Anda di halaman 1dari 45

FADHILAT AL QURAN

SYAIKHUL HADITH HAZRAT MAULANA


MUHAMMAD ZAKARIYYA
• HADITH 1 Orang yang terbaik
• HADITH 2 Kelebihan tilawah dan ketinggian kalamullah
• HADITH 3 Ganjaran dua, tiga dan empat ayat al-Quran
• HADITH 4 Ganjaran bagi pembaca yang lancar dan tidak lancar
• HADITH 5 Hasad hanya dibenarkan dalam dua perkara
• HADITH 6 Perbandingan orang yang membaca dan tidak membaca al-Quran
• HADITH 7 Mulia dan hina bangsa kerana al-Quran
• HADITH 8 Tiga perkara yang akan berada di bawah lindungan 'arash pada hari
pengadilan
• HADITH 9 Ketinggian darjat dalam syurga kerana al-Quran
• HADITH 10 Ganjaran sepuluh pahala bagi setiap huruf
• HADITH 11 Ibubapa pembaca & pengamal al-Quran akan dipakaikan mahkota
• HADITH 12 Api tidak dapat membakar al-Quran
• HADITH 13 Syafaat orang yang menghafal al-Quran
• HADITH 14 Orang yang belajar dan membaca al-Quran seperti bekas berisi kasturi
• HADITH 15 Orang yang tidak menghafal al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan
kosong
• HADITH 16 Membaca al-Quran dalam solah adalah yang terafdal
• HADITH 17 Ganjaran membaca tiga ayat dalam solah
• HADITH 18 Ganjaran bagi bacaan dengan melihat dan bacaan dengan hafalan
• HADITH 19 Membaca al-Quran membersihkan karat daripada hati
• HADITH 20 Al-Quran adalah kemegahan dan kebanggaan bagi orang Islam
• HADITH 21 Bacaan al-Quran adalah nur untuk kehidupan dunia & bekalan akhirat
• HADITH 22 Turunnya sakinah dan rahmat ke atas pembaca al-Quran
• HADITH 23 Membaca al-Quran adalah cara yang terbaik untuk mendekatkan diri
kepada Allah
• HADITH 24 Orang al-Quran adalah ahli Allah
• HADITH 25 Perhatian istimewa Allah terhadap bacaan al-Quran oleh seorang nabi
• HADITH 26 Perhatian istimewa Allah terhadap bacaan al-Quran oleh seorang qari
• HADITH 27 Membaca al-Quran siang dan malam
• HADITH 28 AI-Quran mengandungi rumusan semua ajaran kitab-kitab
Allah yang terdahulu
• HADITH 29 Nabi bersama muhajirin yang miskin
• HADITH 30 Ganjaran untuk orang yang membaca dan mendengar bacaan al-Quran
• HADITH 31 Ganjaran bagi orang yang membaca dengan suara yang kuat dan perlahan
• HADITH 32 AI-Quran sebagai pemberi syafaat
• HADITH 33 Puasa dan al-Quran akan memohon syafaat
• HADITH 34 Al-Quran pemberi syafaat yang tertinggi
• HADITH 35 Pernbaca al-Quran menyimpan ilmu kenabian di dada
• HADITH 36 Tiga golongan akan berjalan di atas timbunan kasturi
• HADITH 37 Belajar satu ayat lebih baik dari seratus rakaat solah sunat
• HADITH 38 Orang yang membaca sepuluh ayat waktu malam tidak digolongkan
di kalangan orang yang lalai
• HADITH 39 Orang yang membaca seratus ayat pada satu malam digolongkan di
kalangan 'qaniteen'
• HADITH 40 Kitabullah adalah penyelamat daripada fitnah
HADITH 1

Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa


Rasulullah s.a.w bersabda,
“Yang terbaik antara kamu ialah orang yang
belajar al-Quran dan mengajarkannya.”

(Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)


HADITH 2
Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada
masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana
sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan
kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan
kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian
perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah
seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk
ciptaanNya.”

(Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)


HADITH 3
Hazrat Uqbah bin Amir r.a berkata, “Rasulullah
s.a.w datang kepada kami ketika kami sedang
duduk di atas suffah dan bertanya, “Siapakah di antara kamu
yang suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq setiap hari dan
membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang
terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan
silaturrahim?” Kami menjawab, “Setiap orang daripada kami akan
menyukainya.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila
seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua
potong ayat daripada al-Quran adalah lebih baik baginya
daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya
daripada tiga ekor unta betina dan begitu juga empat potong ayat
adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina
mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta
jantan.”

(Riwayat Muslim, Abu Daud)


HADITH 4

Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa


Rasulullah s.a.w bersabda,
“Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan
berada bersama malaikat pencatat yang mulia
dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran
dengan tersekat-sekat dan bersusah payah
untuk membacanya akan mendapat dua
ganjaran.”

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)


HADITH 5
Hazrat Abdullah Bin Umar r.anhuma meriwayatkan
bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua
jenis orang. Seseorang yang Allah swt telah merahmatinya
dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam
keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang
dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan
Allah swt) siang dan malam.”

(Riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasa’i)


HADITH 6
Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda,
“Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-
Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa
limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang
tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar,
sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis.
Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca al-
Quran adalah umpama buah peria pahit. Buah ini tidak
mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang
munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga
‘raihanah’, berbau harum tetapi berasa pahit.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I & Ibnu Majah)
HADITH 7

Hazrat Umar r.a meriwayatkan bahawa


Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya Allah swt memuliakan ramai
orang melalui kitab ini (al-Quran) dan menghina
ramai orang dengannya.”

(Riwayat Muslim)
HADITH 8
Hazrat Abdul Rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiga perkara akan berada di bawah naungan Arasy Allah
swt pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan
berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai
zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan
(silahturrahim) yang akan mengisytiharkan, “Ketahuilah,
sesiapa yang menghubungkan aku maka Allah swt akan
menghubungkannya (dengan rahmatNya), sesiapa yang
memutuskan aku maka Allah swt akan memutuskannya
(daripada rahmatNya).”

(Diriwayat dalam Kitab Sharhussunnah)


HADITH 9

Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Pada hari pengadilan kelak akan dikatakan
kepada orang al-Quran, ‘Bacalah al-Quran
dengan tartil sebagaimana kamu telah
membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi
darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat
(kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir
yang kamu baca.”

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)
HADITH 10

Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada
kitab Allah swt maka untuknya diberi satu
hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf
itu dan satu hasanah adalah sama dengan
sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim)
sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf,
(lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu
huruf.”

(Riwayat Tirmizi)
HADITH 11

Hazrat Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal
dengan apa-apa yang terkandung dalamnya
maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan
mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota
itu akan melebihi daripada cahaya matahari,
sungguhpun matahari itu berada di dalam
rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah
bagaimana pula keadaan orang yang dirinya
sendiri beramal dengan al-Quran?.”

(Riwayat Ahmad & Abu Daud)


HADITH 12

Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Jika al-Quran itu dimasukkan ke dalam kulit dan
kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya
kulit itu tidak akan terbakar.”

(Riwayat Darimi)
HADITH 13

Hazrat Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah


s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca al-Quran lalu
menghafalnya dan meghalalkan apa-apa yang
halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa
yang haram dalamnya akan dimasukkan ke
dalam syurga oleh Allah swt dan Allah swt akan
menerima syafaatnya yang diberi kepada
sepuluh orang ahli rumahnya yang kesemua
mereka telah wajib memasuki neraka.”

(Riwayat Tirmizi & Ahmad)


HADITH 14
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda,
“Belajarlah dan bacalah al-Quran kerana sesungguhnya
perumpamaan bagi orang yang menpelajari al-Quran
kemudian membaca dan terus membaca al-Quran dalam
solat tahajud adalah seumpama satu bekas yang penuh
dengan kasturi. Bau kasturi yang wangi ini merebak ke
setiap penjuru tempat. Sementara seseorang yang belajar
al-Quran kemudian tidur, sedangkan al-Quran berada
dalam hatinya adalah seumpama bekas yang penuh
dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup.”

(Riwayat Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)


HADITH 15

Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma


meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda,
“Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-
Quran dalam hatinya adalah seumpama rumah
yang telah ditinggalkan kosong.”

(Riwayat Tirmizi, Darimi & Hakim)


HADITH 16
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda,
“Membaca al-Quran dalam solah adalah lebih afdal
daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca al-
Quran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir
(memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada
sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan
puasa adalah penghalang daripada api neraka.”

(Riwayat Baihaqi)
HADITH 17

Hazrat Abu Hurairah berkata, “Rasulullah


s.a.w bertanya kepada kami, ‘Apabila salah
seorang daripada kamu kembali ke rumah,
adakah kamu suka jika mendapat tiga ekor unta
betina yang bunting dan besar serta gemuk?’
Kami pun menjawab, ‘Ya’. Kemudian Rasulullah
s.a.w bersabda, “ Tiga ayat yang kamu baca
dalam solah adalah lebih baik daripada unta
betina yang bunting dan besar serta gemuk.”

(Riwayat Muslim)
HADITH 18

Hazrat Uthman bin Abdullah bin Aus Thaqafi r.a


meriwayatkan daripada datuknya bahawa
Rasulullah s.a.w besabda, “ Membaca al-Quran
tanpa mashaf (yakni bacaan melalui ingatan)
mendapat seribu darjat pahala dan membaca al-
Quran dengan melihat mashaf menggandakan
pahala sehingga dua ribu darjat.”

(Riwayat Baihaqi)
HADITH 19

Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma


meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
besabda, “ Sesungguhnya hati-hati ini akan
berkarat sebagaimana besi berkarat apabila
terkena air”. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah,
apakah penggilapnya?” Rasulullah s.a.w
bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca
al-Quran.”

(Riwayat Baihaqi)
HADITH 20

Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa


Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaan
yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu.
Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan
umatku ialah al-Quran.”

(Dipetik dari kitab al-Hilyah)


HADITH 21
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan “Aku telah berkata, wahai
Rasulullah, nasihatkanlah saya”. Rasulullah s.a.w
bersabda, “Bertakwalah kepada Allah swt kerana takwa
adalah asas bagi segala amalan”. Aku berkata lagi,
“Tambahkan untuk saya”. Baginda s.a.w pun bersabda,
“Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran
adalah nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu di
langit (pada hari kiamat).”

(Riwayat Ibnu Hibban)


HADITH 22
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a Rasulullah
s.a.w bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di
dalam salah satu rumah-rumah Allah swt
(masjid), membaca al-quran dan membaca
seorang daripada mereka kepada yang lain
melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka.
Rahmat meliputi mereka, para malaikat
mengelilingi mereka dan Allah swt menyebut-
menyebut mereka di kalangan malaikat yang
berada di sisiNya.”

(Riwayat Muslim & Abu Daud)


HADITH 23

Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa


Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tidak ada suatu perkara pun yang dapat
mengembalikan (menghampirkan kamu) kepada
Allah swt lebih afdal daripada perkara yang telah
keluar dariNya sendiri yakni al-Quran.”

(Riwayat Hakim disahihkan oleh Abu Daud & Tirmizi daripada Abu Umamah)
HADITH 24

Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa


Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya Allah swt mempunyai ahli-ahli
dari kalangan manusia”. Para sahabat bertanya,
“Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda s.a.w
menjawab, “Orang al-Quran adalah ahli-ahli
Allah swt dan orang Allah swt yang istimewa.”

(Riwayat Nasa’I, Ibnu Majah, al-Hakim & Ahmad)


HADITH 25

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa


Rasulullah s.a.w bersabda,
“Allah swt tidak pernah memberi perhatian
terhadap sesuatu sebagaimana Dia memberi
perhatian kepada seorang nabi yang membaca
al-Quran dengan suara lunak merdu.”

(Riwayat Bukhari)
HADITH 26

Hazrat Fudalah bin Ubaid r.a meriwayatkan


Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada
pembaca al-Quran lebih daripada perhatian
seorang tuan yang mendengar hamba
perempuannya menyanyi.”

(Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim)


HADITH 27
Hazrat ‘Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai ahli-ahli al-Quran, jangan kamu membantalkan al-
Quran. Hendaklah kamu membaca al-Quran sebagaimana
hak pembacaannya, siang dan malam. Sebarkanlah kitab
suci itu, bacalah kitab suci itu dengan suara yang merdu
dan renungkanlah kandungan-kandungan kitab suci itu.
Dengan ini kamu akan mendapat kejayaan. Janganlah
kamu menggunakan al-Quran untuk mendapatkan
ganjaran yang serta merta (dalam dunia ini) kerana al-
Quran mempunyai ganjaran yang besar (pada hari
akhirat).”
(Riwayat Baihaqi)
HADITH 28
Hazrat Wathilah bin al-Asqa r.a meriwayatkan
Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Aku telah diberi ‘Sab’a’ sebagai ganti Taurat,
‘Mi’in’ sebagai ganti Zabur, ‘Mathani’ sebagai
ganti Injil, dan aku telah dilebihkan dengan
‘Mufassal’.”

(Riwayat Ahmad dan al Kabir)

Sab’a = tujuh surah pertama (tujuh surah terpanjang)


Mi’in = sebelas surah berikutnya (surah yang mengandungi seratus ayat)
Mathani = dua puluh surah berikutnya (surah-surah yang berulang-ulang)
Mufassal = surah selebihnya (yang dijelaskan)
HADITH 29
Hazrat Abu Sa’id al Khudri r.a meriwayatkan ,
“Pada suatu ketika saya duduk bersama-sama satu kumpulan orang Muhajirin yang
miskin. Sebahagian dari mereka berselindung di sebalik yang lain kerana tidak
mampu menutup badan dengan sempurna. Seorang qari sedang membaca al-Quran
kepada kami. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w datang dan berdiri hampir dengan kami.
Apabila Nabi s.a.w sedang berdiri berhampiran kami maka qari itu memberhentikan
bacaan. Baginda s.a.w memberi salam kepada kami dan bertanya, “Apakah yang
sedang kamu lakukan?” Kami menjawab, “Kami sedang mendengar al-Quran”.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Segala puji bagi Allah swt yang telah menciptakan di
kalangan umatku orang yang daku pun diperintahkan bersabar duduk bersama
mereka”. Hazrat Abu Sa’id r.a berkata lagi, “Rasulullah s.a.w duduk ditengah-tengah
kami supaya Baginda s.a.w berada sama jarak dengan kami. Kemudian Baginda
s.a.w memanggil kami dengan insyarat tangan lalu para sahabat pun duduk
mengelilingi Baginda s.a.w , wajah-wajah mereka menghadap ke arahnya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda,“ Wahai kamu orang Muhajirin yang miskin,
bergembiralah dengan nur yang sempurna pada hari kiamat , kamu akan memasuki
syurga terlebih dahulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan
setengah hari itu adalah bersamaan dengan lima ratus tahun.”

(Riwayat Abu Daud)


HADITH 30

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada
al-Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan
yang digandakan dan sesiapa membaca satu
ayat, bacaannya itu akan menjadi nur untuknya
pada hari kiamat.”

(Riwayat Ahmad)
HADITH 31

Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Seseorang yang membaca al-Quran dengan
bersuara adalah seumpama seorang yang
memberi sedekah secara terang-terangan dan
seseorang yang membaca al-Quran secara
senyap adalah seumpama seorang yang
memberi sedekah secara sembunyi.”

(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I dan Hakim)


HADITH 32

Hazrat Jabir r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Al-Quran adalah pemberi syafaat yang
syafaatnya diterima sebagai pembela yang
pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang
meletakkan al-Quran di hadapan, al-Quran akan
membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan al-
Quran di belakang maka al-Quran akan
mencampakkannya ke dalam neraka.”

(Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)


HADITH 33
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Puasa dan al-Quran akan meminta syafaat untuk
seseorang. Puasa akan memohon, ‘Ya Allah, aku telah
menghalangnya daripada makan dan minum pada siang
hari maka Engkau terimalah syafaatku ini untuknya’. Al-
Quran pula berkata, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya
daripada tidur pada waktu malam maka terimalah
syafaatku untuknya’. Kedua-dua syafaat itu akan diterima.”

(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunia, Tbarani dan Hakim)


HADITH 34

Hazrat Sa’id bin Sulaim r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Pada hari kiamat, tidak ada pemberi
syafaat lebih tinggi di sisi Allah swt
melainkan al-Quran, bukan nabi bukan
juga malaikat dan lain-lain.”

(Riwayat Abdul Malik bin Habib demikian dalam syarah Ihya’ Ulumuddin)
HADITH 35
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca al-Quran maka dia
menyimpan pengetahuan kenabian di dalam
dadanya, cuma tidak diturunkan wahyu
kepadanya. Adalah tidak wajar bagi seseorang
yang mempunyai (ilmu) al-Quran memarahi
orang pemarah dan tidak patut dia bertindak jahil
terhadap orang jahil sedangkan al-Quran berada
dalam dadanya.”
(Riwayat Hakim dengan sanad yang sahih)
HADITH 36
Hazrat Abdullah bin Umar r.anha meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari
kiamat yang penuh dengan huru-hara dan mereka tidak
akan dihisab. Mereka berada di atas timbunan-timbunan
kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab.
Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran semata-
mata kerana Allah swt dan kemudian mengimani orang
ramai dalam solah sedangkan mereka menyukainya.
Kedua ialah orang yang mengajak oarang lain kepada
solah semata-mata kerana Allah swt. Ketiga ialah orang
yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya, juga
antara dirinya dengan orang bawahannya”

(Riwayat Tabarani)
HADITH 37

Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Abu Zar, sesungguhnya pemergianmu pada
waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab
Allah swt lebih baik bagimu daripada mengerjakan
solah sunat seratus rakaat. Pemergiaanmu pada
waktu pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu
yang (berpeluang) diamalkan atau tidak
(berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada
kamu mengerjakan seribu rakaat solah sunat.”

(Riwayat Ibnu Majah)


HADITH 38

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca sepuluh ayat (daripada
al-Quran) pada satu malam maka dia tidak akan
dikira di kalangan orang yang lalai (daripada
mengingati Allah swt).”

(Riwayat Hakim)
HADITH 39

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan


bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang menjaga solah-solah fardu tidak
akan dimasukkan di kalangan orang yang lalai.
Sesiapa membaca seratus ayat dalam satu
malam akan dikira di kalangan ‘qanitin ‘(orang
yang taat).”

(Riwayat Hakim)
HADITH 40

Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma


meriwayatkan, “Hazrat Jibril telah turun dan
memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa banyak
fitnah (huru hara) akan pasti berlaku. Rasulullah
s.a.w bertanya, “apakah jalan keluar daripada
keadaan itu, wahai Jibril?” Jibril a.s menjawab,
“Kitab Allah swt.”

(Riwayat Ruzain)
PERINGATAN

Setiap hadith yang didatangkan, mempunyai


huraian dan keterangan yang jelas mengikut
kehendak hadith. Keterangan ini boleh didapati
di dalam kitab asal hadith-hadith ini dipetik.
PETIKAN DARI …

Anda mungkin juga menyukai