Anda di halaman 1dari 1

GARIS PANDUAN PENGGERAI MAKANAN

KARNIVAL SESTA 2.0


KEBERSIHAN / KESIHATAN PENGENDALI MAKANAN
1. Semua pengendali dan pembantu pengendali makanan diwajibkan
mendapatkan pelalian demam kepialu (suntikan Typhim) daripada
pegawai perubatan atau kesihatan.
2. Semua pengendali dan pembantu pengendali makanan diwajibkan
menghadiri taklimat pengendalian makanan yang dianjurkan oleh
pihak Pejabat Kesihatan Daerah.
3. Semasa mengendalikan makanan, semua pengendali dikehendaki:a) Memakai pakaian yang bersih dan sesuai. Seluar pendek dan
baju yang tidak berlengan adalah tidak dibenarkan.
b) Memakai apron yang bersih.
c) Memakai tudung kepala/topi yang bersih.
d) Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih.
e) Tidak dibenarkan:i.
Meludah, membuang hingus, menghisap rokok atau vape.
ii.
Sesorang yang luka atau pecah kulit menyediakan makanan.
iii.
Menyentuh makanan dengan tangan.
iv.
Batuk atau bersin ke atas mana-mana makanan atau bekas
makanan.
PERLINDUNGAN MAKANAN
1. Semua peniaga diwajibkan menutup makanan yang dijual dengan
penudung atau plastik putih sahaja bagi mengelakkan daripada
dimasuki lalat, serangga atau debu.
2. Menggunakan penyepit setiap kali menyentuh makanan.
3. Semua peralatan /bekas untuk penyediaan makanan hendaklah sentiasa
bersih dan tidak sumbing/pecah/retak.
4. Semua peniaga diwajibkan menyediakan pengalas meja sama ada
plastic atau kain yang bersih untuk mengalas meja.
KEBERSIHAN SEKITAR
1. Semua peniaga diwajibkan menyediakan tong sampah yang
berpenutup atau plastik hitam bagi membuang sisa makanan dan
sampah. Sampah tersebut hendaklah dibuang terus ke dalam tong
sampah yang disediakan oleh pihak karnival.
2. Memastikan keadaan sekitar perniagaan sentiasa bersih, semasa dan
selepas perniagaan dijalankan.
3. Kegagalan untuk mematuhi syarat kebersihan akan menyebabkan
wang cagaran kebersihan (Rm 50) tidak dipulangkan.

JAWATANKUASA GERAI DAN JUALAN


KARNIVAL SESTA 2.0
8-10 APRIL 2016

Anda mungkin juga menyukai