Anda di halaman 1dari 2

Soalan: Apakah sumbangan anda terhadap wawasan 1 Malaysia?

Wawasan 1 Malaysia melambangkan visi negara, iaitu untuk


melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan mempunyai semangat setia
akan negara. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak cara untuk mencapai
visi ini.

Sumbangan-sumbangan yang dapat saya lakukan untuk mencapai


Wawasan 1 Malaysia adalah dengan menanam semangat kekitaan di dalam
diri saya sendiri. Saya juga akan lebih peka terhadap masalah-masalah yang
berkaitan dengan bangsa dan negara. Oleh itu, saya akan akan menanam
nilai cinta akan bangsa dan negara.

Di samping itu, kejayaan Wawasan 1 Malaysia tidak dapat dicapai


sekiranya masyarakat setempat tidak melibatkan diri dalam usaha
membangunkan negara. Justeru, saya berasa bangga kerana mempunyai
jiran-jiran yang mempunyai semangat kekitaan. Mereka saling menghormati
antara satu sama lain dan sentiasa bertolak ansur. Dengan mempunyai jiran-
jiran yang bersefahaman, kejayaan Wawasan 1 Malaysia akan lebih mudah
dicapai. Oleh itu, kita haruslah saling berganding bahu demi mencapai
matlamat kita.
Kejayaan Wawasan 1 Malaysia juga boleh dicapai jika masyarakat
sentiasa menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan. Justeru,
saya akan belajar mendisiplinkan diri dan cekal semasa menghadapi
rintangan supaya saya akan mempunyai keyakinan ketika melakukan sesuatu
dan saya akan menjadi lebih berani dan sanggup berkorban untuk bangsa
dan negara. Hal ini demikian, saya juga akan berganding bahu dalam
membangunkan negara. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.

Selain itu, disiplin adalah salah satu sifat yang harus diamalkan oleh
setiap individu dari kecil lagi agar kita akan sentiasa bersopan santun,
berlaku adil dan bertimbang rasa dalam apa jua keadaan.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak


Malaysia. Saya juga berasa bangga kerana dapat menjadi seorang rakyat
Malaysia. Oleh itu, saya berazam untuk menjadi seorang yang berguna
kepada negara apabila besar nanti supaya dapat menyumbang kearah
mencapai matlamat negara.

Anda mungkin juga menyukai