Anda di halaman 1dari 9

Masyarakat Zaman Prasejarah

NAMA PENULIS: ABIGAIL SHALINI

TINGKATAN : 1M
Maksud Zaman Prasejarah

Zaman Prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui


dan mengenal tulisan.Zaman ini pula boleh dibahagikan kepada
dua,iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam .Zaman Prasejarah
dibahagikan kepada 4 Tempoh Masa Zaman Prasejarah,iaitu Zaman
Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

Tempoh Masa Zaman Prasejarah

Zaman Paleolitik 2.5 juta tahun - 8,000SM

Zaman Mesolitik 12,000 - 4,000 SM

Zaman Neolitik 10,000 - 2,000 SM

Zaman Logam 3,5000 SM-500 M

*SM bermaksud Sebelum Masihi.


Latar Belakang Pembentukan Masyarakat Zaman Prasejarah
di Asia Tenggara

Zaman Batu
Zaman Batu merujuk kepada penggunaan teknologi batu dalam
kehidupan harian manusia pada zaman tersebut. Terdapat tiga
tahap Zaman Batu, iaitu Zaman Paleolitik,Mesolitik dan Neolitik.
Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama, Zaman
Mesolitik sebagai Zaman Batu Pertengahan dan Zaman Neolitik
pula sebagai Zaman Batu Baru.

Zaman Paleolitik
 Dianggap sebagai zaman yang serba mencabar
 Menggunakan peralatan yang diperbuat daripada
tulang binatang

Zaman Mesolitik
 Memperlihatkan cara hidup yang semakin
berkembang
 Manusia memburu binatang dan menangkap ikan
sebagai sumber makanan

Zaman Neolitik
 Menunjukkan tahap teknologi serta corak
kehidupan yang lebih baik
 Wujud Kawasan petempatan yang mengamalkan
aktiviti bercucuk tanam, membuat tembikar dan
menternak binatang.
Zaman Logam
 Merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi
 Manusia melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam
peralatan
 Manusia sudah mula melakukan aktiviti pelayaran
 Menjalankan aktiviti pertukaran barangan dan perlatan
berasaskan gangsa dikesan bertaburan di rantau Asia
Tenggara
 Peralatan besi merupakan jenis peralatan besi digunakan
oleh manusia untuk memburu,bertani dan menjalankan
aktiviti harian.
Ciri Masyarakat Zaman Prasejarah Mengikut Tahap
Perkembangan

Zaman Paleolitik

 Tempat Kediaman – Gua dan lubang bawah tanah


.Berlindung di bawah pokok dan tempat berlindung
yang diperbuat daripada ranting kayu.(Gua
Niah,Sarawak)
 Peralatan – Manusia membuat peralatan daripada
batu,kayu dan tulang haiwan.
 Pengumpulan Makanan – Paling penting untuk
mendapat makanan selain memburu binatang.Terdapat
buah-buahan,cendawan,bijiran dan pucuk tambahan.
 Kegiatan Ekonomi – Manusia bergantung pada sumber
alam semula jadi.Mereka hidup secara hidup normad
untuk mencari makanan dan dikongsi Bersama.
 Organisasi Sosial – Manusia hidup dalam kelompok kecil
dengan beberapa keluarga dan hidup secara normad.
 Kepercayaan – Manusia mengamalkan animisme dan
kepercayaan alam semula jadi
(Petir,Kilat,Angin,Hujan,Matahari) yang menentukan
kehidupan mereka.Pokok,batu,bukit,sungai dan laut
dipercayai mempunyai kuasa.
 Kesenian dan Kebudayaan – Manusia menghasilkan
lukisan gua yang pula bersifat realisme.

Zaman Mesolitik
 Tempat Kediaman - Manusia masih mendiami gua dan
lubang bawah tanah serta tempat berlindung.Tumpuan
petempatan mereka di pinggir sungai dan laut
memudahkan mereka mendapatkan bekalan air dan
makanan.
 Peralatan – Peralatan diperbuat daripada kayu,batu dan
tulang haiwan yang lebih halus dan kemas.Mereka
menggunakan panah dengan memburu binatang dan
menggunakan perangkap untuk menangkap ikan
 Pengumpulan Makanan – Manusia masih menjalankan
aktiviti ini dan juga mengumpulkan kerang dan siput
yang ditemui di pinggir sungai dan laut.
 Kegiatan Ekonomi – Manusia masih lagi mengutip hasil
hutan,memburu binatang dan menangkap ikan dan
berkongsi bersama
 Organisasi Sosial – Manusia masih lagi hidup dalam
kelompok kecil.Mereka hidup secara normad dan belum
mempunyai sebuah organisasi social yang tersusun.
 Kepercayaan – Manusia masih mengamalkan
kepercayaan animism
 Kesenian dan Kebudayaan – Lukisan gua merupakan
antara ciri kesenian yang wujud pada zaman ini.

Zaman Neolitik
 Tempat Kediaman - Manusia tinggal secara menetap di
Kawasan petempatan terutamanya di kawasan lembah
sungai dan di persisiran pantai.Mereka telah membina
rumah yang diperbuat daripada batu,tanah liat dan
kayu.
 Peralatan – Peralatan lebih halus dan kemas.Terdapat
pelbagai peralatan termasuklah alat menggali dan roda.
 Pengumpulan Makanan – Kemampuan manusia untuk
menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan
menyebabkan aktiviti mengumpulkan makanan semakin
berkurangan.
 Kegiatan Ekonomi – Manusia tidak lagi menjadi
pengguna sumber alam,sebaliknya mereka
menghasilkan makanan melalui kegiatan pertanian dan
penternakan.Aktiviti perdagangan dengan
menggunakan system barter dan pengkhususan kerja
telah bermula.
 Organisasi Sosial – Manusia menetap dan telah
mewujudkan system social yang lebih baik.Ketua yang
dipilih daripada kalangan mereka bermulanya
pembahagian dalam social,iaitu adanya kelas atas atau
pemimpin dan kelas bawahan.Kemunculan organisasi
ini membolehkan anturan kehidupan yang lebih baik
dibentuk.
 Kepercayaan – Manusia melakukan ritual bagi
mewujudkan perdamaian dengan kuasa alam dan amalan
penyembahan mula dilakukan.
 Kesenian dan Kebudayaan – Kesenian manusia turut
dapat dilihat melalui corak yang menghiasi permukaan
tembikar.Pola geometri dikenali sebagai simbolisme.
Zaman Logam
 Tempat Kediaman – Manusia telah menetap dan membina
tempat kediaman mereka dengan lebih baik.Binaannya
diperbuat daripada batu,tanah liat dan kayu serta lebih
tersusun.Mereka juga tinggal di Kawasan tanah tinggi.
 Peralatan – Manusia telah mampu mencipta peralatan
yang diperbuat daripada logam.Ini berlaku seiring dengan
pengetahuan manusia tentang teknologi peleburan serta
pembuatan acuan.Peralatan zaman ini terdiri daripada
tembaga,gangsa dan besi.
 Pengumpulan makanan – Aktiviti pengumpulan makanan
hampir tidak lagi dilakukan kerana kemajuan yang berlaku
dalam bidang pertanian,penternakan dan perdagangan
tukar barang.Ini membolehkan mereka memperoleh
makanan yang mencukupi.
 Kegiatan Ekonomi – Aktiviti pertanian,penternakan dan
perdagangan pertukaran barang merupakan aktiviti utama
penduduk.Aktiviti pembuatan dan pertukaran barang
berkembang.
 Organisasi Sosial – Kehidupan manusia lebih
tersusun.Pemimpin bertanggungjawab menyelesaikan
masalah yang timbul dan membentuk aturan kehidupan
agar diikuti oleh setiap anggota masyarakat.Keadaan ini
membawa kepada pembentukan sistem pentadbiran.
 Penyembahan manusia terhadap kuasa alam semakin
jelas.Binaan khusus telah diwujudkan bagi upacara ritual
dan menyempurnakan kepercayaan mereka.
 Kesenian dan Kebudayaan – Manusia amat mementingkan
nilai estetika yang ditemukan pada peralatan mereka
seperti gendang gangsa yang mempunyai pola hiasan yang
menarik.

Peninggalan Masyarakat Zaman Prasejarah


Peralatan dan lokasi aktiviti yang menjadi kemampuan
manusia:
 Ban Chiang,Thailand
Lokasi ini merupakan tapak Zaman Neolitik dan Zaman
Loga,berusia antara 3,600 hingga 500 SM.Manusia di Ban
Chiang menjalankan aktiviti pertanian,pembuatan
logam,tekstil,tembikar tanah dan kegiatan menternak
binatang.
 Lenggong,Malaysia

Anda mungkin juga menyukai