Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN…

Nama saya Mohammad Ameroul Ashraf Bin Fariduddin.Saya belajar di


tingkatan I Harmoni Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit
Mertajam. Untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya
diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan.
Saya telah menjalankan KGT ini selama minggu.

Saya memilih tajuk Tumbuhan-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.


Saya telah memilih Hutan Lipur To’Kun sebagai kawasan Kajian Geografi
Tempatan saya.

Sebab utama saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian ialah kerana
kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya.Masa
perjalanan ke hutan lipur ini hanya 15 minit.Hutan Lipur ini tidak dikenakan
sebarang bayaran masuk.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui jenis-jenis hidupan liar dan
tunbuhan –tumbuhan yang terdapat di sana.Selain itu, saya juga dapat
mengetahui tentang bilangan pengunjung yang pergi ke sana dan aktiviti
yang mereka lakukan di Hutan Lipur To’ Kun.

PENGHARGAAN…
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah
kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat
menghantar pada waktu yang ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran
geografi saya Pn. Tan Lay Hoon yang telah memberi tunjuk ajar dan
bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT).
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Penolong Kanan Petang,
Puan Hamidah Bt. Zamhari yang telah memberi kebenaran kepada saya
menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu
En. Fariduddin B. Ismail dan ibu saya Pn. Noreha Bt. Ariffin yang sentiasa
memberi dorongan, galakan dan bantuan sepanjang saya menjalankan kajian
ini. Kepada rakan-rakan saya, Azree, Fitrie, Nik Harith dan ramai lagi terima
kasih atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda
kongsikan bersama.

OBJEKTIF KAJIAN…
Tujuan saya menghasilkan folio ini adalah untuk:

1. Mengkaji bilangan pengunjung ke Hutan Lipur To’ Kun pada masa


tertentu.

2. Mengkaji daya tarikan utama Hutan Lipur To’ Kun.

3. Mengenal pasti beberapa spesies pokok dan haiwan liar di Hutan


Lipur To’ Kun.

4. Mengkaji tujuan pengunjung yang datang ke Hutan Lipur To’ Kun.


KAEDAH KAJIAN.

Dalam menghasilkan folio ini saya telah menggunakan beberapa


kaedah kajian.Antaranya ialah:

1. Menemu bual beberapa orang pengunjung.

2. Pemerhatian tentang taburan pengunjung di hutan lipur.

3. Bancian bilangan pengunjung yang datang.

4. Melayari laman-laman web yang berkaitan.

KAWASAN KAJIAN…
Hutan ini terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang
23 km dari bandar Butterworth. Terletak di kawasan berbukit-bukau pada
ketinggian 457 meter dari aras laut dan meliputi keluasan 37 hektar ini amat
sesuai untuk kegiatan riadah.

Hutan Lipur To’ Kun terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit
Mertajam iaitu melalui jalan ke Kulim. Di antara daya tarikan hutan lipur ini
termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan
perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora
hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta rama-
rama, burung-burung dan serangga 'exotic'.

Hutan lipur ini terletak kira-kira 7 kilometer daripada rumah saya.Saya


selalu mengunjungi hutan lipur ini jadi saya dapat menjalankan kajian
dengan lebih teliti lagi.

Hutan Lipur Cherok To'Kun


Hutan Lipur Cherok To'Kun mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti
Seraya dan Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah
sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan
kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-
bungaan hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur
Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok
To'Kun) iaitu melalui jalan ke Kulim.

Ciri-ciri istimewa hutan lipur ini termasuklah:-

Perkelahan
Kawasan berkelah yang selesa dengan pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah
disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Perkhemahan
Sebuah tapak serta kemudahan asas seperti tempat memasak, kawasan unggun api, bilik
air serta bekalan air dan elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai popular ini.

Merentas Denai Hutan


Para pengunjung yang gemarkan aktiviti cabaran fizikal bolehlah merentas denai hutan.
Ini juga membolehkan para pengunjung mempelajari dan mengenali pokok-pokok hutan
asli di sini sambil merehatkan minda.

Kolam Mandi
Sebuah kolam mandi, yang merupakan salah satu tarikan utama hutan lipur ini, mengalu-
alukan kedatangan para pengunjung yang meminati kegiatan sukan air.

Penginapan
Untuk kemudahan para pengunjung dari jauh mahupun tempatan yang ingin merasakan
suasana malam dalam persekitaran hutan, sebanyak enam buah 'chalet' yang setiap satu
dilengkapi dengan bilik mandi, siap untuk kegunaan anda

Cherok Tokun dari segi istilah nama ini memang pelik, tetapi apalah pada nama.
Terdapat nama tempat yang lebih ganjil di seluruh dunia. Ianya amat subjektif sekali
tetapi Cherok Tokun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan menarik.
Terdapat beberapa keistimewaan di Cherok Tokun yang tidak terdapat di tempat lain.
Kedudukannya yang starategik di kaki bukit Bukit Mertajam memberikannya suhu yang
sederhana dan nyaman. Kampung ini mempunyai  infra yang lengkap dan ianya
mempunyai sebuah dahan air 'reservoir' bagi membekal air kepada Keretapi Tanah
Melayu dan pengaliran air minuman ke Ampangan Mengkuang.

Hutan tropika dengan tumbuhan asli di Bukit Mertajam membolehkan


kita menikmati tumbuhan liar dan udara nyaman. Jabatan Hutan telah
menyediakan hutan rekriasi "Hutan Lipur Cherok Tokun".
Yang paling istemewa inilah kampung Sdr Anwar
Ibrahim.

 Nama Cherok Tokun adalah synonemous dengan nama Sdr Anwar dan
disebut di mana-mana jua di dalam ucapanya  di dalam semua ucapan di
dalam dan juga di luar negara, semenjak zaman  ABIM dan  Belia.

Kini Cherok Tokun memainkan peranan utama memperjuangkan reformasi bagi


menegakkan keadilan terhadap kezaliman yang telah diperlakukan kepada Sdr Anwar
Ibrahim, anak watan kampong ini.

Sejak tarikh hitam 2hb September 1998 apabila Sdr Anwar dilucutkan jawatan, di'aibkan,
dipecat dari UMNO dan seterusnya dipukul oleh Rahim Noor dan akhir-akhir ini ternyata
diracun masyarakat Cherok Tokun telah membulatkan tikad keluar beramai-ramai
daripada UMNO serta membubarkan 2 cawangan UMNO di Cherok Tokun. Apabila
Parti keADILan National dilancarkan 2 cawangan keADILan telah ditubuhkan.

Kami penduduk Cherok Tokun akan meneruskan perjuangan untuk mengenengahkan


suara Sdr Anwar melalui Galeri Cetusan Rasa yang telah dibuka mulai 20hb September
1999.

SEJARAH
Mengikut dari cerita orang lama yang tinggal di kampung ini,  nama Cherok Tokun diberi
nama sempena nama seorang tua Siam yang terkenal di tahun 1880 bernama Kun yang
tinggal di cherok kaki Bukit Mertajam. Kehebatan orang tua ini di dalam berbagai bidang
telah menjadikan nama beliau mashur pada masa itu. Kehebatan Tok Kun menjadi buah
mulut orang ramai ketika itu untuk pergi ke cherok berjumpa Tok Kun. Akhirnya tempat
ini dikenali dengan nama Cherok Tokun.

Kampung Cherok Tokun terdiri dari tiga buah kampung iaitu Tokun Bawah, Tokun Atas
dan Teluk Bukit. Kampung Cherok Tokun terletak 3 km dari pekan Bukit Mertajam dan
luasnya kampung ini ialah lebih kurang 8 km persegi. Hutan ini terletak di Bukit
Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 23 km dari bandar Butterworth. Terletak
di kawasan berbukit-bukau pada ketinggian 457 meter dari aras laut dan meliputi
keluasan 37 hektar ini amat sesuai untuk kegiatan riadah

ISI KANDUNGAN....
BIL TAJUK MUKASURAT
1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF KAJIAN
3. KAEDAH KAJIAN
4. LAPORAN KAJIAN
5. RUMUSAN
6. LAMPIRAN
7. RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai