok buluh yang
sempurna tidak mengandungi air. Air yang terdapat pada tungul-tungul
buluh ini sering terdapat jejentik. Hati-hati... buat pilihan.. untuk hilang
dahaga atau hendak dijangkiti colera (malaria).
Batang Pokok Pisang
Potong batang pokok pisang tersebut dengan hanya meninggalkan lebih
kurang 30 cm daripada pangkal pokok tersebut. Korekkan pada bahagian
tengah potongan pokok tersebut supaya membentuk seperti mangkuk. Air
daripada daripada akar tersebut akan mula memenuhi lubang tersebut.
Air permulaanyang memenuhi ruangan itu akan berasa sedikit pahit tetapi
lama kelamaan ia akan beransur tawar. Batang pokok tersebut boleh
menghasilkan air sehingga 4 hari. Pastikan ia sentiasa ditutup untuk

mengelakkan daripada dimasuki serangga.


Tumbuhan Periuk Kera
Tumbuhan ini mempunyai bahagian yang berbentuk periuk yang boleh
menakung air. Air yang terkandung dalam periuk yang belum terbuka
adalah lebih bersih daripada periuk yang telah terbuka.
Lumut
Tumbuhan ini juga menyimpan air tetapi mempunyai kuantiti yang agak
rendah. Untuk mendapatkan airnya, perah dengan tangan dan air
dititiskan terus ke dalam mulut atau bekas yang tertentu.
Air Hujan
Air hujan boleh ditadah menggunakan sebarang bekas.

Air Embun
Pada waktu pagi sejumlah air yang mencukupi boleh diperolehi dengan
melurut daun atau rumput dengan jari supaya air yang melekat pada
daun dapat dititiskan ke dalam bekas atau boleh diminum terus secara
menjilatnya.
Ikan
Jika berada di laut, dapatkan sejumlah ikan yang mencukupi dan
buangkan perutnya. Ikan tersebut dicincang dan perahkan dengan tangan
untuk mendapatkan airnya.

Anda mungkin juga menyukai