Anda di halaman 1dari 10

Kelebihan Al-Quran dan 

Penghafaz
FADHILAT AL QURAN

SYAIKHUL HADITH HAZRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA

HADITH 1
Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Yang terbaik antara kamu
ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

HADITH 2
Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman,
“Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana
sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku
kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala
perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

HADITH 3
Hazrat Uqbah bin Amir r.a berkata, “Rasulullah s.a.w datang kepada kami ketika kami sedang
duduk di atas suffah dan bertanya, “Siapakah di antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan
atau Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik
tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan silaturrahim?” Kami menjawab, “Setiap orang
daripada kami akan menyukainya.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang pergi ke
masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-Quran adalah lebih baik baginya
daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina
dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina
mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan.”
(Riwayat Muslim, Abu Daud)

HADITH 4
Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang ahli
dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang
membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat
dua ganjaran.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

HADITH 5
Hazrat Abdullah Bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak
dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Seseorang yang Allah swt telah
merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan
malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah
swt) siang dan malam.”
(Riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasa’i)
HADITH 6
Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Perumpamaan
seseorang mukmin yang membaca alQuran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa
limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti
buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang
munafiq yang tidak membaca alQuran adalah umpama buah peria pahit. Buah ini tidak
mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah
seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum tetapi berasa pahit.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I & Ibnu Majah)

HADITH 7
Hazrat Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt
memuliakan ramai orang melalui kitab ini (al-Quran) dan menghina ramai orang dengannya.”
(Riwayat Muslim)

HADITH 8
Hazrat Abdul Rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga
perkara akan berada di bawah naungan Arasy Allah swt pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-
Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua,
amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silahturrahim) yang akan mengisytiharkan, “Ketahuilah,
sesiapa yang menghubungkan aku maka Allah swt akan menghubungkannya (dengan
rahmatNya), sesiapa yang memutuskan aku maka Allah swt akan memutuskannya (daripada
rahmatNya).”
(Diriwayat dalam Kitab Sharhussunnah)

HADITH 9
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari
pengadilan kelak akan dikatakan kepada orang al-Quran, ‘Bacalah al-Quran dengan tartil
sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga).
Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

HADITH 10
Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang
membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan)
sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak
berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf
dan (mim) adalah satu huruf.”
(Riwayat Tirmizi)

HADITH 11
Hazrat Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang
membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua
ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi
daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia
ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-
Quran?.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)

HADITH 12
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika al-Quran itu
dimasukkan ke dalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan
terbakar.”
(Riwayat Darimi)

HADITH 13
Hazrat Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-
Quran lalu menghafalnya dan meghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan
apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah swt dan Allah swt
akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang ahli rumahnya yang kesemua
mereka telah wajib memasuki neraka.”
(Riwayat Tirmizi & Ahmad)

HADITH 14
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Belajarlah dan
bacalah al-Quran kerana sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang menpelajari al-Quran
kemudian membaca dan terus membaca al-Quran dalam solat tahajud adalah seumpama satu
bekas yang penuh dengan kasturi. Bau kasturi yang wangi ini merebak ke setiap penjuru tempat.
Sementara seseorang yang belajar al-Quran kemudian tidur, sedangkan al-Quran berada dalam
hatinya adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup.”
(Riwayat Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

HADITH 15
Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Seseorang yang tidak ada sebahagian pun alQuran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang
telah ditinggalkan kosong.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi & Hakim)

HADITH 16
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Membaca al-Quran
dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca alQuran di
luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal
daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang
daripada api neraka.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 17
Hazrat Abu Hurairah berkata, “Rasulullah s.a.w bertanya kepada kami, ‘Apabila salah seorang
daripada kamu kembali ke rumah, adakah kamu suka jika mendapat tiga ekor unta betina yang
bunting dan besar serta gemuk?’ Kami pun menjawab, ‘Ya’. Kemudian Rasulullah s.a.w
bersabda, “ Tiga ayat yang kamu baca dalam solah adalah lebih baik daripada unta betina yang
bunting dan besar serta gemuk.”
(Riwayat Muslim)

HADITH 18
Hazrat Uthman bin Abdullah bin Aus Thaqafi r.a meriwayatkan daripada datuknya bahawa
Rasulullah s.a.w besabda, “ Membaca al-Quran tanpa mashaf (yakni bacaan melalui ingatan)
mendapat seribu darjat pahala dan membaca alQuran dengan melihat mashaf menggandakan
pahala sehingga dua ribu darjat.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 19
Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “
Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”.
Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Banyak
ingatkan maut dan membaca al-Quran.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 20
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap
sesuatu ada kemuliaan yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu. Sesungguhnya
kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah al-Quran.”
(Dipetik dari kitab al-Hilyah)

HADITH 21
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan “Aku telah berkata, wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya”.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Bertakwalah kepada Allah swt kerana takwa adalah asas bagi segala
amalan”. Aku berkata lagi, “Tambahkan untuk saya”. Baginda s.a.w pun bersabda, “Ambil
beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah nur untuk kamu di dunia ini dan
bekalan untukmu di langit (pada hari kiamat).”
(Riwayat Ibnu Hibban)

HADITH 22
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di
dalam salah satu rumah-rumah Allah swt (masjid), membaca al-quran dan membaca seorang
daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka. Rahmat
meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah swt menyebutmenyebut mereka
di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.”
(Riwayat Muslim & Abu Daud)

HADITH 23
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada suatu perkara
pun yang dapat mengembalikan (menghampirkan kamu) kepada Allah swt lebih afdal daripada
perkara yang telah keluar dariNya sendiri yakni al-Quran.”
(Riwayat Hakim disahihkan oleh Abu Daud & Tirmizi daripada Abu Umamah)
HADITH 24
Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt
mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia”. Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya
Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab, “Orang al-Quran adalah ahli-ahli Allah swt dan orang
Allah swt yang istimewa.”
(Riwayat Nasa’I, Ibnu Majah, al-Hakim & Ahmad)

HADITH 25
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah swt tidak
pernah memberi perhatian terhadap sesuatu sebagaimana Dia memberi perhatian kepada seorang
nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu.”
(Riwayat Bukhari)

HADITH 26
Hazrat Fudalah bin Ubaid r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya
perhatian Allah swt kepada pembaca al-Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang
mendengar hamba perempuannya menyanyi.”
(Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim)

HADITH 27
Hazrat ‘Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai ahli-ahli
al-Quran, jangan kamu membantalkan alQuran. Hendaklah kamu membaca al-Quran
sebagaimana hak pembacaannya, siang dan malam. Sebarkanlah kitab suci itu, bacalah kitab suci
itu dengan suara yang merdu dan renungkanlah kandungan-kandungan kitab suci itu. Dengan ini
kamu akan mendapat kejayaan. Janganlah kamu menggunakan al-Quran untuk mendapatkan
ganjaran yang serta merta (dalam dunia ini) kerana alQuran mempunyai ganjaran yang besar
(pada hari akhirat).”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 28
Hazrat Wathilah bin al-Asqa r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku telah
diberi ‘Sab’a’ sebagai ganti Taurat, ‘Mi’in’ sebagai ganti Zabur, ‘Mathani’ sebagai ganti Injil,
dan aku telah dilebihkan dengan ‘Mufassal’.”
(Riwayat Ahmad dan al Kabir)

Sab’a Mi’in Mathani Mufassal

= tujuh surah pertama (tujuh surah terpanjang) = sebelas surah berikutnya (surah yang
mengandungi seratus ayat) = dua puluh surah berikutnya (surah-surah yang berulang-ulang) =
surah selebihnya (yang dijelaskan)

HADITH 29
Hazrat Abu Sa’id al Khudri r.a meriwayatkan , “Pada suatu ketika saya duduk bersama-sama
satu kumpulan orang Muhajirin yang miskin. Sebahagian dari mereka berselindung di sebalik
yang lain kerana tidak mampu menutup badan dengan sempurna. Seorang qari sedang membaca
al-Quran kepada kami. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w datang dan berdiri hampir dengan kami.
Apabila Nabi s.a.w sedang berdiri berhampiran kami maka qari itu memberhentikan bacaan.
Baginda s.a.w memberi salam kepada kami dan bertanya, “Apakah yang sedang kamu lakukan?”
Kami menjawab, “Kami sedang mendengar al-Quran”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Segala puji
bagi Allah swt yang telah menciptakan di kalangan umatku orang yang daku pun diperintahkan
bersabar duduk bersama mereka”. Hazrat Abu Sa’id r.a berkata lagi, “Rasulullah s.a.w duduk
ditengah-tengah kami supaya Baginda s.a.w berada sama jarak dengan kami. Kemudian Baginda
s.a.w memanggil kami dengan insyarat tangan lalu para sahabat pun duduk mengelilingi Baginda
s.a.w , wajah-wajah mereka menghadap ke arahnya. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda,“
Wahai kamu orang Muhajirin yang miskin, bergembiralah dengan nur yang sempurna pada hari
kiamat , kamu akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang kaya dengan perbezaan
setengah hari dan setengah hari itu adalah bersamaan dengan lima ratus tahun.”

(Riwayat Abu Daud)

HADITH 30
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang
mendengar satu ayat daripada al-Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan yang digandakan dan
sesiapa membaca satu ayat, bacaannya itu akan menjadi nur untuknya pada hari kiamat.”
(Riwayat Ahmad)

HADITH 31
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang
membaca al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara
terang-terangan dan seseorang yang membaca al-Quran secara senyap adalah seumpama seorang
yang memberi sedekah secara sembunyi.”
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I dan Hakim)

HADITH 32
Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Al-Quran adalah pemberi
syafaat yang syafaatnya diterima sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang
meletakkan al-Quran di hadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan
alQuran di belakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)

HADITH 33
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa dan al-
Quran akan meminta syafaat untuk seseorang. Puasa akan memohon, ‘Ya Allah, aku telah
menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari maka Engkau terimalah syafaatku
ini untuknya’. AlQuran pula berkata, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada tidur pada
waktu malam maka terimalah syafaatku untuknya’. Kedua-dua syafaat itu akan diterima.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunia, Tbarani dan Hakim)

HADITH 34
Hazrat Sa’id bin Sulaim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari kiamat,
tidak ada pemberi syafaat lebih tinggi di sisi Allah swt melainkan al-Quran, bukan nabi bukan
juga malaikat dan lain-lain.”
(Riwayat Abdul Malik bin Habib demikian dalam syarah Ihya’ Ulumuddin)

HADITH 35
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang
membaca al-Quran maka dia menyimpan pengetahuan kenabian di dalam dadanya, cuma tidak
diturunkan wahyu kepadanya. Adalah tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai (ilmu) al-
Quran memarahi orang pemarah dan tidak patut dia bertindak jahil terhadap orang jahil
sedangkan al-Quran berada dalam dadanya.”
(Riwayat Hakim dengan sanad yang sahih)

HADITH 36
Hazrat Abdullah bin Umar r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga
macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru-hara dan
mereka tidak akan dihisab. Mereka berada di atas timbunan-timbunan kasturi sehinggalah
kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran
sematamata kerana Allah swt dan kemudian mengimani orang ramai dalam solah sedangkan
mereka menyukainya. Kedua ialah orang yang mengajak oarang lain kepada solah semata-mata
kerana Allah swt. Ketiga ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya, juga
antara dirinya dengan orang bawahannya”
(Riwayat Tabarani)

HADITH 37
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar,
sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah swt
lebih baik bagimu daripada mengerjakan solah sunat seratus rakaat. Pemergiaanmu pada waktu
pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu yang (berpeluang) diamalkan atau tidak
(berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan seribu rakaat solah sunat.”
(Riwayat Ibnu Majah)

HADITH 38
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang
membaca sepuluh ayat (daripada al-Quran) pada satu malam maka dia tidak akan dikira di
kalangan orang yang lalai (daripada mengingati Allah swt).”
(Riwayat Hakim)

HADITH 39
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang
menjaga solah-solah fardu tidak akan dimasukkan di kalangan orang yang lalai. Sesiapa
membaca seratus ayat dalam satu malam akan dikira di kalangan ‘qanitin ‘(orang yang taat).”
(Riwayat Hakim)

HADITH 40
Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan, “Hazrat Jibril telah turun dan memberitahu
Rasulullah s.a.w bahawa banyak fitnah (huru hara) akan pasti berlaku. Rasulullah s.a.w bertanya,
“Apakah jalan keluar daripada keadaan itu, wahai Jibril?” Jibril a.s menjawab, “Kitab Allah
swt.”
(Riwayat Ruzain)

PERINGATAN
Setiap hadith yang didatangkan, mempunyai huraian dan keterangan yang jelas mengikut
kehendak hadith. Keterangan ini boleh didapati di dalam kitab asal hadith-hadith ini dipetik.

KELEBIHAN AL QURAN
KELEBIHAN AL QURAN
Oleh Ust Hj. Mohd Saleh Bin Ramli
Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang

MAKSUD AL QURAN
Muhammad ‘Ali ash-Shabuni mendefinisikan AlQur’an sebagai berikut:

“Al-Qur’an adalah firman Allah yang tiada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dan ditulis pada
mushaf-mushaf yang kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta membaca dan
mempelajarinya merupakan ibadah, yang dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan
surah An-Nas”

PERINGKAT PENURUNAN AL QURAN


Al Quran diturunkan dengan 3 peringkat:
 Turun Dari Lauh Mahfuz turun ke langit dunia dipanggil Baitul ‘Izzah.  Dari Baitul ‘Izzah
turun kepada Nabi saw

BILAKAH AL QURAN DITURUNKAN


Al Quran diturunkan pada bulan Ramadhan berdasarkan firman Allah swt,

‫شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان‬


Bulan ramadhan yang diturunkan Al Quran padanya

‫إنا أنزلناه في ليلة القدر‬


Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada malam Al-Qadr

AYAT YANG PERTAMA DITURUNKAN


ْ ‫ك‬ ْ ‫ س ن م َل َل ا ْق‬.)2 :‫ق (العلق‬ ْ ‫سورة العلق ا ْق‬
َ َ ‫رأ ِاسْ ِ َب َ اّ ِي‬
ُ َ ‫الك‬ َ ‫رأ َرب‬ ٍ ‫ق الِن َا َ ِْن َع‬
َ ‫ َ ب م ر ّك لذ خل َخ‬.)1 :‫ق (العلق‬
‫ َلم ل س ن م ل ي ْل‬.)5 :‫ لذ َلم ب َل ّع َ ا ِن َا َ َا َ ْم َ َع ْم (العلق‬.)4 :‫ َ و َ ّ َ رم اّ ِي ّع َ ِْالقَ ِم (العلق‬.)3 :‫(العلق‬

AYAT TERAKHIR DITURUNKAN


Pendapat pertama menyatakan bahawa ayat terakhir yang turun ialah ayat 3 surah al Maaidah,
Tetapi pendapat yang diterima ialah ayat 281 surah Al Baqarah,

AL QURAN TURUN KEPADA NABI SAW


Wahyu

Allah diturunkan kepada Nabi saw samada dengan perantaraan ataupun tanpa perantaraan.
Wahyu yang diturunkan tanpa perantaraan samada dalam bentuk mimpi ataupun percakapan
Allah secara terus dalam keadaan nabi saw sedar.
Yang diturunkan dengan perantaraan Jibril pula samada datang dengan atau datang dalam
bentuk suara yangmenyamar sebagai manusia biasa kuat seperti bunyi loceng.

TEMPOH PENURUNAN AL QURAN


selama 23 tahun iaitu 13 tahun Al Quran diturunkan berasnsur-ansur  Ayat-ayat yang turun
didi Makkah dan bakinya 10 tahun di Madinah. Makkah dinamakan sebagai ayat Makkiyah
manakala ayat-ayat yang turun di Madinah dinamakan sebagai Madaniyyah.

KELEBIHAN MEMPELAJARI AL QURAN


Uthman Bin Affan r.a berkata bahawa Nabi saw bersabda, Sebaik-baik manusia ialah mereka
yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.

Dari AL QURAN MEMBERI SYAFAAT


Al Quran memberi syafaat kepada orang yang membaca dan menghafalnya.

RUMAH YANG KOSONG


Dari Ibnu Abbas r.ahuma berkata bahawa Nabi saw bersabda, orang yang tidak ada di dalam
dada sepotong pun ayat Al Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

Membersihkan Karat Hati


Nabi saw bersabda, sesungguhnya hati akan berkarat sepertimana besi akan berkarat apabila
terkena air. Lalu sahabat bertanya apakah cara membersihkannya? Nabi saw menjawab,
memperbanyakkan mengingati mati dan membaca Al Quran.

10 GOLONGAN YANG TIDAK REPUT


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK
dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 1. Para Nabi 2 Para Ahli
Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin
yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau
dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan
orang yang beriman.

KISAH MAYAT YANG TIDAK REPUT


Satu kejadian yang aneh telah berlaku di sebuah kubur di daerah pasir mas ketika beberapa orang
sedang menggali kubur. Beberapa orang penggali kubur telah menggali kubur tiba tiba cangkul
berdenting lalu digalinya lagi , beliau menjumpa satu batu nisan yang agak panjang , lalu batu
nisan tadi diangkat , dan kerja kerja menggali kubur itu diteruskan. lebih kurang 4 kaki kubur itu
digali beliau melihat sekujur mayat yang nampaknya masih baru lagi tetapi mayat berkenaan
tiada seurat benang pun ditubuhnya mungkin kain kapan telah reput bagitu juga lah dengan kayu
didalamnya. Penggali kubur ini mendapatkan imam dikampung berkenaan untuk pengesahan
mayat siapa , lalu datang imam , imam berkenaan berkata yang orang ini telah meninggal hampir
70 tahun.

SIFAT PENGHAFAZ AL QURAN


 Ikhlas niat  Yakin dan percaya kepada Allah dan RasulNya.  Menjaga Solat Azam untuk
beramal dengan Al Quran Menghindari maksiat Tawadhu’ )merendah diri( Sabar  Rajin 

ADAB MENGHAFAZ AL QURAN


Ikhlas Niat Berwudhu’ Pegang Al Quran dengan penuh penghormatan Cari tempat yang bersih
Memakai pakaian yang bersih Bersugi Menghadap qiblat Hadirkan hati bahawa ini adalah kalam
Tuhan Membaca Istiazah Membaca Basmalah Membaca Doa Membaca Al Quran dengan
khusyu’ dan tadabbur Tidak bercakap-cakap ketika membaca Al Quran Mengakhiri bacaan
dengan doa

KAEDAH MENGHAFAL AL QURAN


Talaqqi dengan Guru/Ustaz/Muallim Baca berulang kali sehingga bacaan lancar dan sempurna
Mula menghafal satu persatu ayat. Lancarkan hafalan. Tasmik dengan rakan sekurang-kurangnya
3 orang. Lancarkan sekali lagi. Tasmik dengan Guru/Ustaz/Muallim. Ulang sendiri 3 kali. Tulis
ayat yang ditasmik dalam buku tulis/log dsbg. Ulang hafalan yang lama.

KESIMPULAN
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca dan menghafal Al-Quran agar Allah swt
suka kepada kita dan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai