Anda di halaman 1dari 2

Zariff Amin

Penerbitan Ria

1994

Tiga kali kosong

Lihat! Ini Merak! Ia seorang haiwan yang cantik. Ia seorang burung merak betina.

Merak salah seokor haiwan yang paling cantik dan bongkak di dunia.

“Saya ini lebih cantik dan hebat daripada burung helang,” kata Merak.

Tetapi tiada siapa pun mendengar kata-katanya.

Sebaliknya, oleh kerana Merak suka melawa dan menunjuk-nunjuk, mereka sentiasa
mengejeknya.

“Hey, Merak,” kata beberapa ekor burung pada suatu hari, semasa mereka sedang
menggantung tanglung.

“Kau tahukah malam ini ada majlis tari-menari? Baju menari kau dah siap?”

Merak mengamuk seperti hilang akal.

“Pesta tari-menari malam ini?” Ia bertanya.

“Mengapa tak ada siapa-siapa beitahu aku? Leceh! Leceh! Leceh!”

Merak yang jelita itu pun lari pulang ke rumah. Ia terus membuka almarinya untuk
memilih baju menari.

“Alamak! Alamak!” keluh Merak kesal. “Pesta tari-menari malam ini! Aku tak ada baju
yang sesuai untuk dipakai!

Dengan kata-kata itu, Merak menarik semua pakaiannya dari pengangkut baju.

“Tidak. Skirt ini tidak sesuai! Yang itu pun tidak sesuai! Topi ini tidak padan dengan baju
itu.”

“Warna skaf ini tidak sesuai dengan aku! Lagipun, aku dah pakai skaf itu banyak kali.”

Keadaan Merak sudah tidak terurus.

“Aku betul-betul tak ada baju untuk dipakai mala mini,” keluhnya lagi.

Ia mematuk cerminnya dan duduk di satu sudut dengan wajah yang masam. Matanya
bergenang dengan air. Kasihan Merak!
Merak sangat marah dan sedih. Hawa mengetuk pintu lalu masuk. Ia menutup mulutnya
dan menarik nafas.

“Oooh, Merak,” katanya dengan kagum.

“Betul cakap Sumi! Pakaian awak cantik-cantik. Dan topi-topi awak lawa-lawa!”

“Boleh tak saya pinjam baju awak untuk malam ini? Kalau saya pakai baju awak, saya
akan rasa seperti seorang puteri,” tanya Hawa dengan perlahan.

Merak menganggukkan kepalanya. Ia malas hendak bercakap.

Hawa masih belum berjumpa baju yang cukup cantik untuk malam ini.

Kosong. Tiga kali kosong.

Hawa menepak tangan dengan gembira.

“Saya tak tahu mana nak pilih,” gelaknya. “Inilah pertama kali saya lihat baju cantik
sebanyak ini.”

Semua baju yang dicuba oleh Hawa kelihatan cantik. Ia seperti seorang tuan puteri
dalam cerita-cerita dongeng.

Merak melihat dengan senyap. Ia cemburu!

“Macam mana kau buat, Hawa?” ia bertanya dengan geram.

“Semua yang kau pakai cantik. Tapi aku tidak jumpa satu pun yang aku berkenaan.”

Hawa menyangkutkan semula baju-baju yang telah dicubanya.

“Sebabnya, saya rasa,” kata Hawa.”Ialah awak ada terlampau banyak pilihan. Kadang-
kadang bagus ada terlampau banyak pilihan ini. Nanti kamu sentiasa tak puas hati.

Merak yang cantik itu seakan-akan tidak percaya apa yang didengarinya.

“Itu tak benar,” katanya. “Aku tak punya apa-apa. Kosong, tiga kali kosong!’

“Tengok sini, Merak,” kata Hawa. “Saya rasa hati awak tak akan puas, walaupun awak
miliki tiga kali segala-galanya…!”

Merak menyuruh Hawa memilih baju yang hendak dipakainya untuk ke pesta malam itu.

Hawa berasa sungguh istimewa memakai baju barunya dan berasa sungguh seronok.

Merak yang malang itu duduk di rumah sambil memikirkan kata-kata Hawa. Mungkin ia
akan lebih gembira sekarang dan menghargai pakaiannya yang cantik.

Anda mungkin juga menyukai