Anda di halaman 1dari 4

SIRI GALAKAN MEMBACA

OLEH SHIMA SYAHRUN NIZAN/SHIMA SNJ

MENGGAPAI IMPIAN

Langit kelihatan mendung , namun hujan tidak juga turun-turun .


Zaleha menyeka peluhnya dengan hujung lengan baju kurungnya. Sudah
jauh dia berjalan. Agaknya pada petang ini rezekinya berkurangan.
Selalunya karipap , onde-onde dan kuih badak ibunya akan habis dijual
sebelum waktu asar.

Namun Zaleha masih tabah mengatur langkahnya hingga ke hujung


Kampung Sena.Kuih-muih di dalam raga itu perlu dijual sampai habis.
Nasihat ibunya , pulang sebelum senja pasti dilangkahinya hari
ini.Apataknya, Kampung Sena jauh dari rumahnya.Hampir 3 km jaraknya.

Selalunya , dia akan menjual kuih dengan mengayuh basikalnya.


Malangnya basikal pemberian AJK PIBG sekolahnya itu pancit semalam.
Namun rutin harian tetap diteruskan jua walau seribu halangan mendatang.
Berehat sehari dari menjual kuih bererti mengurangkan pendapatan
ibunya. Apalagi yang boleh dibuat oleh ibunya.Mak Siti yang sering sakit-
sakit hanya berupaya membuat kuih-muih untuk dijual. Aisyah masih kecil
dan belum bisa mengerti apa-apa.Begitu juga dengan Saiful ,Murni dan
Zuraidah.Masing-masing belum mengenal erti kemiskinan dan penderitaan.
Mujurlah Zaleha dapat mengurangkan bebannya sedikit.

Selepas pulang dari sekolah , Zaleha tanpa mengeluh akan menjaja


kuih ke sekitar kampung berhampiran.
Dia bukan seperti budak lain yang akan ke kelas tambahan untuk
menambah ilmu. Sebaliknya masanya rehatnya dikorbankan untuk
menambah pendapatan keluarganya yang susah.

“Nak, banyak lagikah kuih tu, bagi makcik RM10, malam ni nak buat
kenduri sikit kat surau,” kata wanita yang agak seusia ibunya.
“ Ada , semuanya RM5 saja makcik,” balas Zaleha.

‘Tak mengapalah , selebihnya makcik sedekah saja ya,” kata wanita


itu.

Zaleha kaku seketika. Tetapi ibunya telah berpesan , jangan


mengambil lebih dari yang sepatutnya.Hatinya dalam dilema. Hendak
diturutkan kata hatinya atau perlu diikut nasihat ibunya.

Selepas berfikir seketika ,hatinya nekad mahu memulangkan baki


RM5 itu.

“Tak mengapalah makcik, saya ambil RM5 saja ya,” jawab Zaleha
sambil memulangkan baki duit itu.

Wanita itu hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan


kepalanya.

“Sungguh jujur budak ini,” bisik hati kecilnya.

Zaleha menarik lengan baju untuk melihat jamnya.

“Hm….sudah pukul 6 petang, sudah lewat ni, aku mesti cepat,” bisik
hatinya.

Di rumah, Mak Siti sudah kerap benar merenung ke luar jendela.


Hatinya runsing dan mula digayuti bimbang.

“Selalunya Zaleha sudah sampai ke rumah di waktu-waktu begini,


kemana pulak perginya?” getus hatinya tiba-tiba.
Bunga-bunga resah mula mendatanginya.

“Assalamualaikum..,”
Mendengar suara itu , hati Mak Siti menjadi lega.

“Waalaikummussalam… hai lewat kamu Leha, mak bimbanglah,” kata


Mak Siti.

“ Kuih lambat habis tadi mak, Leha pergi Kampung Sena,” jawab
Zaleha sambil membasuh kakinya .Dingin air dari tempayan membuatkan
dia kegelian.

“Lain kali tak usahlah pergi jauh-jauh nak,kalau tidak habis, bawa saja
balik atau bagi saja pada kanak-kanak ,” cadang Mak Siti.

“Baiklah mak, Leha mandi dulu ya,” jawab Zaleha sambil menuju ke
bilik air.

Pada malam itu Zaleha dan keluarganya makan malam agak awal.
Mak Siti menanak nasi lebih dari biasa. Lauk sungai selalunya menjadi
hidangan utama.Sayur-sayur segar dipetik di tepi sawah oleh Saiful pada
petang tadi.jadi dapatlah ditumis ala kadar. Mak Siti tidak lupa menggulai
siput sawah yang menjadi kegemaran Zaleha. Dia tahu Zaleha tentunya
amat letih selepas menjaja kuih seharian.

Hati Mak Siti senang dan puas melihat anak-anaknya makan dengan
lahap. Saiful , Murni dan Zuraidah memang kuat makan.Tidak seperti
Zaleha yang hanya makan sepinggan nasi setiap kali.

“Idah, tolong mak basuh pinggan ya,kakak kamu dah penat ,biarlah
dia mengulangkaji pelajarannya,” laung Mak Siti dari arah dapur.

“Biarlah mak, bukannya banyakpun, biar Leha yang basuh,” kata


Leha.
Malam itu , bertemankan lampu pelita minyak tanah , Zaleha
mengulangkaji pelajarannya. Esok ujian percubaan UPSR akan bermula.
Hatinya sedikit resah kerana belum menghabiskan semua ulangkajinya.

Sesekali liuk lentuk api pelitanya terpadam oleh angin yang agak kuat pada
malam itu.Angin menerobos masuk melalui dinding lusuh dan
berlubang.Kedinginan itu sudah cukup membuatkan dia tersengguk-sengguk
beberapa kali. Namun ibunya yang setia menemaninya akan menggerakkannya
setiap kali dia terlelap.

Begitulah Zaleha. Pelajar tabah dan pintar yang hampir 5 tahun


kehilangan kasih sayang ayahnya. Namun kekurangan itu bagaikan satu suntikan
kepadanya untuk terus berusaha menggapai kejayaan yang sering dijanjikan
kepada arwah ayahnya suatu ketika dulu.

Dia akan cuba mengekalkan kedudukannya dengan menggenggam 5A


seperti setiap kali ujian .Guru dan rakan-rakan sudah menaruh kepercayaan dan
harapan bahawa anak yatim itu akan mendapat kejayaan .

Anda mungkin juga menyukai