Anda di halaman 1dari 18

SMK Menggatal Tercinta

Oleh Cikgu Muhamad Zaini Ismail

SMK Kandis,Bachok,Kelantan

B.A.Hosns(Sejarah)(MALAYA)

Diploma Pendidikan(MALAYA)

16 Mei 1989 merupakan Hari Guru peringkat nasional, Zaini dan Aziz begitu

sedih kerana surat penempatan guru bagi lepasan Diploma Pendidikan dan Kursus

Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) belum lagi diterima sedangkan kawan-kawan lain

dahpun dapat mengajar di sekolah masing-masing . Azman ditempatkan di SMK

Bachok, beruntungnya dia. Aziz dan Zaini sebenarnya bersahabat sejak dari darjah

satu lagi dan persahabatan mereka berterusan sehingga ke Universiti Malaya.

Sambil menunggu surat penempatan , mereka melancong ke Pulau Redang kerana

Zaini mempunyai datuk saudara di sana. Mereka berdua tawakkal pergi kerana

tiada pengangkutan awam ke sana. Mereka Cuma berharap ada bot pukat jerut di

jeti Kuala Terengganu yang akan ke Pulau Redang,itu saja pilihan yang ada.

1 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
“Pakcik nak balik ke Pulau Redang ke?” tanya Zaini kepada tuan punya bot pukat

jerut yang sedang bersiap untuk berangkat pulang selepas menjual ikan di Kuala

Terengganu.

“Ya! Nak tumpang ke?” balasnya penuh mesra.

“Ya Pakcik. Saya nak pergi rumah datuk saudara saya di sana”

“Kalu gitu maghilah, kita nak tolak dah ni” balas pakcik tersebut dalam loghat

Terengganu.

“Terima kasih Pak Cik, jasa baik Pak Cik takkah kami lupa!” Zaini membalasnya

dengan gembira sambil mengulum senyuman.

Zaini dan Aziz begitu gembira kerana akhirnya hajat mereka untuk ke Pulau

Redang tercapai juga, terutama Aziz yang belum pernah bertandang ke sana.

Ombak Laut Cina Selatan melambung bot pukat jerut yang ditumpangi. Kecut juga

perut mereka kerana mereka berdua tidak pernah menempuh perjalanan jauh

dengan bot. Tapi hati mereka puas kerana hasrat untuk bercuti di Pulau Redang

tercapai jua . Dari jauh sudah kelihatan deretan rumah kayu di tepi pantai yang

dibina oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menempatkan penduduk Pulau

Redang. Selepas 3 jam bertarung dengan ombak laut, akhirnya bot yang mereka

tumpangi berlabuh di jeti Pulau Redang. Cantik sungguh pemandangan di Pulau

2 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Redang. Dari atas jeti mereka berdua melihat ikan-ikan kecil berkejaran di air laut

yang jernih sehingga menampakkan pasir di dasarnya.

“ Lihat siapa yang datang” sahut tuan punya bot kepada bapa sepupu Zaini yang

kebetulan sedang berbual kosong di jeti sambil menghirup udara segar pada waktu

petang.

“ Assalamualaikum Ayah Long” Zaini berjabat tangan mesra dengan bapa

sepupunya. Aziz hanya tersenyum dan nampak kekok kerana belum biasa dengan

keluarga Zaini.

“Ayah Long! Ini kawan Zaini, Aziz, dia nak lihat kehidupan di sini” usik Zaini.

Aziz hanya tersenyum .

Seminggu mereka di sana. Terharu sungguh mereka berdua dengan layanan yang

diberikan oleh keluarga Zaini di sana, mereka berdua dilayan bagai raja terutama

Nenek Saudara Zaini, bukan sahaja menyediakan makan dan minum, malah

memasukkan bunga kenanga dalam kolah mandi agar mereka berdua bila mandi

nanti, akan harum seluruh tubuh. Mereka berdua juga dibawa oleh Ayah Awi

memancing ikan di Pantai Dalam. Walaupun Zaini mabuk laut, tetapi seronok

kerana dalam keadaan berbaring pun, ikan yang dipancing tetap mengena, banyak

sungguh ikan di uncang tempat mereka meman cing.

3 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Pada suatu pagi, Zaini dan Aziz mengikut Makcik Dah dan Ayah Cik ke Pulau

Pinang, sebuah pulau yang kecil berhampiran Pulau Redang. Makcik Dah mem-

buka kedai makan di sana bagi menyediakan makanan kepada pekerja berbangsa

Cina yang sedang menjalankan kerja memotong kapal yang tenggelam

berhampiran pulau tersebut. Mereka mengambil besi kapal yang tenggelam itu

untuk dijual .

Aziz dan Zaini sudah bersedia dengan kelengkapan untuk memancing di sana.

Sotong sebagai umpan dan tali tangsi sebagai joran. Mereka berdua menyusuri

pantai meninggalkan warung makan Makcik Dah. Selepas 10 minit berjalan,

akhirnya mereka menemui tempat yang sesuai untuk memancing. Mereka meredah

air laut dan memanjat batu di tengah laut, ketika itu air surut. Mereka berdua mula

memasang umpan sotong di mata kail dan tali tangsi yang dijadikan joran dilontar

ke laut lepas. Tak sampai 5 minit, joran dah mengena. Zaini menarik joran ke atas

batu dan gembiranya rasa bila melihat seekor ikan yu terlekat di mata kail.

“Aduh! Tajamnya gigi kau” jerit Zaini yang mahu melepaskan ikan yu dari mata

kail. Darah meleleh dari jari Zaini dan dia terus menghisap darah tersebut dan

diludah ke laut untuk membekukan darah.

“Padan mukamu, loghat sangat!” usik Aziz yang juga sibuk melepaskan ikan yu

daripada mata kailnya.

4 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Selepas dua jam mengail, mereka mahu berangkat pulang tetapi alangkah

terkejutnya mereka kerana mereka tak sedar air dah mula pasang dan mereka

terperangkap di atas batu di tengah laut.

“Ziz! Camna ni, matilah kita kat sini, nak balik ke pantai tak boleh kerana air

dalam” Zaini mulai risau. Teringat kepada keluarga yang bakal ditinggalkan jika

mereka berdua tenggelam di atas batu itu kerana air semakin pasang dan

kemungkinan batu itu akan tenggelam.

“Mu jangan rungsing, kita anak jantan, pantang menyerah kalah. Tak lama lagi

kalau kita tak pulang, bapa sepupumu akan datang carilah” Aziz cuba

menenangkan hati Zaini walaupun Aziz sendiri kecut perut memikirkan padah

yang bakal mengundang jika air laut menenggelamkan batu tempat mereka

memancing.

Selepas sejam menunggu, Allah menyelamatkan mereka berdua. Sebatang buluh

terapung-apung ke arah mereka. Cepat-cepat Zaini dan Aziz berenang ke arah

buluh tersebut sambil membawa peralatan memancing dan ikan yu yang

diperolehi. Alhamdulillah, akhirnya dengan berenang menggunakan buluh

tersebut, mereka berjaya sampai ke pantai. Mereka meneruskan perjalanan ke

warung mak sepupu Zaini sambil tidak putus-putus mengucap syukur kepada

Allah kerana mereka berdua telah terselemat daripada menjadi mangsa Laut Cina

5 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Selatan yang ganas. Sesampainya mereka berdua di warung tersebut, mereka

terhidu bau sotong bakar. Serta-merta perut mereka terasa lapar. Rupa-rupanya

Bapa Sepupu Zaini dah pun membakar sotong untuk dijadikan hidangan makan

tengah hari. Hilang semua kesedihan ketika di atas batu tadi bila menjamah nasi

panas dengan sotong bakar yang dicecah dengan sos penyicah sotong.

“Para penumpang sila pakai tali pinggang keledar seperti yang saya tunjukkan ini”.

Demontrasi keselamatan oleh peramugari pesawat MAS mematikan lamunan dua

sahabat itu. Zaini mendapat surat penempatan di Sabah sementara Aziz mendapat

surat penempatan di Sarawak. Inilah kali pertama mereka berdua menaiki pesawat

kerana keduanya daripada keluarga miskin. Anak penanam tembakau di Bachok.

Mereka berdua besar dalam lumpur, makan buah jembal bersama-sama, berkongsi

nasi bekal yang dibungkus dengan upih pinang semasa waktu rehat sekolah, buah

tembikai yang dibawa dari rumah sebagai penghilang haus.

Pesawat berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang menuju

Kota Kinabalu. Kebiruan air laut dari jendela pesawat memang mempesonakan

mata memandang. Makanan dihidang oleh peramugari berkebaya batik yang

memang anggun belaka. Terpikat juga hati dua sahabat tetapi siapalah mereka

untuk memikat peramugari yang cantik jelita, pandang sajalah.

6 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Pesawat singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan turunlah Aziz

untuk melapor diri di Jabatan Pendidikan Sarawak. Berpisahlah dua sahabat sejati,

masing-masing membawa hasrat yang satu untuk mencari sumber pendapatan halal

bagi menampung diri dan keluarga yang miskin di kampung di samping menabur

bakti kepada anak bangsa. Mereka berpeluk dan berjabat tangan, entah bila akan

berjumpa lagi hanya Allah yang tahu. Air mata bercucuran kerana setelah sekian

lama bersama, sejak di darjah satu, tingkatan satu, tingkatan 6, Universiti Malaya

dan kini terpaksa berpisah.

“Ziz! Jangan lupa aku ya! Halalkan segala makan dan minum. Entah bila kita akan

berjumpa lagi” Zaini memegang erat tangan Aziz seolah-olah mereka tidak akan

berjumpa lagi. Jauh di sudut hatinya kalau boleh perpisahan ini tidak berlaku tetapi

demi tugas, perpisahan ini terpaksa juga berlaku.

“Mu jangan bersedih, aku akan tulis surat ke mu” Aziz menenangkan perasaan

Zaini yang hiba ketika pesawat mahu meneruskan penerbangan ke Kota Kinabalu.

Pesawat Boeing 747 meneruskan penerbangan ke Kota Kinabalu dan setelah 2 jam

setengah penerbangan, pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota

Kinabalu. Pegawai dari Jabatan Pendidikan Sabah sudah sedia menunggu bakal-

7 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
bakal guru yang baru tiba daripada Semenanjung. Semuanya berjumlah 30 orang.

Bakal-bakal guru tadi di bawa ke Sekolah Berasrama Penuh, Bukit Padang Kota

Kinabalu sebelum di hantar ke sekolah masing-masing. Selepas makan malam di

dewan makan asrama, bakal –bakal guru di jemput ke Bilik Gerakan Sekolah untuk

mendengar taklimat daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Sabah. Di akhir taklimat

tersebut, tibalah saat yang ditunggu-tunggu, bakal guru diedarkan surat

penempatan masing-masing. Zaini membuka sampul surat dengan hati yang

berdebar-debar dan di surat tersebut tertampal SMK Menggatal. Zaini bertanyakan

kawan-kawan di manakah SMK Menggatal. Mereka semua tidak tahu tetapi

mereka menyakat Zaini.

“Mesti jauh punya, menggatal menggarulah kau!” usik seorang kawan Zaini. Zaini

mulai risau, kena naik kapal terbang pula ke? Atau kena naik bot. Fikirannya

bercelaru dan untuk menghilangkan kerisauan di hati, Zaini bertanya kepada

Pegawai Pendidikan Sabah.

“ Tuan, di manakah SMK Menggatal? Jauh ke?” Zaini bertanya dengan takut-

takut.

“Cikgu jangan risau, SMK Menggatal tak jauh, daerah Kota Kinabalu juga”

pegawai tersebut cuba mententeramkan hati Zaini.

8 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Malam itu Zaini tak lena tidur memikirkan di mana letaknya SMK Menggatal. Di

dalam hutan ke? Di atas gunung ke? Dalam berfikir-fikir itu akhirnya Zaini terlena

dalam kerisauan.

Selepas sarapan pagi, semua bakal guru dihantar ke destinasi masing-masing. Ada

yang terpaksa naik pesawat semula iaitu bakal-bakal guru yang di tempatkan di

Sandakan. Semporna dan Tawau, sementara yang lain-lain dihantar menggunakan

kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pendidikan Sabah. Zaini dibawa ke SMK

Menggatal bersama beberapa orang lagi bakal guru, ada juga yang perempuan.

Mereka di tempatkan di SMK Telipot, SMK Tuaran, SMK Kundasang, SMK Kota

Belud, SMK Ranau dan lain-lain. Pemandu tersebut membawa Zaini dan

rombongan melalui Bukit Bendera. Seluruh jalan dilitupi daun pokok kayu

sehingga langit pun terlindung. Risaunya Zaini, tentu teruk sekolah SMK

Menggatal ni, tentu dalam hutan tebal.

“Ah! Aku dah biasa hidup susah. Bertani ku pernah, laut sudah menjadi darah

daging, aku tak gentar dengan cubaan mendatang” Zaini cuba menguatkan

semangat diri.

9 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Selepas setengah jam perjalanan, kenderaan pacuan empat roda tersebut tiba di

SMK Menggatal. Selepas melapor diri di pejabat dan berjumpa puan pengetua,

Pn.Hamidah Nordin, Zaini berkenalan dengan para guru SMK Menggatal.

Sungguh beruntung Zaini kerana kawan seuniversiti dulu mengajar di situ iaitu

Ahmad Ruwiyani dan Mohd Najib. Zaini berkenalan dengan Ustaz Mokhtar

Ismail, seorang ustaz dari Pulau Belanga, Kota Bharu. Dah 4 tahun mengajar di

situ.

“ Kau PAS ke UMNO” sergah Cikgu Mahyani Simis, guru mata pelajaran Kimia

yang berasal dari Selangor . Zaini tahu ini tentu kes nak buli guru baru.

“Mu jangang tanya gitu Mahyani, itu hak dia” Ahmad Ruwiyani yang masih pekat

dengan loghat Terengganunya membela Zaini, kawan seuniversitinya dulu.

Selepas berkenalan dengan para guru SMK Menggatal, waktu persekolahan tamat.

Zaini dibawa oleh Cikgu Najib dan isterinya Cikgu Rohana untuk tinggal buat

sementara waktu di rumahnya. Zaini tidak tinggal lama di sana kerana

kemudiannya dia dilantik sebagai warden asrama. Tinggallah Zaini dengan Ustaz

Mokhtar selaku Ketua Warden dan Cikgu Wahab selaku warden. Seronoknya

dapat tinggal di asrama kerana sekurang-kurangnya makan dan tempat tinggal

tidak perlu difikir lagi, apatah lagi duit simpanan hasil daripada wang biasiswa

Diploma Pendidikan cuma tinggal sedikit sahaja lagi. Keluarganya tidak dapat

10 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
memberi wang saku kerana mereka cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan

petang, apatah lagi Zaini anak sulung daripada 8 adik beradik, ramai lagi adik-adik

yang perlu ditanggung oleh ibu bapanya. Dulu Zaini pernah menyatakan hasrat

kepada kedua ibu bapanya untuk sambung belajar bagi mendapatkan Master of

Arts tetapi apabila memikirkan adik-adik, hasrat itu dibatalkan, biar kumpul duit

dulu.

“Cikgu “don’t scare” jadi warden, kalau ada masalah, bincang dengan saya dan

Ustaz Mokhtar” nasihat Pn.Hamidah, selaku pengetua. Berdebar juga Zaini untuk

memegang jawatan tersebut. Tugas itu berat, oleh sebab itu ramai guru yang

menolak daripada menjadi warden dan yang menjadi mangsa ialah guru bujang

yang baru mengajar, mereka tiada alasan untuk menolaknya. Zaini menerima tugas

itu sebagai amanah yang perlu dilaksanakan selain daripada mengajar. Zaini

mengajar Sejarah Islam Tingkatan 6 dan Bahasa Malaysia Tingkatan 6. Mengajar

Sejarah tidak menjadi masalah kerana memang itu pilihan di universiti, tetapi

mengajar Bahasa Malaysia, Zaini mengalami sedikit kesukaran terutama Bahagian

C iaitu menterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, takut hebat pelajar

daripada guru. Begitulah rutin seterusnya, pagi mengajar, petang dan malam

mengurus pelajar di asrama. Pelbagai suka duka ditempuhi bersama para warden

lain iaitu Ustaz Mokhtar dan Cikgu Wahab .Biasanya lepas Solat Maghrib, Zaini

11 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
akan mengajar para pelajar mengaji al-Quran bersama Ustaz Mokhtar dan

beberapa orang guru lain yang mempunyai kemahiran al-Quran.

Kelas tambahan memang tak ada kerana falsafah pengetua, jika cikgu mengajar

dengan efisen di dalam kelas, kelas tambahan tidak diperlukan lagi apatah pula,

kebanyakan guru pada masa cuti persekolahan akan pulang ke Semenanjung.

Walau bagaimanapun, Zaini mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas

tambahan malam bagi mata pelajaran Sejarah Islam kepada pelajar asrama. Namun

ada juga pelajar luar yang datang tetapi Zaini mensyaratkan mereka mesti ditemani

oleh penjaga masing-masing. Ada pelajar yang datang dari Kg.Tebobon dan Darau.

Hasil daripada usaha Zaini, ramai pelajar yang mendapat A dalam mata pelajaran

Sejarah dan salah seorang daripadanya ialah pelajar Kadazan, Lubita Gundongon.

Memang dia layak dapat A kerana dalam Peperiksaan Percubaan pun dia dah dapat

A. Sayang, ke mana perginya pelajar Bajau yang beragama Islam, kenapa tak

ramai yang dapat A, pelajar Kadazan yang beragama Kristian pula yang ramai

yang dapat A dalam mata pelajaran Sejarah Islam.

Semasa peperiksaan STPM dan SPM, cuma Cikgu Zaini seorang yang menjadi

warden asrama kerana Ustaz Mokhtar dan Cikgu Wahab pulang awal ke kampong

masing-masing. Cikgu Zaini lewat pulang ke kampung kerana menjadi pengawas

12 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
peperiksaan STPM di SMK Sanzec. Pada suatu malam, Ketua Pengawas Asrama

memberitahu terdapat pelajar yang minum arak di asrama.

“Mereka minum di mana bah?” tanya Cikgu Zaini kepada Pengawas Asrama

dengan nada terkejut kerana Cikgu Zaini belum pernah menerima laporan kes

disiplin begini, kalau setakat bergaduh dan mencuri duit pelajar asrama , itu

perkara biasa.

“Di asrama Cikgu?” Pengawas tersebut dengan berani melaporkan.

“Panggil mereka ke bilik warden” Cikgu Zaini memberi arahan dengan tegas.

Tidak lama kemudian, 4 orang pelajar Kadazan datang ke hadapan bilik warden.

“Betul kamu minum arak di asrama” Cikgu Zaini melakukan soal selidik.

“Ya ciku, tapi lihing saja bah!” jawab 3 orang pelajar tersebut dalam pelat

Kadazannya.

“Kamu Biling, kenapa diam, tak mengaku” tanya Cikgu Zaini kepada seorang

pelajar yang nampak gelisah dan dalam keadaan separuh mabuk.

“Aku tak minum” jawab pelajar tersebut dalam keadaan separuh mabuk.

“Kawan-kawan kamu memberitahu saya ,kamu juga minum, macam mana?

“Mengaku tak?” Cikgu Zaini menyergah pelajar tersebut dengan suara nyaring.

“Ya! Saya mengaku” pelajar tersebut akhirnya akur dengan kesalahannya.

“Saya beri pilihan kepada kamu semua. Nak saya buang asrama atau nak saya

rotan. Jika saya buang asrama, esok kamu tak dapat menduduki peperiksaan SPM

13 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
kerana rumah kamu semua jauh dari sekolah” Cikgu Zaini memberi pilihan kepada

para pelajar tersebut.

“Rotan saja ciku. Kamu nak periksa esok bah!” pelajar tersebut merayu dalam

loghat Sabah.

“Ok! Tanda tangan di buku kesalahan disiplin ni yang menunjukkan kamu

bersetuju dengan hukuman rotan”

Semua pelajar tersebut menanda tangani borang persetujuan dirotan.

“Sekarang, pusing punggung kamu ke arah saya” Cikgu Zaini memberi arahan.

Zapp! Zapp! Zapp! Zapp! Keempat-empat pelajar tersebut dirotan oleh Cikgu

Zaini.

“Kamu semua sedarkan, meminum arak ini salah dalam peraturan sekolah.

Masalah kamu nak minum di rumah, itu hak kamu kerana ia budaya kamu tetapi

di sekolah tak boleh, faham!” Cikgu Zaini menjelaskan kenapa mereka dirotan.

Keempat-empat pelajar tersebut bersalaman dengan Cikgu Zaini dan pulang ke

dorm masing-masing.

Hari peperiksaan semakin hampir ke penghujungnya. Semua pelajar sibuk dengan

mengulangkaji pelajaran. Cikgu Zaini pergi makan di kantin asrama selepas

mengimami solat Isyak bersama para pelajar. Selepas makan malam, Zaini

memerhati para pelajar perempuan yang belajar di dewan makan asrama, tiba-tiba

14 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Cikgu Zaini dipanggil oleh seorang pelajar perempuan yang berasal dari Labuan,

Azira.

“Cikgu! Saya ada perkara nak cakap dengan Cikgu bah” Azira bercakap

tersangkut-sangkut.

“Ada ape? Cakap sajalah” Zaini ingin cepat meninggalkan dewan makan asrama

untuk pergi melihat para pelajar lelaki belajar di bilik darjah di sekolah pula.

“Cikgu, muka cikgu seiras dengan muka kekasih saya bah!” Azira menjelaskan

sambil tersipu-sipu.

“Habis apa kaitan dengan saya bah?” Cikgu Zaini yang masih bujang cuba

mengelak diri daripada terperangkap dengan cinta monyet para pelajar.

“Dia dah tinggalkan saya cikgu dan pulang ke Dubai” jelas Azira sayu sambil

mengharap simpati daripada Cikgu Zaini.

“Oh gitu, sabarlah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.” Cikgu Zaini

cuba mengubat hati pelajar tersebut.

“Sudikah cikgu menjadi pengganti” Azira merayu penuh simpati.

Kelam-kabut fikiran Cikgu Zaini. Patutlah semasa Cikgu Zaini mengajar, Azira

selalu termenung kosong memandang mukanya. Markah peperiksaan pula selalu

rendah, rupanya Azira kena penyakit angau.

“Macam mana ni! Kalau aku tolak, nanti merajuk pula pelajar ni, sedangkan

peperiksaan dah nak habis. Nanti rosak fikirannya dan akan mengganggu

15 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
konsentarasi dia dalam pelajaran” fikiran Cikgu Zaini berserabut. Ditelan mati

emak, diluah mati bapak.

“Beginilah Azira, saya akan beri keputasan selepas tamat peperiksaan STPM lusa”

Cikgu Zaini berjanji.

“Baik cikgu, saya tunggu jawapan cikgu” Azira meminta diri dan terus ke meja

belajarnya untuk meneruskan menelaah pelajaran.

Fikiran Cikgu Zaini berserabut. Dia dah ada teman istimewa di kampung, takkan

nak tinggal begitu saja, apatah lagi temannya di kampung jauh lebih istimewa

daripada pelajarnya.

Hari ini merupakan hari terakhir pelajar asrama berada di asrama kerana esoknya

mereka akan pulang ke rumah masing-masing menemui keluarga tercinta setelah

lama ditinggalkan sejak cuti pertengahan penggal dulu lagi. Zaini mengelamun

seorang diri di pondok yang didirikan oleh Ustaz Mokhtar secara gotong-royong

dengan para pelajar asrama. Ustaz Mokhtar memang seorang yang kreatif, semua

kerosakan kecil asrama akan dibaikinya sendiri dengan kerjasama pelajar yang

berminat menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pertukangan.

Dari jauh Zaini melihat sekumpulan pelajar menuju ke arahnya. Azira mendahului

mereka semua.

“Cikgu! Terimalah kuntuman bunga ini sebagai tanda ingatan daripada saya

Cikgu” dengan suara penuh menggoda Azira menghulurkan sekuntum bunga.

16 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
Zaini menjadi serba-salah. Kalau tak diterima, kecil hati pula pelajar ini. Dengan

berat hati, kuntuman bunga itu diterimanya, tetapi bukan ia cinta kepada pelajar

tersebut. Tidak terdetik sikitpun rasa cinta dalam hatinya kepada pelajar tersebut.

“Aku tak mahu menjadi tempat ia bermanja bila ditinggalkan kekasih, aku dah ada

buah hati sendirilah, perasan!” getus hati Zaini.

“Hai Cikgu! Dapat bunga ya!” usik Jenny, pelajar Kadazan yang sekelas dengan

Azira.

“Orang bagi kita terimalah, nanti kecil hati pula dia” balas Zaini dengan hambar.

Kalau Jenny yang bagi bunga, mungkin lain ceritanya kerana Jenny memang

cantik.

Cuti akhir tahun sudah bermula. Semua pelajar asrama telah pulang ke kampung

masing-masing. Ada yang diambil oleh ibu bapa dan ada yang pulang sendiri.

Mereka yang pulang sendiri akan menaiki van ke Kota Kinabalu dan dari sana

mereka akan pulang ke Semporna, Sandakan, Kudat, Kota Marudu, Ranau dan

hampir ke seluruh Sabah kerana SMK Menggatal merupakan sekolah menengah

berasrama yang menjadi pilihan ibu bapa. Sekolah ini memang besar dan

mempunyai Tingkatan 6 aliran sains.

Zaini berkemas untuk pulang ke kampung halamannnya di Kelantan yang sudah

setahun di tinggalkan.Cek gaji selama 6 bulan baru dimasukkan ke Maybank

semalam. Kerana masalah pentadbiran pejabat, Cikgu Zaini dan beberapa orang

17 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com
guru baru lambat dapat gaji hingga ada guru yang nak terbalikkan meja kerani

yang tak buat KEW 8. Cikgu Zaini bernasib baik kerana makan percuma di asrama

sebagai warden, guru lain terpaksalah pinjam duit dengan sekolah untuk belanja

seharian.

Rindu rasanya bertemu kedua ibu bapa dan adik-adik yang ditinggalkan. Rindu

kepada ahli jemaah surau di kampungnya dan berbual mesra dengan teman-teman

sepermainan . Pesawat MAS Boeing 737 meluncur laju di landasan Lapangan

Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menuju Lapangan Terbang Antarabangsa

Subang. Selamat tinggal negeri Sabah di Bawah Bayu, tahun depan kalau umur

panjang, Cikgu Zaini akan datang lagi meneruskan baktinya kepada anak bangsa

tercinta. Selamat tinggal SMK Menggatal tercinta. Selamat tinggal murid-muridku,

panjang umur kita jumpa lagi tahun depan meneruskan perjuangan dalam menimba

ilmu pengetahuan yang tidak pernah habis. Tamat……………………….

18 http://serirengas.blogspot.com ismailzaini55@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai