Anda di halaman 1dari 7

Hubungjalin Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

dan Keberkesanan Pelaksanaannya di Sekolah-Sekolah

Konsep pendidikan di Malaysia adalah berteraskan kepada pendidikan


umum yang diertikan sebagai pendidikan yang memberi tumpuan kepada
perkembangan segala potensi diri pelajar secara menyeluruh untuk
membolehkannya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berguna.
Proses perkembangan dan orientasi diri ini bertujuan melahirkan pelajar-pelajar
yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani.

Disamping matapelajaran yang lain diajar di sekolah-sekolah di Malaysia,


Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan seharusnya dan dengan mudah
dapat memenuhi kehendak dan aspirasi pendidikan umum Negara. Ini adalah
berdasarkan bahawa Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan
dua bidang ilmu yang lengkap yang mempunyai perhubungan rapat dengan
perkembangan diri pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti daripada kedua-dua
matapelajaran ini, secara tidak langsung ianya berkemampuan membina dan
mengembangkan fizikal, mental, sosial dan rohani diri pelajar dengan harapan
pelajar-pelajar ini kelak dapat menjadi seorang insan yang seimbang dan
harmonis serta produktif dan dapat menyumbang kepada nusa, bangsa dan
Negara.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, konsep mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah ialah bertujuan memberi penekanan terhadap perkembangan
menyeluruh dan seimbang bagi setiap pelajar sekolah dari segi kesihatan
jasmani, mental emosi, sosial dan rohani mereka.

1
Tujuan PJ dan PK di sekolah adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar
menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap dan
pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan harian.

Untuk mencapai tujuan murni ini, penekanan pelajaran PJ dan PK adalah


untuk memberi sebanyak pengetahuan yang boleh dalam bentuk teori dan amali
tentang aspek-aspek pemeliharaan dan peningkatan kesihatan dan kecergasan
diri pelajar. Melalui cara ini pelajar-pelajar dapat membuat keputusan yang positif
dengan menggunakan pengetahuan yang dipelajari kearah pengawalan
penjagaan dan peningkatan kesihatan yang lebih sempurna bukan hanya untuk
diri sendiri tetapi juga untuk anggota keluarga dan masyarakat di sekelilingnya.

Pelajaran PJ dan PK juga memberi perhatian kepada dunia kanak-kanak


dan remaja dari aspek persediaan bagi memenuhi segala keperluan fizilkal,
social, dan intelek diri pelajar yang ada kaitannya di antara pelajar dan masa
depan mereka. Oleh itu penekanan kepada kaitan di antara pelajaran bilik darjah
dengan kegiatan luar bilik darjah diutamakan. Banyak latihan berbentuk amali
diperkenalkan untuk mendorong pelajar-pelajar berusaha sendiri untuk
melakukannya semasa di alam persekolahan dan ketika dewasa. Ini merupakan
pembelajaran sepanjang hayat.

Gambarajah yang dipersembahkan di sini mengandugi unsur-unsur yang


tersurat dan tersirat. Jika diteliti secara mendalam, faedah yang diperolehi hasil
daripada kedua-dua mata pelajaran ini amat berguna bagi melahirkan insan yang
syumul atau komprehensif (lengkap). Tidak ada mata pelajaran yang lain yang
diajar di sekolah dapat setanding dengan pelajaran PJ dan PK sekiranya kedua
mata pelajaran ini diajar dengan betul, bersistematik dan bersungguh-sunguh.

2
HUBUNGKAIT PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Nilai
Sikap
Pengetahuan

Mengembangkan
Potensi
Pelajar Pendidikan Pendidikan Diri Pelajar
Jasmani Kesihatan Insan
- Fizikal Seimbang
- Mental
- Emosi
Amalan - Sosial
Kemahiran - Rohani
Aktiviti
Fizikal

PENDIDIKAN
KESIHATAN

Nilai
Sikap PELAJAR
GURU Konsep
Pengetahuan
Aktiviti
Latihan
Amalan

PENDIDIKAN
JASMANI

3
Berdasarkan hakikat inilah maka banyak usaha telah dibuat, banyak
seminar dan bengkel dilancarkan dan beratus-ratus kertas kerja dan cadangan
disalurkan kepada pihak tertentu seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Daerah, Pengetua dan Guru-guru besar dan guru-guru,
termasuklah juga guru-guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Tujuannya adalah supaya segala pembaharuan dari segi perkembangan,


pelaksanaan, pendekatan dan susunan semula matapelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah-sekolah dapat dilaksanakan
secara lebih teratur lagi. Segala usaha murni ini dibuat dengan harapan untuk
meningkatkan lagi prestasi pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Kerja-kerja memurnikan kurikulum PJ dan PK sentiasa terus dibuat sepanjang
tahun dengan harapan untuk meninggikan lagi prestasi pengajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah-sekolah supaya matapelajaran
tersebut diterima setaraf dengan matapelajaran yang lain yang diajar di sekolah-
sekolah. Apa yang diharapkan juga adalah supaya Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan walaupun tidak mempunyai nilai akademik dalam
peperiksaan umum tetapi masih boleh diterima kepentingannya sebagai salah
satu matapelajaran yang dapat memenuhi matlamat dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.

Tetapi apa yang berlaku di sekolah-sekolah menengah ialah kedua-dua


matapelajaran ini telah diabaikan. Ia mengalami kemerosotan sokongan yang
serius, ia dibebankan dengan kekurangan bantuan sehingga mengakibatkan
program Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah
terpaksa melalui ‘satu sindrom pentadbiran, pengelolaan dan pengajaran yang
berkrisis’.
.

4
Kegagalan Pengajaran Program Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan di sekolah-sekolah di antara lain adalah disebabkan oleh :

1. Guru tidak berjaya mendidik pelajar-pelajar melalui aktiviti fizikal.


2. Guru tidak berjaya menggunakan saluran pendidikan untuk membantu
pelajar-pelajar mencapai potensi diri mereka.
3. Guru tidak berjaya memberi perhatian kepada pelbagai keperluan dan
masalah kesihatan yang timbul kerana keadaan hidup masa kini.
4. Guru kurang memberi perhatian keseluruhan kepada dunia remaja dari
segi persediaan untuk memenuhi keperluan-keperluan semasa dan
masa depan pelajar.
5. Pembaharuan tidak dibuat untuk mendapatkan daya pengeluaran yang
lebih tinggi dalam meninggikan pengetahuan, perancangan,
pengelolaan dan pengajaran mata pelajaran tersebut.

5
PENILAIAN PROGRAM

1. Adakah sekolah mempunyai guru Pendidkan Jasmani dan Kesihatan


yang terlatih?
2. Adakah objektif program Pendidkan Jasmani dan Kesihatan di sekolah
jelas ternyata?
3. Adakah guru-guru dan pelajar-pelajar dapat memahami objektif
program?
4. Adakah semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bekerjasama
untuk merancang program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
sekolah?
5. Adakah pelajar terlibat dalam perancangan kegiatan pembelajaran?
6. Adakah program kelas PJ berbentuk pembelajaran, main atau
rekreasi?
7. Adakah kelas bermula dan berakhir tepat pada masanya?
8. Adakah penilaian dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran
pembelajaran?
9. Adakah program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikaitkan?
10. Adakah program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijalankan
sebagai dua mata pelajaran yang berasingan? Mengapa?

Soalan di atas ini adalah berkaitan dengan bagaimana Program PJ dan


PK dilaksanakan di sekolah-sekolah. Anda dikehendaki menulis jawapan anda
berdasarkan pada apa yang sebenarnya berlaku dan tidak mengikut perasaan
atau fikiran anda. Tidak ada jawapan yang betul atau salah bagi soalan-soalan
tersebut. Markah tidak diberi. Selamat berjaya.
INGAT – “YOU ARE NOT EDUCATED IF YOU ARE NOT PHYSICALY
AND MENTALLY EDUCATED”

6
Sekian dan Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai