Anda di halaman 1dari 3

http://mindaakhirzaman.com/e107_plugins/content/content.php?content.

39
Page 1/3

Beza Antara Nafsu Lelaki dan Wanita


artikel
Dato Ameer, Tuesday 25 December 2007 - 00:00:00

MINDA AKHIR ZAMAN

BEZA ANTARA NAFSU LELAKI DAN WANITA

Basmallah

Terima kasih Tuhan kerana masih lagi menghidupkan kita dan mengizinkan kita berada didalam majlis ilmuNya yang sangat ajaib lagi
berseni ini. Mudah-mudahan kita dipilih Tuhan agar terhindar dari dosa-dosa dengan Tuhan dan sesama manusia dan makhlukNya
yang lain. Selawat dan salam keatas Nabi Junjungan Besar kita Muhammad SAW.

Muslimin muslimat yang dikasihi. Kita sering dengar dimajlis-majlis agama di surau-surau, dimasjid, didewan, para-para ustaz,
para-para mubaligh, guru-guru, pensyarah dan lain-lain kerap menyatakan ungkapan ini, bahawa. Kaum Lelaki mempunyai hanya 1
Nafsu tetapi mempunyai 7 Akal. Manakala kaum kanita memiliki 7 Nafsu dan hanya 1 Akal. Mungkin ada riwayat yang menyatakan
hal ini tetapi pasti ianya hanya bersifat mendidik manusia. Persoalannya apakah benar bahawa Kaum Lelaki dan Wanita mewarisi
sifat-sifat ini. Mari kita cungkil ilmu yang Tuhan telah berikan kepada kita.

Didalam artikel-artikel yang lalu kita sering nyatakan perihal Akal dan Nafsu ini, kita kuliahkan lagi, kerana dua aspek ini adalah sangat
mempengaruhi diri dan kehidupan manusia baik lelaki mahupun wanita malah makhluk-makhluk Tuhan yang lain. Kita telah terangkan
dimasa lalu bahawa manusia yang dicipta Tuhan hanya mempunyai 4 unsur yang mutlak, yang menjadikan manusia itu ÜMukallaf"
(Wajib Menyembah Tuhan dan Wajib Mendirikan Syariat Tuhan). Akal, Nafsu, Roh dan Jasad. Tidak mempunyai 4 unsur ini,
bermakna makhluk Tuhan ini juga wajib Menyembah Tuhan tetapi tidak wajib Mendirikan Syariat Tuhan saperti para-para haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk Tuhan yang zahir, cuma cara penyembahan oleh makhluk-makhluk lain selain dari manusia,
kita tidak tahu, itu rahsia Tuhan.

Muslimin muslimat yang dikasihi. Manusia hanya memiliki Satu Akal, Satu Nafsu, Satu Roh/Hati dan Satu Jasad (banyak anggota
dibadan itu lain. Sama lah macam sepohon pokok, kita tak kata sepohon ranting). Ini adalah hakikatnya. Kezahiran manusia itu
samada ada ianya cacat atau tidak sekalipun hakikatnya manusia sebegini juga sama mempunyai 4 unsur yang mutlak ini. Cuma
setiap unsur ini akan Tuhan berikan kelebihan masing-masing berdasarkan anugerah Tuhan sesuai dengan manusia itu. Kita tidak
akan menghurai satu persatu tentang cabang-cabang setiap unsur ini, sekadar untuk membuat perbandingan sahaja. Kita cungkil lagi
ilmu Tuhan ini.

Kita lihat Akal yang ada dalam diri manusia. Akal satu tetapi kebolehan akal dalam bentuk IQ ada 6 kategori atau peringkat. (1)
Genius atau Abqari kekuatan berfikir yang luar biasa.(2) Cerdik dalam 10 adalah satu (3) Cerdik Biasa ramai (4) IQ Biasa ramai
didunia (5) Bodoh (6) Dungu

Kita lihat Nafsu yang ada dalam diri manusia pula. Nafsu tetap satu tetapi nafsu ini mempunyai banyak peringkatnya. (1) Ammarah -
Nafsu yg Jahat (2) Lawammah - Nafsu yg lemah mujahadah (3) Mulhammah - Nafsu yg sudah mula terpimpin (4) Mutmainah - Nafsu
yg sudah tenang (5) Radhiah - Nafsu yg sudah redho (6) Mardhiah - Nafsu yang Tuhan pula redha (7) Kamilah - Kemuncak
http://mindaakhirzaman.com/e107_plugins/content/content.php?content.39
Page 2/3

kebersihan nafsu

Bagaimana pula dengan Roh/Hati yang jarang kita perbincangkan, mungkin manusia takut nak bincangkan atau memang tak tahu
atau mungkin bercelaru. Kita lihat 2 jenis Roh yang Tuhan jadikan. Roh dalam bahasa Arab ialah RUHUL.

1. RUHUL HAYAH. Ia terdapat pada semua makhluk termasuk manusia,jin,malaikat,binatang dan setiap benda yg bernyawa.
Mengikut kajian para saintis, pokok2 kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat saperti batu,kayu dan sebagainya. Kalau
roh hayah ini keluar dari jasad makhluk-makhluk Tuhan yang lain selain dari manusia, malaikat dan jin jasad ini tidak akan dapat
berfungsi lagi, dikira dah mati. Kalau ianya keluar dari jasad manusia, manusia masih dapat berfungsi. Roh inilah yang keluar dari
jasad kita sewaktu kita mengalami mimpi.

2. RUHUL TAMYIZ. Ruhul Tamyiz juga dikenali sebagai Ruhul Amri lebih dikenali sebagai AKAL. Ia tidak wujud pada binatang tetapi
hanya wujud pada manusia,malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah, maka malaikat,jin dan manusia menjadi makhluk yg
mukallaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa
yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangannya.

Roh-roh ini terbahagi empat kategori. (1) Roh Yg Bercahaya (2) Roh Yg Bersih
(3 ) Roh Yg Kabur (4) Roh Yg Hitam Legam. Setiap peringkat roh ini ada hubungan dengan sejauh mana baiknya dan jahatnya Nafsu
manusia.

Muslimin muslimat yang dikasihi, setelah melihat ilmu-ilmu Tuhan diatas, maka ini akan menguatkan hujah kita bahawa selama ini apa
yang kita dengar, apa yang diajar samada kaum Lelaki memiliki Satu Nafsu atau 7 Akal manakala kaum Wanita memiliki satu Akal
dan 7 Nafsu adakah ianya merupakan sunnatullah kejadian manusia atau hanya sekadar ianya berunsur didikan semata-mata. Kita
renung dan fikirkanlah bersama.

Jika diamati apa yang diajar, apa yang didengari selama ini adalah hanya unsur-unsur untuk mendidik manusia semata-mata,
mungkin penyampaiannya sahaja yang kita susah nak faham, sebab tidakada yang mampu hendak terangkan dengan jelas, tepat,
tajam dan tulin. Samada kaum lelaki atau kaum wanita, dua-duanya sama sahaja memiliki Akal dan Nafsu yang sama, hanya yang
membezakan manusia adalah peringkat-peringkat anugerah Tuhan sahaja. Hujahnya, ada kaun lelaki yang pandai, ada juga kaum
wanita yang pandai, ada kaum lelaki yang kuat nafsunya, ada juga kaum wanita yang kuat nafsunya samada nafsu seksual atau nafsu
material. Dari segi seksual mungkin kaum wanita tak nampak sangat sebab kaum wanita mempunyai sifat pemalunya dan sifat
mempertahankan maruah diri, tetapi ada juga yang bersifat terbuka. Sifat ini memang sunnatullah kejadian kaum wanita. Kaum lelaki
juga mempunyai sifat sebegini.

Muslimin muslimat yang dikasihi. Kita kaji apakah yang dimaksudkan dengan Lelaki mempunyai 7 Akal dan 1 Nafsu terlebih dahulu.
Pandangan manusia biasa kerap mengatakan bahawa kaum lelaki memang mempunyai 7 akal, kerana kaum lelaki banyak
menyimpan helah dalam kehidupan mereka dalam menjalankan perkara-perkara yang sihat dan tidak sihat seharian. Dikatakan kaum
lelaki banyak menggunakan akal mereka untuk melaksanakan helah-helah dalam hidup. Kerap menggunakan akal untuk membuat
sesuatu perkara dan jarang menggunakan nafsu, kerana nafsu lelaki hanya digunakan untuk satu tujuan sahaja, hanya untuk tujuan
seksual semata-mata. Sebab itu orang lelaki kerap dicop sebagai mata keranjang, buaya darat dan lain-lain, gelaran ini semuanya
bersangkutan dengan tindakbalas lelaki keatas wanita. Malah apabila berlaku kejadian tak sihat saperti rogol, perkosa, membunuh
dan lain-lain juga kerap melibatkan kaum lelaki, apakah ini dikaitkan dengan Akal yang 7 atau Nafsu yang 1. Manusia biasa mungkin
akan berkata nafsu semata-mata, ditambah pula panggilannyaâ ¬S Nafsu Binatang. Rupa-rupanya nafsu lelaki yang 1 ini lebih
http://mindaakhirzaman.com/e107_plugins/content/content.php?content.39
Page 3/3

bahaya dari nafsu wanita yang dikatakan 7. Sepatutnya nafsu yang 7 ini lagi dasyat jahatnya dari nafsu yang 1. Sudah jadi terbalik
pula.. Kurang tepatlah nampaknya apabila kita katakan lelaki itu mempunyai 7 akal, sebaliknya akal yang 7 itulah dipengaruhi oleh
nafsu yang satu. Tetapi manusia selama ini ingat bahawa 7 akal itulah yang menyebabkan kaum lelaki bersikap tidak sihat. Apakah
ilmu tersirat Tuhan agaknya. Minda menyatakan bahawa setiap lelaki yang bersikap tidak sihat itu Akal mereka telah dipengaruhi oleh
Nafsu yang jahat, manakala lelaki akan bersikap sihat apabila akal itu mempengaruhi/mengawal nafsu, akal mereka telah berfungsi
mengikut perintah Tuhan.

Muslimin muslimat yang dikasihi. Bagi kaum Wanita pula fungsi Akal dan Nafsu yang ada dalam diri mereka adalah juga sama
sapertimana kaum Lelaki, cuma sunatullah kejadian wanita itu sahaja yang membezakan mereka. Wanita terkenal dengan sifat
lembah lembut, lemah dalam beberapa sudut kehidupan dan cekal dalam sesetengah sudut, sama sahaja saperti lelaki. Nafsu wanita
lebih lembut dan mudah di didik jika dibanding dengan nafsu yang ada kepada kaum lelaki sebab itu Tuhan berkata wanita ini mudah
masuk syurga dan mudah juga masuk neraka. Nafsu wanita dalam bab seksual tidak setanding dengan kaum lelaki, ini memang
sunnatullah kejadian manusia. Wanita yang dikatakan mempunyai 1 akal memang tepatlah tetapi kalau dikatakan wanita mempunyai
7 nafsu itu agak kurang tepat, sebab kehendak lelaki dan perempuan sama sahaja, kerana kedua-duanya mempunyai fitrah untuk
maju, untuk berkembang, untuk menjadi yang terbaik dalam kehidupan masing-masing. Kalau dikatakan wanita suka berbelanja (yang
manusia kaitkan dengan nafsu wanita), kaum lelaki pun juga sama suka berbelanja (adakah ini dikatkan dengan akal atau nafsu
lelaki), wanita dikaitkan dengan suka kepada kecantikkan dan sanggup berbelanja untuk kecantikkan, kaum lelaki akhir zaman ni pun
sama juga, malah ada kaum lelaki yang buat botox. Apa sahaja yang dikaitkan diantara kaum lelaki dan wanita, sudah sama diakhir
zaman ini. Apakah ianya salah di sisi Tuhan atau tidak, pun sama juga diantara lelaki dan wanita. Lelaki yang tidak menjaga syariat
salah dengan Tuhan, wanita juga sama. Lelaki tidak menutup aurat melanggar syariat, wanita tak tutup aurat juga melanggar syariat.
Kaitkanlah dengan apa perkara sekali pun.

Muslimin muslimat yang dikasihi, ini bermakna hujah yang mengatakan Lelaki memiliki 7 Akal 1 Nafsu manakala Wanita memiliki 1
Akal 7 Nafsu tidaklah tepat. Kalau ada riwayat pun ianya adalah bersifat mendidik, nak menggambarkan bahawa wanita itu
sepatutnya lebih menjaga diri/maruah mereka dari kaum lelaki. Itu maksud tersiratnya. Dan lelaki pula diperintah menggunakan akal
mereka yang dikatakan 7 itu untuk menimbang baik dan buruk perbuatan mereka, untuk menimbang yang mana Tuhan larang dan
yang mana Tuhan perintahkan. Banyak lagi faktor-faktor lain yang semua nya adalah untuk kaum lelaki dan wanita melaksanakan
perintah Tuhan dan meninggalkan LaranganNya.

Mudah-mudahan kita memperolehi sedikit ilmu dari penerangan ini, dan dapat membezakan apa yang telah dimaksudkan oleh Tuhan
dalam Minda Akhir Zaman ini. Sekian

Selamat membaca Minda Akhir Zaman. Wassalam

Dato' Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA

Anda mungkin juga menyukai